Thursday, April 28, 2022

Heartbreak

 Semalam kereta macik buat hal mati tengah2 jalan di lane paling kanan di puncak flyover di jalan yg paling sibuk. Nasib baik lah masa tu tengah slow movement. Kalau laju?

Ini 1st time jd breakdown tengah jln sepanjang pengalaman macik pegang stereng sejak arwah pacik korang takde. Benda yg plg macik takut kan terjadi.
Dulu macik tau jd mem besar kat sebelah je. Apa2 jd, pacik korang yg uruskan semua. Bila cuba ambik tau, pacik korang akan bg ayat "jgn risau. Ibu dok dlm kereta je. Ayah uruskan".
Bila jd mcm ni, gelabah biawak la juga. Malu xde hidung satu hal. Nak tanak kena mengadap masalah juga. Macik terus call road assist. Dlm dok debak debuk bersoal jwb dan verification, macik try start enjin lg sekali. Eh! Hidup pula.
Macik try drive ke tepi jalan bg mengelak jem lg teruk. Masa menurun flyover tu baru sedar break tak function. Eh mcm mn ni? Kang langgar kereta dpn. Mana handbrake? Mana handbrake? Punya la gelabah cari handbrake baru sedar rupanya handbrake di kaki! Adehhhh bila gelabah, sel-sel otak pun tak berhubung dah. huhu
Nasib baik tak bammm kereta org. Belum sempat nak ke tepi jln, lg sekali kereta mati. Hmmm mmg kena towing juga nampaknya.
Dlm dok tunggu tow truck sampai, pickup peronda sampai dulu dan tlg tolak kereta ke area business center berdekatan.
Sementara menanti tepi jln tu, otak macik dah ligat mencari alternative nak gi kerja esok.
Macik call kakak ipar yg knowing dia ada extra kereta. Mungkin boleh cuba minta pinjamkan sehari 2 sementara menanti kereta repair.
Baru mukadimah, tanpa dia bertanya details lg, dia terus bgtau anak2 dia nak guna.
Takpelah. Dah ckp mcm tu. tak kan nak memaksa pula kan? Makanya macik kena cari alternative lain lah.
hati tiba-tiba rasa sebak.
Dulu. Masa pacik korang masih ada. Dia lah org pertama akan turun bantu bila keluarga ada masalah gini. Punya lah nak tlg, kena ambik cuti pun xper. Kena hantar/ambik jauh2 pun tak kisah.
Dulu. Dia jugalah yg jaga kebajikan semua adik beradik. Dia lah yg ambik tahu. Bila jumpa sesekali, dia belek kereta org tu sehabisnya. Chek condition ok tak. Check tayar botak tak. Pernah sekali bila dia chek tayar kereta kakaknya, tayar tu dah botak sampai nampak benang. Punya risau sampai sanggup ofer dulu kan cash incase kakaknya tak mampu nak tukar sbb cost. Pdhal kakaknya tu ada suami, pdhal pacik korang tu bukan banyak duit pun.
Itulah cara pacik korang treat family.
Terimbas-imbas kebaikan arwahnya.
Bila jd begini, bukan minta jasanya di balas. Tp sekurangnya tanya lah dulu apa ceritanya. Tanya kenapa pun dah cukup membantu.
Bila dia dah tiada.. Segalanya dah tak sama.


Monday, April 18, 2022

The Adventurous of Mimaland

Alkisahnya.. hari jumaat haritu lepak dgn member rintis sambil cerita perihal trip ke srawak. dlm dok gebang gegar2 tu, diorang boleh pula ajak p cari dinasor hari sabtu ni.

apa lagi.. mmg KY interested sangatlah. tp masalahnya puasa dan anak kecik kakyang pun ada di rumah. tak sampai hati tak tengok dia balik ke asrama haritu.

pastu balik rumah pula si bujang bgtau dia ada ride bersahur dgn kawan ahad tu. sabtu adiknya nak berbuka kat luar dgn kawan2 sebelum balik. dah tinggal ibunya terkontang kanting kat rumah sorang-sorang.

eh.. mana boleh jadi ni. baik ibu masuk hutan dari dok rumah terkebil2 sorang2 kan? sudahnya.. KY bgtau kat kawan yg ajak td. Macik ON.

so.. KY pun zup zap kemas brg yg perlu di bawa. pesan anak kecik, pastikan balik rumah sebelum kul 10mlm. ibu nak gerak keluar pastu. dlm dok pesan2 gitu, kul 10 baru nak gerak balik dik non.. adededede mendidih sabar ibunya ni.

dah siap load semua brg dlm kereta. KY tunggu anak sampai sambil berzikir2 tahan sabar. sudahnya kul 11mlm baru sampai. astagaaaaaaa menguji betul.

lepas salam peluk cium babai semua, terus KY pecut ke meetpoint di gombak. dari situ pickup member dan patah balik ke Sri Gombak yg jd starting point utk masuk ke Gombak backyard.

bulan mengambang. jalan terang

pukul 1mlm baru kami mula treking dari tanah perkuburan terus menyusur naik ikut trek kebun. kami pilih trek yg melaui Air Terjun 7 Puteri sekitar 1 jam kemudian. geram pula tengok air terjun sejuk2 tu kan..lepas bergambar sikit2 kat situ, kami memanjat tebing sebelah kiri air terjun untuk naik ke trek kebun di atas dan teruskan trekking ke pondok kebun.

abaikan keseksian terlampau tu


trek menaik sikit demi sikit. dan agak mencabar lah bila buat bulan puasa ni kan. lama tak bergasak, tiba2 hiking.. mengah juga nak memanjat kebun tu.

nampak tak ada org masih berbungkus lg

masa dah dekat nak menghampiri pondok kebun, tuan tanah dah melaung dari atas tertanya2 siapa yg dtg tengah2 malam gitu. agaknya dia nampak lampu headlamp kami dari bawah kot.

lepas perkenalkan diri sekejap dan beramah ala kadar, kami minta izin untuk menumpang bermalam di pondok kebun nya yg terletak sepelaung di hadapan. perjalanan dari kubur ke pondok kebun lebih kurang 5km.

kami sampai di pondok sekitar jam 330am. terus kemas2 sikit dan bentang lapik dan cuba tido sekejap sebelum bangun sahur jam 5am.

view bulan mengambang dari pondok
terkial2 org tua ni nak turun dari pondok

KY bawa bekal nasi putih dan sambal bilis kering. makan agak berselera agaknya sbb banyak guna tenaga memanjat kebun tadi.

pastu terus bersiap utk subuh dan mula bergerak sekitar 630am utk sambung jalan ke gombak backyard yg anggaran jauhnya 4km.


view tabur 

view Bukit Madei

aliran anak2 sungai

dari situ kami mula masuk sempadan mimaland dan terus mencari trek jalan tar yg telah di selaputi semak samun. Maka bermulalah adventure utk explore mimaland.

Jimmy dan nazir cuba untuk jejak water slide yg pernah wujud dlm teampark. kami cuba menuju arah yg dijangka pernah jd lokasi tempat slide tersebut. tapi hasil dari intai2 dan terjah2 2,3 tempat, yg dicari tak ditemui. 

mula2 kami temui banyak tinggalan gazebo usang. kami tebak mungkin ni tempat istirehat yg disediakan di sekitar kawasan jungle treking.

dari situ kami meredah semak lagi dan menjumpaai tinggalan tempat camping. kemudian kami ambil risiko turun tebing tegak ke sebelah dalam hutan yang berkemungkinan besar mungkin jd tempat waterpark. dari intaian, tak dpt dikesan juga slidingnya. kemudia kami melencong terus ke arah tempat yg ada tinggalan kenderaan lama mimaland. tempat ni adalah sekitar kawasan hotel/chalet dulu.

dari situ kami terus treking ke tempat dinasor sebagai tanda utk mengakhiri exploring kali ini. lepas bergambar dan rehat sekejap melepaskan lelah di pondok kayu, kami decide untuk keluar dari kawasan tersebut melalui pintu hadapan.


moh layan beberapa gambar yg kami dpt sepanjang explorasi kali ni.




entrance depan mimaland

Friday, April 1, 2022

Tiada akar, rotan pun berguna

rasanya peribahasa tu lg sesuai diguna dlm situasi kakyang hari ni.
ingat nak guna sediakan payung sebelum hujan. tp rasanya yg tu kalau dah betul-betul standby @berhati-hati kan?

alkisahnya.. lepas balik dari lunch td, kakyang nak duduk kat kerusi kerja. letak je punggung.. terasa mcm isi punggung tu tembuss selesa je.. tak tersekat terkepung dgn kain. takde bunyi, takde apa. cuma tiba-tiba rasa 'free' ya amat.

rupanya... kain skirt A-line kakyang terkoyak! kalau tailor ckp, koyak mcm ni namanya pecah benang/ pecah kain. kain tu benang2nya pecah. bukan jahitannya yg tetas. tu bezanya..


mula2 sikit bahagian punggung je. kakyang bertahan lg. mentelah pula blouse kakyang agak labuh. boleh adjust cover dgn baju lg.

td masa solat dan duduk antara 2 sujud, rasa kain tu makin pecah. sementara nak abis solat tu, pecah lagi dan lagi.. lastnya sampai bawah lutut koyaknya. huhuhuhuh

mmg tak dpt nak selamatkan lg dah lah. terus capai jarum peniti yg ada selit2 kat surau tu, cari penyepit kertas. sepitkan lg bahagian berbaki, capai kunci kereta, tekan lift, turun bawahgi ambik baju spare.

hahahaha nasib baiklah ada baju hiking yg kakyang spare dlm kereta. kalau takde tu, mau balik rumah dgn kain sembahyang kot.

moralnya.. standby lah baju sepasang dlm kereta kot emergancy kes mcm ni.. kalau naik public transport tu.. mau haru juga kan?

so.. kena tak kakyang gunakan peribahasa tiada akar, rotan pun berguna bg situasi mcm ni? cer komen sikit.