Monday, April 18, 2022

The Adventurous of Mimaland

Alkisahnya.. hari jumaat haritu lepak dgn member rintis sambil cerita perihal trip ke srawak. dlm dok gebang gegar2 tu, diorang boleh pula ajak p cari dinasor hari sabtu ni.

apa lagi.. mmg KY interested sangatlah. tp masalahnya puasa dan anak kecik kakyang pun ada di rumah. tak sampai hati tak tengok dia balik ke asrama haritu.

pastu balik rumah pula si bujang bgtau dia ada ride bersahur dgn kawan ahad tu. sabtu adiknya nak berbuka kat luar dgn kawan2 sebelum balik. dah tinggal ibunya terkontang kanting kat rumah sorang-sorang.

eh.. mana boleh jadi ni. baik ibu masuk hutan dari dok rumah terkebil2 sorang2 kan? sudahnya.. KY bgtau kat kawan yg ajak td. Macik ON.

so.. KY pun zup zap kemas brg yg perlu di bawa. pesan anak kecik, pastikan balik rumah sebelum kul 10mlm. ibu nak gerak keluar pastu. dlm dok pesan2 gitu, kul 10 baru nak gerak balik dik non.. adededede mendidih sabar ibunya ni.

dah siap load semua brg dlm kereta. KY tunggu anak sampai sambil berzikir2 tahan sabar. sudahnya kul 11mlm baru sampai. astagaaaaaaa menguji betul.

lepas salam peluk cium babai semua, terus KY pecut ke meetpoint di gombak. dari situ pickup member dan patah balik ke Sri Gombak yg jd starting point utk masuk ke Gombak backyard.

bulan mengambang. jalan terang

pukul 1mlm baru kami mula treking dari tanah perkuburan terus menyusur naik ikut trek kebun. kami pilih trek yg melaui Air Terjun 7 Puteri sekitar 1 jam kemudian. geram pula tengok air terjun sejuk2 tu kan..lepas bergambar sikit2 kat situ, kami memanjat tebing sebelah kiri air terjun untuk naik ke trek kebun di atas dan teruskan trekking ke pondok kebun.

abaikan keseksian terlampau tu


trek menaik sikit demi sikit. dan agak mencabar lah bila buat bulan puasa ni kan. lama tak bergasak, tiba2 hiking.. mengah juga nak memanjat kebun tu.

nampak tak ada org masih berbungkus lg

masa dah dekat nak menghampiri pondok kebun, tuan tanah dah melaung dari atas tertanya2 siapa yg dtg tengah2 malam gitu. agaknya dia nampak lampu headlamp kami dari bawah kot.

lepas perkenalkan diri sekejap dan beramah ala kadar, kami minta izin untuk menumpang bermalam di pondok kebun nya yg terletak sepelaung di hadapan. perjalanan dari kubur ke pondok kebun lebih kurang 5km.

kami sampai di pondok sekitar jam 330am. terus kemas2 sikit dan bentang lapik dan cuba tido sekejap sebelum bangun sahur jam 5am.

view bulan mengambang dari pondok
terkial2 org tua ni nak turun dari pondok

KY bawa bekal nasi putih dan sambal bilis kering. makan agak berselera agaknya sbb banyak guna tenaga memanjat kebun tadi.

pastu terus bersiap utk subuh dan mula bergerak sekitar 630am utk sambung jalan ke gombak backyard yg anggaran jauhnya 4km.


view tabur 

view Bukit Madei

aliran anak2 sungai

dari situ kami mula masuk sempadan mimaland dan terus mencari trek jalan tar yg telah di selaputi semak samun. Maka bermulalah adventure utk explore mimaland.

Jimmy dan nazir cuba untuk jejak water slide yg pernah wujud dlm teampark. kami cuba menuju arah yg dijangka pernah jd lokasi tempat slide tersebut. tapi hasil dari intai2 dan terjah2 2,3 tempat, yg dicari tak ditemui. 

mula2 kami temui banyak tinggalan gazebo usang. kami tebak mungkin ni tempat istirehat yg disediakan di sekitar kawasan jungle treking.

dari situ kami meredah semak lagi dan menjumpaai tinggalan tempat camping. kemudian kami ambil risiko turun tebing tegak ke sebelah dalam hutan yang berkemungkinan besar mungkin jd tempat waterpark. dari intaian, tak dpt dikesan juga slidingnya. kemudia kami melencong terus ke arah tempat yg ada tinggalan kenderaan lama mimaland. tempat ni adalah sekitar kawasan hotel/chalet dulu.

dari situ kami terus treking ke tempat dinasor sebagai tanda utk mengakhiri exploring kali ini. lepas bergambar dan rehat sekejap melepaskan lelah di pondok kayu, kami decide untuk keluar dari kawasan tersebut melalui pintu hadapan.


moh layan beberapa gambar yg kami dpt sepanjang explorasi kali ni.




entrance depan mimaland

No comments: