Friday, November 13, 2020

Bukit Cherakah - Bukit Botak

 Last week kakyang ikut member ke sini. kakyang pernah ke sini 2,3 tahun dulu masa bukit botak mula2 femes tu sbb keunikan tanah gondolnya akibat diterangkan untuk kawasan perindustrian/perumahan.

panas berdesing kat sini dik non.. tp disebabkan ada tarikan baru ke sini, jd kakyang mai la lagi sekali.

Letaknya yg penghujung bandar puncak alam nun. punyala lama tak masuk situ, jalan yg dulunya kecil dah jd besar. hampir2 tak kenal jalan. pdhal kakyang ada beli rumah dlm tu. hahahaha

parking dekat entrance, pastu terus naik trek kelapa sawit. selepas 10-15 minit trekking, kita akan tempuh tanah terbuka dan lalu bawah cabel tiang letrik voltage tinggi. kat sinilah boleh pergi ke pokok viral tu. kat sini juga banyak spot2 berbatu cantik untuk ambil gambar. meleka la kakyang kat sini melayan bergambar. nak pula ada geng yg rajin tlg ambikkan. apa lg.. masalahnya.. bila orgnya tak cantik, jgn haraplah nak dpt gambar cantik juga. cacatkan view jer..pastu ada pula yg sengaja ambik angel yg  kakyang plg huduh.. adoiiiiii geram jer.  satgi korang tengoklah gambar2 tu. eiiii geram macik.

lepas puas bergambar, mula memasuki pintu hutan. jln dlm 30 minit, akan sampai ke peak bukit cherakah. dari situ ada lorong ke kiri boleh turun ke bawah kalau nak bergambar dgn batu gua/batu dinding. tp kena hati2 sbb treknya agak curam. dan bertebing tinggi. tp jgn risau, ada tali disediakan utk memudahkan korang naik dan turun. turun ok, naik pacak tegak 70darjah gitu.. mengah dik oiii..

naik dari situ, kami berkelah sekejap sementara menanti kawan2 padu yg dah lajak ke bukit botak. idak ler kakyang nak pergi sana lg dik non. fanasssss

kakyang nunggu je di permatang tu dgn sebekas vietnam roll dan sebotol air kopi panas utk kwn2.

bila dah puas berehat, kami mulakan perjalanan ke trail new zealand yang terletak di sebelah kanan hala jalan balik. dari situ trek akan menurun ke ladang kelapa sawit sampai ke bawah sana. then ada lorong kecil di sebelah kiri. ikut je lorong ni akan menghala korang ke pokok viral. kat dpn pokok viral ni ada batu bongkah besar. korang boleh juga naik atas tu utk bergambar. 

dsekeliling pokok viral dan batu ni, adalah lalang2 separas korang berdiri. boleh pilih trek landai atau trek pacak utk naik semula ke trek bawah tiang cabel letrik tadi. pastu boleh la gerak keluar balik.

solosaiii trip. layanlah gambar2.. buat inspirasi utk korang ke sini juga.

adios!


























No comments: