Tuesday, April 28, 2026

The Southenmost tip of Mainland Asia

 Hari jumaat last week, dlm dok sembang-sembang kosong

Dia: lama tak jalan2 kan?
Aku: Jom Tanjung Piai. Teringin nak sampai situ.


Haaa...Plan otak seminit selalunya mmg akan menjadi kan?


Makanya.. sampailah kakyang ke tempat yang dihajati tu. petak lah juga pungkoq nak menyampai ke tempat hujung benua tu kan.

viewpoint 3 sempadan. nampak indonesia, singapura dari sini

dlm perjalanan pergi dan balik tu sempatlah kutip 2,3 bonus 0km yang mana ada dlm laluan.





sempat juga sarapan di seremban, lunch di Tanjung Piai


lengkaplah koleksi tips yg femes di Malaya. Kalau ada lagi yg macik tak tahu, korang tolong bagi info ya.
The Southernmost Tips of Mainland Asia, Johor✅2026
Teluk Melano, Sarawak - titik paling barat West Malaysia✅2026
Tip of Borneo, Kudat, Sabah✅2023
Titik Tengah Semenanjung, Pahang✅ 2020
Ada ke titik paling utara semenanjung Malaya?🤔 hmmmm



Panic Attack

nak cerita apa terjadi kat rumah semalam.

semalam kakyang diserang panic attack sekejap. mana taknya, baru nak cuit makanan kat kedai makan, tetiba hp buzzing. rupanya anak bujang kakyang call.


"ibu. td kilat kuat. rumah kena petir. trip satu rumah. along dah on semula DB. tp kipas ruang tamu tak function."
" ok takpe. nanti ibu balik tengok."

baru nak suap makanan, lg sekali hp kakyang berbunyi.

"ibu, main meter kat luar berasap. along dengar bunyi spark letrik. pastu kipas luar yg along pasang ni pun on off letriknya."
"tutup. tutup semua letrik. cabut suiz apa yg patut dulu. tutup DB juga." kakyang panic. kepala terus terbayang kes kipas terbakar short letrik masa raya kat kg baru-baru ni.

tak jadi makan. terus kakyang minta waiter bungkuskan makanan dgn cepat. dlm hati dok doa jgnlah melarat lagi worst sampai terbakar. nak suh along standby fire extinguisher tu pun tak tahu masih function elok ke tidak. 

dlm masa yg sama dok pk apa tindakan yg perlu ambil jika berlaku kebakaran disebabkan litar pintas mcm ni??

kelam kabut drive balik. dalam kereta, kakyang terus talipon tnb buat report. sampai je kat rumah, along report asap kat main meter dah takde. dia semak a few items dlm rumah tak function.

kakyang standby je kat luar tunggu pihak tnb dtg. lepas semak kat meter, compemlah fius tepi meter tu terbakar dan terus diganti free. yg dlm rumah mereka minta kakyang call electritian jer.

alang2 call tnb td, kakyang terus report juga pasal lampu jalan dpn rumah yg dah seminggu lebih tak menyala tu. haaa yg itu pun mereka dah hantar kontraktor dtg check. selesai masalah.


bab electrik dlm rumah, kakyang minta tlg sham. memandangkan yg rosak tu brg letrik, sham kata tukar baru je kak. aduhhhh nak tukar baru mcm mn lg ya, yg rosak tu pun baru beli beberapa bulan. sempatlah sham sedekahkan sebiji lampu utk tukar lampu bilik air along yg terkesan trip td.

dan..
hari ni, nasib baik kakyang WFH. dapatlah kakyang belek2 rumah sambil buat keje ofis sikit.

petangnya lepas selesai kerja, kakyang terus usung cpu pc bawa gi repair. lepas trip semalam, cpu tak boleh on spt biasa. alang2 dah minta kedai tengokkan, teruslah kakyang mengadu 2,3 permasalahan dgn pc tersebut. dptlah 2,3 panduan. balik try dan tadaaa.. selesai masalah bab pc yg selama ini menghantui kerja2 kakyang dari rumah.

pasal kipas yg rosak tu, kakyang dah gi semula kedai letrik. alhamdulillah masih dlm waranti. kedai dah buat report. lg 2,3 hari nanti diorang dtg tengok .

balik dari situ kakyang singgah pula beli makanan kucing yg dah habis sejak semalam. belikan juga ubat2 luka utk si Dabu. lukanya makin lama makin membesar. kakyang nak bawa gi vet, tak mampu la pula nak kluarkan kos yg dah tentu akan jd ratus. takpelah cuba dulu lah dgn ubatan kedai ni. harap2 menjadi lah

.

Alhamdulillah lega bila 2,3 benda yg terjadi sejak semalam dpt diselesaikan hari ni. 

oh. ada lg 1 yang belum selesai. paip yg bocor bawah sink belum ada plumber yg sanggup nak dtg tengok. hmmmmm reputlah kabinet kakyang kalau lama2 gini.. doakan ya semoga itu juga dpt diselesaikan segera.

baru boleh bertenang bila rumah dlm keadaan selamat.huhu

Friday, March 27, 2026

Bukit Raya: The Hike

 kalau korang nak baca cerita perjalanan sebelum hike, gi cari kot post utamanya ya. situ KY dah siap bagi link utk ke post lebih details.

Hike masuk ke bukit raya bermula dari base camp Rantau Malam. kami bergerak agak t/hari kerana kelewatan tiba dari nanga Pinoh yang mengambil masa 1hari setengah perjalanan disebabkan masalah bot kehabisan minyak beberapa kali.

setibanya di BC, kami terus kemas2 barang apa yg patut untuk diberi kepada porter, yg nak ditinggalkan dikumpulkan dlm beg besar dan diletakkan dlm bilik BC, lunch dan selanjutnya memulakan upacara adat dgn memakai gelang akar kayu sebelum mulakan perjalanan.

Perjalanan dimulakan dengan turun semula ke tebing sungai yg kami sampai tadi dan cross ke tebing sebelah. kedalaman air hanya sekitar paras betis dan agak mudah. hanya perlu berhati-hati sebab batu2 sungainya bulat2 dan licin berlumut. 

Bayangkan mula perjalanan dengan matahari tegak atas kepala? aduh.. satu keadaan yg melemahkan akak. tp nasib baiklah tuk perjalanan hari tersebut jalan agak landai  beraalun dan melalui kebun , jalan org kampung. untuk sampai ke chx point Karong HP pun mengambil masa 3 jam. 

Kami sampai ke campsite 1 untuk hari tersebut sekitar 720malam. guide dan porter agak impress dengan kami kerana kata mereka, biasanya group2 yg lalu mengambil masa sekitar 1 hari perjalana untuk sampai sejauh itu. manakala kami pula agak terpinga dgn statement tersebut. aaitt.. ye ke?? sebegitu sendu kakyang berjalan sebagai org terakhir, masih katanya laju dari group2 terdahulu? biar betul!

kakyang tempek dulu summary kat sini. kejar masa nak selesaikan task kerja sedikit dulu. Nanti kakyang ulas sikit setiap chx point tu keadaanya mcm mn.

Rantau Malam 2pmselepas upacara adat - *Korong HP 545pm - Sg.Menyanoi (Pos 3) - Sg.Mangan (Pos 4) - Hulu Rabang (Pos 5) 720m Dayak Udanum

-korong HP tu sebenarnya masih lagi dlm perkebunan org kg. dari BC ke situ jalannya landai naik turun dan menaik sikit2, dpt nama korong hp tu sbb signal hp masih lagi boleh dicapai di situ. treknya agak terbuka. jd fhm2lah kalau jalan siang mcm mana keadaanya.

Hari ke 2 hiking 17.09.2024 

Hulu Rabang (Pos 5) - Hulu Jelundung (Pos 6) - Linang (Pos 7) 1260m

- sini kakyang tak berapa ingat treknya mcm mn, mcm dragon back sbb kakyang ingat kakyang mengaruk sbb asyik naik turun. hahaha. yang pasti campsitenya biasa2 aja. cerita awal katanya banyak pacat. memandangkan kami pergi musim kemarau, pacatnya kurang. tp masih ada. dok atas ground tunggu nak makan pun boleh nampak pacat dok merayap cari makan juga. pakatlah jentik sana sini. apapun, masih dlm kawalan. taklah tahap menyampah sampai nak duduk pun tak boleh. biasa2 jer gitu. 

hari ke3 pendakian : 18.09.2024 - D3🔺️

Linang (Pos 7) - Soa Tohutung (Pos 8) - *Jempol Cliffs - Gunung Bukit Raya /Puncak Kakam - Linang (Pos 7)

kenapa dinamakan Jempul Cliffs? sbb kat sini bukitnya tegak seketul mcm kita naikkan ibu jari. treknya agak poros dan baru ada gelinciran sebelumnya. tp ada tali dipasangkan. cuma perlu berhati2lah mendakinya sorang demi seorang. kat sinilah kakyang jumpa ketam kecil warna merah di atas gunung. wow sangat. dan kat sini juga abg mat tercicir gelang adatnya. aduh.. jenuh cari dlm daun2 kering tu. nasib baik manik merah yg dipasang pd gelang tersebut memudahkan pencarian.

puncak bukit raya? tak lah sukar sangat nak dakinya. ada view tak eh? mcm takde. nanti lah kakyang refer balik pada gambar2 di puncak.

Hari ke4 pendakian: 19.09.2024 -

Linang (Pos 7) - Hulu Jelundung (Pos 6) - Hulu Rabang (Pos 5)  - Sg. Mangan (Pos 4) Sg Menyanoi (Pos 3) -  Korong HP - Rantau Malam

Hari turn semula ke basecamp. hari ni hari yang panjang sbb. hampir 25km perjalanan sehari!. kakyang ingat lagi kakyang org terakhir sampai. dan berjalan malam. petang tu masing2 dah barai dgn jauhnya perjalanan pulang. abg adam yg selalu teman kakyang di belakang pun dah jauh ke hadapan. abg mat berada di tengah. kakyang almost givap kat sini. jalan dah seret langkah jer sbb rasa penat sangat dan tak sampai2. nak menghabiskan trek dari karong HP ke bc pun masyaallah seksanya.

Bila dah dengar deru sungai.. barulah boleh tarik nafas lega. yeaaa dah sampai rantau malam! mlm tu juga kakyang turun mandi di sungai malam2. sbb badan punyalah kotor!. selalunya kakyang sangat takut turun sungai waktu mlm. mcm2 menjelma di fikiran. hahahha


ook. itu lah secara ringkas perjalanan hiking. tapi... ada sambungannya cerita isu nak balik pula. nantikan episod selanjutnya!

layan gambar2 hiking dulu

bintang di Korong HP









geng runner dah ready nak pergi peak

apa lah yg macik bincangkan dgn sham tu. 




Bukit Raya: Perjalanan Darat

Seminggu sebelum flight seperti yang dijadualkan utk trip bukit raya, KY dpt maklumat flight MAS dibatalkan dan tiada flight replacement. Yg ini agak kecoh sikit sebab masa tu ada isu staf mas mogok dan banyak flight mas pada tarikh tersebut dibatalkan. kalau tak silap, ada yg dpt tiket replacement dan ada yg dah berjam2 tunggu di kaunter mas pun tak dpt tiket juga.

KY malas nak bersesak dan buang masa di kaunter. once confirmed berita ada banyak masalah utk dptkan tiket replacement, KY terus batalkan tiket tersebut dan beli tiket pergi naik AA. kos tiket baru sehala shj mcm cost tiket haritu yg returned. aduhaiiii.. hadap je lah tambahan kos tersebut mentelah trip semua telah di bayar.

Sampai di kuching, kami bermalam dulu di hotel yang berdekatan dengan bus stand Kuching kerana kami akan menaiki bas untuk masuk ke kalimantan melalui jalan darat. Bas yang dinaiki adalah bas ke Pontianak, Kalimantan jam 9am. dari hotel ke bus sentral hanya beberapa minit perjalanan kaki. Sham yang uruskan semua pembelian tiket. kat sini kena tunjukkan passport sekali. 

dari Kuching akan melalui bandar Serian. bas berhenti di sini dlm 1 jm rasanya untuk semua penumpang refreshkan diri, toilet atau alas perut sebelum sambung lg perjalanan untuk masuk ke border, Tebedu. 

eh jap.. sebelum tu. meh kita cerita mabuk dlm bas. hahahhaha yg ini best juga ceritanya.

kami beli tiket bas dan mengambil seat di hadapan kebanyakkannya. ada yg single seat, ada yg sharing. pilih seat depan kerana nak elak mabuk dgn goyangan bas dlm perjalanan yg panjang.

alkisahnya.. masa dok tunggu semua penumpang bording tu, naiklah seorang pakcik ni. biasalah kan. bas kami bercampur dgn warga setempat dan seberang yang masing2 dng urusan tersendiri.   Masa pakcik tu lalu tepi KY, kakyang dah tercium bau sesuatu. positif lagi. 

bila bas mula berjalan, pintu dah ditutup, aircond dah mula berfungsi, maka bermulahlah episod yang tidak menyenangkan. bau sesuatua yg KY terhidu dari awal tadi mula semerbak memenuhi ruang beraicond bas. Korang bayangkan, bau yg tidak enak dlm bilik berekon, mcm mana rasanya? sesak nafas juga kan?

KY ingatkan KY je yg terhidu begitu, manalah tau hidung KY ni over sensitif lebih. rupanya semua kawan2 pun bau yg sama. dari KY je yg mula tersapu2 minyak angin kat hidung, dah semua minta minyak angin kakyang sbb tak tahan dgn bau tersebut. kami mula berckp2 sesama kami. bau apa ni? bau apa ni. ada yg kata bau tuak, ada yg kata bau pekasam, ada yg kata bau ikan kering. ada yg kata bau badan kot? yg pasti baunya mcm busuk sangat. mcm benda yg diperam.

menahan-nahanlah nak termuntah semua org dlm bas tu. bila bas berhenti berehat di serian jer, terus semua org turun dan menarik nafas lega. tp jap lagi nak kena hadap balik utk sambung perjalanan ke border. mcm tu lah sampailah kami turun di sosok, kalimantan. fuh lega rasanya.

total perjalanan dengan bas dari kuching ke Sosok, kalimantan ni lebih kurang 4 jam juga. Kami tunggu Ancha di Sosok kerana ancha telah berada di Pontianak untuk pick up Farid yang turun dari Singapura. 

Sementara menunggu mereka sampai, kami sempatlah alas perut makan tengah nasi padang di kedai sekitar simpang tersebut. Bila kami mendapat perkhabaran dari Ancha bahawa flight  Farid delay, kami terus mencari masjid untuk tunpag berehat. Masjid tersebut terletak beberapa km dari simpang Sosok.  Kami ke sana dgn bantuan keluarga pemilik kedai nasi padang tersebut dgn menaiki motor. hahahhahaha ada org usha2 anak dara pemilik nasi padang tersebut. tersipu-sipu malu orgnya  bila kena usik. dan nasib baik lah org tu masa tu belum kawin lagi. kalau dah kawin tu... siap kau aku report kat bini kau nanti! hahha

dari jangkaan bertolak ke Nanga Pinoh siang, telah berubah menjadi malam bila ancha akhirnya tiba di masjid yang menjadi tempat kami berehat tu sekitar jam 9 malam. perjalanan ke Nanga Pinoh mengambil masa 5 jam selanjutnya. 

Sesampai je di nanga pinoh, kami terus mencari hotel bajet murah sementra menanti pagi untuk meneruskan perjalanan selanjutnya melalu jalan sungai. dan urusan pendaftaran untuk masuk ke taman negara bukit raya semuanya di lakukan di sini.

jom layan gambar.











ready utk travel sungai pula