Tuesday, July 28, 2020

Murah rezeki

Alhamdulillah sehari 2 ni dipermudahkan rezeki kakyang. yg iklan semua cpt disambar org.  kadang2 tu laju nor sampai tercicir2 order. terpaksa ambik lg dari supplier.  ambik lg stok baru, abis juga. sampaikan supplier bg lebih. katanya " ambik dulu lah kak. yg lebih tu later2 kira." penat agaknya dia nak menghantar stok pd kakyang hari2. hahahaha

rupanya yg lebih tu pun x cukup!.

Allahuakbar! Alhamdulillah!


kakyang x berani nak simpan stok banyak. 1, takut tak terjual. 2, takut mood berjual hilang. jenuh dump stok kat tepi bilik. bukan x pernah jd mcm tu, dah banyak kali burn modal sbb mood tetiba berubah. tp selalunya bersebab. mcm kes skirt nepal. hilang mood nak jual bila kena tipu kualiti kain dgn nepali.

kyang jual pun untung ambik singgit 2, jdlah kan? siapa nak bg wpun singgit sesaja. ye dak?

td dpt rezeki bentuk lain pula. kakyang pesan nasi bungkus. kwn bawa balik sambil ckp, "sy sedekah."

Allah.. rezeki. minta ditolakkan dgn brg yg dia ambik, berkeras juga nak bayar. hmmm nak buat mcm mn, terima kasih daun keladi je la kan?

rezeki2 juga. berkatnya kakyang kena pergiatkan lagi untuk jaga nampaknya. tengah perbaiki utk tidak beriklan waktu pejabat. tidak edar order waktu pejabat.  pelan2 yer kakyang cuba perbaiki yg ni.

semoga terus diberkati dgn rezeki yg halal.. aminnnn

Friday, July 24, 2020

Mama Bosan

watak mama bosan ni asalnya dari filem melayu kan? cerita apa? kakyang bab-bab cerita melayu ni tak de idea sikit. bukan cerita melayu jer, pukul rata bab2 movie/drama mmg kurang sbb tak berapa nak layan tv/wayang. nak2 sekarang ni dah langsung tak buka tv sejak abg sakit dulu sampailah sekarang. dah takde feel nak tengok tv. pastu drama2 korea online pun dah tak berapa tengok juga. kalau tengok tu maknanya drama tu betul2 menarik lah tu.

eh.
 balik kepada cerita mama bosan. post yg lalu kakyang ada cerita kan yg kakyang x tahu siapa mama bosan tu?

sekarang kakyang dah tahu dah siapa. mmg sesuai ler bg gelaran tu dgn dia. sbb perangainya mmg suka jer kepohkan hal org. sibuk jer nak campur tangan hal org.

kakyang mmg tak berapa ngam dgn dia. sbb dia mcm ada benda tak puas hati dgn kakyang. dah banyak kali juga dia cari pasal dgn kakyang. bab2 kerja jer. so far dia tak pernah lah cross border sampai hal peribadi. kalau dia crossed, mmg cari pasal lah.

disebabkan hal ofis shj, kakyang masih bersabar. kdg2 tu angin juga. tp masih boleh bersabar dan kawal diri lah. plg2 nak marah pun, kakyang ketap gigi atau p mengadu kat staf lain. dah luahkan rasa, redalah angin tu.

alkisahnya, semalam dia kacau kerja kakyang lagi. mula2 tu dia dah call kakyang. kepohkan hal kerja staf yg nak pencen. dia sibuk tanya siapa yg akan ambik alih, kenapa xde staf ganti, itu ini.

soalan2 dia tu ckup lah buat kakyang mula nak berangin.  tak lama lepas letak phone, tiba2 bos besar kakyang menjerit dari dlm bilik dia.

"nath!!! X (Mama bosan) ckp org bsm tak tahu pasal staf yg nak pencen tu. ko dah semak dgn bsm tak siapa ganti staf pencen tu? kenapa bsm kata mereka tak tahu apa2?!" bergegar satu floor dgn laungan soalan dia.
"ehhhhh???? tak mungkin kak. surat2 pencen semua kan dari bsm tak mungkin bsm tak tahu?" kakyang bg fakta.

makanya.. terus kakyang call org sumber verify maklumat dan tanya sekali prosedur yang kakyang agak was2. ternyata mmg apa yg diberitahu mama bosan kepada bos adalah tidak benar sama sekali. info yg kakyang dok feed boss selama ni mmg betul.

Nampak tak????
apa masalah dia ??
kenapa sibuk nak masuk campur urusan department lain?
kalau staf tu pencen pun, bukan effected pd unit dia. staf tu staf kakyang. tahu lah kakyang apa yg perlu kakyang buat.
kerja2 yg dia tinggalkan pun bukan nak kena delegate ke unit dia. yg kena tanggung kerja2 tu staf kakyang sendiri atau sesilap, kakyang sendiri yg kena cover kerja2 tu.

jd.. apa masalah dia sampai nak p mengacum dgn bos?
kalau dpt info bsm tak tahu, salurlah info tu jepada kakyang dulu. kakyang ketua kepada staf nak pencen tu. kalau betul info tu, nasihat kakyang semula apa patut buat. bukannya dgn buta tuli terus jump ke boss besar.

tindakan mcm tu nampak mcm dia sengaja cari pasal dgn kakyang. mcm niat sengaja nak boss marahkan kakyang.

betul tak?

pufffffff

Thursday, July 23, 2020

Rezeki

 kakyang jual kerepek pulak wak.. hahahahaha
apa2 je lah kan. asal ada permintaan. ni pun kwn2 dok minta masak healthy diet semula. pastu 2 hari lepas member order connector mask utk anak2 muridnya di sekolah. sepupu nak sardin homemade. alhamdulillah rezeki. jdlah sikit2.

pg td. kakyang angkut kerepek seplastik besar utk deliver kat kawan yg order.  tunggu lift nak naik atas. bila pintu lift terbuka je, kluar bos besar ptj lain yg dtg mtg dgn bos kakyang pg td. terus dia sapa.

"jual apa tu?"
"kerepek puan."
"saya nak 1." terus dia nak beli tanpa tanya dulu ada tuan ke tidak kerepek tu.
"boleh puan." kakyang setuju bg sbb ada lg dlm kereta utk replacement semula.
"takde plastik?" puan td tanya balas. alamak....
"er.. er.. plastik ni je ada puan. sy nak bg pun, ada baki kerepek lg."
"sy ambik semua."
terkejut kakyang dengar.
"boleh. boleh puan."
rezeki jgn ditolak wakkk. cpt2 kakyang hulur semua seplastik pd puan td.

phiewwww selesai  separuh jualan yg semalam di risaukan takde pembeli. rupanya hari ni rezekinya terjual.

terus kakyang kluar semula ke kereta ambil lg separuh baki untuk di ganti kepada kwn yg telah order.  kerepek ubi masin yg tak bertuan pun kakyang angkat bawa naik ke ofis sekali.

letak je tepi workstation. kot2 ada yg berkenan.

sebentar td. hampir habis terjual bila ada kwn2 yg melewati station kakyang. yg pre order pun ada juga ni. alhamdulillah

Alhamdulillah.. rezeki utk hari ni. syukur

Monday, July 20, 2020

Gunung Brinchang Barat checked!

beberapa minggu lepas member hiking kakyang ajak temankan dia naik gunung brinchang barat.

since kakyang x pernah sampai ke situ, kakyang aggreed lah utk ikut dia. lgpun, selalu dia teman kakyang ke mana2 gunung dulu. bila dia ajak, kena la temankan pula ye dak? org berbudi kita berbahasa kekdahnya.

so, jumaat mlm lepas kerja kami bertolak ke sana. naik melalui tapah since yg drive tu dah biasa naik kat situ. tp seriously, tak boleh nak tido pun kat belakang kereta tu. selekoh berbelok2.

kami sampai kat tanah rata around 2pg. brenti tido jap dpn petronas situ sementara menanti meetup kat ipd brinchang pd pukul 7am.

pgnya lepas jumpa di ipd tu, terus gerak ke Kg Melayu Brincang yg akan jd meetpoint utk naik ke brincang barat. itu 1st time kakyang tengok kg yg rumahnya aman damai sikit. x terlalu bersesak tak teratur.

lepas buat regangan sikit, kami mulakan pendakian lebih kurang jam 8.30pm. trek mula2 sedikit melandai dlm 40-45 decree shj. tp biasalah. kaki belum warm up lg. mmg selow jugalah kakyang ni.
hutan mula mensajikan mossy wpun tak banyak. cantik la juga.

selepas 30m berjalan akan jumpa dgn cp pak mat. pastu 1jam kemudian cp malta. dari cp malta ke cp utem agak melandai naik turun. dari cp utem ke cp uitm mula mencanak naik turun berselut sikit sehinggalah ke cp uitm. lepas tu agak melandai dah sampailah ke cp brinchang barat (peak brinchang barat). kami tiba di situ sekitar 11.30 pg. lebih kurang 2.30jam perjalanan naik

rancangan awalnya kami turun ikut mossy forest. tp memandangkan ada lawatan diraja dari tengku mahkota pahang di hari kejadian, kami kena turun ikut jln naik tadi semula.

masa turun hujan mula renyai. bertembung dgn group lain yg reroute ke situ juga. separuh perjalanan di cp malta, hujan turun selebatnya hingga ke penamat. abis basah lencun dan berselut.

selesai pendakian, kami berkampung di tanah rata guest house utk bermalam di situ. mlmnya ada acara bbq etc. rumahnya besar, tp mungkin disebabkan lama tinggal semasa pkp, rumah sedikit kepam dan tidak terlalu bersih.

overall trip memuaskan. line up pun gila2 semua. mkn pun sedap.

jom layan gambar







Monday, July 13, 2020

Bukit Larut /Maxwell

hari sabtu semalam kakyang join trip hiking Bukit Maxwell dan Gunung Hijau.

sepatutnya ber3 dari KL. tp endup ber2 je dgn jimmy. Nazir terpaksa tarik diri disebabkan emergancy keluarga.

pastu singgah ipoh kejap untuk ambik wife jimmy. dari situ kami terus ke rumah adik ipar jimmy di taiping. singgah utk lelap mata dan rehat sekejap sebelum mulakan pendakian. dari rumah dia dah nampak bukit maxwell tu.

pgnya kami ke sana. hanya ambil masa 15 minit. lepas berkumpul dan sedikit briefing, kami mulakan pendakian.

entrance trek hutan berada di luar pagar sebelah kiri. akan melalui kuil sebelum betul2 masuk ke pintu rimba yg hanya terletak beberapa meter di kanan jalan selepas kuil tersebut.

permulaan trek dah mula mencanak naik dlm elevation sekitar 50-60 darjah. takde diskaun. kalau ada pun setakat 2,3 tapak je tu xyah kira diskaun lah. serupa takde.

disebabkan terlalu semput dan pewai, kakyang dah mula givap dan bertanya2 pasal kalau tak mampu nak teruskan mcm mana?

dari sembang2 dgn adik sweeper, kalau x mampu buat, hanya ada 2 exit.
- exit waterfall
- exit kayangan

exit waterfall tu letaknya hanya 1 jam perjalanan dari pintu rimba. bila mula menghampiri exit ni, mental kakyang makin goyang. nak teurskan, nak exit? nak teruskan nak exit? end up kakyang decided utk exit di waterfall bersama lg 2 org hiker.

sebaik saja duduk di batu waterfall, kakyang mula mesej kwn bgtau kakyang pewai dan givap. stop kat waterfall jer.

bertalu2 kwn kakyang bg kata2 semangat. niat givap kakyang mula berbolak balik. tp nak teruskan mcm mana? sweeper pun dah pecut naik atas mengejar line up lain dah.

dlm dok berbalas mesej tu, tiba2 sweeper muncul semula bersama sorang lg hiker yg givap. alamak..

"dik. akak nak naik semula. cuba sampai kayangan. awak sabar tak nak layan pewai akak ni?
kakyang tanya utk kepastian. tanak dia rasa tertekan terpaksa ikut pace kakyang yang mmg teruk giler haritu.

"boleh kak. sy nak kejar yg lain pun jauh juga dah ni. meh la sy teman akak. rugi akak dtg dari jauh kalau tak teruskan sekurangnya sampai ke kayangan."

terus kakyang bingkas bangun dan orak langkah. terus tinggal megi yg baru nak masak. terus tinggal kopi yang baru nak di menggelegak.

kakyang teruskan melayan pacak trek yang mementalkan. dlm hati menyumpah2. depa kata senang. rupanya sebaliknya. huhuhuh

dlm perjalanan trek, elevation ada mencanak sehingga 70 darjah. allahuakbar... betul2 menguji mental

pelan2 kakyang melangkah. sikit2 sampai ke waterfall ke2, pastu sikit2 lagi sampai ke tempat banyak pacat, trek menurun sikit sebelum mula mencanak semula. ada part bertali. pastu sikit2 sampai ke tempat banyak balak tumbang. dlm mengatur langkah pewai tu, tiba2 sweeper dpt call maklumkan ada peserta pengsan kat cp8. masa tu macik baru di cp6.

allahuakbar. nak tak nak kakyang terpaksa push diri utk cepatkan langkah. risau keselamatan yg pengsan. sbb tak tahu conditionnya mcm mana.

dari cp6 trek mula naik turun naik turunnnnnnn sebelum betul2 naik menegak ke cp8. setelah beberapa meter naik ke cp8 barulah terjumpa dgn line up yg pengsan. dia dah sedar, tp tak boleh nak gerak sendiri. rupanya dia alah dgn gigitan pacat. jd semput.

hujan lebat turun dgn tiba-tiba menyukarkan lg usaha menyelamat. member yg lain dah siapkan pengusung dari pokok2 hutan dan tali yg dijadikan tempat utk memanjat tebing situ. dlm susah payah basah lencun hujan tu, mereka berjaya naikkan line up ke atas pengusung dan mula bergerak.

perjalanan jd lebih sukar kerana kami berada di trek yg mencanak naik. elevation di sini pd ketika tu sekitar 60-70darjah dan berbatu sempit. trek lebih kurang spt trek nuang via pangsun.

baru beberapa meter mengusung, petir tiba2 berdentum dan menyambar mereka yg sedang mengusung. masing2 terlepas pegangan pengusung. mangsa jatuh.

sudahnya, mereka minta mangsa utk cuba berdiri dan berpaut di bahu line up lelaki yg lain.  setapak demi setapak mereka menarik mangsa. silih berganti.

setelah segala perit getir usaha membawa mangsa ke luar dari kawasan hutan, akhirnya mereka berjaya jua.

masa ni kakyang dah keluar terlebih dahulu beberapa minit sebelumnya. sempatlah kakyang bergambar sekejap di rumah rehat kayangan dan kawasan sekitarnya.

dari kayangan, perlu turun semula ke cafe yg terletak beberapa ratus meter ke bawah untuk ke simpang puncak yg ada pencawang elektrik. dari situ ada entrance ke gunung hijau yg katanya hanya terletak 1km away dari puncak maxwell.

tp disebabkan ada insident mcm ni dan memandangkan sudah lewat petang dan cuaca tak mengizinkan, mereka decide utk call off trip dan mula beredar turun melalui jalan tar.

12km (10 miles) dari cafe. bukan satu perjalanan yg mudah juga utk menghabiskan. jln mcm takde penghujung. dah gelong2 jalannya pun. layan je lah.

akhirnya kakyang tiba di gate bawah sekitar 9mlm

begitulah akhirnya trip ke bukit maxwell. satu keputusan naik semula yg tidak salah.
entrance bukit maxwell

0km pertama

briefing sebelum mulakan hike

kawasan logi air

jambatan lama

entrance hutan di sebelah kanan yg ada tiang letrik tu


awal2 lg dia dah pangok

kata2 semangat sebaik sj kakyang sambung perjalanan dari called off 

di salah satu check point yg berbendera. ada 2 tempat yg sebegini

balak tumbang lama yg dijadikan trek 


2nd waterfall. air dia sejuk nikmat. refill air


trek ke atas mula berbatu besar

di cp8. line up pengsan sbb alah dgn gigitan pacat


bergambar dgn The Box, rumah istirehat istana hinggap lama yg dah usang

kawasan lapang di luar rumah

ada counter bar dlm rumah tu

masih ada perabot




ada buaian di luar rumah. wpun berkarat, tp masih utuh

sign board

ada balak tumbang merintang jalan tar bebearapa meter ke bawah dari the box

dah sampai cafe


dlm perjalanan turun

ada jambatan gantung


pandangan jambatan gantung dari jln bawah


10 miles. jln sampai gelap

ada sinar di sana

akhirnya smapai juga ke penamat

dpt sign board ni pun jdlah



Gunung Sunting Buloh

tak pernah dengar kan nama gunung ni? kalau dgn geng2 rintis ni, mcm2 nama gunung depa sebut. kakyang diam ikut jer, sbb hanya depa yg lebih arif bab ni.

ahad semalam, kakyang ikut depa memburu beirut kat sini pula. letaknya di beruas perak. kena lalu ladang kelapa sawit dulu baru lah dpt masuk ke pintu rimba gunungnya.

elevation treknya dlm 40-45 darjah gitu. tp mmg takde marking. kebetulan masa kami masuk ke situ, ada team rintis kenalan diorang juga ada bersmaa dan telah mulakan perjalanan lebih awal, jd mereka dah tinggalkan kertas2 penanda. jd kami cuma ikut dan tanda takekan sikit2 je lg kat 2,3 pokok utk bg lg jelas.

pd ketinggian 200m lebih, akan mula bertemu dgn trek balak, dari sini terus saja menyusuri trek balak hingga hampir ke puncak sekital 20m sj lg.

treknya taklah semencabar masa rintis ulu sungkai. tp pacat banyak. dan yg menariknya di sini, terdapat beberapa anak sungai berbatu yang boleh dijadikan waterpoint jika kehabisan air.

entrance

park kat sini. sebenarnya boleh je masuk dlm lg dgn kereta

gunungnya

tag pembalakan

beirut dah nampak sebaik sahaja keluar dari  hujung jln balak

bersama sweeper yg sabar layan siput semput

batu tanda bawah beirut

take 5 otw turun