Sunday, December 6, 2020

How You Celebrate Your Birthday?

 Cewah.. tajuk keju sikit hari ni. selalunya belacan kan?  phm2lah korang fahamkan metafora  yang kakyang gunakan ni. hahaha

Semalam besday kakyang yang ke....? cer teka cer teka.

siang 4hb tu masa kakyang golek2 atas katil, anak  bujang masuk nak salam sbb dia nak balik kajang. sambil hulur salam tu, dia tanyakan kakyang.|

"besday ibu 6 @20hb?" 

adoiiii berdesing telinga kakyang dengar soalan mcm tu. mana taknya, anak tak ingat tarikh lahir maknya sendiri. huhuhuuh. rasa sedih la juga kan. Ego seorang ibu, kakyang x jawab pun. pandai2 lah dia usaha cari/tanya.

tp sempat juga dia tanya soalan lain.

"ibu nak along balik celebrate besday ibu, atau nak celebrate sama-sama dengan besday along nanti?"

adududu... ok la diterima soalan ni, plg kurang dia ingat nak celebrate besday maknya kan. 

Mlm tu, kakyang  masuk tido pun dah selepas detik 12 tengah malam. kakyang sibuk membaca topik-topik menarik di fb. pastu baru perasan sunyi sepi jer hp kakyang ni. xde yg nak wish besday ker?

bila kakyang buka WA, rupanya anak kecik kakyang dah hantar wish besday pun. tepat-tepat 00:1 minit detik 12 malam semalam.

berbunga-bunga lah hati mak dia ni. ada juga anak yg ingat tarikh tepat besday maknya kan.

tu lah satu-satunya wish t/mlm semalam. kakyang pun lelap lah dlm hati sedikit hiba spt tahun2 lepas.. takde lagi wish-wish mcm tahun-tahun tahun sebelumnya. Redha. sigh!


tengah nyenyak tido, tiba-tiba kakyang terjaga sebab dengar pintu bilik dibuka dengan kasar.

"ibu! ibu! meh tengok ni kejap!"
"kenapa? apa benda?!" terpisat2 kakyang sbb terkejut dari tido tiba-tiba

dlm hati gundah dah.. apa pula jd tengah-tengah malam ni... ada benda tak kena ke kat luar bilik tu? ada katak lagi kah? (anak kecik kakyang penakut katak!) ke apa?

Dgn terpisat-pisat dalam gelap gulita, kakyang keluar dari bilik. sebaik je langkah kaki melepasi pintu bilik, anak kecik kakyang terus wish "Happy Birthday Ibu!"

Atas meja makan dpn bilik kakyang, terpasang lilin atas sebiji kek. Terkedu kejap dpt surprised dari anak kecik mcm tu. terus kakyang peluk dia dan ucap terima kasih i love u. nak nangis doh!




esoknya, gf dia arrange pula org hantarkan sejambak bunga. dan beberapa kenalan rapat dan keluarga mula wish besday.. Anak bujang kakyang pun pendekkan cuti dia kat kajang dan balik semalam juga wpun pada awalnya dia bgtau dia akan stay kajang sampai besday dia..

hari ni, kak long pula buatkan kad khas dan bg kat wasap petang tadi.


itulah besday kakyang utk tahun ini. Alhamdulillah..


 semoga Allah berikan rezeki yg makin melimpah, dipermudahkan segala urusan dan beri umor yang diberkati utk tahun2 akan datang...

Aaminnnn..


No comments: