Thursday, December 26, 2013

Gila perfume

kakyang perasan kakyang ni gila perfume rasanya. kalau dpt peluang masuk kedai duty free tu mmg meroyan. nasib baik jarang p shopping mall, so keberangkalian gila kat kaunter perfume tu hampir tiada lah. kekeke

kdg2 beli online. tp kalau beli online ni korang hati2 yer... kakyang dah terkena sekali, lg 2x tu mmg sengaja kenakan diri. tp la ni dah insaf. xmau lg dah beli perfume online. sakit hati tengok perfume2 tu tak digunakan.

kenapa kakyang x mau beli online?
sbb bila beli online kita tak boleh bau perfume tu mcm mana wpun dah tau perfume tu bau apa.
sbb kadang2 penjual online ni kelentong. kata perfume original, tp bila sampai kat kita bau tengik semacam.
sbb kadang2 perfume yg dah tau bukan ori. gred aaa la kononnya, tp bila sampai kat tangan gred pasar mlm rupanya.

haaa tu la yg insaf x nak beli online ni.

mcm mana nak tau ori ke tidak? banyak tips dah kat internet tu. google je. antaranya:
-bila goncang botol, buih ori akan lambat hilang dan halus2. buih tak ori kasar2 dan cpt hilang
-bila spray kat kertas,yg ori lambat kering & lekat bekas minyak kat kertas, yg x ori akan cepat kering dan x tinggalkan kesan.
-yg ori baunya tahan lama sampai 24 jam pun boleh. yg x ori tahan 5-6 jam dlm ekon, bila kena panas lg cpt hilang.
-bau yg ori lagi sedap dan tak menyesakkan hidung. bau yg bukan ori tengik sedikit dan menyakitkan hidung.

antara jenama perfume yg jd feveret kakyang..elizabeth arden. lancome, salvatore feragamo, issey miyaki, ck, yg plg suka salvatore la.







Tuesday, December 24, 2013

Jom melancong - part 2

Semalam kakyang dah cerita basic info persediaan nak melancong kan. persediaan utk melancong ke luar negara la. dlm negara tak de mender nak pk sngat kan.. :P

Ok, next step yg kakyang tengah pk sekarang adalah mencari brg keperluan pakaian melancong. banyak info2 berguna ada di internet ni. nak kena rajin baca dan search jer. since kakyang akan ke negara yg sedang musim sejuk, so kakyang bg info yg kearah pakaian musim sejuk ek.

Sekarang kakyang tengah pk nak bawa beg kotak tu atau backpack.
Kelebihan beg kotak? nampak kemas, baju tak kedut. kekurangan beg kotak? bulky ooo...

bag  backpack?
senang nak usung kesini sana. tp baju2 mcm nak kena sumbat2 jer dlm beg tu..huhuhu

since kakyang akan pergi ngan arrangement agent, rasanya kakyang beli beg kotak kot.
-

Pengalaman jejak kaki ke Korea

aritu kakyang dah kabor korang yg kakyang nak p korea kan? haa...yg kakyang cuti 2 minggu tu pasal p sana la tu..ish, idak ler sampai 2 minggu kat sana. 5 hari jer kat sana, yg selebihnya sambung cuti yg kebetulan bersambung dengan new year dan 1st day anak masuk sekolah. tu yg jd panjang bebenor cuti tu...

okes, meh kakyang citer pasal korea pulak. citer tak bergambar tak best kan..tp skit nor ler gambar yg boleh syerepun sbb ambik gambar tengah moving dlm bas. gambar tak berkualiti. tak syok nak syere ngan korang. tp takpe, nanti kakyang tempek mana yg ok ek..

ok, nak start citer dari mana?

ok, dari airport mlm 26 Dec, tu kami naik MH66 to incheon airport. perjalanan 6 jam. sib baik travel ngan MAS so abit confort ler...masa flight nak berlepas tu gementar ler juga kakyang ni. almaklumlah...1st time naik eroplen...hihihi malu ai tau..

bila dah berlepas, flight dah stable, mcm biasa jer rasanya. tp tak syok skit la sbb tak dpt menikmati pemandangan bumi Malaysia dari udara. seat kakyang ngan anak2 kat row tengah. frust kan..anak2 kakyang dah ligat dok belek apa jer yg ada keliling seat diorang tu. dengar channel radio/tv lah, tengok magazine yg ada dlm tu lah, tanya camner nak pakai topeng oksigent lah..tanya mcm2. jenuh nak layan. kakyang force diorang tidor sbb esok pagi sampai dah nak start melawat macam2. so kena simpan energy banyak2 skit.

Esok pagi, kami sampai airport incheon awal dlm kul 5am gitu. dari dlm airport dah sejuk gedi you...direct situ terus kami ke hotel. dah lupa hotel nama apa. wow.. hotel mewah u. bilik air je sebesar bilik tido kakyang.

antara tempat menarik yg kitorang melawat adalah nami island, myeondong, istana apa entah tengah2 korea tu. pastu pergi ski. petik strowberi dan etc.
korang layan gambar la ye. kakyang dah lupa banyak info since baru perasan post ni rupanya cerita terngantung .
-edited 24/7/17












Bandung: Trip family

kat Bandung xde jual mee bandung tau. sirap bandung pun tadak. abihtu mai mana nama tu?

hehehe

KakYang baru balik dari Bandung minggu lepas. bertolak ke sana pada 16 Dec petang. Balik sini 19 Dec t/hari. lewat petang baru sampai sbb beza waktu sini 1 jam. Bandung lewat sedikit dari kita. Atas tajaan kak ipar kakyang..

Ni geng2 makcik sepupu sepapat anak buah. pompuan semua. x de lelaki so percutian nya aman la skit kan. dah kekdahnya nak membeli belah. bawa lelaki buat menyemak dan pemusnah mood jer. kekeke

KakYang cerita dlm mood kronologi la ye.. malaih nak taip panjang2. lately mood nak mengarang tu makin tumpul.

16 Dec 2013
3.00pm flight AA ke bandung. delay 30 minit.
-sempat sambar minyak wangi feragamo ngan montblanc botol besar. kopak RM600 dah. gara2 salesgirl tu kata freeduty balik nanti tadak brand tu. huhuhu takpa janji apa yg dihajati tercapai.

5.00pm sampai bandung. kecik jer airportnya mcm 1 baris lot kedai je gitu. 
lepas dah ambik semua luggage, terus gerak p 1 factory outlet ni dulu. tak berkenan sbb semua jual baju kecik2 jer.
then p toko 3. shoping tshirt sakan dah kat sini. sebelah toko 3 ada kedai telekung n kain baru buka. survey je dulu
-makan nasi padang

17 Dec
- pergi pasar baru. dari kul 9 sampai kul 4 kat sini. dpt sambar 1 telekung, dan beberapa pasang kain jer, duit 3juta abis. kakyang dah terdiam la sbb pokai. huhuhu
- jangan tempah jeans kat kedai medwan di lantai 2. takde kualiti. janjinya 1 mlm siap. tp mlm terakhir tu baru dpt. alasannya, kami balik khamis. 3 org tempah, 3-3 tak puas hati. Kakyang punya cawat suka melorot ke bawah. dah tu dia buat mcm legging. melekat kat kaki. kak ipar punya x boleh zip. anak buah punya pinggang besar dan cawat pendek. boleh nampak pentiesnya. adeh... nyesal sapa la yg review kata situ bagus. auta sungguh
- kalau ada sales girl offer nak tunjukkan kedai mana2 yg dia kata murah. jgn ikut dan jgn percaya. sbb kalau diorang yg tunjukkan, harga yg kita nak beli automatik akan jd mahal. dan kalau ada yg ofer nak tolong bawakan brg2 tu. jgn terima. alasannya sama nanti harga brg jd mahal sbb peniaga tu kena bg tips kat diorang2 tu.
-bawa duit juta juta juta jutaan kat sini. mmg menyesal bawa skit jer. sampai hari ni menyesal lg...huhuhu

-makan nasi sunda mlm tu.

18 Dec
-pegi tangkuban perahu. subhanallah cantiknya pemandangan situ... mcm2 posing kami ambik gambar. selfie pun ada. perasan. hehehe
tak lama pastu hujan, terpaksa terus balik town.
-3.30 petang keluar balik ke toko 3 tukar baju tshirt yg kakyang beli koyak. terus shoping lagi kat kedai kain sebelah tu

19 dec
-8pg dah check out hotel. fligh ptt 11.30pg tunda ke 12.30t/hari.

tu je lah dulu. nanti ada mood kak yang oleh semula karangan ni yer.. hehe








Tuesday, October 29, 2013

Nathie's Kimchi!

Wah... tu la nama brand kimchi kakyang. mcm mana kakyang boleh buat kimchi ni??

Asalnya dari tengok cerita2 korea la.. syok dok tengok org korea mkn kimchi.. nak juga tahu apa rasa kimchi tu.. kakyang start google resepi kimchi. tengok bhn senang jer nak buat. then test sekali. dah tau la rasanya.. ada masam, masin pedas2 gitu..

pastu kakyang p restoren korea. mkn bulgogi korea mmg diorang ada sediakan kimchi. test kimchi tu.. eeeiii tak sedap. sedap lg yg kakyang buat.

then kebetulannya kakyang melancong ke korea... dlm agenda lawatan ada pergi ke kilang buat kimchi. dari situ la kakyang nampak bhn2 sebenar diorang buat kimchi.. hahaah dah tahu rahsia diorang!. then masa dlm flight pun ada disediakan korean dish. kakyang collect semua pack kimchi yg adik beradik ikut tu sekali. kononnya kimchi dari jeju island (tak pergi jeju masatu..) walllaaaa sedap sngat kimchi dia.

Balik malaysia, kakyang try buat kimchi lg sekali.. guna bhn2 apa yg kakyang nampak masa kat sana... test test test.. hmmm sedap sngat wpun x sesedap yg dlm flight tu..

then kakyang start promote kat FB. tunjuk gambar makan megi ngan kimchi, makan mee ngan kimchi, try buat mee bandung guna kimchi.. etclah.

mula2 kak yang start post kimchi free kat kawan2. bg rasa. ada yg bg feedback, ada yg tak. yg tak tu maksudnya x suka la tu.. diam kejap.

sambil2 tu tayang lagi apa2 je kakyang mkn guna kimchi kakyang tempek kat fb.. lama2 ada sorang 2 kawan2 mula tanya pasal kimchi. kakyang post pd diorang. pastu ada yg tanya lagi, post lagi. dari mula buat kimchi sebiji, jd 3, jd 9  biji dan sekarng sampai berkilo2. 2 minggu lepas kak yang order 25 kg... dari guna besen kecil, beli besar skit, pastu kluar plak besen pusaka arwah mertua... lama2 dah jd besen besar sekali pun x muat. huhuhu

dan hasil dari kimchi ni, makanya termaktuplah pendaftaran NathiesMade sebagai sykt perniagaan kakyang pd 1 October 2013 hari tu...

dan semalam.. alhamdulillah. kak yang pergi register nak buka acc pickup brg dgn pos malaysia. kesian abg dok kena q panjang2 kat pusat poslaju. harap2 2 minggu lagi dpt jawapan positif.. insyaallah...

alhamdulillah dan bersyukur sangat Allah permudahkan rezeki. harap2 kakyang tidak lupa diri dan terus berusaha utk memajukan perniagaan ni..

oh oh lupa nak bgtau... td baru saja kawan kakyang order 50peket kimchi utk dia jual pd booth Hari Peladang. harap2 terjual habis.. insyaallah...

doakan kejayaan kakyang yer.. mekaceh!


Result MUET

lupa nak update.. dah lama dpt tau result muet. alhamdulillah band 3. dari  2,3 org yg kakyang jumpa masa test tu, semua dpt bad result katanya... takpala cuba lagi.. tp kakyang tak tau la kan maksud bad depa tu apa.. kakyang phmkan as 1,2 band lah. kakyang dpt 3 pun dah alhamdulillah... tp masalah lain pulak timbul ni...???

Masalahnya x tahu nak further study ke tidak pula... hadehhhhh. haritu tu beriya sngat nak sambung. bila dah ada muet, tak tahu pula nak sambung ke tidak... kenapa?

sbb sekarang kak yang dah terjebak dengan bisness pula... bisnes apa???

bisness kimchi... eh nanti lah kak yang tulis posting lain special utk kimchi eh... hehe

Wednesday, July 24, 2013

Muet-reading, writing listening

20 Julai haritu kak yang dah lengkapkan exam muet. duduk exam dibulan puasa amatlah mencabar. sbb bila otak kita ligat digunakan, badan otometik penat. bila penat, mesti rasa nak minum air banyak. tp tak bleh nak minum sbb posa.

pagi2 lg kakyang dah p sekolah tempat exam tu. jln kaki jer sbb dekat ngan rumah.

1st paper pagi tu reading. ada 5 artikel nak kena jawab dgn 45 soalan dlm tempoh 1.5jam. fuh mencabar sbb artiket yg diorang bagi tu bukan artikel2 biasa mcm kita jwb lama exam spm ka, universiti ka. artikel ni banyak petikan dari jurnal, reports dan reserach etc. dia punya bahasa...mak ai...dlm kamus oxford pun tadak rasanya. mmg bahasa inggeris tinggi punya. satu perkataan tak phm, mmg akan salah la pemahaman kita. so conclutionnya? teruk! banyak kakyang main hentam saja...huhuhu


Next paper writing. yg ni nampak senang, tp kalau vocab terbatas mcm kakyang ni, mmg tadak banyak mana la boleh tulis. balik2 guna perkataan yg sama. ada 2 soalan nak kena jawab. 1 soalan pertama berbentuk taksirkan bar chart. so dari situ kita buat la report pendek 150words sahaja. tp kakyang bantai 250. hehehehe

utk soalan no 2 kena buat 350words assey. discuss tajuk yg dia bagi. adoi. tajuk yg kakyang dpt haritu pasal  everybody should aim to be a millionaire at age 35. mak aiiii...tak banyak point kakyang dpt utk karang sampai 350wds tu...end up, kakyang bantai je la labu...bantai lagi!

Then, last paper listening. kakyang takut listening ni sbb otak kakyang ni cpt lupa skit. almaklumlah otak dah lemau...then telinga pun dah hilang pendengaran. erk! mcm tanda2 nak mati dah jer...hahaha

ada 5 recording nak kena dengar. pastu jawab 2 soalan based pada 1-1 recording tu. susah juga dik oiii sbb jawapan ada soalan tu dia tak ada dlm satu dialog/ayat. kita kena phmkan recording tu  baru dpt jawapan pada soalan2 tu...yg ni pun tak boleh nak jwb...huhuhu

Conclutionnya? cewah, mcm rangka esey writing plak. rasanya2 dpt band 2 ja kot. kalau bernasib baik, band 3. tp rasanya taklah teruk sampai band 1 jer...huhuhu sadis!

Wednesday, July 10, 2013

Muet-speaking

Lupa nak update pasal ni. 3/july kakyang duduk test spekeng muet. punya la nebes, sampai 3 x kluar masuk tandas.nak pula penjaga peperiksaan ckp kena kuariantin. lagi haru la jadinya. bila sakit perut menyerang, jenuh menahan kerut2 muka.

ramai juga yg dtg ambik test. rasanya dlm 20 org kot. memula kakyang sampai tu nampak 2,3 org jer. ingat h appylah boleh ckp. rupanya tidak...kakyang dpt group yg ke 3. setiap peserta akan dibahagikan 4 org sekumpulan ikut turutan senarai nama/angka giliran. mostly candidates tu adik2 lah. yg tua dari kakyang cuma ada 2 org cikgu jer.

dok la situ tunggu giliran dlm bilik berkumpul utk kuarantin tu. utk hilangkan nebes, kakyang bual2 jer dgn semua org.  sambil2 tu review ayat2 yg boleh guna pakai dlm test tu nanti.

mula2 tunggu kat bilik kuarantin. nanti bila tiba giliran, pemeriksa akan panggil kita ke bilik peperiksaan yg bersebelahan.

dlm bilik tu nanti kita akan diletakkan ber4 mengadap masing2. 2 org pemeriksa akan ada di kiri kanan kita untuk membuat penilaian.

kakyang candidate 3. topic yg group kakyang dpt adalah voluntary works. kakyang kena eloborate pasal free class to student. x banyak yg kakyang boleh huraikan pun. campur nebes, dok ulang2 point jer. pastu dah buntu sangat terus ckp that all my point.

next lepas habis 4 candidate huraikan point masing2, pergi ke part B. speking secara berkumpulan. diskus charity work mana yg plg berisiko.

yg kelakarnya kan. sorng candidate ni konon2 budak medic la kat msu. ckp slang english sampai kyang x fhm. tp actually dia xde point pun, harap slang jer. kikiki

sorang tu pulak, nebes agaknya, terus blur tak boleh nak ckp apa. masa individu test tu, mmg maaflah kakyang tak dpt tolong dia. tp masa berkumpulan tu, kakyang dpt la tolong dia buka suara sedikit. lg sorang candidate tu ckp terang. tp mcm kakyang juga...bila dah nebes kelu.

maybe sbb kakyang dah kerja dan biasa bercampur org tak kenal. so masa test spekeng tu tak de la nebes teruk sngat. jd kakyang banyak ajak diorang kluarkan pendapat. and kakyang confident banyak juga point utk kakyang kat situ.

habis jer exam tu..adik2 tu semua terus ckp terima kasih kat kakyang banyak2 sbb jd penggerak masa task berkumpulan tu. hehehe feeling happy lor dpt tolong diorang and they appreciate it. lg la kakyang terharu.


next 20 july ada lg 3 paper, listening, easey ngan apa eh? insyaallah ok rasanya....plg koman band 3 tu pasti kot. hehehe

BTW, selamat menyambut ramadhan yer...puasa betul2 biar pahala semaksima mungkin. insyallah

Monday, July 1, 2013

Luahan rasa

Mcm biasa kakyang hanya akan teringat blog ni bila dilanda kesusahan, kesedihan, marah2  dan mcm2 lagi lah yg berkaitan emosi. korang perasan tak hal tu? hehehe

sbb tujuan utama blog ini wujud pun mmg utk kakyang luahkan emosi kakyang pun..ye dok?

so hari ni macam mana emosi kakyang?

kakyang tengah tepu ngan perasaan sendiri sebenarnya. takde siapa yg boleh kakyang luahkan. luahkan pd abg, abg tak layan. sesilap kena marah. nak luah pada kawan? ada ke kawan? nak luahkan kat fb, pun abg marah. huhuhu habis tu  nak buat apa?

banyak bendalah yg membuatkan kakyang sedih. tp kakyang tak de tempat nak kongsi atau luahkan kesediahn kakyang tu. even kat blog ini pun kakyang tak boleh nak tulis sbb sebenarnya.

rasa sedih ni dah melimpah2. sampaikan kakyang dok buat kerja pun air mata kakyang meleleh tak semena2. pdhal bukan dipk pkkan sngat rasa sedih tu. time nak tidur lagi lah. hari2 tidur dlm air mata yg tak boleh tahan2.

nampaknya boleh luahkan kepada Allah sajalah apa gelodak hati kakyang ni...semoga ada rahmat dan hikmah di sebalik semua perkara ini..

Monday, May 6, 2013

PRU13

nak juga komen pasal pru13 ni..

1st time kakyang tunggu result sampai kul 2.30pagi.

sedikit sedih bila kedah dpt balik kat BN. tp takpa kita tengok apa perubahan yg depa boleh buat pula.

syukur dan gembira S/A dan selangor maintain dpt kat PR.

syukur kelantan remain kat tuan guru. padahal awal2 tu bi en dengan bangga istihar depa ambik  balik kelantan. puih propa ja lebih.

DAP maintain kat PP. nak kata syukur tak juga, nak kata sedih tak juga. harap2 diorang adil kat semua pihak.

eh apasal najib muka kelat jer bila umum bi en menang semalam eh? agaknya sbb tau banyak benda yg rakyat tak tau kot..

geram gila bila tv3 sengaja lambat2kan berita pembangkang menang kat tempat mana2. depa dok tayang yg bi en jaa..hampeh tv3 ni..bila nak bankrap tak tau..

kalah kami kalah berhemah. menang depa menang x bermaruah. wohohoho

Thursday, May 2, 2013

Bandung wait for me!

Minggu lepas KakYang bertandang ke rumah kakak ipar. sembang punya sembang keluar lah topic next family trip p mana? Kak ipar kakyang bagitau dia dok tengok2 package ke Bandung. dan dia rancang nak p dengan kaum2 ibu sahaja!

wohoooooo..xcited kakyang jdnya..tak kesah lah p bandung pun..janji jln2..heheheh

so, last week juga kebetulan kakyang dpt notis AA buat promosi lagi..apa lagi..cepat2 kakyang tag promosi tu ke kak ipar kakyang. dan jeng jeng jeng..a few hours lepas tu kak ipar kakyang bgtau insyaallah december nanti  trip ke bandung jadi dan tambah best bila dia kata dia sponser kakyang!

wohohoho... sukanya sukanya sukanya!

dah sini dulu..korang tolong bayangkan kakyang tengah tulisni sambil senyum sumbing. hahahhaha gumbira!

Thursday, April 25, 2013

Kata yg tak terungkap

"kak, tolong pakai baju longar skit boleh tak? pakai ketat2 mcm ni buat seksa mata yg memandang kak..kalau badan akak tu cantik solid molid,takpa. ni sebaliknya. akak pakai baju ketat2 mcm ni habis nampak lipatan2 spare tyre kat badan akak tu. dah rupa maskot michelin taya tu ha.."

tu kalau kakyang dpt ckp dpn2 org tu..mau kena penumbuk. tak pun kena hambur caci maki. hahahah mmg sakit mata dik..kalau pakai baju kurung mcm tu..pk sendiri la bila pakai baju jenis lain mcm mana.

haish haish hais... mcm mana nak bersihkan mata kakyang ni. bila tengok benda2 mcm tu mula la hati berkata2...hais haish haish...nak kena zikir lebih2 skit ni bg otak dan hati alih dari dok pk apa yg nampak td....

subhanallah
alhamdulillah
wala ila haillallah
allah huakbar...

bersihkan hati..bersihkan hati..bersihkan hati..fuh fuh fuh!


Tuesday, April 23, 2013

Mohon bantuan..

Hari ni sebelah tangan kanan kakyang sakit sangat. sengal, ngilu, lenguh tak tahu nak ckp mcm mana. dan tak tahu kat mana yg sakit sangat sebenarnya. picit sini tak kena, picit sana pun tak kena. tekan kat sini rasanya bukan situ yg sakit. tekan tempat lain pun tak juga. sampai menangis2 kakyang tahan sakit ni.

angin mungkin juga sbb kakyang dok sendawa angin jer dari td. dah makan eno sebungkus dah. tak hilang juga.

td kakyang minta tolong sorang ofismate yg terkenal dengan pandai urut. minta tolong urutkan. dan spt biasa, dan buat kali ke 3nya permintaan minta tolong kakyang ditolak mentah2. ini kali ke 3 dik dia tolak permintaan kakyang minta tolong urut. ulang..kali ke 3 yer...

2x yg lepas kak yang minta tolong juga sbb sakit2 badan. ramai suruh kakyang minta tlg kakak tu urutkan. kata mereka dia pandai urut. dan selalu tlg urut diorang. tp bila kakyang suarakan mohon bantuan, tak pernah di layan..

dah tangan sakit, hati pula tetiba sakit bila teringat malunya  kakyang bila org x sudi menolong...

ya Allah, aku redha dengan kesakitan yg kau berikan ini...mohon segera hilangkanlah kesakitan ini...

Friday, April 19, 2013

Apa cara hilangkan bosan?

hari ni mood kakyang betul2 down. ingat lunch time nak p meronda chow kit cari barang nak  buat headband. sekali mood hilang daaa...so terperap la dlm pejabat jer

bosan giler. layan citer korea jap. citer korea pun dah abis, bosan tak hilang2.

layan tidur pulak. sebelum tidur kena main games pou si adik dulu. nanti kang tengah tidur ada jer msg hey! i'm boring.

cuba tidur. mata tak boleh nak lelap. otak mcm2 merawang itu ini. feel down sesangat. sedar2 air mata tumpah. hah. tu lah solutionnya. bila dah bosan. bila dah down sngat2. menangis dlm tak sedar. menjejeh2 air mata keluar mcm kena pukul. tu la bahana apa yg terbuku di dada tak boleh nak kluarkan.  nak cerita kat org, nanti salah fhm. then ada potensi cerita kita dijaja. cerita kat abg. mmg dia x layan. cerita keluarga...er..xde keluarga yg rapat pun.

lastnya tertidur kejap. terjaga semula lepas 20 minit. nak tidur balik sbb masa rehat panjang lagi pun dah tak boleh. otak merawang lagi melayan perasaan.

dok pk apa perkara yg boleh hilangkan perasaan bosan ni?

p shopping? masalahnya x tahu nak shoping apa. baju? tudung? kain?

er..masak2 boleh hilangkan bosan tak? rasanya boleh?, tp ngan syarat masak makanan yg kita suka la. tp apa yg kita suka makan, org lain tak suka. abistu kalau masak nanti sapa pula nak tolong makankan? dah la x reti masak sikit sikit. hmmm nak masak apa ya? laksa? asam laksa? oh baru teringat...sosej jeruk ngan daging jeruk buat haritu ada lagi yg belum di masak.

rasanya berkebun pun boleh hilangkan bosan. tp sekarang  susah nak dpt betul2 berkebun. habis kurang pun sempat deadhead bunga yg dah tua jer.. nak merumput. nak susun semula pasu2. mmg x sempat. tambah bosan bila tengok semua benda tu tak habis buat..

parah ni.. jd apa yg patut dibuat?




Wednesday, April 10, 2013

Exam MUET utk sambung belajar

yehaaaa...KakYang dah berjaya register MUET!.

Dari beberapa tahun lepas kakyang dok usha nak sambung belajar. testing2dgn ambik clas bahasa dulu. nak tahu havoc mcm mana kalau kakyang sambung belajar nanti. masa tu anak2 kakyang x sekolah lagi. kelas bahasa tu 4 bulan jer kat UITM. kelas mula 8mlm habis 10mlm. 2hari seminggu. havoc juga la hidup kakyang utk 4 bulan tu.

kakyang bergantung kenderaan sepenuhnya dgn abg. jd abg kena adjust jadual kerja dia utk pastikan hantar kakyang ke kelas pd hari2 yg berkaitan. jd dlm 4 bulan tu bergaduh, masam muka semua ada lah sbb bila terikat dgn jadual ketat mcm tu.

bila tengok abg x boleh bg komitmen kalau kakyang sambung belajar, jd kakyang dah kuburkan je lah niat nak sambung belajar tu...

tetiba tahun lepas abg sendiri buka mulut tanya kakyang nak sambung belajar tak? bagai org mengantuk disurungkan  bantal, keinginan kakyang pun membuak kembali...discuss2 dgn abg segala kemungkinan yg dia kena terima kalau kakyang sambung belajar, dia kata ok jer. lgpun anak2 kakyang dah  besar sikit. dah boleh berdikari. abg just monitor jer apa yg ptt. so kakyang pun mula la tunggu pengambilan dibuka.

last yer dah isi pendaftaran online UITM. sekali dia nak slip keputusan MUET daaa... bila kakyang tanya semua ckp kena ambik exam dulu baru boleh apply. alamak..

then kakyang pun cpt2 la masuk website majlis peperiksaan utk register MUET. sekali tengok rupanya dah terlepas tarikh pendaftaran da....adoi....

hari ni... kakyang dah lengkapkan pendaftaran MUET. nak tau mcm mana nak register muet bg calon persendirian?  rujuk kat website yg majlis peperiksaan. secara ringkasnya mcm ni...

1- beli pin MEC di BSN (RM101- yuran pendaftaran dan duit proses)
2- register exam muet online. nanti kena masukkan no pin td.
3-cetak slip pendaftaran utk simpan dan semak pengesahan tarikh exam
4-cetak slip peperiksaan
5- exam!

oh..sedikit info utk anda..yg mungkin bermastautin sama area dngn kakyang yer..

Shah Alam adalah dlm Daerah Petaling Perdana yer.

Tempat peperiksaan dlm petaling perdana ada 3- SMTAj sek 11, bukit jelutong dan UPM? ...upm petaling perdana? hmmmm jauh lari tu..

anyway...wish me all the best utk exam july nanti yer...hati dah debar debar ni... ^_^


Tuesday, April 9, 2013

Merancang perjalanan: to Eropah

KakYang tengah prepare perjalanan trip bos ke Switzerland. next week nak pergi, minggu ni tak siap2 tiket apa lg pun. Bos kakyang ni banyak sngat planningnya. nak singgah France lah, nak singgah UK lah..yg pening nak arrangenya KakYang lah..

Mula2 KakYang ingt dah relex sbb ada s/u lg satu bos yg akan ikut serta boleh tolong arrangekan flight sbb katenyer laki dia keje ngan travel agent. bila dah bos kakyang ni uncertain sngat nak singgah2 tu, dia pulangkan task tu ke KakYang.. hampeh tul.

KakYang terima dngn 50-50 punya perasaan. tak rela sbb fussy dik oi nak buat arrangement tu. rela sbb lg senang kakyang buat sendiri. pening sendiri. takyah nak rimas2 org dok tanya mcm mana? mcm mana? rimas tau. tak boleh ke nak buat desicion utk bos. buat mcm KakYang, boleh kata kakyang yg decide utk bos.

HAHAHAHA GILA KUASA! hehehe

ok. utk korang2 yang nak perjalanan bos ke eropah, sila rujuk link ni utk bantuan. banyak info kakyang dpt dari sini. semoga ia dpt membantu!

http://www.seat61.com/Switzerland.htm#.UWP45uT-F7o


Thursday, April 4, 2013

Melancong

minggu lepas kakyang cerita pasal p GM kan? nak p sana tu kakyang google dulu. kat mana lokasi gm tu, apa pilihan transportation utk ke sana...etc lah

so dlm dok goolge2 tu kakyang jumpa lah mcm2 review tourist pasal tempat2 kita. review pasal  brickfield yg dipanggil little india, review pasal chowkit. semua review tu dari org luar. ada terselit satu dua jer dari rakyat tempatan..tetiba kakyang terasa..hhhmmm

kenapa kita sebuk review, posting pengalaman kita jalan2, melancong kat tempat org, tp tidak kita posting tempat kita sendiri eh..?

tempat sendiri yg kakyang ckp ni tempat kita bermastautin lah. bukan tempat perlancongan tempatan yg kita pergi. rasanya yg ketegori gitu kita suka posting. tp kita sebagai penduduk yg lebih arif jalan2 sekitar tempat kita bermastautin mesti lg banyak nak diceritakan ye dak? sekurangnya apa tips yg kita bagi tu boleh jd sebagai panduan utk pelancong lain.

oklah..kalau mcm tu kakyang berazam..azam yg dtg bukan pd awal tahun jer yer...azam kakyang, tiapkali kakyang pergi kemana2 sekitar kl/pj/s.alam/selangor ni, kakyang akan tulis kat sini sebagai panduan semua. manatau ada tips2 yg boleh membantu melancarkan perjalanan korang nanti..

oppsss...banyak tempat yg kakyang pergi baru2 ni semasa cuti sekolah. hmmm ada masa jap jap lg kakyang sambung tulis kat posting lain yer...

jumpa lagi!

Friday, March 29, 2013

Trip to GM Plaza KL

tajuk tak boleh blah sungguh. mcm  jauh. heheheh

tp time lunch jumaat kakyang p GM Plaza KL. kengkonon nak cari barang utk buat ribbon craft.

dari ofis kakyang ambik teksi ke monorail station brickfield.  dari google, diorang kata ni yg plg dekat dgn GM tu. turun kat Chowkit station. kena RM2.50 jer. pastu jalan kaki skit. dah nampak plaza tu tinggi jer. terus la kakyang cerodong masuk je lorong2 tu cari plaza tu. alhamdulillah selamat sampai.

1st impression? tak boleh lawan platinium plaza la...kat situ mcm2 brg ada, tp kat GM ni tak menarik langsung. dan yg pastinya  takde kualiti la sngat.

barang yg dicari? tak dpt pun...ada, tp takde pilihan. jd ambik sajalah utk permulaan. nanti cari baru.

Monday, March 18, 2013

Trip to Bangkok

awal bulan hari tu kakyang p bangkok. ikut member2 ros p hunting ros. tp end up kakyang p shoping since kalau p cari ros nak kena kluar duit sewa teksi sampai RM200+

kakyang p bangkok dari 3-6 March 2013. over all trip ni kakyang labelkan the best trip ever. hahahaha
ni kira trip gamble jer. kakyang p sana 1 backpack, balik 4 beg u.

kakyang p naik AA. beli tiket last minit since last minit baru dpt izin dari abg. so harga tiket time tu dah mahal la skit. nak dpt murah pun tak boleh dah sbb dah ikut org lain punya flight time. wpun ada time yg lg murah, so abaikanlah.

then menginap kat the glow, pratunam. bawah hotel betul2 center wholesale beli belah. so takyah nak travel jauh. bangun, sarapan, turun lift  terus masuk tempat shoping. 4 hari  mcm tu..rebeh bahu wooo...yg plg rebeh...poketlah...

1day..
kami sampai don muang airport almost t/hari, dari sana terus ambik taxi van ke hotel. niatnya nak pergi canal 15, tp kakyam tak bg p sbb katanya kat bkk ada elektion, so dia takut kami ada masalah untuk cari teksi balik.

kat hotel, kakyam yg uruskan semua check in. kami lepak kat lobi hotel dulu. dpt ler rasa wellcome drink yg manis melecas tu..air lemon.

dah selesai semua, check in bilik masing. lepak kat bilik kakyam makan2 alas perut dulu. tanya agenda masing2 nak buat apa ptg tu semua kata nak relex2 jer dulu. kakyang ngan fizan dah tak sabar nak p ronda. so kami ber2 terus decide p ronda2 apa ada sekitar hotel dulu. kiranya 1st day sampai tu dah survey la mana tempat yg best. 1st masuk platinium complex dulu. heavent la dlm tu...murah!

then mlm tu kluar ramai2 p cari tempat mkn. waktu tu dah kul 8.30mlm.turun jer hotel, org tuttut terus halang tanya nak p mana?  kami kata nak p kedai mok yoh (kedai xxx)  dia kata tutup. dia nak bawa kami p restoran lain yg halal juga.  since dia kata halal, kami setuju je lah. dia charge TB50 utk 2 tut tut.

sekali rupanya dia bawa kami ke restoren seafood besar. nak masuk jer dah nampak org hidang arak. ok lg..masuk dok kerusi depa  bg pula menu. flip jer menu.. tersedak masing2 tengok harga. mahal giler! sepinggan sayur biasa jer dah RM30! kalau makan 5 org ni mau beratus kena ni..bincang2 kami pun tak jd mkn kat situ. blah jalan kaki cari restoren halal yg kakyang mmg dah google lokasinya di mana. mmg tak jauh dah dari situ. pusing2 jalan yg diorang bg tu tak jumpa juga. lastnya tanya2 org. english skit2. selebihnya bahasa isyarat. yg best ayat diorang nuuuuunnn. maksudnya jalan di sana. tp di sana tu yg tak tahu yg mana satu.. nak tanya detail lg dah tak phm apa depa ckp. last sekali cerodong je lah... yg sorang bg direction mcm ni, yg sorang bg direction mcm tu. end up, kakyang confident dgn direction sorang ni then back up lg  google map yg offline tu, terus ikut lorong kecil yg org tu petua. mak aiii..makin ke dalam makin narrow jalannya sampai mcm lalu celah2 rumah org. lastnya tembus ke sebelah lorong sana. beranikan diri belok kiri jalan. cari2 tak jumpak pun kedai mokyoh. jalan sikit nampak rumah ada tulis2 arab. pergi bg salam. tanya kat makcik tu kedai makan dlm bahasa isyarat. dia kata nuuuuunnnnn lagi sekali. sambil tunjuk tangan ke kiri lagi ikut arah yg sama. oklah. kakyang pun terus bawa member2 jalan ke hadapan lagi..jln dpn sikit jumpa la satu gerai kereta sorong yg ada kalimah allah/muhd dan halal. tanya2 dlm bahasa ayam itik. muslim food ? muslim food? sambil2 buat isyarat makan ngan tunjuk tudung. makcik tu angguk2 sambil tunjuk tulisan arab dpn cermin kereta sorong dia. yakinlah boleh makan. pastu nampak pula sorang perempuan muda dok kerja kat situ ala2 arabic, pakai tudung. lg confident lah nak dok situ. lepas semua sepakat nak makan kat situ jer..order lah makan. main bahasa isyarat jer.. pong pang pong pang..dpt la makan tomyam pedas, sayur campur, sosej dan air kosong. jadilah utk habuan mlm tu...

harga? murah gak. total rasanya dlm TB500. utk 5 org makan ok la kan?

dah kenyang perut, kami saja2 terus susur jalan td tu nak cari mana kedai mokyeh tu..sampai hujung tak jumpa lagi. turn left pula hala jalan ke hotel. baru nampak deretan restoren islam. ada kedai mamak, kedai mokyoh (masa ni baru kemas nak tutup. maksudnya masa kami kluar hotel td tu masih buka la kan? cilakak punya tut tut!). sebelah mokyeh kedai fareeda fathoni. pun baru nak tutup. sempat singgah tanya pakcik tu tutup kedai pukul berapa?  potpet skit lepas tu terus aim nak makan kedai tu esok. hehehe

ontheway balik hotel, banyak kedai food massage. singgah satu kedai ni.. kami pakai ramai2 urut kaki. 1jam baru TB200=RM20. boleh la..kalau kat KL tu  mau double harga tu. urutan? peh..sedap. syok utk hilangkan lenguh2 jalan shoping2 td tu..

lepas tu apa lagi?  balik hotel tidur la tak sedar kebenda weh.

meh layan gambar dulu. kakyang tak boleh nak tulis lama2 sbb kerja hakiki dok menunggu. tp hati digaru2 nak kongsi pengalaman..huh haru sungguh


muka-muka ceria nak p jalan-jalan



jln ramai2 nak naik kapalterbang

ah...ada juga gambar mamat encem kat sini juga yer..dpt gambar belakang pun jdlah..dia ni rasanya org korea atau jepun. travel backpack juga ni..

dah sampai bangkok!


fizan tengah tunggu  member lain masuk toilet. hehehe


universiti yg ada sepanjang perjalanan nak ke pratunam

taxi hijau kuning kedah..hehehe

menara tertinggi di bkk. ni tandanya dah nak sampai destinasi

istana lama yg dah jadi muzium dlm perjalanan nak ke hotel.

hotel yg kami dok. lobby tingkat 7. 24 hours security. nak xcess lift pun pakai card.

wellcome drink. lemonade

bilik air..luxirous giler..





gambar bunga2 tu cantik!



pemandangan dari bilik hotel nampak seluruh pratunam

platinium mall, syurga membeli belah

pool hotel

nenas manis!





dlm platinium. selesa. tp harga slightly mahal skit dari yg lorong2 tu..tp  still puas hati

dpn platinium. org start nak jual2 

sosej kedai islam yg jumpa mlm pertama. sosej ayam ni. sedap. dia goreng ngan sos apa entah rasanya masam2 manis. makan 2 pinggan rasanya mlm tu.

sosej ayam makcik lorong masjid

tom yam kung. minta xpedas pun pedas, minta pedas pun pedas. maksudnya  pedas sama ler tu..hehehe

kedai mamak sebelum kedai mokyoh

masjid kat soi jet (lorong 7)


time ni rasanya dok ulang alik cari jalan soi 7 tu..

haaa.. ni kedai mokyoh.

ni kedai sebelah mokyoh. farida fatornee. 2 mlm mkn kat kedai ni. makin  dtg mkin mahal. hehehe

Fizan dah jumpa baju yg dia suka! habis diborongnya..sib baik naik kapal terbang org.kalau kapal terbang sendiri mau kosong kedai ni kot. hahahaha


air oren yg manis dan sedap! TB20


baiyoke sky tower-menara tertinggi di bangkok


jumpa masjid di bobae market. masuk lorong masjid ni boleh makan nasi air (bubur nasi) yg sangat sedap!


nasi air aka bubur nasi di gerai tepi masjid bobae

tomyam kung gerai mariam, belakang kuil hindu di pahurat


gerai mariam belakang kuil hindu. 

kecik je lah gambar ni..sbb ada gambar dugung bersidai. huhuhu

caption dari dlm boat susuri sungai chao praya

victory monument yg terserempak ketika kembali ke pangkal jalan selepas tersesat. hahahahah