Monday, November 23, 2020

Gunung Semeru

 Ini pun trip Mei 2018 sebenarnya. semuanya gara2 dah update kat FB, malas dah nak update kat sini kan?

Trip semeru antara trip yg best wpun ada beberapa drama di dalam trip tersebut. kita abaikan drama2 tu. malas nak tulis. wpun dah 2 tahun, masih terpahat di ingatan bila di recalled. 

Kita cerita bab trek/hiking experience je lah yer.. 

trek semeru pd kakyang adalah trek yang senang wpun panjang. dari perkampungan/basecamp di luar ke trek melandai masuk jauh ke dalam hutan yang tak seberapa hutan. sampailah ke ranu kombolo. tasik yang sacred bg penduduk setempat. jgn buat onar di sini. disebabkan treknya yang melandai, ramai org masuk utk bercamping. mcm pesta pun. ada yg masuk ke sana semata2 untuk bergambar dan camping.  kami bermalam di sini 1 mlm sebelum gerak ke camp kalimati keesokan harinya. trek ke kalimati masih lg landai selepas menanjak sedikit di tanjakan cinta dari camp ranu kombolo. trek ke kalimati mostly melalui kawasan yg boleh dipanggil savana. berumput lalang tinggi. cantik. banyak sesi posing2 di sini.

bermalam di kalimati. suhu yg sangat  sejuk. tengah mlm gerak utk summit attack. dari sini baru bermulanya cabaran sebenar gunung semeru. selepas trekking menanjak ke kaki gunung, aksi menyumpah sambil memanjat bermula. semeru mmg terkenal dgn trek pacak berpasir. 3x langkah, 2x gelongsor kebawah semula. tipsnya, langkah secara zig zag dan pijak atas bekas tapak org di hadapan. atau... sodokkan langkah ke dalam pasir.

puncak semeru ada cut off time. mesti sampai ke peak sebelum pukul 9pg rasanya, yg lambat dari itu  akan diminta untuk turun. ramai yg kandas separuh jalan kerana kepenatan. Alhamdulillah kakyang berjaya sampai ke peak tanpa perlu di tarik kali ni. 

dari peak boleh nampak beberapa gunung lain. naik berjam2, bila nak turun, hanya ambil masa 1 jam. siap mcm main ski lg. tp awasss.. salah ski, melencong ke gaung!

jom layan gambar 1000 cerita












No comments: