Wednesday, January 23, 2019

Steering Lock


pg ni kelam kabut sikit. kelewatan sbb perut buat hal. 2,3x ulang masuk kamar kecil.
sampai ofis, parking pun dah penuh. terpaksa la kakyang parking haram tepi bucu. dah kluar kereta, baru perasan yg stereng x lurus. tayar senget. kakyang betulkan je stereng tu dari luar. baru pusing sikit, dah terdengar bunyi clark.. alamak! bunyi apa tu🤔
kakyang masuk kereta semula. cuba hidupkan engin. dah sudah...nak pusingkan kunci pun x boleh ni. 😱 try masukkan gear. pun tak boleh😱 try pusing kunci lg 2,3x tak boleh juga.
ah sudah... apa pulak yg tak kena ni. minta duit lg ker💸💸💸
frust. malas nak pk masalah. kakyang lock kereta dan naik ofis. muncong sedepa tu jgn ckplah. dari tingkat bawah membawa sampai ke atas moncongnya. nak menyapa org yg selift pun malas.
"kereta akak x boleh nak idupkan. pusing kunci pun tak boleh. sbb apa eh?" dgn muka sedih kakyang terus mengadu kat adik sebelah sebaik saja masuk ofis.
"mcm mana boleh jd mcm tu?"
kakyang pun cerita lah bla bla bla clark! bla bla bla..
"haaa.. sy boleh agak kenapa. meh kita turun tengok" adik sebelah offer membantu.
sampai bawah, kakyang terus bg kunci kereta kat adik td. dia masuk je kereta, pusing sikit stereng td sambil pulas kunci.
tadaaaaaa.... dah boleh setad pun engin kereta. 👏👏👏
mcm tu je? biar betul🤔
x percaya dgn taktik adik td, kakyang siap suruh dia demo 2, 3x. dia pun explain lah.. ini namanya stereng lock. semua kereta ada function stereng lock. cara nak unlocknya, mcm dia tunjukkan tdlah.
fuh! lega. kakyang mana tau rupanya kat stereng tu ada selflock dik non oiii.. ni lah pertama kalinya kakyang facing masalah mcm ni. huhuhuhu
gelabah 🐒je kan ko makcik. buat havoc pagi2 buta. ala.. kita belajar dari pengalaman ye dak? 🤣🤣🤣
statement cover line #macikjakunkereta🙈🙈🙈

Monday, January 14, 2019

Mak

td abg cik pm kakyang
buka topik pasal jagaan mak
dia bgtau adik kakyang akan ke JB
ikut suaminya yg mmg sediada kerja kat sana

so abgcik bg option
balik gilir2 jaga mak
atau
hantar mak ke pusat jagaan

option pertama mmg tak boleh lah
sbb kakyang kerja
dah tu, singgle mom lg
kalau ambik cuti, mana nak mai duit nak mkn kami anak beranak?
mana ada laki nak tanggung mcm dulu dah

tinggal option ke 2

the moment teringat option ke2 je
terus merembes air mata kakyang
tak sampai hati nak hantar mak kat sana
tp kalau x hantar, siapa pula yg nak jaga

pastu abgcik bgtau
cost sebulan pusat jagaan dlm 2500
kakyang bahagi dgn 5 org beradik kami yg berpendapatan/bekerja
plg kurang kena chip in  500 seorang

berat pd kakyang
sbb sekarang banyak komitmen
kos perbelanjaan along shj pun boleh capai 1k sebulan
dgn komitmen hutang2 lain lg
to compare dgn gaji
apa yg dibelanjakan sekarang boleh kata dah 2x ganda lebih dari gaji

kecut perut bila pikirkan
tp kakyang nak berbaik sangka shj
berhabis utk mak kot
harap2 Allah boleh melapangkan lg rezeki kakyang





Wednesday, January 9, 2019

Feels Like Home feat Jon Conley



You're like a gentle hug, on a hard day
The soft touch, that takes it all away And when we kiss, it puts my mind at ease Feels like home to me Yeah You're like a long walk, on a summer night Holding hands, underneath a moonlight and in that moment, i find my sense of peace Feels like home to me Yeah Feels like home Right next to you is where I belong safe and warm wrapped up in your arms holding tight...just right there's no place on earth that i wanna be because here with you feels like home to me I'm going to plant my heart put down some roots and watch it grow girl i'm gonna see us through cause i found the one who i never wanna leave and you feels like home to me Yeah Feels like home Right next to you is where i belong safe and warm wrapped up in your arms holding tight...just right There's no place on earth that I wanna be solo rifts Holding tight, hmph, just right there's no place on earth that I wanna be cause here with you feels like home to me feels like homehttps://youtu.be/_Gqe3cSBIR8

Monday, January 7, 2019

welcome 2019

dah 7 days in 2019 baru nak wish?
muahahahahah apalah ko kakyang
poyo :P

ada cerita 7 hari dlm 2019?

1hb- cuti. hantar si kecik balik asrama. kali ni dia uruskan sendiri semua pendaftaran dia. kakyang tinggal jd supir je. dlm 4 jam selesai urusan hantar dia balik asrama. dia pun suruh maknya ni balik cpt2. sbb dia nk layan tido lg. aduhhhhhai lah anak.

balik rumah terasa kosong. anak2 semua takde. maknya dah mati kutu. huhuhu

2hb - 1st day kerja tahun 2019. jln clear ja

3hb - pergi workout for jan season. beat test baru masuk stage 4. seat up boleh 33x/minit, pushup masih remain 20 je. muahahahahah

4hb -  ambik half day. tina, anak ngah nikah petang jumaat. nyaris2 terlupa majlis nikah ni. hari khamis baru minta cuti ngan bos. wakakakaka

5hb -  kenduri kawin tina di Blue Wave. jd tukang edar buah tangan. hahahahah. kakyang buat tugas kakyang. abis tugas, terus balik. mlmnya ada majlis salam jengkaut.

6hb - hari berehat. zuri dtg tido kat rumah. ingat nak pergi ronda bukit cerakah. bila subuh je masing2 malas nak lepaskan selimut. muahahahahaha tergolek 3 beranak kat rumah sampai ke petang. mlmnya along balik semula ke kajang. rumah sunyi semula bila diorang dah balik. huhuhuhu

7hb - hari ni? keje daaaa.. mood keje makin merudum. huhuhu

so apa yg menariknya seminggu dlm 2019? x de apa2 yg menarik. masih di takuk lama. huhuhu