hari ni mood nak bercerita ok sikit.
kakyang pilih nak cerita bab raya. raya tahun ni mcm tahun2 sudah. kali ni lg teruk. mcm tak raya kot. gambar raya anak branak langsung tadak.
balik raya haritu mmg x mengadap jem sbb balik awal. ambik si kecik di kkb, terus gerak balik kg kakyang. tahun ni turn kg kakyang dulu.
hari raya, kakyang masak mcm2. ada rendang itik, ada lodeh, ada sambal bilis, ada nasi impit, ada kari daging utk ciciah dgn ketupat yg adik kakyang buat dan ada sambal kacang. tp sambal kacang kakyang plain la.. ada benda x cukup. nak kena try resepi lain pulak lain kali. eh lupa nak sebut ada sambal limpa. haaaa yg ni x cukup. ramai peminat rupanya. terpaksa kakyang pesan dgn abg cik utk tlg belikan lg sekilo masa dia pergi pasar. dia pula tanya sampai 10x betul ke limpa? bukan paru? rupanya selama ni family kakyang tak mkn sangat limpa tu.
bila kakyang masak sambal limpa, semua family mkn pula. tu yg tak cukup. hehehe. si along pula jatuh cinta dgn rendang itik. dia mkn tak brenti sambil mulut ckp sedap la rendang ibu ni. kembang kejap hidung ibunya ni
si adik tu nak ikut abg/kakak kakyang pergi beraya, si abg tu takmau langsung. abg pula tak sihat. dia banyak tido je. sampai tukar baju raya pun tanak. sampai nak balik pun x sentuh baju raya nya tu. hasilnya. raya thn ni tak bersalaman, tak bergambar. raya sangat!
hari raya ke 2 dah mula gerak balik ke kg abg pula. masa tu kakyang tengah masak utk mkn t/hari. konon2 nak buat sambal ikan tongkol lah. sempat lah mkn sebelum balik sbb abg planning balik selepas asar. tup tup, abg dah arahkan anak2 masukkan beg dlm kereta. pdhal, kemas apa pun tak lg. nak tanak, kakyang campak semua bab masak ke kakak kakyang dan terus ke dpn kemas brg dan load dlm kereta. hasilnya.. balik lah kg dgn kempunan ikan tongkol sambal. huhuhu
sampai kat rumah kg sabak pun dah t/mlm. tu pun havoc juga sepanjang jalan. ingat nak kluar ikut tapah, sekali tengok2 tapah jem. nak kluar tempat lain dah xde exit time tu. pastu bila tengok waze, jln dlm tapah pun jem juga. pastu suggest ke abg, kluar ikut bidor. abg terpaksa tempoh jem lg 12km utk keluar bidor.
alhamdulillah kluar kat bidor, jln kg situ x jam. masalahnya abg rabun. x nampak jln. dan x biasa dgn jalan tu. terpaksa la slow sikit. sampai je kg, terus ke dapur cari mkn. lapar wei. tak mkn dari siang. rupanya ketupat kg keras dan rendang abis, yg ada rendang kerang. tu pun x sedap sbb kerang frozen. huhuhu banyaknya komen bab makan! hahaha
so hari2 seterusnya suram di kg abg. sbb abg x sihat dan ramai adik bradik abg yg x balik.
thn ni pun ada insiden mkn juga. kali ni kakak ipar yg lain pula sentap. sbb, lauk habis, dan anak dia x puas makan.
alahai kak, tu rumah keluarga awak kot, bhn mentah banyak dlm freezer tu, rajin x rajin je masak tambah. kalau cheq ni boleh masak, tak kan lah awak tu anak sedara tuan rumah sendiri tak boleh masak?
kakyang malas nak layan sentap ipar2 ni. kakyang dah bergelumang seharian kat dapur kot. kalau masih x cukup makan tu, pandai2 la korang korek dapur tu. anak masing2 pun dah besar. takde alasan nak menetek anak lg ke apa. boleh je bangun masak tambah apa yg patut. plg malas pun, megi pun xpe. huhuhu
patutnya rabu dah gerak balik s/alam semula. tp disebabkan abg tak larat sangat nak bangun, tunda ke khamis. tu pun dah t/hari baru gerak. huhuhu
No comments:
Post a Comment