Monday, November 23, 2020

Gunung Semeru

 Ini pun trip Mei 2018 sebenarnya. semuanya gara2 dah update kat FB, malas dah nak update kat sini kan?

Trip semeru antara trip yg best wpun ada beberapa drama di dalam trip tersebut. kita abaikan drama2 tu. malas nak tulis. wpun dah 2 tahun, masih terpahat di ingatan bila di recalled. 

Kita cerita bab trek/hiking experience je lah yer.. 

trek semeru pd kakyang adalah trek yang senang wpun panjang. dari perkampungan/basecamp di luar ke trek melandai masuk jauh ke dalam hutan yang tak seberapa hutan. sampailah ke ranu kombolo. tasik yang sacred bg penduduk setempat. jgn buat onar di sini. disebabkan treknya yang melandai, ramai org masuk utk bercamping. mcm pesta pun. ada yg masuk ke sana semata2 untuk bergambar dan camping.  kami bermalam di sini 1 mlm sebelum gerak ke camp kalimati keesokan harinya. trek ke kalimati masih lg landai selepas menanjak sedikit di tanjakan cinta dari camp ranu kombolo. trek ke kalimati mostly melalui kawasan yg boleh dipanggil savana. berumput lalang tinggi. cantik. banyak sesi posing2 di sini.

bermalam di kalimati. suhu yg sangat  sejuk. tengah mlm gerak utk summit attack. dari sini baru bermulanya cabaran sebenar gunung semeru. selepas trekking menanjak ke kaki gunung, aksi menyumpah sambil memanjat bermula. semeru mmg terkenal dgn trek pacak berpasir. 3x langkah, 2x gelongsor kebawah semula. tipsnya, langkah secara zig zag dan pijak atas bekas tapak org di hadapan. atau... sodokkan langkah ke dalam pasir.

puncak semeru ada cut off time. mesti sampai ke peak sebelum pukul 9pg rasanya, yg lambat dari itu  akan diminta untuk turun. ramai yg kandas separuh jalan kerana kepenatan. Alhamdulillah kakyang berjaya sampai ke peak tanpa perlu di tarik kali ni. 

dari peak boleh nampak beberapa gunung lain. naik berjam2, bila nak turun, hanya ambil masa 1 jam. siap mcm main ski lg. tp awasss.. salah ski, melencong ke gaung!

jom layan gambar 1000 cerita












Gunung Raung

 Hahahhaha  dah 2 tahun berlalu, baru hari ni nak update. cerita detailsnya pun dah tak ingat.

Sebenarnya gunung ni kakyang pergi pg April 2018. Mcm mana boleh pergi eh? rasanya che Fauzan yg ajak. Kenal che fauzan  dari rancangan trip nak ke semeru yang gogo lari. Eh.. trip semeru pun takde post lg rasanya.. Hmmmm banyaknya trip yg tak up kat sini.

Sebulan sebelum tarikh trip ni, che fauzan mesej dan ajak join. setelah congak2 acc, tiket, cuti etc, kakyang setuju utk ikut. Gunung Raung masih lg rare/baru bg pendaki malaysia masa ni. trip rare mcm ni tak boleh dilepaskan. hehe

dari trip ni juga la kenal dgn yg lainnya.

Kakyang cuba cerita apa yang ingat lg je lah ye. nanti ada masa buka balik fb dan copy mai sini. 

Hmm mana nak mula yer...

dlm trip ni kami ber 7. Che Fauzan, joi, pyan, fiza, along, shar dan kakyang. perlulaan trek dari kebun kopi ibu sunatri. melalui ladang kopinya menuju ke pintu hutan. trek berpermatang. tanah gambut hitam. treknya tak begitu kejam. perjalanan hari pertama sehingga ke camp 7. bermalam kat situ sebelum bergerak awal paginya ke camp 9. di sini pakai carabiner dan mula ke puncak bendera. dari puncak bendera  barulah melalui permatang sempit yang dinamakan titian siratulmustaqim. wpun nampak mcm sempit, tp tidaklah sempit bila berada di sana sebenarnya. tp bila memandang ke jurang/gaung yg tepi2nya tu, meriding juga lah darah tu.

dari sini lah cabaran sebenar gunung raung. utk ke puncak tusuk gigi perlu melalui tepian gaung yang berbatu loose berpandukan pd tiang2 bendera kecil yang diletakkan mengikut certain2 jarak sebagai penanda arah. kat sinilah kakyang tersalah langkah, dan akhirnya tertiarap atas trek curam tak berani nak gerak utk cuba bangun. masa tergelincir tu, kakyang cuba bangun sendiri, bila tolak kaki nak bangun, batu menggelongsor. tangan cuba capai batu utk berpaut. batu yg di capai pun rapuh tercabut dari tanah. lastnya menjerit minta tlg angkatkan. hahahaha

joi yg tolong angkat masa ni. allahuakbar. ngeri bila membayangkan takut gelongsor ke dlm gaung.

dari tusuk gigi barulah ke peak sebenar raung sejati pd tengah hari. perjalanan summit attack dan kembali ke kem mengambil masa 1 hari. bermalam semula di kem 7 sebelum lanjut kembali ke base camp raung keesokan harinya.

layan gambar lah. nanti kakyang cuba copy cerita lebih details dari fb. (kalau rajin) hahahaha