Thursday, September 1, 2016

Selamat Hari Merdeka! sehati sejiwa!

semalam tanggal 31 Ogos 2016. Hari Merdeka Malaysia yg ke 59.
kakyang pergi hiking bukit gasing je.
kemaruk hiking punya pasal.
bukit pun bukitlah.
janji hiking.

dari hospital, kakyang, julie n kct jog ke sana
dlm 20 minit je dah sampai dpn bukit gasing
baru sampai simpang bukit gasing, perut tetiba buat hal la pulak..
melilau cari tandas.
lastnya melepas kat restoren lotus

sambung balik jalan sampai pintu gerbang Bukit Gasing,
zuri dan khai join
zuri bawa anak dia. si nana. 8 thn
zuri bgtau ada tandas kat parking tu
ooo teman baru tahu.. hehehe

pastu mula la ikut jalan masuk bukit gasing tu.
kak ct lead. sbb dia tau jalan nak ke jambatan gantung tu
lama tak hiking, mula termengah juga la
lepas naik turun denai, akhirnya sampai ke jambatan gantung
teruja betul.. tp bila nampak anak tangga yg tinggi lepas jambatan tu terus erk!
terus teringat tangga G. Kinabalu
hahahaha

lastnya dpt juga sampai ke puncak bukit gasing kat situ.
elok je kitorang sampai, abg man pun sampai dari jalan lain.
fuh! laju betul dia lari naik atas
pdhal td masa dia call tanya kami kat mana?
kami dah nak cross jambatan gantung tu.

lepas posing2, terus turun
konon2 nak p 2nd jambatan gantung
tp sbb anak zuri dah kepenatan, terus balik je

balik tu singgah tambah lemak semula kat kedai mamak
hehehehe mana nak turun berat bdn tu..
hehehe




No comments: