Showing posts with label abg. Show all posts
Showing posts with label abg. Show all posts

Friday, December 10, 2021

#ceritatentangkenangan

semalam abg dtg jemput KY dgn merz putih tak berbumbung. KY pelik. bila masa pula abg pakai kereta tu? Abg bgtau tu kereta ofis bg dia pakai.
abg dtg dgn berkemeja putih dan berseluar cream. abg chubby mcm masa muda2 dulu. tersenyum2 manis dgn muka putih merah.
Abg kata dia dtg nak bawa kakyang. nak kenal tempat kerja dia dan bos baru dia. Datin katanya.
Sampai kat ofis, dgn agak tergesa abg naik dulu sambil pesan kalau nak cari dia, naik cari kat tingkat 3. lepas keluar dari kereta, KY naik ke ofis abg.
ofis abg berkonsepkan terbuka. di tingkat bawah ada lobby dan beberapa ruang lain. sebelah kanan ada tangga naik ke tingkat atas. dan tangga tersebut menyambung juga ke sungai di luar. ada meja kerusi di pangkin luar tu kalau nak menikmati angin luar. KY turun ke luar sekejap utk menikmati pemandangan di pangkin tersebut.
seketika, KY decide masuk semula ke dlm bangunan utk mencari abg. dlm perjalanan KYbertembung dgn bos abg.
Inilah datin tu agaknya. omel kakyang dlm hati.
Datin menyapa KY. dia perkenalkan KY kepada beberapa staf di situ dan bgtau kat dpn ni tempat lepak2 staf wanita. kalau nak cari husband u, dia kat atas. kat atas ada tempat2 lepak lelaki juga.
KY naik ke tingkat atas yg dimaksudkan. tujuannya nak ke tengok tempat kerja abg.
bila naik ke atas, KY nampak tempat lepak2 staf lelaki sahaja. sambil intai2 ke belakang. tak nampak pula tempat atau meja yang boleh dikatakan tempat kerja, kat mana pula meja abg ni? tak nampak pun abg di mana-mana.
dlm dok terintai-intai cari kelibat abg, KY terjaga. Oh.. mimpi rupanya...
terus mata kakyang terasa panas dan hati terasa sebak. tp dlm sebak-sebak tu terfikir pula.. abg dtg jemput?
abg dtg 'jemput' ke sana kah? dah la esok nak masuk hutan yg uncertain cerita hutannya mcm mana. petandakah itu? hmmm seram la pulak.
jgn pk bukan2 lah.. doakan segalanya baik-baik shj utk perjalanan esok.
Alfatihah.. semoga abg tenang di sana.

#ceritatentangkenangan



by the way..  

hari ni besday anak bujang kakyang yg ke 21. 
Dah dewasa anak kakyang. semogo diberi kesihatan yg baik, diberkati umur, jd anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat. aaminnn


Friday, June 22, 2018

#Ceritatentangkenangan

td belek fb. terpandang satu video pasal prosedur pecahkan batu karang
terus teringat pada kes abg

3 hari sebelum abg pergi
abg menjalani prosedur ambik spesiment di dada
bronchoscopy
utk nak tahu apa yg penyebab paru-paru abg collapsed

kakyang bawa abg ke hospital
masa tunggu turn
abg banyak diam je
bila sampai turn
kakyang x boleh masuk
lama juga prosedur tu
bila dah siap, abg ditempatkan kat satu bilik khas
sampai abg bangun/terjaga sendri

sebaik dari jaga
abg mengadu sakit
sekali tu je abg mengadu
pastu abg x sebut2 dah

bila abg dah takde ni
baru hati tertanya sakitnya tu entah mcm mana
mcm mana abg tanggung semua tu sendiri tanpa mengeluh sakit langsung

allahu.. kuatnya semangat abg
AlFatihah

Monday, November 6, 2017

44 hari

sabtu semalam genap 44 hari pemergian abg.
sebenarnya kakyang niatkan haritu nak ceritakan detik pemergian abg
tp belum tercapai nak menulis
sbb bila menulis ni perlukan ketenangan dan mood yg baik
nantilah. ada masa kakyang menulis ye

hari ahadnya kakyang bawa along ke kubur
dah rata dah tanah kubur abg.
kebetulan kakyang terserempak dgn org yg jaga kubur
dah minta org tu topup tanah semula
nanti 100 days kakyang nak tanam rumput kat situ
semoga rumput2 tu dpt bertasbih sekitar kubur abg

AlFatihah

Wednesday, November 1, 2017

That feeling

Perasaan itu
Kosong
Sepi
Sunyi
Loophole

Tak boleh nak describes mcm mana.
All this while kita menyampah
Kita marah
Kita benci
Kita x suka

Tp semua tu kat mulut ja
X sampai kat hati
Sbb dlm hati kita masih ada dia

Bila kita dah reda dari rasa2 tu
Bila kita dah cooled
Kita berpaling semula pd dia
Dia jd semula partner kita
Partner yg kita curah 1001 rasa
Partner yg kita cerita segala cerita
Partner yg kita paksa2 dengar segala grumble kita
Partner yg akan dengar segala apa yg kita nak cerita
Tanpa judgement
Tanpa prejudice
Tanpa wasangka
Dengar ja
Dan tetap terima kita seadanya

Kini
Bila dia dah tadak
Bila dia dah pergi
Kita berpaling arah manapun
Tadak jugak

Missing
Hilang

Kita jd termangu
Nak cerita pada sapa
Nak luahkan pd siapa
Sapa nak dengaq cerita kita


Wpun kita rasa
Oh si polan ni mesti nak dengar cerita i
Atau
Si anu tu sudi kot dengar cerita kita
Kita pun cerita kat si polan kat si anu

Tp
Rasanya tetap x sama mcm cara kita cerita dgn dia
Lain
Lain sangat

Bila cerita dgn si polan si anu
Kita rasa mcm sudi tak dengar ni
Pastu
Kita rasa kita akan di judge
Rasa x selesa
Tak sama rasa mcm kita cerita dgn dia

Tak sama
Betul2 x sama
X sama langsung

Rupanya
Hatiku masih bersama dia




Monday, October 23, 2017

22 Sept 2017

Semalam genap sebulan almarhum abg kembali kerahmatullah. kakyang bawa anak2 p ke kubur pg tu. mentelah pula si kecik pun ada. jdnya sebelum dia balik ke asrama, kakyang bawa dia melawat kubur almarhum ayahnya.

setelah sebulan, kakyang rasa anak2 mula merindui ayah depa. terutama si kecik la yg suka zahirkan perasaan dia. si along tu layan kepala dia ja. susah nak teka.

tengoklah ayat memujuk dari budak f3. heheh


Thursday, October 12, 2017

Awkward Moment

tak tau nak boh tajuk apa. boh p la tajuk yg related kan..hehehe

kalau korang dok ikut kakyang kat fb, kakyang pernah ceritakan pasal hang kebun rumah kakyang.
cerita bagaimana lama kakyang tak dpt contact hang kebun untuk dtg potong rumput dan kemaskan laman rumah. tetiba bila dpt call hp, anak hang kebun yg jawab dan maklumkan yg hang kebun dah meninggal

kali ni, kakyang berada di tempat anak hang kebun tu.

ada beberapa org customer abg called. diorang cari abg utk urusan jualbeli kereta dan insuran/roadtax kereta. bila diorang kata nak ckp dgn abg, kakyang terpaksa bgtau abg dah meninggal. what a awkward moment.

lepas put down the phone, baru kakyang perasan ofis kakyang tiba2 sunyi. rupanya officemate semua pasang telinga nak dengar mcm mana kakyang respon to this situation. huhuhu

Wednesday, October 4, 2017

Dulu vs Sekarang

Dulu. bawa handpon kehulu kehilir takut abg call tak berjawab
sekarang. semak hp tkut2 ada miss call dari abg. baru teringat abg dah takde

dulu. terkocoh2 balik rumah nak uruskan abg
sekarang. terkocoh2 balik rumah. rumah kosong.

dulu. sampai je ofis, kelam kabut mesej abg nak bgtau dah sampai
sekarang. sampai ofis, capai hp nak update dah sampai. baru sedar abg dah takde

dulu. susah hati bila ada org sikit2 nak gaduh
sekarang. susah hati sbb dah takde org nak gaduh


Monday, October 2, 2017

Sijil Kematian

td adik ipar kakyang wasap imej
bila buka rupanya snap shoot sijil kematian arwah abg.
tetiba hati diruntun pilu.
nangis jap bila teringat realiti

AlFatihah utk abg

Friday, September 29, 2017

Tahlil

Semalam tahlil ke 7 hari pemergian abg.
tahlil di surau. yg perempuan baca yasin di rumah
kali ni just prepare pack food.

so boleh tahan ramai juga sedara2 abg yg dpt hadir
dan spt biasa kakyang terpaksa mengadap soalan2 makcik abg yg seorang ni..
boleh dia tanya kakyang, ko ada mimpi apa2 tak?
kakyang pun.. haaaa???? mimpi apa? mimpi mcm aapa yg makcik harapkan?
makcik tu jwb, mimpi dia dtg ke apa ke?
huhuhuhu....
apa la punya soalan makcik ni..
jgn lah tanya soalan2 mcm tu kat org baru kematian suami
kalau ya dtg any mimpi pun, ada aku kesah nak cerita kat org?

adoiii...

kakyang mmg penat nak mengadap soalan2, pesanan2  makcik yg sorang ni.
bukan tak mau terima nasihat. tp jgn lah ulang ulang ulang nasihat/pesanan/soalan yg sama.
kakyang tengah semak perut, sedih, blur dgn pemergian abg. kena asak pula dgn soalan2 bukan2.
mmg penat!

tengah layan tetamu, tiba2 abg ipar dan makcik abg panggil. ajak p tempat jauh sikit dari crowd tu. abg ipar tanya pasal hutang2 abg.
agaknya dia dpt cerita dgn kakak ipar sbb haritu masa kakyang tengah belajar driving semula, ada kakyang luahkan cerita pasal hutang2 bank abg. takut tak tercover dgn epf dia

pastu abg ipar kakyang ckp, ko bayar je apa yang ada dgn epf dia tu. kalau x cukup, biarlah. bukan bank boleh kejar ko.

sebaknya hati kakyang bila abg ipar ckp mcm tu..
sampai hati nak biarkan adik dia dlm kubur tu tersiksa kalau ada hutang tak dpt lunaskan.

takpelah abg. kalau duit epf abg x cukup utk lunaskan hutang abg, ai akan lunaskan sikit2 utk u. i tanak sbb hutang tu, u tersiksa kat alam sana. u dah cukup tersiksa dengan sakit u masa kat dunia.

insyaallah ai akan cuba ikhtiarkan apa yg boleh utk u. bersemadilah dgn aman
kat sana. Al Fatihah

Wednesday, September 27, 2017

Berkabung


Abg dah pergi meninggalkan  kakyang n anak2 tanggal 22 September 2017. sekitar jam 10am. hari Jumaat, awal Muharram. hari penghulu segala hari. Awal hijrah.

kakyang xde kekuatan lg nak cerita mcm mana abg pergi.  sambil menulis ni pun air mata dah mencurah2.

hari ni hari pertama kakyang masuk bekerja. kawan2 dtg bertanya khabar pun kakyang tahan je air mata tu jgn bg tumpah. kalau tanya lebih2, kakyang terus ckp, nanti kakyang cerita, biar kakyang bertenang dulu.

officially kakyang berada dlm iddah selama 4bln 10 hari.