Monday, December 31, 2018

Penutup 2018

hari ni last day in 2018.
kejap je dah berubah another year
apa yg dicapai sepanjang tahun 2018?
makin pemalas adalah kot?
hahhaahah

apa yg kakyang dah buat dlm tahun ni?
- naik gunung
- join xtvt workout
- diet yg x mcm diet :P
- dah drive utara selatan timur sendiri
- apa lg eh?

apa yg nak buat utk tahun depan?
- naik gunung lagi?
- sattlekan urusan harta abg
- kuruskan badan muahahahahahhaha tiap2 tahun azam wajib nih
- apa lg eh?







Tuesday, December 18, 2018

home alone

sunyinya bila anak2 dah berterabur
si abg dah sambung belajar kat kajang
duduk rumah adik kakyang
si adik kakyang antar kem 2 minggu kat beijing
nak buka sekolah baru balik mai

kakyang dah tinggal sorang2 kat rumah!
huhuhu

wpun ada adik ipar dan biras sama kat rumah tu
rumah tetap sunyi
huhuhu

buka sekolah nanti si kecik tu masuk asrama pula
mmg forever sunyi la maknanya
huhuhu

apa nak buat ni wei!

Monday, December 10, 2018

Happy Birthday!

Hari ni besday anak teruna kakyang yg ke 18.
semalam anak teruna kakyang balik ke kajang dgn bawa motor kapcainya sendiri. 1st time nak benarkan dia jalan sejauh tu. punya la risau x tahu nak ckp. bergaduh2 dgn dia x bg dia bawa motor tu ke kajang sendiri.

dah tak larat nak larang. lastnya kakyang benarkan juga dia bawa balik sendiri. dlm hati tawakal je lah. jantung tu dugdag selagi tak dpt mesej kata dia dah sampai. allahuakbar..

nyawa anak oiii.. dah la ada 2 ketul tu je. kalau jd apa2, mmg tak tahu lah kakyang nak mengadap mcm mana.

kakyang berserah pdNya je lah. doa yg baik2 moga Dia jaga anak2 tu.

5 hari yg lalu, besday kakyang. 2nd besday tanpa ucapan wish dari abg. yg lg sadisnya, anak2 pun tak ingat. huhuhu

dulu, tak heran pun bila anak2 tak ingat besday si ibu ni. sbb abg sentiasa ada jd org pertama yg akan wish besday se awal 00.01t/mlm. tak pernah fail.

pernah kakyang sabotaj reminder calendar yg dia set kat hp. tp dia tetap ingat besday kakyang. abis semua group WA, fb di wishnya. hehe

la ni. ambik kau... dah xde sapa nak wish  besday. huhuhu
hadiah besday jauh sekali lah kan? hahahahahah mengong.

tp kakyang tetap puas hati besday kali ni. wpun sedih dgn tiada lagi wish dari abg, kakyang berjaya hadiahkan dia dgn senaskah alQuran. kakyang manage khatam alquran di hari besday sendiri. Alhamdulillah sangat.

unplaned sebenarnya. niatnya dulu nak khatam alquran tu sebelum setahun pemergian abg. tp niat tu x kesampiaan. banyak leka. tp okla.. tak lah tersasar jauh bebenor. terlewat sikit khatamnya.

next azam, kalau boleh nak khatam tiap2 tahun. moga2 kakyang istikhomah. korang tlg doakan yer..


Wednesday, November 28, 2018

Rindu

bila rindu menyesakkan dada
rasa nak lari jauh2
rasa nak tekan je pedal minyak laju2
lari ke mana?
nak laju2 pun ke mana tujuannya?
blank


rindu ini menyiksakan
huhuhuhu

Friday, November 23, 2018

emosi

hari emosi sedunia
dgn bos2 aku nak emosi
pergi mengadap dgn muka moncong
apa dia ckp hmm ok hmm ok ok

next bos pula cari
jwb mcm tu juga
ok hmm ok mmm noted

pd hal bukan emosi dgn diorang pun
huhuhu

Wednesday, November 21, 2018

Mix a lots

semalam kakyang melepak dgn member
sambil2 tunggu dobi siap

dlm dok sembang2 tu
member membelek muka kakyang
pastu dia tegur
eh akak mcm cina la

terkedu jap
ni bukan org pertama yg tegur kakyang mcm ni
sebelum ni pun dah ada yg ckp
kakyang senyum je dan ckp "ye ke?"

malaslah nak cerita salahsilah kakyang
nanti korang ckp riak
i mix a lots u know
kikiki :P


Tuesday, November 13, 2018

Mat Saiko

kakyang namakan dia mat saiko
sbb dia punya ckp berbelit2
ada je nak kenakan kakyang
mental bila ckp dgn dia
tak pernah ada yg betul
mmg nak cari gaduh je

asal pos apa2 kat fb je dia pm komen
cari pasal
kata kakyang nak menunjuk aset lah
kata kakyang nak tarik perhatian dia lah
kata kakyang saja cari perhatian lelaki lah
pastu bila chat je bergaduh
asal bergaduh je chat
kalau call pun nak gaduh juga
gaduh2 tu pun x reti nak letak phone
berjam boleh jd
biarlah
bill dia
bukan bill kakyang
tp..
kdg2 tu bila kita tengah moody
mmg sakit hati la kena saiko mcm tu

end up kakyang block dia dari nampak fb kakyang
bila dah block
kakyang pun bgtau lah dia
saja nak tengok marah dia mcm mana
"i dah block u kat fb"
dia jwb "takpe. bukan hak i pun nak larang"
adoiiii

pastu boleh pula kakyang tanya dia
"kalau i add u balik, u nak accept tak?"
dia jawab
"tengoklah. kalau i ada masa tengok siapa request friend dan rasa nak accept, i acceptlah"
belagak boleh tahan
hahahaha

makanya
terus kakyang x add sampai sekarang
malas nak layan saikonya tu

tetiba...jeng jeng jeng
semalam posting dia melayang kat wall kakyang
ait????
korang bacalah apa jd




















poyo sangat kan?
saiko betul
huh

Friday, October 5, 2018

Ragam pejabat

Alhamdulillah hari ni rezeki melimpah2.

ada org belanja mcm2. ada mee goreng, ada nasi lemak, ada kek, mufin, siap ada teh o lg.  Kakyang tumpang sediakan kopi o sbb itu feveret kakyang.

Belum sempat semua staf mkn, nasi lemak yg ditaja telah abis. tp sambal2 masih banyak. so kakyang decide masakkan nasi serai memandangkan terlupa bawa santan. huhuhu

sebaik saja kakyang announced nasi baru dah siap, diam2 kakyang nampak ada sorang adik ni menyelinap masuk ke pantry. ditutupnya pintu pantry tu. pastu kedengaran pinggan cawan sudu garpu berlaga2 sesama sendiri. hehehehehe

kakyang mmg dah lama perasan sorang adik ni. kalau dia nampak kakyang masak apa2 di ofis, dia yg akan sengeh paling lebar sekali. mcm si adik menunggu si kakak siapkan makanan gayanya.

alhamdulillah.. ada juga peminat masakan kakyang. 
eh.. terperasan pula. kikiki

tp adik ni pun baik. sentiasa je bawakan brg mentah kat ofis. beras, gula, brg masakan, makanan, jajan ada je dia bawakan. boleh kata adik2 lain pun mcm tu juga. level ofis kakyang ni x pernah putus makanan. kdg2 nak berdiet pun mencabar. ada je yg nak bersedekah itu ini.

dugaan betul kan. hehehe

Monday, October 1, 2018

pinjam

2 hari lepas. masa tengah2 golek pagi sabtu, tetiba kakyang dpt mesej dari kawan lama.
minta tlg nak pinjam 500. adeh.. ni prank ke spam ke apa nih. sbb ayat dia berjela.

risau mesej spam, kakyang pm kawan2 sekolah. tanya kot2 depa ada dpt juga mesej yg sama. lgpun kwn ni, mmg long lost friend. masa sekolah pun x rapat mcm mana pun. berhubung balik pun lepas dia dpt tahu kakyang dah single kembali.

rata2 kawan ckp jgn bg pinjam. tp kakyang ni x sampai hati. p bg gak la 1/5 dari apa yg dia minta.. dan bestnya.. tadak pun ucapan terima kasih.

bukan mengungkit. cuma minta courtesy jer..

tak baik kan kakyang. mcm x ikhlas membantu jer..

pstu, pg ni. adik sendiri pula mesej minta pinjam juga. tanpa banyak cerita kakyang terus minta no acc dan bank in.

sbb apa? sbb adik sendiri kot. dgn org luar boleh tolong, dgn adik sendiri mmg patut xde uh ah lg. lg pun kakyang ni jenis sebak dgn adik2 sendiri. tak sampai hati. adik bradik kakyang bukan kerja besar2. bukan kerja bagus. mcm kakyang juga. kerani je. tp alhamdulillah ada lebih sikit rezeki tu. apa salahnya kakyang berkhidmat utk adik2 kakyang. nak berkhidmat utk mak abah, dah terlambat. kakyang ralat bab ni.

kakyang menyesal sampai sekarang. masih teriyang2 soalan abah dulu dok tanya. gaji cheq berapa? gaji cheq berapa? kakyang jwb kat abah.. adalah sikit. entah apa yg merasuk di minda kakyang yg sampai kakyang tak mau bgtau abah gaji sebenar. sepatutnya kakyang bgtau je terus terang. supaya abah bangga dgn anak kesayangannya ni. kalau x kerana doa abah dan saranan abah untuk kerja dgn kerajaan, pasti kakyang masih dibelengu dgn 1001 hutang piutang keliling pinggang time sekarang.

pernah. kakyang hulur duit belanja utk abah. abah tolak. abah kata x payah bagi. ambik buat belanja anak2. kata abah.  sbb abah tau kakyang sorang yg kerja. masa tu abg dah sakit. abah tau keluarga cuma bergantung kat gaji kakyang. tp kakyang paksa abah ambik juga. sbb kakyang tau, tu ja cara nak cari keberkatan untuk gaji yang kakyang terima. tu lah cara penambah rezeki anak2 kakyang.

sekarang abah dah takda. dah hampir 2 tahun. tinggal mak saja. mak pun dah terlantar koma tak sedar sejak kena hipertention 2 bulan lepas abah pergi. nak bual2 dgn mak pun dah x boleh. nak tunaikan permintaan mak pun dah takde apa2 permintaan.

kakyang hanya mampu balas jasa adik2 yg jaga mak abah selama ni dgn membantu apa yg mereka kehendakkan. nak bantu tenaga mmg tak terdaya. hanya Allah dpt membalas jasa diorang jaga mak abah selama ni.

Wednesday, September 26, 2018

Tarikh itu

3 bulan sebelum tarikh itu..
Kakak kesayangannya bertanya..
"Nath. Are you ready? “
Dalam kesamaran, aku bertanya kembali
"Ready?"
Kakaknya menjelaskan. Penjelasan yg menyentak realiti yg cuba untuk dinafikan. Yg coba untuk tidak difikirkan sejauh itu
"i never think till that extend. i believed we will manage to go through this time too. Everything will be fine"

Sebulan sebelum tarikh tersebut..
"ibu, ayah is ready. Lets go and get the treatment"
Ayat keramat yg ditunggu tunggu. Akhirnya pujukan demi pujukan berbulan sebelum itu diterima.
Bermula dari saat itu, PPUM menjadi pejabat utama hinggakan segala lorong tikus dlm hospital itu telah dihafal. Selang sehari kami akan berkampung di situ mengatur appointment klinik demi klinik.

Seminggu sebelum tarikh itu..
terjaga dari tidur.
"Kuat betul bau pandan. Siapalah masak nasi lemak tengah2 mlm ni?"

Sehari sebelum tarikh itu..
"ayah nak makan nasi lemak? Dah seminggu ibu dok bau daun pandan semerbak. Mcm nak buat nasi lemak lah."
“ibu masaklah. Hanya masakan ibu yg ayah boleh mkn"

tarikh itu..
Pagi jumaat Awal Muharram 1439 hijrah bersamaan 22 September 2017. Segalanya bagaikan terhenti titik di tarikh ini bilamana paramedic announced dia pergi buat selamanya...
Bau pandan semerbak lenyap bersama seluruh jiwaku walaupun seperiuk nasi lemak sedang ditanak di dapur.

AlFatihah
#ceritatentangkenangan

Friday, September 14, 2018

EBC trip CANCELLED

it cancelled!
yup it cancelled!
and me myself choose to pulled out from this trip.

apa pun, kakyang puas hati dgn gateway 5 days di KTM
kakyang still gain something in this trip
something yg kakyang really treasure

I'm happy with my decision and I'm happy with this short gateway!

no regret at all

luv u lah!

Wednesday, September 5, 2018

Everest Base Camp

Trip to EBC just around the corner!
just another 2 days!

tp mood kakyang kelaut!
barang masih berterabur
tak tahu apa yg ada, apa yg xde
tak tahu pairing stoken, glove, etc ada kat mana
tak siap apa2 lg!

x excited mcm trip2 lain sebelum ni
kenapa?
entah!

Thursday, August 23, 2018

Tinggal kenangan

Td kakyang belek2 album di fb
ada antaranya album yg memuatkan abg dan kami sekeluarga
tetiba hati bagai di siat-siat
allahu
kakyang masih x boleh nak pandang apa2 saja yg ada nama dan gambar abg
group wasap kami sefamily ada nama abg. kakyang nak edit dan buang nama abg pun x sampai hati. sbb tu antara usaha abg
no phone abg yg dah tak aktif pun masih tersimpan dlm hp. tiap kali search nama org yg nak cari, mesti nampak no/dp dia dulu sbb no dia dlm list teratas.
hati bagai dirobek2 lg
gambar kami sefamily ada di white board dinding tepi pintu nak masuk ke dapur. tiap2 hari berpuluh kali kakyang akan lalu pintu tu. tiap kali tu lah kakyang akan cuba larikan mata dari pandang gambar tu
barang2 kepunyaan abg, ada yg kakyang dah sorokkan. lindung sikit dari pandangan mata. tp bila sesekali selongkar brg dan nampak. mata berkaca semula.
allahu.. doakan kakyang kuat ye..

Tuesday, August 21, 2018

Gunung Kerinci Jambi

1-5hb ogos haritu kakyang ikut kawan2 hiking ke Gunung Kerinci,Jambi Sumatra.
sebelum pergi kakyang dah riki2 trek dgn kawan2 yg dah pergi. semua kata mudah ja.. mudah ja..
rupanya... hmmmm
patutlah depa dok gelak2 bila kata mudah tu.

haishhhhh
layan gambar dulu. kakyang tetiba pening kepala dan mual. hilang mood menulis pula. huhuhu
di pintu rimba

yg berada di puncak masa kakyang sampai

semua upline. cari muka masing2. hahaha

rupa trek masa nak ke puncak

rupa trek masa nak ke shelter 3

trek ke shelter 3

shelter 3 

danau gunung 7 dari permatang bongsai

danau gunung7

lepaskan lelah masa nak summit attack

layan sampan di danau

layan dron di danau

puncak yg berawan

masing2 cempeqha. hahaha

Tuesday, August 7, 2018

Sound trouble


Last week kakyang pergi hiking Gunung Kerinci. nanti kakyang cerita pasal hiking di post yg lain. nanti kakyang tu korang faham2lah ye. kalau ada mood akan adalah. entah2 sampai bila2 tak tercerita. muahahahahha

Yg ini kakyang nak cerita satu insiden yg terjadi. masa ni kat KLIA2 lg. Selepas KakYang dan kawan2 dah lepas pemeriksaan imigration. Kami heading ke balai berlepas menuju gate L9. Otw ke sana, KakYang terasa nak singgah toilet. Dlm tercari2 sign toilet tu, terdengar nama di laung...

Staf airline : last call for na tra! Last call for na tra!

Opsss??? KakYang kah? Kenapa dah last call? KakYang terlewat lgkah?
Dlm dok pk mcm2 tu, kaki KakYang pantas je langkah ke depan airline staf. Tangan auto angkat ke atas sambil jwb. Saya!

Staf airline: berapa org dgn puan?

Berapa org?? Ticket KakYang beli in group kah? Kenapa nama KakYang je yg dilaung??
Dlm dok tercongak congak tu, pantas je mulut KakYang menjawab..

KakYang: ber3. Eh. 4. Hmm 5!

KakYang pantas hulur bording pass sambil posisi badan dah nak melangkah masuk gate. Mata tetiba terpandang nombor gate. L10?
Kenapa lain dari printed atas bording pass? Cpt2 KakYang tarik semula tangan yg menghulur bording pass td. Check semula nombor gate. Confirmed sepatutnya L9. KakYang pandang semula gate td. Nampak sign destinasi gate L10 kat tepi kanan. Astaga!!!

Staf airline: nak ke Na Thrang ke puan?
Staf airline bertanya dgn sedikit keliru dgn situasi.

KakYang: tak tak tak. Sy nak ke Padang. Ingatkan encik called nama sy td.😅

Serentak dgn itu kedengaran gelak petir dari kawan2 KakYang di belakang.. maka dengan itu, pasrahlah KakYang jd bahan diorang sepanjang trip.

huhuhuhuhuhuh sound trouble sungguh kakyang ni kan?  bila staff tu laung Na Trang. kakyang dengar Na Tra. natra tu kan nama kakyang. masa tu dlm hati dok pk ada org lain ke nama yg sama? nama ni rare kot.. tu yg selamba badak laju je kedepan ingatkan org tu panggil nama kakyang.

huhuhu malu cik oiiii :P

Wednesday, July 25, 2018

Di soal Polis


Lepas sattlekan kes di balai polis so n so, KakYang cerodong ikut jalan pintas utk balik hanya berpandukan signboard. Sampai kat satu jln berselekoh yang besar, KakYang terpandang signboard tu tulis batu caves/gombak. Dlm hati terdetik.. Ooo jalan ni boleh sampai ke situ rupanya..

Kemudian terpandang pula ada gerai kampung jual nasi lemak bungkus daun pisang kat kiri jalan. Betul2 tepi corner. Sedap ni.

Terus KakYang bg signal ke tepi dan hala kereta untuk parking di tepi kawasan lapang berbatu kerikil belakang gerai td. KakYang kluar kereta dan menuju ke depan gerai.

"bang, nasik lemak 10 bungkus"

KakYang order terus dari abg penjual yg tengah bungkus nasi lemak.
Sebelah dia ada seorang wanita. Isterinya kot. Wanita tu ambil nasi lemak yang telah dibungkus lalu letak ke dalam bekas yg berada di bawah pankin gerai. KakYang memerhati sambil menanti pesanan.

"nasi ada 5 bungkus je dik. Ok ke? “
Wanita td bersuara sambil meletak seplastik nasi lemak dpn KakYang.

"boleh lah kak“
KakYang menarik plastik nasi lemak mendekat KakYang. Dan masukkan purse KakYang ke dlm plastik tersebut. note RM50 di tangan KakYang hulurkan utk bayar harga nasi lemak tanpa bertanya harga terlebih dahulu. Sudah tentu lebih dari cukup. Telahan KakYang.

"jap ye dik. X cukup duit baki"
Kata wanita tadi sambil berlalu ke seberang jalan. Di seberang jalan sana ada deretan kedai kayu lama. Ada 2,3 kereta diletakkan hadapan kedai2 tersebut. KakYang hanya memerhati wanita td menuju ke sana. Nak tukar duit agaknya. KakYang mentelah lg.

KakYang berpaling kembali ke pankin kedai untuk ambil plastik nasi lemak td.
"eh. Mana nasi lemak sy? “
KakYang bertanya kepada abg td.

" agaknya isteri sy terbawa sama dgn nasi lemak utk kawannya tak? “
Abg td membalas sambil menghalakan mukanya seperti menunjuk kepada wanita yang dipanggil isteri yg berada di seberang jln. Kelihatan isterinya sedang berjumpa seorang wanita lain di belakang kereta yg dipakir depan kedai kayu td. KakYang memerhati lg wanita td sedang bercakap2 dgn kawannya.

"alamak bang.. Purse saya ada dlm tu!"
KakYang panik. Baru tersedar sesuatu. Aduhai.. Kalau nasi lemak tu terbagi pd org takpe je. Tp masalahnya purse KakYang ada di dalam plastik bersama nasi2 lemak tu!

KakYang memandang semula ke arah kedai kayu. Eh. Mana isteri abg tadi? KakYang cuba mencari kelibat wanita tdi di sekitar kedai.  Agaknya ada dlm kedai kot. Sedang tukar duit?

Abg jual nasi lemak naik ke tingkat atas gerai. KakYang memerhati semula ke arah kedai kayu. Menanti kelibat wanita td. Lama.

"abg. Mana isteri awak? Sy nak purse saya dlm plastik nasi td.“
KakYang melaung dari bawah.

"ada tu . Kejap lg dia baliklah.“
Balas abg td tanpa perasaan sambil menyambung semula kerja2nya di atas.

KakYang pandang semula ke arah kedai kayu. Mengharap kelibat wanita td muncul. Lama menunggu. KakYang mula gelabah. Purse KakYang! Mcm2 ada dlm tu. Nak buat x tahu je pun x boleh. Purse wei. Jgn buat main2.

Lama KakYang menunggu kepulangan wanita td. Bayangnya masih x nampak. KakYang makin gelabah. Mula terbayang yg bukan2. Entah2 wanita td bawa lari purse KakYang? Kalau tetiba wanita td kata purse KakYang x ada dlm tu mcm mana? Kalau kawan wanita td terus bawa pergi purse KakYang mcm mana? 1001persoalan melintas di benak KakYang. Tak boleh jadi ni..

KakYang ambil hp dan snap gambar dan gerai abg td. Utk buat bukti jika perkara buruk terjadi.

Abg td perasan KakYang ambil gambarnya. Riak mukanya jelas kurang senang dgn perlakuan KakYang.

"kenapa awak ambil gambar? “
" sy nak buat bukti kalau2 isteri awak larikan purse saya"

Abg penjual nasi lemak menyeluk poket seluar. Hp ditarik keluar. Dia meletakkan hp di telinganya sambil bercakap sesuatu. KakYang x tahu dia bercakap dgn siapa.

Selang beberapa minit, sebuah mpv hitam bercermin gelap membelok laju masuk dan berhenti di depan KakYang. Pintu belakang mpv terbuka ketepi. Keluar 3 org lelaki tegap berpakaian jeket kulit serba hitam dari mpv tersebut. M16 tergalas di bahu masing2. Polis agaknya.

"kenapa buat kecoh di sini kak?"
Tanya salah seorang dari mereka sambil menghampiri KakYang. Oh. Rupanya abg td call polis ni kot. KakYang mengagak.

"kecoh? Sy cuma nak purse saya. Purse saya ada dgn isteri dia."
KakYang membantah pertuduhan. .
"tunggulah. Nanti isteri dia dtglah. “
Lelaki td bernada tegas.

" masalahnya dah lama isteri dia pergi. Sampai sekarang x balik2. Sy tunggu di sini dari tadi sampai sekarang isterinya x dtg2."
"eh kenapa nak soal saya mcm saya yg bersalah? U patut soal abg tu. Mana isterinya? Purse saya ada dgn dia. “
KakYang membantah.

"akak ambil gambar abg td kenapa? Apa tujuan? Akak nak buat kecoh kat sini kan?"
Polis td mengasak lg

"sy nak buat bukti. Kalau isterinya bawa lari purse saya, sy boleh buktikan bila buat laporan polis nanti. Ni cuba tengok ni. Dah berapa lama saya tunggu. Tp isterinya x sampai2 lagi."
KakYang mula rimas dan sesak dada. Tak suka kena introgate mcm ni. KakYang slide hp di tangan. Nak tunjukkan bukti lama menunggu. Cahaya silau dari hp menyakitkan mata KakYang. Mata KakYang terkelip kelip.

Eh.. Kenapa rasa lain je ni? KakYang cuba membuka mata lg. Cahaya silau masih menyakitkan mata. KakYang paksa buka mata. Kenapa rasa seperti di demensi lain je ni?

KakYang gagahkan buka mata lg. pelan2 nampak lampu hijau kecil. aircond? Nampak cahaya terang bolos melalui celah langsir di bawah aircond.

Langsir tu KakYang kenal sangat.
bilik KakYang?
KakYang terpinga pinga sekejap. Cuba memahami keadaan.

Ceh.. KakYang bermimpi rupanya. Tp penat oi bergaduh wpun hanya dlm mimpi.  Ini bahananya terlebih tidur petang. 
Muahahahaaha


Tuesday, July 17, 2018

#ceritatentangkenangan

while driving nak ke ofis pg td
selisih dgn ambulance
hari2 selisih dgn ambulance sebenarnya

entah kenapa hari ni boleh tercememey 
terus terimbas cerita 10 bulan yg lalu

ambulance sampai depan rumah dgn siren yg nyaring
paramedic masuk dan announced
allah hu
kakyang ingat kakyang dah kuat utk coretkan detik2 abg tiada
even baru tulis intro mcm ni pun air mata dah meleleh
lain kali lah
di mata kakyang ni masih terbayang2 pandangan akhir abg
masih ternampak2 redup mata abg memandang

allah hu..
segalanya masih jelas di depan mata

lain kalilah kakyang cerita
bila air mata dah kering
bila hati dah kuat








Friday, July 13, 2018

#ceritatentangkenangan

sehari 2 ini kakyang asyik teringatkan abg
agaknya perubahan hormon juga kot
almaklumlahkan
hormon wanita ni swingnya boleh tahan

td masa sembahyang asar
terlintas kisah2 ngan abg
kuat betul setan nak kacau kusyuk sembahyang
time tu lah dia bg lintasan utk kita teringat mcm2

teringat masa abg ada dulu
pergerakan pergi-balik kerja kakyang dgn bas rapid
pergi abg hantar ke bus stop sec 2
balik abg jemput kat bus stand sec 14
abg mmg x bg kakyang balik sendiri
dia nak jemput atau hantar sendiri juga sekurangnya ke bustop situ
sampailah ke bulan2 terakhir abg bila dia betul2 sangat x daya nak drive lg

pergerakan abg mmg sangat terbatas
nak bangun dari baring ke next2 pergerakan tu
mmg sangat perlahan
maybe sbb sakit
maybe juga sbb tiada tenaga sbb abg hilang selera makan
boleh katakan sehari hanya sesuap dua makanan yg masuk ke mulut
itupun nanti akan dikeluarkan semula sebagai purging

jd
kalau pagi2 tu mmg kena kejutkan awal dan bg abg masa untuk bergerak dan ready
kalau petang/mlm bila kakyang dah sampai bus stand
kakyang call utk maklumkan dah sampai
dan tunggu je lah kat situ
kdg2 lama juga hampir sejam
kdg2 risau juga kalau abg tertido semula
kdg2 lg risau bila call pun x berjawab
mesej pun x berbalas

kalau jd mcm tu
kakyang akan tunggu je di bus stop tu
sampai satu masa yg sesuai
baru kakyang akan call atau mesej semula

kalau masih juga x bebalas
mmg tahap kerisauan kakyang akan memuncak
tp biasanya jrg jd mcm tu
biasanya call/mesej ke 2 mesti berbalas

pernah 1 hari
puas kakyang menunggu abg selepas maklum dah sampai
tunggu punya tunggu x juga tiba
kakyang call balas
abg jwb dlm keadaan mamai yg lain macam

gulp!
kakyang tahu abg tengah hipo
kurang gula
kelam kabut kakyang bgtau jgn kluar ambik
kakyang balik sendiri
jenguk2 kot ada taxi segera
call grab
xde juga grab yg nak dtg ambik
lastnya kakyang bgtau abg
kyang balik dgn bas
bertahan
tunggu kejap
pastikan sedar
lawan diri

dpt je bas
kakyang berdoa cepatlah bas
turun je kat bus stop
terus kelam kabut lari balik rumah
buka je pintu
terus terkam jumpa abg dulu
abg masa tu dok kat sofa feveret dia
bersandar layu
tanya dan tengok condition dia
bg abg minum air gula
bg abg apa saja yg dia nak
kakyang dok berlutut dpn abg
tunggu sampai abg sedar balik

sedar je dari hipo
abg terus senyum
terus peluk cium kakyang
sambil ucap terima kasih sambil menangis

"terima kasih ibu"
'"terima kasih balik cepat"
"ayah takut ayah x jumpa ibu lg dah td"

Allahuakbar...
Terima kasih Allah kerana memberiku peluang utk berkhidmat kepadanya semasa dia masih ada
ternyata Kau lebih menyayanginya..
tolong jagakan dia di sana utk ku

AlFatihah




Wednesday, July 11, 2018

Perception

kakyang nampak  member tulis ini di fb dia..






















KYang tak puas hati dgn perkara ini
kebanyakan point-point yg diberikan di atas adalah persepsi menghina. 
dan persepsi memandang serong kenapa wanita (ya WANITA. bukan sekadar janda @balu ye. tlg betulkan perkara ni) lebih suka laki org.


wpun kyang adalah balu
tp bg sesetengah org yg pukalkan perempuan yg single kembali ini sebagai JANDA
dan dipandang hina
dianggap sebagai wanita murahan
dianggap sebagai wanita yg mudah dipermainkan
dianggap sebagai wanita yang suka rampas suami org
dianggap sebagai wanita yg suka suami org

kenapa mesti ada tanggapan begitu?

berapa banyak perkara yg serupa dilakukan org wanita/perempuan bujang
kenapa x pula anggap mereka begitu?

ini terjadi sendiri pada diri kakyang

the moment kakyang dpt status balu
ada kenalan lelaki fb dan pejabat yg dah ckp bukan2

kawan ofis; dah semakin berani ungkap sayang, luv u. terang2 ajak couple

kenalan fb; tak pernah @ kurang bersapa sebelum ni, tetiba jd terlebih ramah. ingatkan sebab mengambil berat. simpati dgn nasib yg menimpa kita.
satu hari Allah nak tunjuk, kakyang terbaca komennya di salah satu post dia sendiri. dia kata lebih kurang begini.. "alah janda. senang sikit nak dpt"

whoaaaaa... adakah itu maksudnya bila dia tetiba terlebih prihatin dgn diri kakyang?

kawan baik abg; pun pernah cuba-cuba masuk line. dan artikel di atas adalah dari dia.
itu org yg kepalanya berserban sentiasa tau. yg kawan2nya adalah alim ulamak tau.

itu adalah contoh2 pandangan lelaki pd wanita yg berstatus spt kakyang.
tolonglah..
tolonglah  hormat sikit
dan jgn ada persepsi mcm tu.

sedih betulllah dgn lelaki yg mcm ni..
perasan laku sbb dia laki org?
muahahahahaha

#donemembawang




Monday, July 9, 2018

Perhatian

semalam kakyang sembang2 dgn kawan fb
tak pernah jumpa pun
friend di fb mmg dah lama
tp x pernah bertegur sapa pun
rupa orgnya yg sebenar pun x pernah tengok
sampai lah lately dia pm kakyang ajak sembang

dlm sesi interview perkenalkan diri tu
tetiba dpt info mcm ni..


uih seram lah mcm ni...

terus kakyang scroll fb semula
apa yg kakyang cerita 2 tahun lepas sampai ada yg berminat nak usha dan  berani pm sekarang ni?
bila tengok kt fb, takde apa2 yg menarik pun.
hal anak2
hal abang
hal hiking

hmmmm
sesuatu sangat kan kan kan



Friday, June 29, 2018

Response




kakyang x boleh terima alasan
alasan kenapa x reply mesej

di zaman teknologi canggih
dan zaman it ni
zaman segala jenis medium mesej ni
dgn peel hp sentiasa kat tangan
sikit2 tengok hp
sikit2 belek hp
tak abis hp
kat pc pun boleh

tp masih ada yg bg alasan x buka wasap
pdhal nampak online sedia
nampak kat fb pun active
boleh je response komen fb
tp bila ditanya kenapa tak reply mesej
boleh kata buka wasap pun x sempat
hmmm

pdhal
sebelum ni
pg petang siang malam
boleh je response

tp ini
hari dah berganti tarikh
bulan dah ganti matahari
pun x baca
bg blue tick pun tidak
apatah lagi membalasnya
hmmmm

sesuatu sangat kan




Thursday, June 28, 2018

Hiking: Update

lama tak update cerita2 hiking kan.
last kakyang update mengenai Broga-tok wan (march)
dlm bulan tu ada banyak trip sebenarnya
Meh kita listkan

March:
-Broga 2.0-tokwan (done update)
-KUtu
-YYBTN

April:
-Gunung Raung

Mei:
-Gunung Semeru
- buka puasa di Broga 3.0

Jun:
-Bukit Wawasan

July:
-silipat, thailand (soon)

Sept:
-EBC (soon)

banyak nak kampui post ni.. rajinkah nak buat? kalau kat fb tu dah update dah pun

Hati

tengah patah hati
dan berkecil hati
entah apa2
tetiba nak patah hati sendiri
takpelah
kira redho je
yg lain serah pd Dia

tp payah juga nak pujuk hati
supaya jgn terus patah hati
biar masa yg merawat hati
akal jangan ikut kata hati
biarkan saja dia baik sendiri

Friday, June 22, 2018

#Ceritatentangkenangan

td belek fb. terpandang satu video pasal prosedur pecahkan batu karang
terus teringat pada kes abg

3 hari sebelum abg pergi
abg menjalani prosedur ambik spesiment di dada
bronchoscopy
utk nak tahu apa yg penyebab paru-paru abg collapsed

kakyang bawa abg ke hospital
masa tunggu turn
abg banyak diam je
bila sampai turn
kakyang x boleh masuk
lama juga prosedur tu
bila dah siap, abg ditempatkan kat satu bilik khas
sampai abg bangun/terjaga sendri

sebaik dari jaga
abg mengadu sakit
sekali tu je abg mengadu
pastu abg x sebut2 dah

bila abg dah takde ni
baru hati tertanya sakitnya tu entah mcm mana
mcm mana abg tanggung semua tu sendiri tanpa mengeluh sakit langsung

allahu.. kuatnya semangat abg
AlFatihah

lelaki oh lelaki


kakyang sembang2 dgn member
bujang terlajak. tak kawin2 lg
er.. bujang ke?
atau mungkin dah bujang kembali?

hahahaha

malas nak tanya lebih2
itu hidup dia
tanak semak otak akak nak pk hal org

dlm dok sembang
tetiba masuk bab makwe
kakyang kata oklah teruskanlah sembang dgn makwe dia
tanak ganggu
akak pun nak layan tido nih

pastu dia tulis mcm kat atas
jeleskan kakyang ada anak

aduhai..
nak jeles2 buat apa dik non...
dah ada makwe kan
cpt2 lah masuk meminang
cpt2 proses anak sendiri
apa susahnya

memilih sangat kot
tu yg terlajak membujang sampai ketua
hahahaha






Cerita raya 2018

tahun ni tahun pertama kakyang beraya tanpa abg.
dari sebelum puasa lg family abg dah remind.
tahun ni turn raya dgn diorang
masih kena ikut turn wpun abg dah xde
sorang, sorang kak ipar kakyang keep on remind  hal ni
terakhir, makcik abg di kg pula call dan suruh balik kg juga

hati hiba, sedih, terharu
semua campur baur

dari hari pertama puasa, kakyang dah neves
menjelang hari raya lglah
tak tahu nak simpan perasaan mcm mana nanti
lg tak tahan tengok mata anak2
kesian

2,3 hari sebelum raya, kak ipar pm
tanya nak masak apa utk gathering pg raya
lepas tu dia sambung ayat.. sedih man dan kak pozi takde raya kali ni
kakyang hanya mampu bg ikon😭
kakyang dah berhamburan air mata
pastu kak ipar sambung lg ayat lain
terus kakyang minta maaf. kakyang masih x boleh nak bercerita bab abg

hari raya
lepas anak2 balik dari sembahyang raya
cpt2 kakyang gi ziarah abg.
anak2 kakyang bacakan yasin
kakyang dah sendu

pastu pergi gathering di rumah abg ipar
xde ipar2 yg buka cerita bab abg
agaknya kak ipar kakyang dah sampaikan pesanan supaya x berbicara tentang abg
alhamdulillah mereka memahami

pastu masa sesi bergambar keluarga masing2
masa turn family kakyang
suasana sunyi
agaknya masing2 menahan sedih bila tengok kami hanya ber3
tanpa adanya abg di situ
cpt2 kakyang abiskan sesi posing tu
dan beralih tempat lain

anak2 kakyang pun x boleh ukir senyum
kakyang nampak diorang senyum hambar dlm sesi2 photografi family
si kecik tunjuk kesedihan dgn tantrum
kakyang pujuk hati utk memahami perasaan anak

petang raya
bertolak pula balik kg abg
pertama kali drive balik kg abg sendiri
ikut waze
entah jalan mana dibawanya
sampai melambung2 kereta
ada sekali tu berhenti sbb dengar bunyi tayar pelik
alhamdulillah x nampak apa2
alhamdulillah juga selamat sampai kg abg wpun tersesat ke kebun kopi siapa entah

raya ke 3 baru dpt balik rumah mak kakyang
alhamdulillah allah permudahkan perjalanan pergi dan balik

begitulah serba sedikit raya pertama tanpa abg

AlFatihah



Wednesday, June 13, 2018

Rindu bertandang

Tetiba kakyang rindukan saat2 teman abg ke hospital.
Alfatihah utk arwah

Thursday, May 24, 2018

Pinang

Last week kakyang balik kg. saja balik utk berpuasa sama keluarga. lgpun, kalau nak tunggu balik time raya, mmg x merasalah berpuasa dgn adik bradik kakyang.

satu mlm tu, lepas buka puasa, kakyang lepak2 rehat dgn adik2. sambil2 main hp. sambil sembang tetiba adik kakyang tanya soalan ni..
adik bongsu: dah ada org pinang ko ke kak?
kakyang: apadia? ðŸ¤”( tlg ulang balik soalan tu. Salah dengarkah? )
Adik 2nd bongsu: dah ada org pinang ko ke kakkkk???
kakyang: .... (sat. Sat.. Mocik nak hadam soalan jenis apakah ini🙄)
kakyang: BHHAHAHAHAHA..

hahahahaha terus gelak besar kakyang.
adoi adik2. baru 7 bulan abg ipar korang xde. korang dah bertanyakan soalan mcm ni kak kakak korang?

sebenarnya ini bukan soalan pertama yg kakyang terima. ini soalan yg entah ke berapa kali. family abg siap bg  kebenaran utk kakyang kawin semula.

haih.
korang ni. cerita bab kawin semula mcm semudah abc.
mcm lah hati dan perasaan ni senang berubah

mcm lah apa yg dah berlaku takde seberang makna
mcm lah nak cari calon tu pun senang. 
mcm lah kakyang yg dah tua ni laku lg
dah la takde rupa. apatah lagi harta
perangai pun x senonoh mana
inikan pula yg dah ada anak
siapalah nak dgn org yg dah beranak pinak
siapa sanggup tanggung anak org lain

kalau ada yg nak pun..
sanggupkah terima anak2 kyang mcm anak sendiri?

boleh kah bg kasih sayang pd anak2 kakyang?
kalau ada kriteria mcm ni, sekarang juga kakyang terima
muahahaha

dan yg lagi penting

kalau ada yg nak pun
sesenang itukah kakyang nak  melupakan abg
sesenang itukah nak cari pengganti?

entah apa2...
hahahaa

Wednesday, May 16, 2018

What so wrong?

hanya kerana menyuarakan pendapat
sy dilabel sebagai seorang yg complicated
bhahahahahahaha

Tenang

di hati ada sebuku rasa
sesak dada berair mata
hadam diam2 saja
semoga Dia tenangkan jiwa

Monday, March 5, 2018

Broga 2.0 v-Tokwan

date: 4 March 2018
Tahap kesukaran: 2/10

trip ni diajak oleh en fauzan. kakyang x pernah jumpa dia. kenal dari group semeru. dia banyak buat trip weekly sebagai persedian untuk trip2 hiking besar.

since kakyang x de agenda apa2 minggu ni, kakyang agreed utk join trip ni sbb teringin nak ke tokwan. nak tengok sendiri tempat budak tahfiz yang hilang seminggu tahun lepas.

rupanya jln masuk ke broga dah lain. bukan ikut jalan yg masa kyang pergi masa pertama kali dulu.
kali ni banyak caj yg dikenakan
caj parking RM1/person
tandas RM1/masuk
hiking RM1/person

amboiiii buat duit betul tuan tanah ni.

trek broga yg baru ni lebih mudah. cuma jlnnya agak zigzag.

7.30am kami gerak dari parking. 8.10am dah sampai puncak pertama. 5 minit kemudian ke puncak ke 2 dan 5 minit lg baru sampai ke puncak broga lebih kurang dlm 8.25am
sunrise semasa naik ke puncak pertama
gambar kenangan bersama kenalan baru. broga 2.0






























Lepas rehat 5 minit, kami teruskan perjalanan ke tokwan. ada sign board spt di dlm gambar di bawah. sign board ni terletak di sebelah kiri dari sign board puncak broga.  masa kakyang pergi kali pertama dulu, tak de lg sign board ni dan x de langsung trek yg jelas mcm ni utk ke tokwan.


signboard di pintu masuk trek ke g. tokwan
Trek ke tokwan agak bercanopy. suram dan nothing special. hutannya tak lah terlalu padat. treknya agak landai kata hiker kental. tp pd kakyang more to mcm roller coster. naik turun naik turun. tak terlalu curam sehinggalah sampai pada part org hilang tu. nak bgtau.. ada pacat. hahahaha

tempat budak tahfiz tu dijumpai. bentuk mukabuminya mcm tetiba berubah. dari jalan yg turun naik, tetiba terus menurun ke area batu2 besar mcm bekas kawasan air terjun. tp takde air. tak dengar bunyi air langsung. ianya seperti timbunan batu2 besar di celah lembah sempit yg menganjur ke bawah.

di sebelah kanan trek tu, ada papan tanda kecil 'surau'. kakyang x pasti kenapa di letakkan kat situ. mungkin ranger/.penyelamat jdkan tempat surau ketika operasi menyelamat

masa melalui kawasan ni, kakyang x tahu lg cerita tempat ni. bila dah naik dari kawasan ni, ada satu kawasan lapang atas sedikit yg boleh kita brenti utk ambil nafas.

kakyang pun tanyalah che fauzan..
"mana kawasan yg jumpa budak hilang tu"
the moment soalan tu keluar, satu badan kakyag meremang. ingatkan kakyang sorang je, rupanya yang lain pun mcm tu bila tiba2 kiera dan anita pun bgtau "eh meremang la bulu aku "

baru en fauzan jawab
"tu lah td batu2 bawah yg u lalu"

ooo.. sendirinya kakyang boleh fhm situasi budak tu hilang. kawasan dia hilang mmg ada aura lain dari yg lain
lokasi tempat budak hilang thn lepas. ada nampak benda putih tengah2 gambar ni? tu yg kakyang kata ada tulis surau 


 dari starting point atas tu, trek berubah agak pacak. naik tinggi sedikit.. turun sikit naik sikit pastu turunnnnnnnnnnnnnnnn banyak..kemudian naik banyakkkkkkkkkkk dan turun balik sikit dan naikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk terus puncak. kami sampai ke puncak dlm jam 10.11am

dlm 10.45am kami mula turun semula ke bawah dan sampai bawah sekali dah t/hari. dlm kul 12 lebih rasanya. kedai air kelapa pun dah tutup. huhuhu

geng baru di puncak tokwan

view dlm perjalanan turun

dari puncak ke 2 broga nak turun ke bawah. cantik kan



nenek tengah panjat tokwan. opsss jgn double meaning ;P

Monday, February 26, 2018

YamTuanAntah

Date: 25 Feb 2018
Tahap kesukaran: 5/10 (review utk datuk shj. sbb kakyang x sampai ke lg 2 puncak)

semalam kakyang hiking
patutnya buat 3 puncak terus
datok-gagak-rembau
yg dinamakan yamtuanantah trip
tp memandangkan kyang salah percaturan
x makan nasi sebelum trip
yg konon2 nak maintain diet
ambik kau
jdlah tripnya yaampundatokkkk

nak pitam sepanjang jalan
tambahan pula kakyang bawa beban
konon2 nak weight training
ambik ko
2,3 tapak brenti

lama2 si harry suruh tukar beg
dia pegang je beg
terus mengucap
beratnya beg ko kak!

hahhahahaa

dah bawa beg si harry pun
kakyang masih menyiput
tp at least lebih la sikit tapak tu

trek datok x de diskaun dik non
mencanak naik memanjat jer
takde landai2
lepas cp1 baru lah ada yg landai sikit.
tp masih terus menaik
akan pacak sikit menghampiri puncak
dan bila dah nampak batu2 besar
tu tandanya nak sampai puncak dah la tu

lastnya sampai juga ke puncak dato

mula kul 7.30am
sampai puncak 9.45am
as usual
kakyang sah org terakhir.
hahahaha

pas rehat sekejap
nak ikut diorang ke gagak-rembau
baru jalan 10 minit
patah balik
condition tenaga masih x berubah
dari lambatkan trip org
abort je lah

hasilnya menunggulah kat datok tu sampai diorang balik kul 2pm
jenuh nk kill the time
dgn angin kuatnya
nak tido pun sejuk gedi weh
huhuhu
tangga naik ke batu di puncak

batu dan papan tanda ni bawah skit dari batu besar

dah dekat nak sampai pintu keluar

line up

penuh selirat akar

mana mocik?

sesi tambah energy lepas hiking. mcm ler sampai 3 puncak. huuhu


pintu masuk permulaan

trek g bakal dilalui

semut




pokok besar dekat pintu masuk. sebelah kiri

kawasan puncak yg besar dan angin kuat