2 hari lepas. masa tengah2 golek pagi sabtu, tetiba kakyang dpt mesej dari kawan lama.
minta tlg nak pinjam 500. adeh.. ni prank ke spam ke apa nih. sbb ayat dia berjela.
risau mesej spam, kakyang pm kawan2 sekolah. tanya kot2 depa ada dpt juga mesej yg sama. lgpun kwn ni, mmg long lost friend. masa sekolah pun x rapat mcm mana pun. berhubung balik pun lepas dia dpt tahu kakyang dah single kembali.
rata2 kawan ckp jgn bg pinjam. tp kakyang ni x sampai hati. p bg gak la 1/5 dari apa yg dia minta.. dan bestnya.. tadak pun ucapan terima kasih.
bukan mengungkit. cuma minta courtesy jer..
tak baik kan kakyang. mcm x ikhlas membantu jer..
pstu, pg ni. adik sendiri pula mesej minta pinjam juga. tanpa banyak cerita kakyang terus minta no acc dan bank in.
sbb apa? sbb adik sendiri kot. dgn org luar boleh tolong, dgn adik sendiri mmg patut xde uh ah lg. lg pun kakyang ni jenis sebak dgn adik2 sendiri. tak sampai hati. adik bradik kakyang bukan kerja besar2. bukan kerja bagus. mcm kakyang juga. kerani je. tp alhamdulillah ada lebih sikit rezeki tu. apa salahnya kakyang berkhidmat utk adik2 kakyang. nak berkhidmat utk mak abah, dah terlambat. kakyang ralat bab ni.
kakyang menyesal sampai sekarang. masih teriyang2 soalan abah dulu dok tanya. gaji cheq berapa? gaji cheq berapa? kakyang jwb kat abah.. adalah sikit. entah apa yg merasuk di minda kakyang yg sampai kakyang tak mau bgtau abah gaji sebenar. sepatutnya kakyang bgtau je terus terang. supaya abah bangga dgn anak kesayangannya ni. kalau x kerana doa abah dan saranan abah untuk kerja dgn kerajaan, pasti kakyang masih dibelengu dgn 1001 hutang piutang keliling pinggang time sekarang.
pernah. kakyang hulur duit belanja utk abah. abah tolak. abah kata x payah bagi. ambik buat belanja anak2. kata abah. sbb abah tau kakyang sorang yg kerja. masa tu abg dah sakit. abah tau keluarga cuma bergantung kat gaji kakyang. tp kakyang paksa abah ambik juga. sbb kakyang tau, tu ja cara nak cari keberkatan untuk gaji yang kakyang terima. tu lah cara penambah rezeki anak2 kakyang.
sekarang abah dah takda. dah hampir 2 tahun. tinggal mak saja. mak pun dah terlantar koma tak sedar sejak kena hipertention 2 bulan lepas abah pergi. nak bual2 dgn mak pun dah x boleh. nak tunaikan permintaan mak pun dah takde apa2 permintaan.
kakyang hanya mampu balas jasa adik2 yg jaga mak abah selama ni dgn membantu apa yg mereka kehendakkan. nak bantu tenaga mmg tak terdaya. hanya Allah dpt membalas jasa diorang jaga mak abah selama ni.
No comments:
Post a Comment