Friday, July 13, 2018

#ceritatentangkenangan

sehari 2 ini kakyang asyik teringatkan abg
agaknya perubahan hormon juga kot
almaklumlahkan
hormon wanita ni swingnya boleh tahan

td masa sembahyang asar
terlintas kisah2 ngan abg
kuat betul setan nak kacau kusyuk sembahyang
time tu lah dia bg lintasan utk kita teringat mcm2

teringat masa abg ada dulu
pergerakan pergi-balik kerja kakyang dgn bas rapid
pergi abg hantar ke bus stop sec 2
balik abg jemput kat bus stand sec 14
abg mmg x bg kakyang balik sendiri
dia nak jemput atau hantar sendiri juga sekurangnya ke bustop situ
sampailah ke bulan2 terakhir abg bila dia betul2 sangat x daya nak drive lg

pergerakan abg mmg sangat terbatas
nak bangun dari baring ke next2 pergerakan tu
mmg sangat perlahan
maybe sbb sakit
maybe juga sbb tiada tenaga sbb abg hilang selera makan
boleh katakan sehari hanya sesuap dua makanan yg masuk ke mulut
itupun nanti akan dikeluarkan semula sebagai purging

jd
kalau pagi2 tu mmg kena kejutkan awal dan bg abg masa untuk bergerak dan ready
kalau petang/mlm bila kakyang dah sampai bus stand
kakyang call utk maklumkan dah sampai
dan tunggu je lah kat situ
kdg2 lama juga hampir sejam
kdg2 risau juga kalau abg tertido semula
kdg2 lg risau bila call pun x berjawab
mesej pun x berbalas

kalau jd mcm tu
kakyang akan tunggu je di bus stop tu
sampai satu masa yg sesuai
baru kakyang akan call atau mesej semula

kalau masih juga x bebalas
mmg tahap kerisauan kakyang akan memuncak
tp biasanya jrg jd mcm tu
biasanya call/mesej ke 2 mesti berbalas

pernah 1 hari
puas kakyang menunggu abg selepas maklum dah sampai
tunggu punya tunggu x juga tiba
kakyang call balas
abg jwb dlm keadaan mamai yg lain macam

gulp!
kakyang tahu abg tengah hipo
kurang gula
kelam kabut kakyang bgtau jgn kluar ambik
kakyang balik sendiri
jenguk2 kot ada taxi segera
call grab
xde juga grab yg nak dtg ambik
lastnya kakyang bgtau abg
kyang balik dgn bas
bertahan
tunggu kejap
pastikan sedar
lawan diri

dpt je bas
kakyang berdoa cepatlah bas
turun je kat bus stop
terus kelam kabut lari balik rumah
buka je pintu
terus terkam jumpa abg dulu
abg masa tu dok kat sofa feveret dia
bersandar layu
tanya dan tengok condition dia
bg abg minum air gula
bg abg apa saja yg dia nak
kakyang dok berlutut dpn abg
tunggu sampai abg sedar balik

sedar je dari hipo
abg terus senyum
terus peluk cium kakyang
sambil ucap terima kasih sambil menangis

"terima kasih ibu"
'"terima kasih balik cepat"
"ayah takut ayah x jumpa ibu lg dah td"

Allahuakbar...
Terima kasih Allah kerana memberiku peluang utk berkhidmat kepadanya semasa dia masih ada
ternyata Kau lebih menyayanginya..
tolong jagakan dia di sana utk ku

AlFatihah




2 comments:

Sha Mohamed said...

Takziah kak yang.. semoga terus kuat..

KakYang said...

terima kasih dik..