Wednesday, July 25, 2018

Di soal Polis


Lepas sattlekan kes di balai polis so n so, KakYang cerodong ikut jalan pintas utk balik hanya berpandukan signboard. Sampai kat satu jln berselekoh yang besar, KakYang terpandang signboard tu tulis batu caves/gombak. Dlm hati terdetik.. Ooo jalan ni boleh sampai ke situ rupanya..

Kemudian terpandang pula ada gerai kampung jual nasi lemak bungkus daun pisang kat kiri jalan. Betul2 tepi corner. Sedap ni.

Terus KakYang bg signal ke tepi dan hala kereta untuk parking di tepi kawasan lapang berbatu kerikil belakang gerai td. KakYang kluar kereta dan menuju ke depan gerai.

"bang, nasik lemak 10 bungkus"

KakYang order terus dari abg penjual yg tengah bungkus nasi lemak.
Sebelah dia ada seorang wanita. Isterinya kot. Wanita tu ambil nasi lemak yang telah dibungkus lalu letak ke dalam bekas yg berada di bawah pankin gerai. KakYang memerhati sambil menanti pesanan.

"nasi ada 5 bungkus je dik. Ok ke? “
Wanita td bersuara sambil meletak seplastik nasi lemak dpn KakYang.

"boleh lah kak“
KakYang menarik plastik nasi lemak mendekat KakYang. Dan masukkan purse KakYang ke dlm plastik tersebut. note RM50 di tangan KakYang hulurkan utk bayar harga nasi lemak tanpa bertanya harga terlebih dahulu. Sudah tentu lebih dari cukup. Telahan KakYang.

"jap ye dik. X cukup duit baki"
Kata wanita tadi sambil berlalu ke seberang jalan. Di seberang jalan sana ada deretan kedai kayu lama. Ada 2,3 kereta diletakkan hadapan kedai2 tersebut. KakYang hanya memerhati wanita td menuju ke sana. Nak tukar duit agaknya. KakYang mentelah lg.

KakYang berpaling kembali ke pankin kedai untuk ambil plastik nasi lemak td.
"eh. Mana nasi lemak sy? “
KakYang bertanya kepada abg td.

" agaknya isteri sy terbawa sama dgn nasi lemak utk kawannya tak? “
Abg td membalas sambil menghalakan mukanya seperti menunjuk kepada wanita yang dipanggil isteri yg berada di seberang jln. Kelihatan isterinya sedang berjumpa seorang wanita lain di belakang kereta yg dipakir depan kedai kayu td. KakYang memerhati lg wanita td sedang bercakap2 dgn kawannya.

"alamak bang.. Purse saya ada dlm tu!"
KakYang panik. Baru tersedar sesuatu. Aduhai.. Kalau nasi lemak tu terbagi pd org takpe je. Tp masalahnya purse KakYang ada di dalam plastik bersama nasi2 lemak tu!

KakYang memandang semula ke arah kedai kayu. Eh. Mana isteri abg tadi? KakYang cuba mencari kelibat wanita tdi di sekitar kedai.  Agaknya ada dlm kedai kot. Sedang tukar duit?

Abg jual nasi lemak naik ke tingkat atas gerai. KakYang memerhati semula ke arah kedai kayu. Menanti kelibat wanita td. Lama.

"abg. Mana isteri awak? Sy nak purse saya dlm plastik nasi td.“
KakYang melaung dari bawah.

"ada tu . Kejap lg dia baliklah.“
Balas abg td tanpa perasaan sambil menyambung semula kerja2nya di atas.

KakYang pandang semula ke arah kedai kayu. Mengharap kelibat wanita td muncul. Lama menunggu. KakYang mula gelabah. Purse KakYang! Mcm2 ada dlm tu. Nak buat x tahu je pun x boleh. Purse wei. Jgn buat main2.

Lama KakYang menunggu kepulangan wanita td. Bayangnya masih x nampak. KakYang makin gelabah. Mula terbayang yg bukan2. Entah2 wanita td bawa lari purse KakYang? Kalau tetiba wanita td kata purse KakYang x ada dlm tu mcm mana? Kalau kawan wanita td terus bawa pergi purse KakYang mcm mana? 1001persoalan melintas di benak KakYang. Tak boleh jadi ni..

KakYang ambil hp dan snap gambar dan gerai abg td. Utk buat bukti jika perkara buruk terjadi.

Abg td perasan KakYang ambil gambarnya. Riak mukanya jelas kurang senang dgn perlakuan KakYang.

"kenapa awak ambil gambar? “
" sy nak buat bukti kalau2 isteri awak larikan purse saya"

Abg penjual nasi lemak menyeluk poket seluar. Hp ditarik keluar. Dia meletakkan hp di telinganya sambil bercakap sesuatu. KakYang x tahu dia bercakap dgn siapa.

Selang beberapa minit, sebuah mpv hitam bercermin gelap membelok laju masuk dan berhenti di depan KakYang. Pintu belakang mpv terbuka ketepi. Keluar 3 org lelaki tegap berpakaian jeket kulit serba hitam dari mpv tersebut. M16 tergalas di bahu masing2. Polis agaknya.

"kenapa buat kecoh di sini kak?"
Tanya salah seorang dari mereka sambil menghampiri KakYang. Oh. Rupanya abg td call polis ni kot. KakYang mengagak.

"kecoh? Sy cuma nak purse saya. Purse saya ada dgn isteri dia."
KakYang membantah pertuduhan. .
"tunggulah. Nanti isteri dia dtglah. “
Lelaki td bernada tegas.

" masalahnya dah lama isteri dia pergi. Sampai sekarang x balik2. Sy tunggu di sini dari tadi sampai sekarang isterinya x dtg2."
"eh kenapa nak soal saya mcm saya yg bersalah? U patut soal abg tu. Mana isterinya? Purse saya ada dgn dia. “
KakYang membantah.

"akak ambil gambar abg td kenapa? Apa tujuan? Akak nak buat kecoh kat sini kan?"
Polis td mengasak lg

"sy nak buat bukti. Kalau isterinya bawa lari purse saya, sy boleh buktikan bila buat laporan polis nanti. Ni cuba tengok ni. Dah berapa lama saya tunggu. Tp isterinya x sampai2 lagi."
KakYang mula rimas dan sesak dada. Tak suka kena introgate mcm ni. KakYang slide hp di tangan. Nak tunjukkan bukti lama menunggu. Cahaya silau dari hp menyakitkan mata KakYang. Mata KakYang terkelip kelip.

Eh.. Kenapa rasa lain je ni? KakYang cuba membuka mata lg. Cahaya silau masih menyakitkan mata. KakYang paksa buka mata. Kenapa rasa seperti di demensi lain je ni?

KakYang gagahkan buka mata lg. pelan2 nampak lampu hijau kecil. aircond? Nampak cahaya terang bolos melalui celah langsir di bawah aircond.

Langsir tu KakYang kenal sangat.
bilik KakYang?
KakYang terpinga pinga sekejap. Cuba memahami keadaan.

Ceh.. KakYang bermimpi rupanya. Tp penat oi bergaduh wpun hanya dlm mimpi.  Ini bahananya terlebih tidur petang. 
Muahahahaaha


Tuesday, July 17, 2018

#ceritatentangkenangan

while driving nak ke ofis pg td
selisih dgn ambulance
hari2 selisih dgn ambulance sebenarnya

entah kenapa hari ni boleh tercememey 
terus terimbas cerita 10 bulan yg lalu

ambulance sampai depan rumah dgn siren yg nyaring
paramedic masuk dan announced
allah hu
kakyang ingat kakyang dah kuat utk coretkan detik2 abg tiada
even baru tulis intro mcm ni pun air mata dah meleleh
lain kali lah
di mata kakyang ni masih terbayang2 pandangan akhir abg
masih ternampak2 redup mata abg memandang

allah hu..
segalanya masih jelas di depan mata

lain kalilah kakyang cerita
bila air mata dah kering
bila hati dah kuat








Friday, July 13, 2018

#ceritatentangkenangan

sehari 2 ini kakyang asyik teringatkan abg
agaknya perubahan hormon juga kot
almaklumlahkan
hormon wanita ni swingnya boleh tahan

td masa sembahyang asar
terlintas kisah2 ngan abg
kuat betul setan nak kacau kusyuk sembahyang
time tu lah dia bg lintasan utk kita teringat mcm2

teringat masa abg ada dulu
pergerakan pergi-balik kerja kakyang dgn bas rapid
pergi abg hantar ke bus stop sec 2
balik abg jemput kat bus stand sec 14
abg mmg x bg kakyang balik sendiri
dia nak jemput atau hantar sendiri juga sekurangnya ke bustop situ
sampailah ke bulan2 terakhir abg bila dia betul2 sangat x daya nak drive lg

pergerakan abg mmg sangat terbatas
nak bangun dari baring ke next2 pergerakan tu
mmg sangat perlahan
maybe sbb sakit
maybe juga sbb tiada tenaga sbb abg hilang selera makan
boleh katakan sehari hanya sesuap dua makanan yg masuk ke mulut
itupun nanti akan dikeluarkan semula sebagai purging

jd
kalau pagi2 tu mmg kena kejutkan awal dan bg abg masa untuk bergerak dan ready
kalau petang/mlm bila kakyang dah sampai bus stand
kakyang call utk maklumkan dah sampai
dan tunggu je lah kat situ
kdg2 lama juga hampir sejam
kdg2 risau juga kalau abg tertido semula
kdg2 lg risau bila call pun x berjawab
mesej pun x berbalas

kalau jd mcm tu
kakyang akan tunggu je di bus stop tu
sampai satu masa yg sesuai
baru kakyang akan call atau mesej semula

kalau masih juga x bebalas
mmg tahap kerisauan kakyang akan memuncak
tp biasanya jrg jd mcm tu
biasanya call/mesej ke 2 mesti berbalas

pernah 1 hari
puas kakyang menunggu abg selepas maklum dah sampai
tunggu punya tunggu x juga tiba
kakyang call balas
abg jwb dlm keadaan mamai yg lain macam

gulp!
kakyang tahu abg tengah hipo
kurang gula
kelam kabut kakyang bgtau jgn kluar ambik
kakyang balik sendiri
jenguk2 kot ada taxi segera
call grab
xde juga grab yg nak dtg ambik
lastnya kakyang bgtau abg
kyang balik dgn bas
bertahan
tunggu kejap
pastikan sedar
lawan diri

dpt je bas
kakyang berdoa cepatlah bas
turun je kat bus stop
terus kelam kabut lari balik rumah
buka je pintu
terus terkam jumpa abg dulu
abg masa tu dok kat sofa feveret dia
bersandar layu
tanya dan tengok condition dia
bg abg minum air gula
bg abg apa saja yg dia nak
kakyang dok berlutut dpn abg
tunggu sampai abg sedar balik

sedar je dari hipo
abg terus senyum
terus peluk cium kakyang
sambil ucap terima kasih sambil menangis

"terima kasih ibu"
'"terima kasih balik cepat"
"ayah takut ayah x jumpa ibu lg dah td"

Allahuakbar...
Terima kasih Allah kerana memberiku peluang utk berkhidmat kepadanya semasa dia masih ada
ternyata Kau lebih menyayanginya..
tolong jagakan dia di sana utk ku

AlFatihah




Wednesday, July 11, 2018

Perception

kakyang nampak  member tulis ini di fb dia..






















KYang tak puas hati dgn perkara ini
kebanyakan point-point yg diberikan di atas adalah persepsi menghina. 
dan persepsi memandang serong kenapa wanita (ya WANITA. bukan sekadar janda @balu ye. tlg betulkan perkara ni) lebih suka laki org.


wpun kyang adalah balu
tp bg sesetengah org yg pukalkan perempuan yg single kembali ini sebagai JANDA
dan dipandang hina
dianggap sebagai wanita murahan
dianggap sebagai wanita yg mudah dipermainkan
dianggap sebagai wanita yang suka rampas suami org
dianggap sebagai wanita yg suka suami org

kenapa mesti ada tanggapan begitu?

berapa banyak perkara yg serupa dilakukan org wanita/perempuan bujang
kenapa x pula anggap mereka begitu?

ini terjadi sendiri pada diri kakyang

the moment kakyang dpt status balu
ada kenalan lelaki fb dan pejabat yg dah ckp bukan2

kawan ofis; dah semakin berani ungkap sayang, luv u. terang2 ajak couple

kenalan fb; tak pernah @ kurang bersapa sebelum ni, tetiba jd terlebih ramah. ingatkan sebab mengambil berat. simpati dgn nasib yg menimpa kita.
satu hari Allah nak tunjuk, kakyang terbaca komennya di salah satu post dia sendiri. dia kata lebih kurang begini.. "alah janda. senang sikit nak dpt"

whoaaaaa... adakah itu maksudnya bila dia tetiba terlebih prihatin dgn diri kakyang?

kawan baik abg; pun pernah cuba-cuba masuk line. dan artikel di atas adalah dari dia.
itu org yg kepalanya berserban sentiasa tau. yg kawan2nya adalah alim ulamak tau.

itu adalah contoh2 pandangan lelaki pd wanita yg berstatus spt kakyang.
tolonglah..
tolonglah  hormat sikit
dan jgn ada persepsi mcm tu.

sedih betulllah dgn lelaki yg mcm ni..
perasan laku sbb dia laki org?
muahahahahaha

#donemembawang




Monday, July 9, 2018

Perhatian

semalam kakyang sembang2 dgn kawan fb
tak pernah jumpa pun
friend di fb mmg dah lama
tp x pernah bertegur sapa pun
rupa orgnya yg sebenar pun x pernah tengok
sampai lah lately dia pm kakyang ajak sembang

dlm sesi interview perkenalkan diri tu
tetiba dpt info mcm ni..


uih seram lah mcm ni...

terus kakyang scroll fb semula
apa yg kakyang cerita 2 tahun lepas sampai ada yg berminat nak usha dan  berani pm sekarang ni?
bila tengok kt fb, takde apa2 yg menarik pun.
hal anak2
hal abang
hal hiking

hmmmm
sesuatu sangat kan kan kan