Wednesday, February 27, 2019

Nak duit Nak duit

adoiiiii
baru 27hb, acc gaji kakyang dah kering kontang
ada baki 100+je
huhuhu

bayar apa tu??
ins anak2
loan2 kereta
adik pinjam
duit emak
duit adik
duit anak bujang
tabung infaq
baki pekej
duit tuisyen si kecik

erk!
tak de baki utk makan bulan ni
takde baki utk tukar pengurup wang
takde baki utk duit minyak
takde baki utk duit tol
huhuhuhuhuh

otak kena ligat
cari duit  utk cover mana yg takde tu
nak cari duit nak cari duit
nak cari duit nak cari duit




Thursday, February 14, 2019

Aduhai lelaki

meh kakyang nak cerita nih
cerita ni x leh cerita kat fb
sbb empunya diri friend kakyang kat fb
muahahahahha

ceritanya gini
last week kan kakyang pergi trip CUS tu kan
alkisahnya ada ler line up se team berkenan dgn kakyang
dicobanya dia mengorat kakyang
siap ckp rindu bagai bila terpisah lama kat trek
dia memecut sampai kem dulu sapa suruh kan

pastu kan
hari last tu dia pesan lah
suh add dia kat fb
tp ada tambahan pesanan
jgn mesej kat fb
jgn mesej kat wasap
jgn call kat hp
sbb bini dia boleh akses semua2 tu

"habistu, nak berhubungan kat mana? "
kakyang nanya ke dia
saja nak tengok akalnya

"kat group wasap je lah"
balas dia

adeh... gini punya cerita pun ada
takut bini tp ada hati nak menggatal
hahahahaha

penutupnya kakyang balas OK je
sambil senyum2 gelihati
dalam hati berkata-kata
malas nak layan

aduhai lelaki..

Tuesday, February 12, 2019

Rasa

lately kakyang agak cememey
eh...
bukan selalu cememey ker?
huhuhuuh

tak tahu kenapa sebakkkkk jer
semalam
shopping kat checkers boleh nangis
lepas loading brg kat bonet
masuk kereta terus nangis

driving balik kerja pun nangis
driving pergi kerja pun nangis
menaip pun nangis

adeh...
penat la nangis2 ni
bila nak selesai ni
huhuhhu

Monday, February 11, 2019

Jika dia masih ada

Usai keluar dari hutan selepas abis trip trans cus 2,3 hari lepas, hati x semena rasa sebak. Mata berair unknowingly. Mencari2 sebab kenapa.
Bila saja hp ada service semula dan menderu masuk mesej2 tertunda dan terbaca mesej2 ucapan happy birthday buat bff, baru teringat ada peristiwa yg lebih bermakna pd tarikh yg sama.
Jika dia masih ada, tarikh itu adalah anniversary yg ke 19 buat kami.
Jika dia masih ada, pastilah dia insan yg paling gembira setiap kali aku selamat pulang dari xpdc.
Jika dia masih ada...
Terima kasih Allah kerana pinjamkan dia buatku. Semoga dia tenang di sana bersama rahmatMu Ya Allah.