Monday, July 31, 2017

Mengidam

Semalam masa otw hantar anak teruna balik asrama, kakyang terpandang satu gerai tepi jalan jual sesuatu yg lama kakyang mengidamkan.

tp disebabkan gerai tu berada di other side of road, kakyang tak jd suruh abg brenti. pastu terfikir, karang balik lewat, melepas pula. mcm nak suruh abg uturn je. tp bila fikirkan, nanti tetiba lari mood abg tu, baik simpan saja niat tu. kalau ada rezeki balik nanti, adalah.

so we proceed ke KKB as per scheduled. masa otw balik tu, dlm hati kakyang doa je semoga ada lg gerai tu tepi jalan. kakyang bgtau abg that i looking for something kat tepi jalan towards heading back. abg ckp ok. let him know where that gerai.

so bila nearby area gerai yg kakyang tengok td, terus suruh abg slow down. bila nampak je gerai tu masih buka, terus kakyang suruh abg stop. menyeregai senyum kakyang. tekak dah kecur membayangkan tekak dpt merasa benda yg dah lama mengidam. sakan.

turun je, kakyang terus tanya harga. RM2.00 seketul. pastu kakyang interview makcik tu

"Ni sosej siam ke makcik?
"Bukan, ni sosej kemboja. (org kemboja buat)."
"Rasa dia masam-masam kan?"
" a ah. masam2 sikit. lg lama simpan lg masam." kata makcik tu
"sat, bg saya satu nak rasa." kakyang ambik seketul dan gigit sikit. kompemlah.
"betul. thailand pun ada sosej ni. sy makan kat sana masa p sana dulu. saya pernah try buat. tp sebab xde casing lembu ni, sosej tu jd relai (hancur)." excited sebenarnya.

kakyang terus beli 2 ketul yg siap masak, dan 10 ketul lg yg mentah. buat stok. boleh masak sendiri bila2 masa teringin.

komboja panggil sosej ni Tong Mo. kalau kat thailand ada banyak nama depend on where sosej tu ada. ada panggil naem, ada panggil jim som. ini sebenarnya fermanted sausage. rasanya sour2 sikit mcm pekasam. bhn nak buat senang jer. kakyang pernah try buat.

korang patut cuba rasa. kalau rajin dan nak p cari, gerai makcik ni ada kat jalan menghala ke bukit beruntung. exit tol bukit beruntung. jalan terus ikut main road tu mcm nak ke Kuala Kubu Baharu. selepas belok ke kiri yg melalui petronas tu, gerai makcik ni ada di sebelah kanan hujung jalan lurus tu. gerai kecik tepi je.


1 comment:

Chef niezam said...

sedap..nanti nak cuba