Saturday, May 30, 2015

sakitnya tu di sini

Hari-hari hati ini di toreh-toreh. Pastu di lumur asam garam. Perahkan limau pula. Pedihnya...

Monday, May 18, 2015

Persediaan Panjat Gunung Kinabalu

sejak dah confirmed pekej semua, kakyang start buat preparation barang dan fitnes skit2.

utk cari fitness, kakyang mampu panjat building 4 tingkat je. dan jalan keliling bukit2 ofis ni 3x seminggu. tu pun tak berapa mencabar. peluh2. nak joging x mampu. buat sekali, rasa nak pitam beb. tp bab kaki tak mencabar sangat. nak p test test panjat bukit lain x de peluang. nak perambat abg utk hantar kakyang kesana kesini tu bukan senang.

Minggu terakhir kakyang terpaksa ambik cuti hafday untuk test tracking kat bukit gasing. dlm banyak2 info yg kakyang cari, ada yg rekemen bukit gasing sebagai test track. Main gamble je. test track naik ke kuil. baru a few minutes, kakyang dah nak pitam!. lgpun x sempat sarapan pun pg tu. turun dari laluan tu, kakyang try track ke menara tinjau pula. yg sini x curam sangat mcm yg ke kuil td. turun dari situ jalan landai je. tu je lah yg sempat kakyang try sebelum bertolak ke KK.

Utk barang hiking..ini je barang2 yg kakyang dah beli
-beg hiking masa p vietnam haritu. 1 beg besar utk isi semua sepanjang trip, lg satu beg kecil. yg ini nanti guna untuk bawa bekal dan air

- bekas air. beli yg ada tiup panjang boleh galas.
ehsan google. :P

-pole kakyang beli kat kedai outdoor di Shah Alam Mall. kakyang ambik yg berkualiti skit sbb kononnya kalau berjaya Gunung Kinabalu ni, nak p gunung lain pula.


-Sarung tangan/ baju sejuk/ guna yg masa p korea dulu

-kasut hiking- ingat haritu nak guna kasut sukan yg
kyang dah beli utk joging tu, sekali tu masa test turun cerun bukit bertar kat bukit belakang ofis, kakyang mengelongsor jatuh terduduk sbb kasut tu tak mengcengkam. ish, tak boleh jadi. terus kakyang cari kasut hiking. kebetulan sepupu abg tengah kerja kat kedai bata, dia kata brand power ada kasut hiking, rembat je lah satu. murah2 je janji ada grip kuat.
utk turun gunung kakyang beli sandal.

ekceli, kasut outdoor bata ni tak sedap sangat. dan dia tak support ankle. tp ok la utk low budget kan. nanti kalau nak p gunung lain, kakyang nak usha yg better skit.

Pakaian:
Sebelum pergi tu member kakyang yg dok ulang alik sana bgtau, KK tengah kemarau sekarang. so kemungkinan besar tak terlalu seju. so kakyang tak prepare baju lebih2 sangat.

-baju tebal: kakyang just guna winter coat yang dah ada masa ke korea dulu.

utk hari naik, kakyang just pakai  baju T biasa lengan panjang, seluar track, kasut outdoor, stoken sukan biasa.

utk bermalam di Laban Rata, kakyang terus pakai baju yang akan digunakan untuk naik ke summit. Wintercoat, inner biasa, T lengan panjang, seluar track, stoken bola yg panjang sampai lutut, stoken sukan biasa. glove winter yg tebal tu.
-masa naik ke summit tu kakyang just pakai tudung biasa sahaja. takde pakai mafla apa pun. just cover kepala dgn topi wintercoat saja.

Hari turun dari gunung, pakaian yg sama naik summit. jimat kan :P

Ubat-ubatan:
kakyang bawa panadol actifast sepapan, ubat sakit perut, ubat pening, ubat garam dan glucos. yoko2, ubat spray cramp. insect repellent tak perlu pun.. x nyamuk pun kat sana :D

Utk energy
kakyang bawa snack bar, cloud9 ngan choki-choki. tp sebenarnya benda ni tak membantu pun. luckly sebelum pergi tu kakyang minta kawan belikan energy bar. yg ini lah yg plg membantu kakyang sepanjang perjalanan tu. pisang also good utk stamina.

apa lg eh? kalau ada tambahan nanti kita update semula ye..






I saw, I climbed, I concured! Mount Kinabalu April 2015

Pengalaman mendaki Gunung Kinabalu 15-16 April 2015. Bersama 6 member lagi. Tad, Thira, Min, Leni, Has dan Lina.

Alhamdulillah...akhirnya apa yg di rancang-rancang seawal pertengahan tahun 2014 berjaya direalisasikan...

14hb April flight kami ke KK melalui KLIA2. pagi ni pun dah kalut dengan kejadian hampir tertinggal kapal terbang. leka berborak dan lupa yang klia2 ni besar dari lcct dulu. kaunter check in luggage buka 2 je pula. gigih Q. rupanya dah terlambat. haru sungguh. jalan nak ke gate punya la jauh. akhirnya kami terpaksa berlari sambil kendong luggage masing2. dah rupa explore race ha.

sampai airport KK pun x boleh terus ke kundasang lagi. kena tunggu dulu sbb ada member yang tertinggal flight. lastnya kul 3 lebih baru gerak ke kundasang. sampai kat KP dah jam 6pm terus sattlekan pendaftaran, then arrange ambik tag nama etc. baru dpt gerak ke mersilau.

di mersilau, Lepas check in kat kaunter, dinner. pastu baru pergi ke bilik. kami stay kat bishop head resthouse. kena turun dari tempat reception. jalan dlm 100 m kebawah juga. baru jumpa biliknya. rupanya mcm separa rumah rehat kerajaan. kiri kanan ada bilik, tengah2 ada ruang santai/tamu dan dapur than sambung lagi dengan bilik bilik. agak besar biliknya. dan selesa.

Sejuknya mcm kat genting. nak pijak lantai pun sejuk. tp nasib baiklah toilet ada shower air panas. shower jer.. utk weewee..air sejuk dong.. sendiri mau ingat ler mcm mana rupa kalau cebok. hahahah

lepas prepare semua kelengkapan utk esok pagi, kami terus tido. sebenarnya x boleh tido sangat pun, sbb sejuk giler.

15 April- pagi, masing2 bangun awal dan prepare untuk breakfast sebelum start hiking. gate mersilau akan start buka jam 8.00pg

Lepas breakfast, turun semula ke check point bawah utk buat pendaftaran di pintu mersilau. 2 guide di assign. upah porter. ingatkan porter org lain, rupanya, guide juga. kaunter pendaftaran assign indra dan shazmi sebagai guide kami. nak advise, jgn ambil guide nama shazmi. x bagus service dia ni dan kaki kelentong dan kaki pow. nanti kita cerita mcm mana dia pow kami.

lebih kurang jam 9.00 kami dah mulakan pendakian. masa ni semua happy2 lg. mula2 kita la yg leading, lepastu, yg lain dah mula memotong. dlm jarak beberapa meter, yg lain dah tak nampak bayang. tinggal kiter je sorang2 jalan ikut rentak sendiri. mmg nak mcm tu pun, sbb tak nak diorang rasa terkongkong dgn rentak kita yg kenderaan berat ni. :P

perjalanan melalui mcm2 bentuk jalan mcm dlm gambar. mendaki, mendaki, mendaki, tangga, tangga, tangga. turun tangga, naik semula tangga, tangga tangga tanggggaaaaaa dan begitu lah seterusnya...

di km ke 4 rasanya baru landai sedikit. masa ni speeding utk kejar masa. dah petang. sorang2. tp pemandangan di situ sangattttt cantik. pokok2 renek diseliputi lumut.

-menangis masa daki batu2 nak ke laban rata tu... nangis bukan sebab penat. tp nangis sbb tak sangka manage sampai situ akhirnya.

finally sampai di laban rata kul 7.dpt sampai laban rata pun dah penuh keseronokan dan bersyukur sangat. thira dah ambilkan makanan utk dinner. tp tak boleh nak makan. 1 sbb nasi mcm mentah. lg 1, bila badan dah penat, mmg hilang selera. jamah skit2 je.. risau gak mcm mana nak gain energy semula utk ke summit mlm nanti.. tawakal je masa ni..

t/malamnya kul 12.00am dah bangun utk siap2 ke summit. turun supper dulu. pun tak boleh nak mkn sebab semuanya rasa payau di mulut. alas perut dgn pisang 2 biji je.

start ke summit dlm kul 2.30am jd org terakhir yg naik sbb terlalu slow. 3,4 langkah berenti. ada part yg terpaksa merangkak. punyalah curam part ni. dari awal tangga..tangga..tangga yg semuanya curam curam curam dan ada yg menegak pun. kalau yg menegak tu mmg rasa mcm memanjat tangga je. lepas laluan bertangga, kena ikut laluan bertali tepi batu2 besar pula. time ni mmg kena hati2 sebab tempat untuk pacak kaki mmg kecil sangat. perjalanan makin slow. dari atas nampak sayup2 headlamp masing2. lepas laluan ni, baru la sampai tempat yg berbatu lebar dan landai sedikit. baru lega. dah boleh jalan tanpa pegang tali. tp sbb gelap kan, ada masa terpaksa pegang tali juga bila terasa kecuraman tu makin tinggi.

Kat sini dah tanya shazmi, jauh lg ke nak ke sayat-sayat? sebab kalau x sampai situ at certain time, tak boleh lepas naik ke puncak. Shazmi kata, kalau jam gini kamu masih di sini, mmg kamu tak mungkin sampai ke puncak. Chis! sampai hati boleh runtuhkan semangat aku mcm tu!

pedulik! just continue je jalan lagi. time ni x peduli apa dah. sunrise ke, bintang bertaburan di langit yg sangat cantik ke. x peduli. (huhuhu rugi pula x ambil gambar2 yg banyak time tu.. mmg satu keindahan yg x mungkin dpt kat tempat lain.)

Akhirnya sampai pintu sayat2 kul 5.00am. pengawal sayat2 tanya nak naik juga ke? nak!! mestilah nak. saya nak cuba naik juga. Pengawal gate sayat2 pun benarkan terus naik. naik dari situ sorang2 tanpa iringan shazmi or indra. naik skit2. layan rentak jalan sendiri. nampak org lain dah sayupp jauh di atas sana. ada selisih dengan seorang 2 pendaki yg staminanya slow mcm kiter juga. ajak sembang2 sambil jalan kut-kut lah diorang boleh bersemangat kembali utk teruskan perjalanan. tp nampaknya dia dah tak mampu. aku terus jalan lagi sorang2. sambil berzikir. sambil selang2 semangatkan diri sendiri. skit lagi.. skit lagi.. dah nampak puncak dah.. skit lagi... nampak puncak tu mcm dah boleh gapai dgn tangan. tp bila jalan jalan jalan tak sampai-sampai, baru tahu puncak tu jauh lagi rupanya.. org yg dok atas tu pun nampak mcm semut je kecilnya

tak lama lepas tu dah nampak has dan ina di depan.

langkah diteruskan. pass by ina..

langkah lagi.. passby has..

langkah lagi..akhirnya sampai ke platform batu besar terakhir di kaki puncak. masa ni nangis lagi sekali. nangis mcm budak-budak. bukan sebab menyesal, tp sebab gembira. sbb tak sangka org mcm aku yg staminanya takde, kesihatannya x memuaskan, low blood, low sugar segalanya lah.. mampu juga akhirnya sampai ke tahap tu..

teruskan lagi langkah. masa ni ina dah terbaring, has dah terduduk. ajak juga diorang teruskan lagi...pelan2 diorang ikut di belakang.

pastu dengar pula suara2 bgtau dah lambat ke puncak. kena turun. tp tak pedulik! teruskan juga. skit lagi. skit lagi.

berselisih dgn guide org lain.. "skit lg dik. kamu bayar mahal-mahal, rugi kalau x sampai puncak".

tambah bersemangat dengar kata-kata guide tu. zikir lagi.. skit lagi. skit lagi.. puncak dah dpn mata. zikir lagi..zikir lagi..dengan tekat selagi ada org di puncak sana, selagi itu kaki akan terus melangkah. selagi tak ada org yg datang tarik tangan suruh turun, selagi itu akan ku daki.

dah rupanya tindakan utk terus daki menyebabkan has dan ina pun turut daki sama. tertonggeng, terlentang, merangkak, mengusur, terbaring, bertatih, tak kesah lah mcm mana gaya pun..akhirnya kami ber3 berjaya sampai puncak tertinggi juga!

16 April 2015 menjadi satu tarikh yg bersejarah bg kami!

"it not the mountain we conquer, but ourselves!"

Tepat sekali kata-kata ini.. manisnya kejayaan bila ada kepayahan.

Alhamdulillah, syukur dan segala puji bagi Allah dgn segala keindahan dan pengalaman di atas sana.

**ada banyak lagi cerita-cerita waktu turun. simpan je lah. kalau nak tahu kena jumpa. jgn lupa bawa kambing golek.
hahahaha