Tuesday, September 27, 2016

Explore Batu Maloi

kakyang patut ke bengkel ISMS. tp sbb terlupa dan drebar tak balik2 lg utk tolong hantar. makanya kita update blog skit lah.

24 sept yg lepas Kakyang and the geng pergi ke Johol, N9 untuk trip explore Batu Maloi.
sebelum ni kakyang dok bayangkan batu maloi ni gua. rupanya tidak.

batu maloi ni sebenarnya himpunan batu2 besar yang saling hempap sesama sendiri. agaknya sbb xtvt pergerakan kerak bumi menyebabkan batu ni terjadi. jd ada ruang antara batu tu yg menjadi laluan air dan terhasil air terjun bawah batu. mmg sangat menarik. kakyang sangat syorkan uols bawa anak2 dan rasa sendiri adventures tempat ni. lain dari yg lain.








laluan antara batu2 tu ada yg sempit. ada yg luas. ada yg boleh berdiri, ada yg rendah sangat sampai kena menyusup sampai baring dlm air. ada tempatnya tu luas sampai boleh buah muat ramai org sekali.


dan ada satu batu tu uols boleh tengok ada imej Maloi. sami ke apa entah yg bertapa kat dalam tu. uols boleh google cerita batu maloi ni ye. kakyang malas nak tulis details kat sini. bab2 ingat2 cerita ni mmg kakyang fails. hahahaha





once selesai kat sini, otw kluar tu weols pergi memanjat pula satu batu besar ni. tinggi 3 tingkat bangunan ada kot. keliling batu ni berselirat dengar akar pokok hutan yg tegap. sampai kita boleh memanjat guna akar2 tu.

mula2 nak memanjat tu. kakyang cuak jugak. ye lah, memori jatuh berguling kat g.Tahan masih terasa ngeri lagi. ni dah cari penyakit nak panjat akar batu lagi?
ko jgn cari penyakit kakyang...

well.. knowing me, no adventures no trills.. so kakyang kuatkan hati juga panjat batu ni. dlm hati tu istifar, zikir, mengucap.. named it apa yg kakyang tak sebut. nak pijak satu2 akar tu pun kakyang gigil abis.




alhamdulillah... akhirnya kakyang sampai juga ke atas batu tu.. dan fuh! lega.
tp..
alamak! nak turun mcm mana? hahahaha
turun guna 1 akar je yg berjuntai at the other end. akar tu besar jugak la. kalau turun dgn tali tu, kakyang confident lg. ala2 gaya abseiling. tali tu boleh lock kat pinggang mcm diajar dulu.
ni nak turun dgn akar besar. nak lock tali tu kat pinggang mcm mana?
adeh.. tang ni la yg mcm nak nagis rasanya sbb gayat dan takut jatuh. punyalah terkedek kakyang turun time tu. masa dah nak sampai tu, kakyang main lompat je lg. rasanya lg 1 meter ke bawah kot. dan hasilnya.. pinggang kakyang sedikit terseliuhlah. adeh.. dpt sakit lg...

ni batu besar yg dimaksudkan tu. ayooo muka manyak sunyummm dlm hati tuhan saja yg tau. hehehe
kluar dari hutan tu, teruslah kami turun bawah dan mkn lunch. ingat nak salin2 baju dulu. tp memandangkan kemalasan melanda dan disebabkan fasiliti tandas yg tidak memuaskan, kami balik dgn baju basah je terus..

apapun.. trip ni mmg satu pengalaman yg sangat berbaloi..

Thursday, September 22, 2016

Unfriend

tak unfriend pun
sbb mmg bukan dlm friend
tp kita dah block fb dia
bukan sbb kita tak mau dia stalk kita
tp sbb kita takmau stalk dia

no hp dia pun kita dah delete
wasap chat semua kita delete

kita tutup buku lah
tanak sambung2 cerita
nanti nak brenti susah semula

harap2 kita istikhomah
harap2 hati kita kuat

insyaallah




Wednesday, September 21, 2016

Karma


kat fb tengah havoc pasal brangelina nak divorce
ramai yg update mcm2 gambar si jennifer gembira
ish tak baik tau..

nak juga sebut ish tak baik tau kat hati sendiri
sbb baru2 ni hati sendiri tetiba tercakap deserved u!
bila dpt perkabaran  'kawan' di timpa kesusahan

tercakap mcm tu bukan sbb apa
sbb geram dan terkenang kisah lama je
terkenang apa yg diorang dah buat kat hati kiter
bila ditimpa kesusahan
tau pula depa turn ke kiter dan mengadu nasib

tak baik tau
moh bersihkan hati tu
jgn dok nak bg setan duduk sangat
nauzubillah









Tuesday, September 20, 2016

Cari Penyakit

adeh..
sapa suruh pandai2 p cari penyakit?
kan dah merasa
padan muka
tanggung lah sendiri
huhuhu

Thursday, September 15, 2016

EYE - Bimbang Serumpun Kasih Terbuang [Lirik]

Pinggan tak retak

Ada org tu
masa tak hendak
kita diherdik2nya.
kita di maki2nya
kita dibuangnya mcm sampah

tetiba semalam
boleh pula pm tanya khabar
tanya kita dah lupakan dia ke

maaf ye..
teman tak lupa
tp teman dah tawar hati
sbb hati teman kome dah cincang2 halus lumat lunyai dgn kata2 kome

buat apa nak cari2 teman lagi
lupakanlah teman



Wednesday, September 14, 2016

Rindu

rindu nak menggunung!
rindu nak meranduk air sungai!
rindu nak tidur dlm khemah!
rindu nak naik turun akar2!
rindu nak merasa penat memanjat!
rindu nak rasa pewai!
rindu nak sumpah seranah tanak naik gunung dah!
rindu nak tengok bintang di puncak!
rindu semuanya lah!

































sebenarnya saya rindu nak lari dari kenyataan hidup. huhuhu

Tuesday, September 13, 2016

Thursday, September 1, 2016

Selamat Hari Merdeka! sehati sejiwa!

semalam tanggal 31 Ogos 2016. Hari Merdeka Malaysia yg ke 59.
kakyang pergi hiking bukit gasing je.
kemaruk hiking punya pasal.
bukit pun bukitlah.
janji hiking.

dari hospital, kakyang, julie n kct jog ke sana
dlm 20 minit je dah sampai dpn bukit gasing
baru sampai simpang bukit gasing, perut tetiba buat hal la pulak..
melilau cari tandas.
lastnya melepas kat restoren lotus

sambung balik jalan sampai pintu gerbang Bukit Gasing,
zuri dan khai join
zuri bawa anak dia. si nana. 8 thn
zuri bgtau ada tandas kat parking tu
ooo teman baru tahu.. hehehe

pastu mula la ikut jalan masuk bukit gasing tu.
kak ct lead. sbb dia tau jalan nak ke jambatan gantung tu
lama tak hiking, mula termengah juga la
lepas naik turun denai, akhirnya sampai ke jambatan gantung
teruja betul.. tp bila nampak anak tangga yg tinggi lepas jambatan tu terus erk!
terus teringat tangga G. Kinabalu
hahahaha

lastnya dpt juga sampai ke puncak bukit gasing kat situ.
elok je kitorang sampai, abg man pun sampai dari jalan lain.
fuh! laju betul dia lari naik atas
pdhal td masa dia call tanya kami kat mana?
kami dah nak cross jambatan gantung tu.

lepas posing2, terus turun
konon2 nak p 2nd jambatan gantung
tp sbb anak zuri dah kepenatan, terus balik je

balik tu singgah tambah lemak semula kat kedai mamak
hehehehe mana nak turun berat bdn tu..
hehehe