Wednesday, February 24, 2021

Cara Menabung

 ini cara menabung gaya anak2 kakyang:

1. Bgtau ibu nak p kedai beli air/makanan/ apa2 je

2. Ibu  luluskan 

3. tadah tangan nak duit utk beli perkara (1)

4. Ibu bg duit yg pastinya ada lebih baki

5. baki masuk poket si anak

6. Ulang langkah 1-5  bila-bila masa yang sesuai agar ibu tidak mula menyinga.


adoiiii.. licik tak anak2 kakyang? patutlah ibunya terasa kenapa duit cepat nor susut dari purse eh? rupanya baki tak dipulangkan. Bila ditanya mana baki? katanya dah masuk tabung. nak menabung katanya.


Yennadeiii.. nak menabung dgn berjimat. bukannya dengan paw baki ibu!. ibu dpt duit sebulan sekali, korang dpt duit hari2. naya la ibu mcm ni.


huhuhu geliganya otak anak aku!


Hutang

Ingat tak beberapa bulan yg lepas kakyang ada cerita pasal dikejar collector hutang2 lapuk cr card?  Meh kakyang nak ceritakan mcm mana kakyang dpt selesaikan masalah ni.

Semua dept tu timbul semula lepas abg takde. masa abg ada, dia yg uruskan semua. dia pesan dgn kakyang, kalau ada nombor yang takde nama called, abaikan je. sesekali mmg ada dan di abaikan. lama juga la kakyang tak terganggu dgn calls dari nombor-nombor yang tidak dikenali.

ingatkan masalah tu dah selesai. rupanya tidak!

Lepas abg meninggal, semua benda tu timbul balik. dan yg lebih shockingnya, kakyang tak tahu pun banyaknya hutang cr card atas nama kakyang! huhuhu

kakyang ingatkan ada 1 je, rupanya 3!. ok fine.. pastu kakyang remember dulu ada buat refinance cr card tu dgn ansuran bulanan selama 3 tahun. dah abis bayar pun. tp kakyang lupa dengan bank apa.

bila creditor-creditor tu dok tepon-tepon suh bayar tunggakan, kakyang jd semak perut. mana mai pula hutang2 atas nama kakyang ni? nak tanya lebih2 pun orgnya dah takde, nak taknak, accept je lah hutang yg ada tu.

makanya.. berkejaran lah creditor dgn kakyang. sampai jd takut bila hp berbunyi. timbul je nama yg takde nama, mula debar hati. sbb creditor ni bukan reti minta hutang baik2, semua nak marah2 dgn maki hamun bagai.

ada collector utk 1 bank ni, sampai kena tukar pegawai baru la dpt selesaikan dgn baik. sbb pegawai yg mula2 call kakyang tu, kerjanya nak membentak ngan mengugut jer.

lepas dah puas lari, lastnya kakyang pk, bayar je lah. nak hidup pun tak aman bila dah kena kejar collector ni. so mulalah kakyang jawab bila diorang call. mulahlah sesi dealing dgn diorang utk bayar paling minima. 

dlm masa yg sama, kakyang tanya advise kawan2 banker. ini advise diorang:

1. pergi deal dengan bank direct. selalunya bank akan bagi potongan yg lg better dari collector.


so, bila dealing dgn collector tu, kakyang bgtau nak gi direct ke bank. dlm dok nak pergi bank, nak pergi bank tu, PKP covid menjelma pula. so bertangguh lagi.. lama-lama, kakyang try dengan call bank dulu tanya nak deal dgn branch mana utk selesaikan masalah ni.

1 bank dia minta kakyang call PIC yg handle acc kakyang. call berkali-kali juga utk tembus ke direct PIC tu mmg susah. end up dpt berckp dgn PIC dan terus dia sebut satu nilai yg sangat reasonable pd kakyang. jauh rendah dari minimum amount yg kakyang jangkakan. 

Terus kakyang minta dia minitkan dlm email as black n white, once dpt email tu, terus kakyang buat payment tanpa bertangguh. terus email semula bukti payment dan minta diorang keluarkan release letter.

2,3 minggu lepas tu collector call kakyang lagi! adoiii apa lg yg tak selesai ni? payment yg kakyang buat tu kena scam ke? rupanya tidak.. collector tu cuma nak confirmkan penutupan acc je. dan diorang terkejut sangat macam mana kakyang boleh dpt amount yang paling rendah. dah umpama bayar apa yg guna jer. Alhamdulillah.. rezeki.

Selesai yg itu, kakyang deal pula untuk hutang cr card yg ke2. yg ini yg pegawainya collectornya dah tukar. dulu wanita india. kasar, suka ngugut. yg ini lelaki india. ckp pun baik-baik dan lembut jer. barulah kita nak berkira berbincang molek-molek sikit.

2nd hutang ni pun kakyang ckp dgn collector bg masa. kakyang nak direct dgn bank. dia setuju. lepas certain date, dia call semula tanya feedback. kakyang minta tempoh lagi sbb PKP kakyang tak boleh nak travel jauh. Dlm masa yg sama kak yang call bank dan minta nak ckp dgn PIC. dah tinggalkan pesanan dan buat report pun sampai ke sudah tak dpt apa2 feedback dari bank.

dlm dok bersoksek sana sini tu, tiba-tiba kakyang dpt mesej dari nombor yg tak dikenali bg ofer 90% diskaun dari nilai tunggakan. kakyang baca dan tak ambik peduli sbb tak berani nak percaya mesej2 mcm tu takut scammer. kakyang abaikan mesej tu. dan tunggu pihak bank call lagi.

dlm dok tunggu2 tu, collector call. dan tanya lagi sekali. dan dia confirmkan pasal offer 90% diskaun tu. terus kakyang kata betul ke? sbb mmg jauh lebih rendah dari nilai asal yg diorang minta kakyang selesaikan.

Collector tu kata betul. dan dia sebutkan nilai yg tinggal. Dari nilai tu kakyang nego minta genapkan je amountnya. dia tak setuju sbb terlalu banyak yg kakyang minta genapkan. so dia bg  1/3 dari apa yg kakyang minta. terus kakyang Deal!

mcm bank pertama td, kakyang minta pengesahan bertulis. once dpt, terus kakyang bank in dan email semula bukti pembayaran dan diorang bg released letter..

Alhamdulilah.. sujud syukur!. lega gila bila dpt selesaikan hutang. Harap-harap jgn la ada yg tetiba dtg tuntut hutang lagi. huhuhu

Alhamdulillah juga dpt bayar seminima mungkin. total yg kakyang bayar hanya 50% dari nilai minima yg diorang mula2 offer.

so, lebihan yg kakyang peruntukkan tu dpt lah digunakan utk preparation pindah rumah nanti..harap2 cukuplah.

So uols..

kalau ada collector dok kejar2 korang tu, jgn gelabah, jgn stress, tenang2 sahaja.. jgn tenang dan lena. tp kena  buat sesuatu lah. sila ambil tindakan-tindakan yg kakyang cadangkan ini.

1- solat dan doa bersungguh2 dgn Allah minta dibantu dan dipermudahkan urusan selesaikan hutang. ini kena minta dgn Dia hari-hari. Yakin dgn pertolongannya. Insyaallah tak hampa.

2.ckp baik2 dgn collector. minta tangguh. bg lah segala mcm maknenek alasan yg korang ada.

3. bgtau kat collector, korang nak deal direct dengan bank.

4. call bank atau pergi bank, dan deal dgn PIC yg incharge acc korang. deal apa offer yg terbaik. dan compare semula offer dari bank dan collector. pilih yg terbaik.

5. Ada kes bank dah jual acc korang kepada collector mcm kes ke2 cr card kakyang, bank sebolehnya tak akan masuk campur kerja collector. yg mcm ni korang kena pujuk dan nego dgn collector. sambil-sambil tu try juga la berurusan dgn bank. kalau bank tak layan, tulis surat rayuan ke bank. cc je segala mak nenek CEO/president diorang. insyaallah akan dpt jawapan dari bank nanti. (ini dari pengalaman abg.)

6. last resort, kalau bank serah juga pd collector, korang kena deal dgn collector juga lah. dan.. bayaran tak semestinya lump sum. korang boleh juga deal satu nilai ansuran bulanan untuk selama beberapa tahun. yg penting kena komit la dgn apa yg korang dah bersetuju. 


Alhamdulillah.. mcm tulah ceritanya mcm mana kakyang dpt selesaikan hutang-hutang cr card atas nama kakyang. next kita selesaikan yg abang punya pula yer.. semoga Allah permudahkan semua urusan.



Friday, February 19, 2021

iSinar

semalam kakyang gelak mengekek nengokkan peel seseorang yg baru cuba-cuba nak dikenali.

asalnya dia dok pm nak kenal kakyang. siap bg nombor phone. bila dia tanya kakyang dah catit ke? kakyang ya kan jer. ya. mmg dah catit pun. tp kemudian campak ke tepi. malas nak ambik pot.

then, digesanya lagi utk bermesej di WA. kakyang malas nak share nombor phone dgn org yg tak kenal. terus kakyang bgtau, bermesej di situ saja. later2 lah di WA. dlm hati dok pikir nak larikan diri je. since dah tersembang tu, sembang lah kejap. courtesy. bg muka kata org.

sembang sembang gitu gini. kakyang dpt beberapa info. Orgnya baru 6 bulan bercerai. mak aiii.. baru 6 bulan dah cari baru? pastu kakyang korek pula apa sebabnya? katanya sbb dia jobless masa pkp covid tahun lepas. so the wife tuntut fasakh dan dia terus accept tanpa sebarang banyak cakap.

senangnya melafaskan talak? dari situ kakyang dah rasa tak best dgn perangai dia.. mcm something wrong jer.... tak mungkin the wife sesenang itu nak tuntut fasakh tanpa sebarang sebab lain?

then kakyang saja mengorek lagi.. kadang-kadang best juga menilai org dari cerita-cerita yang disampaikan oleh empunya diri.

alkisahnya dia baru dpt iSinar.. dia kata duit isinar tu boleh la menampung perbelanjaannya utk setahun. kakyang guess..mesti banyak kan kalau cukup utk tampung setahun tu. siap cari calon isteri baru.  rupanya.. tau berapa dia dpt? 18k je wak... aduhhhh... tepuk dahi kakyang dengar amount tu. kalau dibahagi 12, maknanya hanya boleh dibelanjakan 1500 sebulan. anak 4 nak tanggung. kalau berbini baru, tambah lagi sorang tanggungan. kalau bini baru tu ada anak, bertambah2 tanggungan. adoiii...

kakyang bukan lah nak pertikaikan niat baiknya tu. tapi.. kalau kakyanglah, dng pendapatan tak pasti lagi mcm mana, anak-anak sendiri yg dah ramai nak tanggung, pengalaman kegagalan rumah tangga disebabkan finalcial isu mcm tu, kalau financial sendiri pun tak stabil lagi, tidaklah kakyang berani nak ambil risiko mencari beban isteri baru lagi. tak terjangkau akal kakyang. idaklah kakyang nak cari masalah dgn org-orang yang dah nampak masalahnya dari awal. 

kemudian kakyang ceritakan kejadian ni kat kawan kakyang. tau apa kwn kakyang komen?
"big NO. kalau bini dia pun berani buang, apasal ko nak kutip pulak yg org dah buang?!"

kan...?? 

Wednesday, February 17, 2021

New journey

Baru-baru ni ada lagi insiden anak2 kakyang dgn pakchunya. Kakyang memerhati je. tak ckp apa-apa. Tapi dlm hati..punyalah sedih bila anak diperlakukan mcm tu.

Salah besar sangatkah anak kakyang tu? tak bolehkah ditegur dan diberi amaran cara baik? 

Satu hari suntuk kakyang menangis. tak tahan tengok anak-anak di layan kasar sebegitu. membuatkan kakyang semakin nekad untuk pindah dan duduk sendiri.

Dalam banyak-banyak pertimbangan yang kakyang buat, akhirnya kakyang decide utk pindah masuk rumah sendiri. Kakyang dah bagi notis tamat kontrak pada tenant awal bulan lalu. Tenant kakyang pun dah maklumkan semula yg dia dah dpt rumah ganti dan boleh serah semula kunci pd hujung bulan ni.

Sejak anak-anak tahu yang kami akan berpindah. Both excited sangat. semua nak bilik sendiri. siap dah riki-riki nak bilik warna apa, katil mcm mana, wardrope mcm mana. hari-hari diorang bertanyakan hal ni. siap membilang hari.

"ok tak yg mcm ni ibu?" sambil masing-masing tunjuk gambar2 hasil google internet.

"adik nak pilih sendiri perabot adik."

"ibu.. spt along jangkakan, adik nak bilik yang lebih besar."

"along dah tengok kat internet harga brg along nak.."

"ibu buget berapa utk perabot kitorang?"

"ibu nak bilik mcm mana?"


macam-macam soalan diorang dan macam-macam idea diorang nak decorate bilik masing-masing.


"Ibu, konsep rumah kita nanti mcm mana?"

"Ibu, jgn bawa perabot dari sini. kita beli yg baru semua tau."

amboi..amboi...depa ingat mak depa ni kutip duit dari pokok ja ka...? apapun keceriaan dan excited diorang mengembirakan hati kakyang. cukup2lah menumpang di rumah org. cukup2 lah hati anak-anak kakyang dihancurkan. nak2 sekarang dah takde org yg akan melindungi kitorang, belajar2 lah hidup sendiri.


financial kakyang akan jd a bit tight lepas ni. silap2 tak cukup pun memandangkan dah takde side income dari hasil sewa dan bil2s rumah dah tak sharing. semua ditanggung sendiri. tawakal je lah. Allah ada. pasti Dia akan datangkan rezeki dlm bentuk lain pula.

Dan yang lebih utama, hati anak-anak kakyang gembira.


Doakan kami.. 



Wednesday, February 10, 2021

Audit

Kakyang tengah standby remote audit dari rumah. tunggu pegawai mesej kalau ada keperluan untuk kakyang attend sesi interview audit dgn auditor. harap2 tak perlu lah dipanggil. bila dah dipanggil tu maknanya ada la benda yg tak kena dgn documentation yg kakyang dah submit.

sambil-sambil tunggu auditor tu, kakyang buka galeri kat hp. Nak clearkan gambar2 yg dah masuk 43ribu keping di galeri. SD kad 128G pun dah hampir penuh. Sebab sekarang, hp jugalah sebagai media/pc kakyang bila musim PKP covid19 ni. submission kerja2 banyak juga melalui hp. dah penuh dah memory. Nak delete document, takut anytime ada keperluan access dari luar, tak dpt cari pula. Bila tengok kat summari SD, yg pakai memory paling banyak adalah whatapps. part gambar dan segala mak nenek attachement, video yang kawan-kawan hantar.

dlm sehari 2 ni kakyang mulakan operasi delete sikit demi sedikit. td masa dok tick gambar-gambar yg nak delete tu, nampak gambar-gambar hari raya yg kawan-kawan pernah kirim. mata melilau mencari gambar raya keluarga sendiri. rupanya gambar-gambar raya tahun tu adalah pd tahun 2017. iiaitu pd tahun abg meninggal. Raya terakhir bersama abg.

Terus kakyang terimbau apa yg terjadi masa raya tahun tu. 

Tahun 2017. Tahun giliran beraya di rumah keluarga kakyang. Macam biasa, kami balik kampung kedah. dan mcm biasa juga, abg yang drive.  Masa tu kakyang masih belum dibenarkan drive. Kakyang hanya dpt drive selepas abg takde. 

Hari raya tahun tu mmg suram. abg spt biasa, melepek tidur. panas dan penat drive jauh. dgn sakitnya lagi menambahkan keletihan yang dia rasa. Kakyang masih ingat pd hari raya pertama tu, kakyang tunggu abg  bangun sampai ke petang. tujuannya nak gambar beraya bersama dan salam raya. Tapi abg tak bangun-bangun. puas kejutkan pun abg menyahut dan kemudian tidur kembali. 

Bila dah sampai ke petang, dah nak mandi-mandi salin baju setelah seharian dlm baju raya. Panas dan rimas dgn peluh. mentelah pula cuaca kedah yang mmg agak panas dari di selangor.

Kakyang cuba kejutkan abg lg sekali.

"Ayah, bangun sekejap. Kita ambil2 gambar raya dgn anak sekeping dua, pastu ayah sambunglah tido." ayat kakyang pujuk abg bangun untuk bergambar raya bersama anak-anak. 

Abg cuma menyahut hmm.. dan diam kembali.  Kakyang terus menunggu tindakbalas selanjutnya.

"Ayah. bangun lah. bergambar sekejap. sat lg anak2 dah nak mandi, salin baju." pujuk kakyang sambil menunggu lg. abg diam jer. tak berde ek apa- apa.

"Bang..." kakyang bersuara buat kali terakhir. Abg tetap tak bergerak. setelah tungu seketika, kakyang givap dan pasrah. TIADA GAMBAR RAYA.

Kakyang beri kebenaran pd anak-anak untuk pergi mandi dan tukar baju. Sedih dan hampa. kecewa.

Kalau tak silap, kakyang lancar mogok dengan abg lepas tu. merajuk. hahaha

Beberapa hari lepas tu semasa di rumah kampung abg, barulah abang pujuk kakyang semula.

"Balik rumah nanti kita pergi kedai gambar yer. Kita ambik gambar keluarga kat kedai."

kakyang diam je tak bagi reaksi. Tanda masih merajuk la tu. sampai dah balik rumah shah alam pun abg ckp lg sekali utk ambil gambar kat kedai. Kakyang diam saja.

Akhirnya perkara tu berlalu mcm tu saja sampailah abg tiada. 

Tiada gambar raya sekeluarga untuk selamanya....