Monday, July 31, 2017

Mengidam

Semalam masa otw hantar anak teruna balik asrama, kakyang terpandang satu gerai tepi jalan jual sesuatu yg lama kakyang mengidamkan.

tp disebabkan gerai tu berada di other side of road, kakyang tak jd suruh abg brenti. pastu terfikir, karang balik lewat, melepas pula. mcm nak suruh abg uturn je. tp bila fikirkan, nanti tetiba lari mood abg tu, baik simpan saja niat tu. kalau ada rezeki balik nanti, adalah.

so we proceed ke KKB as per scheduled. masa otw balik tu, dlm hati kakyang doa je semoga ada lg gerai tu tepi jalan. kakyang bgtau abg that i looking for something kat tepi jalan towards heading back. abg ckp ok. let him know where that gerai.

so bila nearby area gerai yg kakyang tengok td, terus suruh abg slow down. bila nampak je gerai tu masih buka, terus kakyang suruh abg stop. menyeregai senyum kakyang. tekak dah kecur membayangkan tekak dpt merasa benda yg dah lama mengidam. sakan.

turun je, kakyang terus tanya harga. RM2.00 seketul. pastu kakyang interview makcik tu

"Ni sosej siam ke makcik?
"Bukan, ni sosej kemboja. (org kemboja buat)."
"Rasa dia masam-masam kan?"
" a ah. masam2 sikit. lg lama simpan lg masam." kata makcik tu
"sat, bg saya satu nak rasa." kakyang ambik seketul dan gigit sikit. kompemlah.
"betul. thailand pun ada sosej ni. sy makan kat sana masa p sana dulu. saya pernah try buat. tp sebab xde casing lembu ni, sosej tu jd relai (hancur)." excited sebenarnya.

kakyang terus beli 2 ketul yg siap masak, dan 10 ketul lg yg mentah. buat stok. boleh masak sendiri bila2 masa teringin.

komboja panggil sosej ni Tong Mo. kalau kat thailand ada banyak nama depend on where sosej tu ada. ada panggil naem, ada panggil jim som. ini sebenarnya fermanted sausage. rasanya sour2 sikit mcm pekasam. bhn nak buat senang jer. kakyang pernah try buat.

korang patut cuba rasa. kalau rajin dan nak p cari, gerai makcik ni ada kat jalan menghala ke bukit beruntung. exit tol bukit beruntung. jalan terus ikut main road tu mcm nak ke Kuala Kubu Baharu. selepas belok ke kiri yg melalui petronas tu, gerai makcik ni ada di sebelah kanan hujung jalan lurus tu. gerai kecik tepi je.


Wednesday, July 26, 2017

Mieng Kam

last week kakyang beli lg miengkam. beli 2 pack besar. 1 dah habis weekend tu juga. lg 1 x sempat mkn. dah nak kecut daunnya. hari ni bawa mai ofis. bg kawan2 kat ofis rasa. korang tengoklah muka masing2. hehehhe cute😍




Monday, July 24, 2017

Jangan biar ku menunggu

Mandai

awal2 pagi hari ni kakyang dah memandai.

hahaha memandai tu bukan buat2 pandai. sebenarnya me-Mandai. Mandai tu sejenis makanan org banjar. kakyang belajar buat sendiri mandai ni dan ni lah hasilnya... 


yg buku besar2 mcm ketulan daging tu lah mandai. kulit cempedak yg dijerukkan.
mandai ni sebenarnya kulit cempedak yg dijerukkan. kemudian goreng dgn ikan bilis dan bawang. ala, mcm kita goreng ikan bilis biasa tu je. just tambah mandai.

apa rasanya? liat2 sikit. masin2 masam sikit. mcm lobak masin.

cara nak buat mandai ni senang je. bila2 masa uols beli cempedak tu, lepas dah ambil isinya, kulit tu boleh lah dibuat mandai.

kopek buang kulit luar yg bergerutu tu. pastu potong kecil2 agak2 selebar 2,3 inci. pastu masukkan dlm bekas/balang. cari bekas yg muat2 dgn potongan kuantiti kulit tu. sbb kalau bekas besar nanti kulit cempedak akan terapung.

pastu penuhkan balang dgn air masak, dan masukkan garam 3@4 sudu. agak2 je dgn kuantiti kulit. klau banyak, banyaklah garamnya. tp jgn terlalu banyak. nanti mandai terlalu masin. agak2 je tau.

past tu peram seminggu dlm peti ais. lepas seminggu dah menjadi mandai tu.

bila nak masak, basuh dulu mandai tu utk buang lebihan masin. pastu potong kecil2 ikut suka kita dan goreng. agak2 kuning tu boleh lah angkat. dan gorengkan sekali dgn ikan bilis dan bawang cili lainnya tu. mcm kita buat ikan bilis bawang.

senang je kan resepinya. kalau tak fhm juga, search je mandai. banyaklah blog lain yg tunjuk step by step lg detail. kakyang malas nak tunjuk detail2 ni. nanti ilmu hilang.
muahahahahahaha

Friday, July 14, 2017

Nepal: 23 March - 1 April 2017

Trip ni sebenarnya trip hiking. tp disebabkan tiket mahal kalau beli execly date trip hiking,  kami semua decide untuk beli date awal sikit dan buat tour kathmandu dulu sebelum gather dgn others ABC's line up.

Utk post ni, kakyang akan focus cerita pasal Trip ke Chitwan dan review kakyang mengenai Nepal.

Ju dah uruskan part trip ke Chitwan since part hiking diuruskan oleh ina. atau lebih tepat lagi oleh NEX. cost utk tour Chitwan dlm 1k juga. dan cost untuk hiking Annapurna Base Camp (ABC) dlm 1900. both ground cost shj. tak termasuk cost shopping2, makan2, dan keperluan yg lainnya. utk side cost ni, kakyang rasa kakyang berhabis dlm 5k juga. dari A-Z. tp yg kakyang gunakan utk totally duit poket (mkn+ shopping) masa trip dlm 2k shj. Kakyang spare 3k actually. tp bila teringat yg dah berbelanja lebih sangat pada persediaan sebelum trip tu, so kakyang decide kena hadkan perbelanjaan masa dlm trip.
kat KLIA. menunggu flight pergi

Kecut perut bila tengok duit cair mcm paip pecah. huhuhu

OK. meh back to the story..

flight kami ke KTM pd 21 March 2017 jam 6.10pm delay sejam. dan sampai kat sana dlm kul 12t/mlm (lebih kurang kul 10pm KTM). Waktu di sana 2 jam lewat.
Dill the tour guide. comel



sampai je kat airport, Dill, guide untuk tour KTM dan Chitwan dah siap tunggu. KTM sejuk u.. siap je kat airport. ada upacara kalung2 bunga lg. then kami di bawa utk check in di Himalaya Hotel.  Dari situ kami pergi dinner. rupanya restoren yg dia nak bawa tu dah tutup, jd reroute ke restoren lain yg ada disco. apa2 je lah. kami pun dah kepenatan dan mengantuk. janji dpt alas perut sikit sebelum tidor pun jdlah.

Selesai di situ, balik semula ke bilik. dan esoknya (22 March) get ready untuk ke Chitwan seawal jam 6 pg. perjalanan ke chitwan dgn bas mengambil masa 6-7jam. jalannya nauzubillah. mcm jalan kampung zaman dolu2. sepanjang perjalanan, dihidangkan dgn view yg osem giler. naik turun gunung. selekoh2 tajam di lereng gunung. sampai ada masa tu kitorang menjerit sbb bas ambil coner baring betul2 tepi jurang. phiewww kluar peluh jantan you.

waiting for late dinner upon arriving. mata masing2 x larat angkat dah
dlm jeep nak ke safari park

Sampai chitwan dlm kul 2ptg. check in dan terus proceed ke safari park. ronda safari dgn menaiki gajah. makan masa sejam juga. sampai sempat boring la.

satu gajah 4 org. kakyang naik dgn ju, kak sabariah dan abg man.  Ina, zuri, anoy, dan kak ct naik lg 1 gajah.

kena duduk kat penjuru baik2. bila salah duduk, seat jg x balance. gajah pun akan jalan senget. bila jd mcm ni, pengembala gajah yg dok depan sekali akan suruh kita adjust balik cara kita duduk tu.


gajah ni ada peel pelik. dia pembersih sebenarnya. bila jalan2 tu. dia tanak pijak najis dia, dia tanak pijak lecak atau tempat berlumpur. kita boleh tengok gajah tu akan try cari jalan yg bersih kat tepi2 denai. bila dia try buat mcm  ni, gembala gajah akan pukul kepala dia dgn besi bercangkuk tajam. kesian oh. mcm kejam jer tindakan tu.

sepanjang 1 jam perjalanan ronda safari tu, sempat la jumpa rhino, buaya, rusa, merak, ayam, monyet. hutan safari dia tak tebal mcm hutan kita. pokoknya tumbuh jarang2 je. tp cantik sangat. layan gambar kat bawah
makcik2 ni bab posing no 1. huh!

sattle kat situ, balik semula ke hotel. kami sempat singgah ke sungai belakang hotel untuk tengok sunset. sepanjang jalan ke sungai tu jumpa pokok2 renek berdaun mcm pokok ubi kayu. rupanya tu pokok ganja. kakyang try makan pucuk ganja tu. nak tau rasa mcm mana. tak lama lepas tu kakyang rasa mabuk u. huhuhu


mlmnya pula nak ke culture village. tengok tarian kaum tharu. tarian dia tak menarik. mcm carian cerita tamil yg banyak guna kayu/rotan time diorang gaduh. beberapa tarian dipersembahkan. tp rentak lagu dan tarian sama je. ketukan gendang pun sama je temponya. huhuhu bosan giler. sampai tertido2 lah.
dgn the tharu dancer yg plg chomel. hehe



yg menarik hanyalah tarian merak. itupun sebab merak tu terangguk2 bila menari. hahahah kelakar.
daun ganja. bersepah tepi jalan ja kat sana
the next day 23 March. we check out dan come back to KTM dan check in semula di hotel himalaya. then petangnya keluar semua utk melawat stupa budha (kuil). takde apa yg menarik pun sbb stupa dia simple sangat. then cost nak masuk mahal. end up kami pergi yg 1st je, yg selepas tu semua sampai dpn pintu. tengok price enterance berapa. mahal! jom balik.

Bangunan kat nepal ni nampak serabut. dan kedai2 dia kecik kecik sangat. berhabuk sbb udara depa mmg berdebu. tp bila tengok org nepal, takde pulak banyak jerawat ka apa. pelik kan.

korang layan lah gambar tu. gambar bisa cerita 1001 satu cerita. kakyang frust sebenarnya. banyak gambar kakyang hilang. tak tahu kat mana silapnya. maybe masa transfer gambar ke tumbdrive tu tersalah buat. huhuhu sedih


The next day 24 & 25 kami habiskan dgn ronda2 jln thamel sendiri. sambil2 menunggu ketibaan line up yg lainnya. banyak juga kakyang berhabis duit kat sini. black diamond, rain coat, glove, sweater, seluar, cap, etc huhuhu


utk cerita babak2 menarik sepanjang trip-trip hiking, boleh baca di sini..

ABC Trip: Bukan lg mimpi
ABC Trip: The XPDC
ABC Trip: The Insident

ABC Trip: The Victory
dah bosan la tu..

cantik kan view safari ni.

posing di tengah jln perkampungan tharu. baru abis tengok persembahan yg boring.
bergambar dgn gajah yg balik depoh. depoh eh? watevar :P




bersembang tepi jalan.




buat apa tu.....

antara kemajuan dan kehidupan

menu bf  tiap2 hari. huhuhu

tt session cara depa. heheh

pengukir hensem 




paparazi 

friendly meeting

the art

si penarik becha

sungai di sana


welcome flower kat dpn semua kedai

Thursday, July 13, 2017

Good qoute

busy is another word of asshole!




hahahaha

Deactivation Social Media

by midnite mlm ni, kakyang akan deactivated insta n fb acc. fb mmg dah deactivate sejak raya. insta pun. tp ter on last week. ingatkan boleh terus deactivate semula pastu. rupanya dia hanya aloud selepas seminggu.

kakyang temporary deactivate je. kena keep. incased ada keperluan info or cari member yg berkaitan di situ. nak monitor fb anak juga kan. lgpun ada gambar2 di fb tu yg takde dlm simpanan knath. kalau totally nak deactivate, kakyang kena ambil gambar2 tu dulu.

harap kakyang istikhomah ye. dan harap dgn tindakan ni, tenang sikit kot hidup kakyang ni.

doakan ye.


















Judika - Jadi Aku Sebentar Saja

Tuesday, July 11, 2017

cerita raya 2017

hari ni mood nak bercerita ok sikit.

kakyang pilih nak cerita bab raya. raya tahun ni mcm tahun2 sudah. kali ni lg teruk. mcm tak raya kot. gambar raya anak branak langsung tadak.

balik raya haritu mmg x mengadap jem sbb balik awal. ambik si kecik di kkb, terus gerak balik kg kakyang. tahun ni turn kg kakyang dulu.

hari raya, kakyang masak mcm2. ada rendang itik, ada lodeh, ada sambal bilis, ada nasi impit, ada kari daging utk ciciah dgn ketupat yg adik kakyang buat dan ada sambal kacang. tp sambal kacang kakyang plain la.. ada benda x cukup. nak kena try resepi lain pulak lain kali. eh lupa nak sebut ada sambal limpa. haaaa yg ni x cukup. ramai peminat rupanya. terpaksa kakyang pesan dgn abg cik utk tlg belikan lg sekilo masa dia pergi pasar. dia pula tanya sampai 10x betul ke limpa? bukan paru? rupanya selama ni family kakyang tak mkn sangat limpa tu.

bila kakyang masak sambal limpa, semua family mkn pula. tu yg tak cukup. hehehe. si along pula jatuh cinta dgn rendang itik. dia mkn tak brenti sambil mulut ckp sedap la rendang ibu ni. kembang kejap hidung ibunya ni

si adik tu nak ikut abg/kakak kakyang pergi beraya, si abg tu takmau langsung. abg pula tak sihat. dia banyak tido je. sampai tukar baju raya pun tanak. sampai nak balik pun x sentuh baju raya nya tu. hasilnya. raya thn ni tak bersalaman, tak bergambar. raya sangat!

hari raya ke 2 dah mula gerak balik ke kg abg pula. masa tu kakyang tengah masak utk mkn t/hari. konon2 nak buat sambal ikan tongkol lah. sempat lah mkn sebelum balik sbb abg planning balik selepas asar. tup tup, abg dah arahkan anak2 masukkan beg dlm kereta. pdhal, kemas apa pun tak lg. nak tanak, kakyang campak semua bab masak ke kakak kakyang dan terus ke dpn kemas brg dan load dlm kereta. hasilnya.. balik lah kg dgn kempunan ikan tongkol sambal. huhuhu

sampai kat rumah kg sabak pun dah t/mlm. tu pun havoc juga sepanjang jalan. ingat nak kluar ikut tapah, sekali tengok2 tapah jem. nak kluar tempat lain dah xde exit time tu. pastu bila tengok waze, jln dlm tapah pun jem juga. pastu suggest ke abg, kluar ikut bidor. abg terpaksa tempoh jem lg 12km utk keluar bidor.

alhamdulillah kluar kat bidor, jln kg situ x jam. masalahnya abg rabun. x nampak jln. dan x biasa dgn jalan tu. terpaksa la slow sikit.  sampai je kg, terus ke dapur cari mkn. lapar wei. tak mkn dari siang. rupanya ketupat kg keras dan rendang abis, yg ada rendang kerang. tu pun x sedap sbb kerang frozen. huhuhu banyaknya komen bab makan! hahaha

so hari2 seterusnya suram di kg abg. sbb abg x sihat dan ramai adik bradik abg yg x balik.

thn ni pun ada insiden mkn juga. kali ni kakak ipar yg lain pula sentap. sbb, lauk habis, dan anak dia x puas makan.

alahai kak, tu rumah keluarga awak kot, bhn mentah banyak dlm freezer tu, rajin x rajin je masak tambah. kalau cheq ni boleh masak, tak kan lah awak tu anak sedara tuan rumah sendiri tak boleh masak?

kakyang malas nak layan sentap ipar2 ni. kakyang dah bergelumang seharian kat dapur kot. kalau masih x cukup makan tu, pandai2 la korang korek dapur tu. anak masing2 pun dah besar. takde alasan nak menetek anak lg ke apa. boleh je bangun masak tambah apa yg patut. plg malas pun, megi pun xpe. huhuhu

patutnya rabu dah gerak balik s/alam semula. tp disebabkan abg tak larat sangat nak bangun, tunda ke khamis. tu pun dah t/hari baru gerak. huhuhu




Friday, July 7, 2017

Riot

baru hantar anak kecik balik asrama last week, tetiba selasa semalam dpt info diorang dibenarkan pulang bermalam lg minggu ni utk siapkan tugasan pt3 geo pulak.

aduh.. kakyang dah susah hati. nak ckp kat abg utk p ambik pula. mau dia mengeluh. kesian pun ada. abg tu bukannya larat nak bawa kereta jauh2 tu sangat. last2 kakyang pm dia tanya nak bg anak balik ngan ktm atau dia nak ambik.

sah lah dia ckp balik dgn ktm. lega dengar. takdelah nak dengar dia merungut penat, anak kecik merungut ayah lambat.

kakyang pun arrangekan transport utk pickup anak kat asrama. since selalu parent lain yg arrangekan, kali ni kakyang take turn utk arrangekan dan bayar utk yg lain juga.

yg geramnya, ada pula bapa pelajar yg ikut naik tu pertikaikan timing yg kakyang bg pula. amboi amboi.. dah org tlg arrange tu, diam dan ikut je lah kan. kakyang folo je timing diorang dulu.

pastu hari ni call si kecik tu x dpt2. lastnya dia call dari hp kawan bgtau hp hilang lg. astaga nak oiii... nasib baik la anu kamu tu melekat. kalau x anu tu pun hilang agaknya?

jenuh la nak mengadap marah ayahnya mlm ni. org tu baru nak reda pasal kes abgnya. ni si adik pula tambah. huhuhu

Monday, July 3, 2017

Update

nak cerita. tp tadak mood.  later2 lah yer. 😝
oh nak bg tau. kiter dah deactivate fb, deactivate insta juga. so far 1 org yg bertanya. nampak sangat takde sapa perasan kakyang xde kan? sedih😂