Kakyang tengah standby remote audit dari rumah. tunggu pegawai mesej kalau ada keperluan untuk kakyang attend sesi interview audit dgn auditor. harap2 tak perlu lah dipanggil. bila dah dipanggil tu maknanya ada la benda yg tak kena dgn documentation yg kakyang dah submit.
sambil-sambil tunggu auditor tu, kakyang buka galeri kat hp. Nak clearkan gambar2 yg dah masuk 43ribu keping di galeri. SD kad 128G pun dah hampir penuh. Sebab sekarang, hp jugalah sebagai media/pc kakyang bila musim PKP covid19 ni. submission kerja2 banyak juga melalui hp. dah penuh dah memory. Nak delete document, takut anytime ada keperluan access dari luar, tak dpt cari pula. Bila tengok kat summari SD, yg pakai memory paling banyak adalah whatapps. part gambar dan segala mak nenek attachement, video yang kawan-kawan hantar.
dlm sehari 2 ni kakyang mulakan operasi delete sikit demi sedikit. td masa dok tick gambar-gambar yg nak delete tu, nampak gambar-gambar hari raya yg kawan-kawan pernah kirim. mata melilau mencari gambar raya keluarga sendiri. rupanya gambar-gambar raya tahun tu adalah pd tahun 2017. iiaitu pd tahun abg meninggal. Raya terakhir bersama abg.
Terus kakyang terimbau apa yg terjadi masa raya tahun tu.
Tahun 2017. Tahun giliran beraya di rumah keluarga kakyang. Macam biasa, kami balik kampung kedah. dan mcm biasa juga, abg yang drive. Masa tu kakyang masih belum dibenarkan drive. Kakyang hanya dpt drive selepas abg takde.
Hari raya tahun tu mmg suram. abg spt biasa, melepek tidur. panas dan penat drive jauh. dgn sakitnya lagi menambahkan keletihan yang dia rasa. Kakyang masih ingat pd hari raya pertama tu, kakyang tunggu abg bangun sampai ke petang. tujuannya nak gambar beraya bersama dan salam raya. Tapi abg tak bangun-bangun. puas kejutkan pun abg menyahut dan kemudian tidur kembali.
Bila dah sampai ke petang, dah nak mandi-mandi salin baju setelah seharian dlm baju raya. Panas dan rimas dgn peluh. mentelah pula cuaca kedah yang mmg agak panas dari di selangor.
Kakyang cuba kejutkan abg lg sekali.
"Ayah, bangun sekejap. Kita ambil2 gambar raya dgn anak sekeping dua, pastu ayah sambunglah tido." ayat kakyang pujuk abg bangun untuk bergambar raya bersama anak-anak.
Abg cuma menyahut hmm.. dan diam kembali. Kakyang terus menunggu tindakbalas selanjutnya.
"Ayah. bangun lah. bergambar sekejap. sat lg anak2 dah nak mandi, salin baju." pujuk kakyang sambil menunggu lg. abg diam jer. tak berde ek apa- apa.
"Bang..." kakyang bersuara buat kali terakhir. Abg tetap tak bergerak. setelah tungu seketika, kakyang givap dan pasrah. TIADA GAMBAR RAYA.
Kakyang beri kebenaran pd anak-anak untuk pergi mandi dan tukar baju. Sedih dan hampa. kecewa.
Kalau tak silap, kakyang lancar mogok dengan abg lepas tu. merajuk. hahaha
Beberapa hari lepas tu semasa di rumah kampung abg, barulah abang pujuk kakyang semula.
"Balik rumah nanti kita pergi kedai gambar yer. Kita ambik gambar keluarga kat kedai."
kakyang diam je tak bagi reaksi. Tanda masih merajuk la tu. sampai dah balik rumah shah alam pun abg ckp lg sekali utk ambil gambar kat kedai. Kakyang diam saja.
Akhirnya perkara tu berlalu mcm tu saja sampailah abg tiada.
Tiada gambar raya sekeluarga untuk selamanya....
No comments:
Post a Comment