Monday, February 26, 2018

YamTuanAntah

Date: 25 Feb 2018
Tahap kesukaran: 5/10 (review utk datuk shj. sbb kakyang x sampai ke lg 2 puncak)

semalam kakyang hiking
patutnya buat 3 puncak terus
datok-gagak-rembau
yg dinamakan yamtuanantah trip
tp memandangkan kyang salah percaturan
x makan nasi sebelum trip
yg konon2 nak maintain diet
ambik kau
jdlah tripnya yaampundatokkkk

nak pitam sepanjang jalan
tambahan pula kakyang bawa beban
konon2 nak weight training
ambik ko
2,3 tapak brenti

lama2 si harry suruh tukar beg
dia pegang je beg
terus mengucap
beratnya beg ko kak!

hahhahahaa

dah bawa beg si harry pun
kakyang masih menyiput
tp at least lebih la sikit tapak tu

trek datok x de diskaun dik non
mencanak naik memanjat jer
takde landai2
lepas cp1 baru lah ada yg landai sikit.
tp masih terus menaik
akan pacak sikit menghampiri puncak
dan bila dah nampak batu2 besar
tu tandanya nak sampai puncak dah la tu

lastnya sampai juga ke puncak dato

mula kul 7.30am
sampai puncak 9.45am
as usual
kakyang sah org terakhir.
hahahaha

pas rehat sekejap
nak ikut diorang ke gagak-rembau
baru jalan 10 minit
patah balik
condition tenaga masih x berubah
dari lambatkan trip org
abort je lah

hasilnya menunggulah kat datok tu sampai diorang balik kul 2pm
jenuh nk kill the time
dgn angin kuatnya
nak tido pun sejuk gedi weh
huhuhu
tangga naik ke batu di puncak

batu dan papan tanda ni bawah skit dari batu besar

dah dekat nak sampai pintu keluar

line up

penuh selirat akar

mana mocik?

sesi tambah energy lepas hiking. mcm ler sampai 3 puncak. huuhu


pintu masuk permulaan

trek g bakal dilalui

semut




pokok besar dekat pintu masuk. sebelah kiri

kawasan puncak yg besar dan angin kuat


Friday, February 23, 2018

Diciptakan utk berbeza

baru2 ni kyang bercontact semula dgn long lost friend
kebetulan pula dia tengah outstation
makanya dptlah berbual lebih sikit
pot pet pot pet bercerita
cerita2 lama
imbau memori lama

pastu terkeluarlah conversation gini

kyang: selalunya kalau baru sampai gini awak terus tido ke?
kawan: tak lah. selalu mandi dulu, solat dulu. baru tido

aduhai..
lurus bendul la pulak kawan kakyang ni

pd kakyang
dlm pala kyang membayangkan, lepas abis kerja, takde merewang, clubbing, makan2 ke, lepak2 sembang ngan member dulu ke sebelum tido tu

pada dia. 
soalan tu direct pd masa dan time dia kat bilik hotel je. 
hahahahaha

nampak tak cara perempuan pk
ngan cara lelaki pk?

beza kan



Thursday, February 22, 2018

Making decision

an insane decision is made!
i need to prepare my fizical and mental!

Wednesday, February 21, 2018

Berangan is free

'TRANS' disini bermaksud perentas iaitu laluan yang merentasi dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Juga boleh bermaksud Banjaran yang mana sesetengah laluan Trans ini bakal melalui banjaran-banjaran tertinggi di Malaysia dan ada juga yang melalui sempadan Negeri
trans v1
Popular dengan gelaran Trans Titi, atau V1, pendakiannya tidak seperti gunung-gunung lain, yang mana ia merupakan sebuah perjalanan merentasi banjaran titiwangsa iaitu tulang belakang semenanjung malaysia. Pendakian selama 6 ke 7 hari ni digelar V1 atau 'Version 1' merangkumi pendakian ke Gunung Korbu, Gunung Gayong dan Gunung Yong Belar sebagai gunung utama G7, manakala selebihnya adalah Gunung Junction, Gunung H2O, Gunung Challi, Gunung 3 Negeri, dan Gunung Tikus.
trans v2
Popular dengan gelaran V2, pendakiannya lebih kurang Trans Titiwangsa V1 cuma Version 2 menggabungkan Gunung Yong Yap sebagai sebahagian daripada destinasi pengembaraan ini. Pendakian selama 8 ke 9 hari ni digelar ''HARDCORE'' yang mana pendakian ke Gunung Korbu, Gunung Gayong, Gunung Yong Belar dan Gunung Yong Yap menjadi sebahagian gunung utama G7, manakala selebihnya adalah Gunung Junction, Gunung H2O, Gunung Bonsai Tengah, Gunung View(Puncak View), Gunung Berlumut, Gunung Challi, Gunung 3 Negeri, dan Gunung Tikus.
trans v3
berdasarkn gmbar dibwah haha
info
-ambik masa 21 hari dan melalui 6 puncak gunung di bnjaran titiwangsa
kredit: google/fb
ehsan fb
berangan x susah pun kan
yg susah nak merialisasikannya
angan2 kakyang yg v3.
tp kalau dare utk v3
dare la juga nak terima resiko dan siksanya
mengadap v1 pun dah separuh nyawa
apatah lagi v3?

oh
lupa.. berangan je rupanya.
hahahahhaha

doakan kakyang diberi kesihatan yg baik
supaya ada 1 tahun akan dtg boleh realisasikannya
dan harap2 dpt pergi dgn team yg terbaik

aaminnnnn

p/s: tlg aminkan juga ya. mana tau pintu arasyi terbuka masa korang amin tu. hehe



Friday, February 9, 2018

Jaga-jaga mocik

rupanya ada yg dok perhatikan mocik
siap tanya mocik dah abis edah ke yg dok p panjat gunung tu
awat tak kira sendiri tak tau
kira la sendiri
dah kecoh sangat mocik abis x abis edah tu

awatnya?
org yg kematian suami nak kena dok menangis teriak x sudah2 ka?
nak kena dok meratap hiba sampai bila?
kalau mocik dok menangis meratap mcm tu
yg mati tu boleh hidup balik ka?
ka hangpa nak mai sapu ayaq mata mocik?
kot ayaq mata tu laku nak juai mcm harga emas
nak gak mocik menangis x brenti

hangpa nampak senyum di mulut mocik
ada hangpa nampak air mata di hati mocik?




Thursday, February 8, 2018

V1: 4 peaks with No turning back trip

kakyang nak sangat ke korga sebenarnya.  cari punya cari iklan trip, xde yg pergi korga saja.  tetiba nampak iklan v1 ni. masuk YB, keluar Korbu.  tp masalahnya 3h2mlm je la pulak. sah2 lah ni trip compress cari bala namanya.

tp memandangkan masa tu xde org up iklan korga, kakyang grab trip ni juga. sbb kakyang dah  boleh bayangkan trek YB mcm mana. insyaallah boleh terima lg trip ni. tp tak dpt nak bayangkan trek seterusnya.

lepas dah komit baru lah berduyun2 org iklan trip ke korga.  cisssssskek betul
map jauh perjalanan yg dilalui
akibat badan terkejut dan terlalu penat dgn trip nuang dan GAP/GUS, kakyang demam sejak hari isnin. hati dup dap dup dap menunggu rabu. dlm hati dok doa2 juga. cpt2lah sembuh demam ni. takut pengsan atas trek. dlm pada tu dok berkira2 nak cancel trip juga. tp dah bayar segalanya. tak kan nak cancel pula. makanya gamblelah kakyang gagahkan diri pergi juga trip ni. tawakaltulalallah selebihnya.

31/1/2018 (rabu)
selepas ambik khai dan piah di UM, gerak ke bukit aman untuk ambik Tuan Razman pula
tuan razman drive dari situ ke loging sekitar jam 4.30 ptg. Kami sampai masjid 8.15pm. Hujan lebat sepanjang jalan. berkampung di masjid sementara menunggu semua line up sampai. sejuk sangat kat situ. kakyang x boleh nak tido seinci pun.

suasana di masjid loging. berkabus dan sejuk gedi. hujan pd awal malam tu











Jam 0100 pagi kereta dan owner kereta sahaja bergerak konvoi ke dem ulu kinta ipoh bt8.(hantar kereta ke dem sultan azlan shah). sekitar kul 4 kami dah mula naik powil utk ke pintu rimba.






Day 1: 1/2/2018
6.46,pintu rimba - solat subuh dan simple briefing dan stretching.
7.30am:start hike kebun
10.00am:tiba tudung periuk (regroup) 💧waterpoint
10.30am:start hike

3.15pm:kem kasut (regroup) 💧waterpoint
5.00pm:tiba peak Yong Belar (lunch)
berjemur di puncak YB utk keringkan seluar masing2
5.30pm:start hike
7.00pm:💧kem kuali. nak terkucil. turun ke waterpoint. terjatuh di semak. ingatkan tebing tinggi dah. menggigil badan kejap.

sambung perjalanan ke anak yong belar dan rehat sebentar di helipad. masing2 dah pewai. nak lelap sekejap dlm emergancy blanked. since terlalu sejuk dan x de siapa yg boleh rehat, group decide sambung perjalanan.

rupa sepanjang trip. huhuhu
2.00am:anak yong belar
3.30am:start hike mencari camp h2o. kali terakhir org access trek ke kem ni adalah mid last year. maksudnya dah hampir setengah tahun tak di lalui. patutlah trek pun samar2. semasa cari camp h2o ni kami dah tersasar jalan lain. shooter yg pergi tinjau camp pun dah tak menyahut. org plg depan dah melaung cip di belakang. cip kata betul. tp takde jalan nak ke camp yg dikatakan seberang sungai. tebing ke sungai pun sangat menjunam.  end up, cip tengok semula map dan baru jumpa. rupanya ada simpang lain ke kanan di atas. so kami yg dah di bawah kena  naik semula ke atas dan ikut trek yg baru jumpa. baru lah sampai ke kem h2o yg sebenar

4.30am:tiba h20 (setup camp) free and easy (waterpoint). banyak agas di kem h2o. mandi dan tido kakyang boleh tido sejam saja di sini. sejuk sangat


Day 2: 2/2/2018

7.00am: buat breakfast dan berkemas. ema masak mee sup dan bekal lucnh nasi ayam goreng kicap. nasi ni basi dlm perjalanan. mee sup pun kakyang x boleh nak makan sbb berkapur. just cuit2 ambik fish ball & fishcake je.

tak boleh jd ni. permulaan hari yg x berapa bagus bila breakfast pun kelaut dah. untuk mengurangkan pewai, kakyang cari akal mengurangkan load dgn bg nazam bawa sleeping bag. tp si ema ni pulak pandai. dia bg beban ration lebih kat kakyang. ditambahnya ngan suruh bawa balik sampah sekali. huhuhu pi mai p mai sama je la beratnya.

11.00am:start hike ke peak junction. dari kem h20 kami cross sungai dan trek mula memanjat. panjat panjat panjat dan tegak saja. takde landai. kemudian di satu part ada tebing batu besar. yg x de pemijak. guna tali saja untuk tuas badan naik ke atas. masa nak naik tebing batu ni, kakyang mmg mengucap sesaja. dgn beg yg berat dan tebing yg berlumut. nyawa bagaikan dihujung tanduk.

tak lama lepas tebing batu tu, ada 1 lg rintangan tebing mencabar nak kena lepasi. utk naik ke tebing tu, kena panjat akar/batang pokok yang bergantung di angin. lagi sekali kering darah kakyang membayangkan situasi ni. cara lain, kakyang perlu naik melalui celah batang pokok yang muat2 badan shj. kakyang decide naik melalui celah batang pokok tersebut. tp masalahnya takde tempat untuk kaki berpijak. kakyang terpaksa buka beg dan pass beg kepada kawan yg dah ada atas tebing. boloskan diri masuk celah batang pokok tersebut dan berpaut pd batang pokok sambil ditarik oleh member dari atas.
Allahuakbar... tak terbayang kalau terjadi sebarang kesilapan di situ. alamatnya ke dalam gaung lah kami.

dari situ kami teruskan perjalanan mendaki cerun bukit yg rata-rata kecerunannnya 70 darjah ke atas. tegak pacak berakar selirat. kami sepatutnya regroup dgn yg lain di puncak korbu

lama-lama kami terpisah dari group padu. kami ber7 termasuk erik sweeper
disebabkan trek yg pacak memanjang atau menurun tebing sesaja. kami sampai di permatang bongsai dah agak malam sekitar jam 11mlm.

mula2 kami ber4 , kakyang, hairi, naz dan fazli decide utk buka dapur haram tengah trek. kelaparan dan perlukan air panas utk tambah tenaga. hairi, naz dan fazli berusaha naikkan khemah sbb masa tu tengah hujan renyai. tak sempat camp siap, eric, eza dan shikin sampai. kami sebulat suara setuju bermalam di tengah trek memandangkan semua dah pewai sangat. shikin pun x berapa sihat.

eric dan fazli pergi tinjau trek yg lebih lapang dan sesuai utk buat camp. 5 minit kemudian, fazli dtg semula dan maklumkan dah jumpa port sesuai dan eric dah naikkan camp sementara.
camp haram tengah trek bongsai
kami berpindah ke camp tersebut. mula2 kakyang happy dah sbb xpdc utk hari tu stop kat permatang bongsai. tak lah terlalu pewai. tetiba teringat. alamak! sleeping bag aku ngan org padu yg dah entah dimana kat depan nun. bala.. bala..

selepas alas perut sikit dan minum. kami terus tidur berhimpit. tengah malamnya angin kencang dan sejuk teramat yg x dapat nak ceritakan. kakyang menggigil.   kakyang hanya berselimutkan baju hujan dan emergancy blancket. satu malam yang penuh hazab. makin ke pagi, angin makin kuat. khemah makin menunduk. hairi yg tido di hujung sebelah sana ulang2 kali minta kami berikan dia ruang sbb dia makin terkeluar dari khemah. si nazim pula membebel sbb partnya berbonggol. dia x boleh tido. akhirnya fadzli bangun dan bg portnya pd nazim. hairi kekal di situ sbb mmg dah tak boleh p mana. hujung sini si eric the sweeper pun dah tepi sangat dah. malam yg penuh hazab. rehat yg x serupa rehat. redha dan redah je lah

Day 3:3/2/2018
 8.30 gerak dari permatang bongsai menuju ke kem cerek. dlm perjalanan turun, shikin dah sedikit meracau bila dia mengadu bahunya sangat sakit. kakyang minta dia letakkan beg dan tolong urutkan bahunya sikit. bila dia dah lega sikit, kami teruskan perjalanan. dlm masa ni kami berkira2 tidak mahu ke puncak gayung utk mencepatkan masa regroup dgn team lain di korbu.


11.00 :tiba kem cerek 💧(waterpoint) -brunch di sini.kemudian kami teruskan lg perjalanan ke puncak junction dan terus ke simpang proton. di sini kami bertemu dgn satu group lain. dari penerangan guide mereka, puncak gayong hanya 5 minit away dari simpang proton. kami sebulat suara ke sana.
mossy di camp cerek
rupanya decision kami utk bermalam di atas trek membolehkan kami sampai ke puncak gayong dlm waktu siang. dan rupanya dekat sangat dah puncak gayung tu. nasib baik kami nak pergi juga. kalau x, menyesal x sudah.


1.30pm:tiba peak Gayong. group adik2 yg kami jumpa tadi jamu air panas dan megi diorang. alhamdulillah lega. panas sikit badan. lepas bergambar dan rehat sekejap, kami turun semula dan teruskan perjalanan ke puncak korbu.

permatang dan korbu
dlm perjalanan dari gayong ke korbu, kita boleh nampak rupa bentuk trek yg akan kita lalui. membayangkan trek tu je saja, perut kakyang terus sakit. hahaha

in action!
5.00pm:tiba korbu peak (regroup) lunch nasi mentah. huhuhu. rehat2 dan bergambar sekejap.

tangga chuban. seksinya ko kak oiii
7.00pm:start turun ke chuban. trek yang tegak 90darjah dan dipenuhi dgn tangga dan tebing yang berakar. ada 15 tangga yang perlu dilalui. selebihnya kena turun melalui akar tegak. mula2 kakyang try untuk catch up dgn fazli, naz dan hairi. diorang terlalu pantas. kakyang kendurkan langkah dan cuba regroup dgn eza dan shikin di belakang.

dah magrib. kakyang pula uzur. jd x berani nak jln dlm hutan sorang. tak lama lepas tu kakyang terserempak dgn hairi yg tengah ambil nafas di hadapan. terus kakyang regroup semula dgn mereka.

hari mula malam. headlamp dipasang. kami jalan mengikut trek menurun saja. sampai di satu tempat. katanya itu kem botak. rehat sekejap dlm cuaca sejuk sambil star gazing at puncak botak. cantik. kebetulan langit terang. kemudian teruskan perjalanan ke last waterpoint.

9.00pm:sampai last waterpoint. break dan mkn jap. sempat lelap. naz muntah2. mungkin kepenatan.

Day4:4/2/2018

1am:tiba kijang camp
setup firecamp
makan megi kejap sharing dgn hairi

3am masuk tido

6.30am bangun dan prepare breakfast


11am:tiba kem seroja -sembang2 dgn cm dan campers sekejap
terus sambung jalan ke air terjun balak

12.15pm:Air terjun balak. gambar kejap pastu terus jalan. sepanjang jalan berbelas kali redah sungai. akak ambik kesempatan redah sungai untuk sejukkan kaki. melecet jgn ckp lah. kuku satu 2 dah sungkit dah. lepas dari kem seroja, jalan agak datar sikit. tp cabarannya pd terpaksa lepasi balak2 merintang trek tepi tebing. ada satu part tu, hairi terpaksa tarik kaki kakyang sbb kakyang x boleh nak lepas dari balak sebesar pemeluk. dah la takde tempat nak pegang. nak tuil badan ke seberang pun x boleh. huhuhu.

ada juga trek yg betul2 tebing. kena betul2 perpaut kuat kat apa saja akar yg ada. naik turun batu sungai tu jgn ckp lah.

bila tiba trek landai dan lapang x banyak akar je, akak terus lari. sampai hairi pelik. eh.. tetiba boleh lari. hahahahaha
best kot lari sambil turun. rasa mcm tengah buat trail run.


3.00pm akhirnya sampai ke pintu rimba di dem. kakyang letak beg dan terus ke sungai bersihkan diri dan tukar baju. baru nak naik sungai dah kena panggil sbb semua dah nak bergerak balik.

singgah mkn jap kat kedai tomyam luar dem tu. sedap gok masakannya
















cross berbelas sungai dari kem seroja nak ke ending point

sekitar kem cerek








air terjun balak


antara camera observation hidupan liar 
gunung yong belar
Gunung Gayong
Gunung Korbu

gunung junction


Geng Sadai! hahaha

Level: 9/10







Wednesday, February 7, 2018

Double peak GAP-Gunung Semangkok 28 Jan 2018

habis je program di nuang, kakyang terus shoot balik ke ofis dan tunggu zuri ambik.
pastu terus kami shoot ke rumah ina.
sempat singgah alas perut dulu di RnR dan beli satu dua barang keperluan lain.

sampai kat rumah ina dah malam.
salin2 baju dan berkemas apa yg patut, try lelap mata jap.
kul 11pm dah  bangun dan mula bersiap utk ke KKB

sampai di kkb around 12.30.
makan2 jap sementara tunggu line up yg lain sampai.
kul 2.30 baru start gerak ke starting point.
kakyang ingatkan dekat2 area sungai pertak jer
rupanya nun naik ke atas lg dekat nak sampai lipis dah.
1 jam perjalanan juga la
3.40am baru mula mendaki
starting je dah dgn trek yg pacak
kakyang yg training bawa beban ni terus semput!
wakakakakak

5.06am kami sampai di puncak GAP
bergambar kejap terus sambung perjalanan ke puncak ke 2
7.02 melewati ulu teranum
7.40 sampai ke puncak Ulu Semangkok
posing2 dan rehat
10.15 baru turun semula
kul 12pm sampai semula ke puncak GAP dan berehat sebentar tarik nafas
masa ni tetiba telinga ikakyang berdesing
terus kakyang terdetik nama anak kakyang
sbb dia mengadu x sihat
jd bila telinga berdesing begitu, kakyang dpt firasat yg bukan2

kul 1.15pm baru sampai ke kaki bukit parking

sebenarnya beberapa meter sebelum sampai ke pintu keluar
hp kakyang berbunyi
tp disebabkan trek yg tak sesuai utk  berhenti
kakyang abaikan panggilan tersebut
sesampai je di bawah dan letak barang, terus kakyang check hp
tak sempat tahu siapa yg call,
terus kakyang terima lg satu panggilan dari makcik
makcik inform sepupu yang jaga anak2 kakyang dari kecik meninggal

innalillahiwainnailaihirojiunnn
kakyang jd x keruan
kawan2 kakyang dpt tahu dan kitorang terus siap2 untuk  balik
dlm perjalanan kakyang bgtau anak kakyang yang di kkb
dia mohon untuk balik juga
nak lihat umminya kali terakhir

mula2 kakyang fikir x nak bawa balik dia sbb kereta penuh
tp bila kawan2 kata xpe bersempit sekejap
terus kakyang minta dia siap2 utk balik

dlm perjalanan drop ina dan kawan2 ina dulu
kemudian zuri drop kakyang di ofis
tak sempat masuk kereta
hujan selebatnya

dlm hujan lebat kakyang drive balik
sambil berdoa harap sempat berjumpa sepupu
sampai kat masjid, nampak dah di bawa masuk dlm van jenazah
dah ready utk ke tanah perkukuburan
kakyang terus pusing dan heading ke kubur

alhamdulillah
di kubur, jenazah dibuka sekejap untuk tatapan keluarga
anak kecik kakyang menangis terisak
sbb itulah umminya yg menjaga dia dari dlm pantang
dari umur seminggu hingga sekarang

Alfatihah untuk Ummi
semoga Allah tempatkan ummi bersama para solihin




cer korang tngok makcik atas tu buat apa tu?


level: 5/10