Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Monday, April 29, 2019

Everest Base Camp Checked!

ada org pm kakyang dan tanya..
"kak.. kak.. ko tak lepas ebc ke kak? diam je.."
kakyang gelak jer
malas nak bg press statement.
kepochi tahap gaban ko yer dik...
boleh tahan nak membawangkan akak
dah takde bahan nak membawang la tiewwww..


alhamdulillah...
akak manage sampai ke ebc tu dik
biar patah sayap bertongkat paruh
melangkah tetap melangkah

"abistu, kenapa ko tak tayang pun gambar2 kat fb ko kak? selalu ada jer update"
eh... ada soalan susulan rupanya.

akak malas nak riuh2 dik
penat berjalan x abis lg
lgpun gambar beribu keping
sampai x tahu mana satu nak tayang
semua ada 1001 satu cerita nak diceritakan

pelan2 ye dik..
nanti akak up gambar2
utk adik..
nak akak tayang teaser sikit
harap puas hati






Friday, July 14, 2017

Nepal: 23 March - 1 April 2017

Trip ni sebenarnya trip hiking. tp disebabkan tiket mahal kalau beli execly date trip hiking,  kami semua decide untuk beli date awal sikit dan buat tour kathmandu dulu sebelum gather dgn others ABC's line up.

Utk post ni, kakyang akan focus cerita pasal Trip ke Chitwan dan review kakyang mengenai Nepal.

Ju dah uruskan part trip ke Chitwan since part hiking diuruskan oleh ina. atau lebih tepat lagi oleh NEX. cost utk tour Chitwan dlm 1k juga. dan cost untuk hiking Annapurna Base Camp (ABC) dlm 1900. both ground cost shj. tak termasuk cost shopping2, makan2, dan keperluan yg lainnya. utk side cost ni, kakyang rasa kakyang berhabis dlm 5k juga. dari A-Z. tp yg kakyang gunakan utk totally duit poket (mkn+ shopping) masa trip dlm 2k shj. Kakyang spare 3k actually. tp bila teringat yg dah berbelanja lebih sangat pada persediaan sebelum trip tu, so kakyang decide kena hadkan perbelanjaan masa dlm trip.
kat KLIA. menunggu flight pergi

Kecut perut bila tengok duit cair mcm paip pecah. huhuhu

OK. meh back to the story..

flight kami ke KTM pd 21 March 2017 jam 6.10pm delay sejam. dan sampai kat sana dlm kul 12t/mlm (lebih kurang kul 10pm KTM). Waktu di sana 2 jam lewat.
Dill the tour guide. comel



sampai je kat airport, Dill, guide untuk tour KTM dan Chitwan dah siap tunggu. KTM sejuk u.. siap je kat airport. ada upacara kalung2 bunga lg. then kami di bawa utk check in di Himalaya Hotel.  Dari situ kami pergi dinner. rupanya restoren yg dia nak bawa tu dah tutup, jd reroute ke restoren lain yg ada disco. apa2 je lah. kami pun dah kepenatan dan mengantuk. janji dpt alas perut sikit sebelum tidor pun jdlah.

Selesai di situ, balik semula ke bilik. dan esoknya (22 March) get ready untuk ke Chitwan seawal jam 6 pg. perjalanan ke chitwan dgn bas mengambil masa 6-7jam. jalannya nauzubillah. mcm jalan kampung zaman dolu2. sepanjang perjalanan, dihidangkan dgn view yg osem giler. naik turun gunung. selekoh2 tajam di lereng gunung. sampai ada masa tu kitorang menjerit sbb bas ambil coner baring betul2 tepi jurang. phiewww kluar peluh jantan you.

waiting for late dinner upon arriving. mata masing2 x larat angkat dah
dlm jeep nak ke safari park

Sampai chitwan dlm kul 2ptg. check in dan terus proceed ke safari park. ronda safari dgn menaiki gajah. makan masa sejam juga. sampai sempat boring la.

satu gajah 4 org. kakyang naik dgn ju, kak sabariah dan abg man.  Ina, zuri, anoy, dan kak ct naik lg 1 gajah.

kena duduk kat penjuru baik2. bila salah duduk, seat jg x balance. gajah pun akan jalan senget. bila jd mcm ni, pengembala gajah yg dok depan sekali akan suruh kita adjust balik cara kita duduk tu.


gajah ni ada peel pelik. dia pembersih sebenarnya. bila jalan2 tu. dia tanak pijak najis dia, dia tanak pijak lecak atau tempat berlumpur. kita boleh tengok gajah tu akan try cari jalan yg bersih kat tepi2 denai. bila dia try buat mcm  ni, gembala gajah akan pukul kepala dia dgn besi bercangkuk tajam. kesian oh. mcm kejam jer tindakan tu.

sepanjang 1 jam perjalanan ronda safari tu, sempat la jumpa rhino, buaya, rusa, merak, ayam, monyet. hutan safari dia tak tebal mcm hutan kita. pokoknya tumbuh jarang2 je. tp cantik sangat. layan gambar kat bawah
makcik2 ni bab posing no 1. huh!

sattle kat situ, balik semula ke hotel. kami sempat singgah ke sungai belakang hotel untuk tengok sunset. sepanjang jalan ke sungai tu jumpa pokok2 renek berdaun mcm pokok ubi kayu. rupanya tu pokok ganja. kakyang try makan pucuk ganja tu. nak tau rasa mcm mana. tak lama lepas tu kakyang rasa mabuk u. huhuhu


mlmnya pula nak ke culture village. tengok tarian kaum tharu. tarian dia tak menarik. mcm carian cerita tamil yg banyak guna kayu/rotan time diorang gaduh. beberapa tarian dipersembahkan. tp rentak lagu dan tarian sama je. ketukan gendang pun sama je temponya. huhuhu bosan giler. sampai tertido2 lah.
dgn the tharu dancer yg plg chomel. hehe



yg menarik hanyalah tarian merak. itupun sebab merak tu terangguk2 bila menari. hahahah kelakar.
daun ganja. bersepah tepi jalan ja kat sana
the next day 23 March. we check out dan come back to KTM dan check in semula di hotel himalaya. then petangnya keluar semua utk melawat stupa budha (kuil). takde apa yg menarik pun sbb stupa dia simple sangat. then cost nak masuk mahal. end up kami pergi yg 1st je, yg selepas tu semua sampai dpn pintu. tengok price enterance berapa. mahal! jom balik.

Bangunan kat nepal ni nampak serabut. dan kedai2 dia kecik kecik sangat. berhabuk sbb udara depa mmg berdebu. tp bila tengok org nepal, takde pulak banyak jerawat ka apa. pelik kan.

korang layan lah gambar tu. gambar bisa cerita 1001 satu cerita. kakyang frust sebenarnya. banyak gambar kakyang hilang. tak tahu kat mana silapnya. maybe masa transfer gambar ke tumbdrive tu tersalah buat. huhuhu sedih


The next day 24 & 25 kami habiskan dgn ronda2 jln thamel sendiri. sambil2 menunggu ketibaan line up yg lainnya. banyak juga kakyang berhabis duit kat sini. black diamond, rain coat, glove, sweater, seluar, cap, etc huhuhu


utk cerita babak2 menarik sepanjang trip-trip hiking, boleh baca di sini..

ABC Trip: Bukan lg mimpi
ABC Trip: The XPDC
ABC Trip: The Insident

ABC Trip: The Victory
dah bosan la tu..

cantik kan view safari ni.

posing di tengah jln perkampungan tharu. baru abis tengok persembahan yg boring.
bergambar dgn gajah yg balik depoh. depoh eh? watevar :P




bersembang tepi jalan.




buat apa tu.....

antara kemajuan dan kehidupan

menu bf  tiap2 hari. huhuhu

tt session cara depa. heheh

pengukir hensem 




paparazi 

friendly meeting

the art

si penarik becha

sungai di sana


welcome flower kat dpn semua kedai

Thursday, May 11, 2017

ABC Trip: The xpdc

Trip hiking Annapurna Base Camp (ABC) ni kitorang dah rancang seawal setahun yang lalu once success rinjani.
perbezaan kedudukan ABC dan EBC. dulu kakyang ingatkan ABC ni otw ke EBC. hehehe silly me
so masa tu kerol mmg dok plan dah for the trip. bila dia lambat sangat bg iti, ina decide to join trip dgn Lin.

dari situ kami melalui beberapa siri perjumpaan dan diorang sempat join trip ke nuang sekejap untuk test stamina masing2.  Kakyang tak dpt join trip tu sbb clash dgn event lain.

utk stamina kakyang hanya sekadar slow jog sekitar ofis, join a few local run event.

start booking tiket malindo pd 21/10/16. yg ini kelakar. kakyang bantu salah sorang peserta dgn dulukan duit beli tiket flight dia. dah beli baru bgtau nak bayar ansur2. dari 2x jd 3x. pastu bayar tak cukup pula. terkurang RM10.80. hoih ingat tu. kikiki

dah lah terkurang. kita pula dikatanya batu api bila kes lin bergaduh ngan bfnya tu. aduhaiiii.

lupakan lah yg tu. meh kakyang cerita perjalanan ke sana.

Alang-alang tiket mahal, kami adjust pergi awal sikit utk dptkan harga yg sedikit murah. so kami semua decide untuk buat tour kathmandu dulu sebelum gather dgn others ABC's line up. cerita tour kakyang akan cerita dlm next episod. Boleh baca di sini .  Post ni nak consentrate utk cerita on trek shj. tau2 je lah, kakyang kalau bercerita ni details sikit. bertabahlah korang nak membaca dan fhmkan ceritanya ye.. 😜. tak cerita details tak best. nanti nak cerita kat anak cucu dah tak ingat.

apa pun, korang kena bare in mind. ni cerita di pihak kakyang. pihak kawan2 lain kakyang tak tahu. sure diorang ada cerita mereka sendiri kan.

Selepas pindah  ke Hotel Pilgrims yg disediakan oleh #NEX utk trip hiking, kat sini mula berkenalan dgn line up yang lainnya. Kakyang mestilah sebilik dgn my twin, ina.
atas rooftop hotel
malamnya sempat juga buka dapur haram kat atas rooftop hotel. sambil sembang2 mak alang. sesi ice breaking lebih kurang.

Next day,  25March  (Ahad) seawal 6am kami dah gathering di lobby hotel utk get ready ke pokhara. lepas breakfast, group picture kejap, terus angkat sauh. bas parking di main road. so kena jalan sikitlah. daypack bawa sendiri, beg yg lain porter bawakan terus ke bas. masing2 bergerak dgn muka excited.

Perjalanan Pokhara yang mengambil masa selama 7 jam. melalui jalan yang sama mcm ke Chitwan. tp nanti akan keluar di simpang lain. simpang tu kat mana pun entahlah. tak perasan apa2 simpang pun. haha


Tiba di pokhara around 4 petang. Pokhara sejuk mcm cameron highland. lepas check in, rehat jap dan keluar jalan kaki ronda2 pekan pokhara sambil cari makan dan keperluan lain. pekerja kat restoren tu excited tengok kitorang. siap ambil gambar dan upload kat fb dia.

posing di tengah2 pekan Pokhara
dah kenyang, balik semula ke bilik dan get ready repack barang untuk dibawa dlm xpdc sahaja. yg lain tinggalkan di hotel. Korang boleh refer map bawah supaya jelas nama tempat2 perjalanan kitorang. 
trek kami bermula dari siwai ke abc melalui jalan yg ada jhinu hot spring tu. tak melalui poonhill


Selepas breakfast on 26 March, kami mula bertolak ke siwai dengan bas yg mengambil masa 3 jam. bas tu melalui jalan sempit di lereng bukit. menjerit2 kami dlm bas bila ada masa bas berselisih dgn kenderaan lain. ngeri.  sampai kat sana kami unload semula barang masing2 dan get ready utk memulakan trekking. jalan permulaan tu datar je kemudian sikit2 jalan tu mula menaik dan menurun.  paling hazab sekali masa nak sampai kat chomrong lah. menegak jer.  dlm 50-60 degree rasanya. 

1st day kan. standard la kalau kaki tu berat lg.  berat je langkah tu. slow je jalan. masa dok daki chomrong tu abg shariman dok bg semangat. skit je lagi. kita lepas tiang2 letrik tu. dah sampai tiang yg dia tunjuk, muncul lagi tiang2 letrik tu. keluar lagi ayat dari abg man. lagi 3 tiang atas tu kita sampai. fuh! dia punya tiang tu.. mcm magic. boleh bertambah2. hahaha


rupanya masa tu asyok dah sampai puncak chomrong dan turun semula minta nak tolong bawakan beg. mula2 cakap xpe boleh je bawa sendiri, tp bila deepak dan abg sherry kata bg kat asyok, terus buka dan bg je. peh.. ringan badan der. laju ler sesaat jalan tu. pastu tu selow balik. 😁


turun dari chomrong terus trekking lg sampai ke new bridge dan lunch di sini. Kemudian sambung trekking sampai ke lower sinuwa.
di jambatan besi sebaik tiba di siwai
permulaan trek dari siwai




sepanjang perjalanan tu kita akan berselisih dgn gembala kambing, kaldai, dan juga lembu/kerbau. najis bersepah2 atas trek. hadap je. jalan elak2. mana yg tak terelak tu, redho je.




lepas berehat sekejap kat chomrong, kami teruskan perjalanan ke jhinudanda. pastu  brenti lunch di new bridge dan teruskan lg ke sinuwa lower dan naik lg terus ke sinuwa upper. Kami bermalam di situ. mlm tu sebilik dgn kiera.. dinner mlm tu rasanya kakyang request ramen dan garlic soup. air standard la mesti nak black coffee. black dorang ni mcm neskepe jer pun. haha.

mlm tu mandi lg. konon2 x biasa sbb melekit berpeluh. air sejuk beku you! kakyang nak jimat konon. x mau beli air panas. nah ambik ko. sejuk giler air dia. mandi dgn terketor2. 


tidur kul 9, diorang bekalkan sleeping bag tebal dan gebor tebal. tak selesa rupanya tido dlm sleeping bag. kakyang dah bangun kul 12. pastu each hour lelap sekejap2 bangun. terlelap semula bangun semula.


kisah tidur2 ayam mcm ni sampailah abis trip. seksa weh nak lengkapkan trip dgn tidur mcm ni. malam terasa panjang gile. bila dengar org lain boleh je tidur siap berdengkur, rasa jeles sangat. huhuhu


hari Selasa nya on 28 March, kakyang antara yg plg awal bangun. terus keluar bilik dan nikmat pemandangan dari balkoni atas. subhanallah. nampak fish tail kat situ. posing2 tak sudah2 sampai kena suruh turn breakfast. sambil bf, duduk sembang2 kat meja tetiba ada org smash kakyang pasal isu beg kena porter angkat.  pastu yg lg sorang smash pula pasal lambat sangat. woaaaa! tak sangka diorang akan smash kakyang mcm tu. try defence diri. tp since diorang rasa diorang betul. malas nak duk bertekak. air mata kakyang nak kluar. terus capai mug air dan bawa naik balkoni semula. dok sorang2 atas tu sambil nikmati pemandangan puas2. alam lebih mengerti perasaan kakyang masa tu.

pg tu mulakan treking dgn mood sedih. ye kakyang tahu kakyang lambat. tp kakyang susahkan diorang tak? ada kakyang suruh diorang jalan sekali. tunggu kakyang? ada kakyang minta tolong diorang angkat beg kakyang? tak kan? kalau sweeper dan guide tak kata apa pun dan siap ckp no need to hurry, why diorang nak pertikaikan kelembapan kakyang?


so trekking pg tu kakyang banyak diam. layan jalan je. sesekali terkenang kata2 tajam diorang. meleleh balik air mata. takpelah.. biarlah diorang nak kata apa. 


dari sinuwa upper, trekking panjang skit hari tu. akan terus ke himalaya teahouse. trek hari ni akan naik turun naik turun dan turun dan turun turun.. ada satu part tu trek tangganya cantik sangat. kakyang namakan tangga cantik. tangga  ni dekat nak sampai ke himalaya.


pastu dekat nak sampai, sonal berjalan dpn kakyang. tetiba sonal patah balik sambil jerit2. 

"eh nak kena naikkan seluar tak?"

kakyang tertanya kenapa? pastu nampak kat depan tu mcm putih2. eh! batu tu putih ke? kakyang x jelas sbb masa trekking, kakyang x pakai spek. jd tak jelas putih2 tu batu apa warna putih mcm tu sekali. pastu kenapa sonal nak naikkan kaki seluar dia?

bila dah mendekati batu putih tu baru kakyang perasan tu rupanya salji! yea! akhirnya jumpa salji!. rupanya salji tu adalah akibat dari avalance. patutnya area tu xde salji.
posing di teahouse himalaya
sonal siap guling2 pegang salji. kakyang cool sahaja sbb ni bukan kali pertama kakyang tengok salji. dah pegang salji kat korea dulu kan. siap main ski you.. eksyen! huh😝

so we crossing runtuhan salji tu sikit dan terus sampai ke Himalaya teahouse.

Disebabkan kakyang lambat lampai, kakyang terlepas utk sebilik dgn siblings yg lain. so dpt lah sebilik dgn adila, shack, madiha. ber4. cool juga adik2 tu. lepas dinner, terus masuk bilik, prepare apa yg patut dan terus tido. x larat. nak mandi pun tak sanggup dah. sejuk banget sih.

tp mcm mlm sebelumnya lah. kakyang terjaga t/mlm dan tak tidur sampai pagi.. huhuhu

Next day hari rabu, 29 march adalah hari yang kami tunggu. kami akan trekking terus ke ABC dari himalaya. kami mula melalui trek bersalji. mula2 pakai full siap dgn down jacket etc. sekali dah berjalan, dah panas, kakyang buka terus down jacket tu. tinggal tshirt n thermal jer. trek dari himalaya tak lah terlalu mencanak. tp up n down juga lah. kat sini dah mula pakai champrone sbb takut licin salji.

sepanjang trekking ni abg shaerry dah kerap pesan supaya jaga pernafasan. tarik dlm2. hold. dan hembus. tarikkk. hold. hembus.

kakyang try ikut pesan dia. dan alhamdulillah  tak de sebarang komplikasi. since trekking pun dlm sejuk, jd it a bonus to kakyang utk facing trek yg panjang tu dgn cool.

dari himalaya ke deurali, dan terus ke MBC. kami berhenti lunch kat sini. di sini abg sherry check status heartbeat masing2. abg man, kak siti, twin, hearbeat diorang not so good. esp kak ct. abg sherry discuss utk bermalam kat situ dan buat survey. hanya 6 yg setuju, the rest nak mulakan semula ptg tu juga.

masa survey ni, kakyang dah terfikir, kalau bermalam, then next day kami perlu keluar awal pagi utk bergerak ke abc. baru bangun tido, suhu sejuk yg melampau, dan angin yg kuat akan menyukarkan lagi pergerakan nanti. better teruskan petang ni juga. kalau tunggu pagi esok, kemungkinan nak success lagi susah.

alhamdulillah, apa yg kakyang fikirkan tu sama dgn apa yg abg sherry fikir. dan semua sebulat suara nak teruskan perjalanan.

lepas sejam lunch dan pulih tenaga masing2. kami mulakan perjalanan ke ABC. dari MBC ke abc, it will take another 3 hours. pace normal. paced mcm kakyang ni akan add another 1 hr.

masa jalan tu kakyang ditemani oleh kiera dan shack. abg sherry and deepak mcm biasa lah jd sweeper kat belakang.

lepas 1 hr perjalanan dari sinilah yg shack collapsed. boleh baca kat sini . lepas dah uruskan bawa shack turun, kami teruskan perjalanan. kami sampai ke papan tanda abc around kul 7pm. bergambar sekejap, pastu teruskan lg perjalanan ke teahouse abc. sampai kat sana, rupanya ramai lagi yg tumbang. boleh baca cerita ni kat sini

malam tu dpt tido sebilik dgn kiera, zuri dan adila. kira dan zuri dah rapatkan katil dan tidur berpelukan. sejuk sangat kot. kakyang tido sorang tepi bilik. bilik sebelah tu bilik kapt fikri ngan tuan zam. main laung2 je ckp ngan diorang. kalau ada dengar bunyi yg bukan2 tu buat tahu je yer.. hahahahaha takut berdengkur la tu.

nak berdengkur apanya. mlm tu lg kakyang x boleh nak tido. mula2 masuk dlm sleeping bag, siap gebar tebal lagi. disebabkan rasa x selesa nak bergerak, lastnya tolak je sleeping bag tu kebawah, tidor bawah gebar je. lena kejap2 je. sampai round kul 4am, dah tak boleh tidur sangat dah. pastu terfikir, nak tunggu sunrise lah. jap lg dah nak subuh.

kakyang bangun bawa camera kluar dan ronda sorang2. pusing sana pusing sini. nak turun sangat ke bawah pun x boleh sbb salji tebal dan tak pakai proper boot. kakyang bersandal je. so berlegar atas kaki lima je lah. tak lama lepas tu adila join keluar. kami mula la mencari port utk ambil view terbaik. 

pastu bila matahari mula kluar dan dah nampak nak terang, terus kejutkan twin dan yg lain,. cpt2 kluar. jom tengok golden sunrise!

one by one mula kluar dari bilik masing2 and enjoying the view. subhanallah! tak terkata mcm mana. mcm nak dok situ lama2. nasib baiklah sejuk gedi, kalau tak.. kakyang apply PR terus kot. hahahaha

selepas puas posing2, breakfast, masing2 mula angkat sauh utk decending ke mbc semula. singgah sekejap kat papan tanda abc utk bergambar ramai2 dan mula turun semula.

perjalanan turun rasa sedikit senang. sampai satu lereng tu tiba2 ina slide ke bawah, kami yg lain apa lg. mula ikut langkah. mula2 tu kakyang cuak juga. takut terbabas terus entah kemana2. tp bila tengok yg lain ok je, terus kakyang duduk dan slide! yeeehaaaaaaa ariba ariba!. fuh! fun doh. rasa mcm kanak2 ribena.

lepas dari tu, mata asyik la mencari peluang yg boleh slide lg. try lg satu tempat yg dah menghampiri mbc. tp sliding x selaju yg mula2 td. 

sampai mbc abg sherry dah tunggu utk sambut kitorang. once jumpa dia je terus tanya keadaan shack and update dia serba sikit pasal keadaan di atas semalam. kami berehat sekejap kat situ. then abg sherry decide utk bg abg man, kak ct dan shack turun dgn heli dgn ditemani ram. sempat juga berkenalan dgn sherpa everest yg kebetulan ada kat situ. abg sherry cerita, dia yg banyak membantu pulihkan shack kat mbc.

kemudian perjalanan turun diteruskan.  perjalanan hari ni akan panjang dan kami dijangka sampai malam. dlm perjalanan, kakyang mula rasa perut pedih. tu tandanya sudah sampai waktu makan. ye lah, last kami makan kul 6am td, nak tunggu next meal adalah lunch yg dijangka di himalaya pd kul 1pm. impossible boleh bertahan next 6 hrs. kakyang mmg x simpan apa2 makanan dlm beg sbb tak pernah di jamah. yg ada pun just sweet. . then kakyang request ngan abg sherry, boleh tak makan kat any teahouse. lapar sangat rasanya.

then abg sherry brenti kat deurali dan orderkan kami ramen dan sup garlic. sharing makan. just nak alas perut je pun. and some coke utk tambah tenaga.

dah habis mkn, kami teruskan lg perjalanan ke himalaya. sampainya di sana dlm kul 12.30pm. semua yg lain dah turun. tinggal kami je. since kami dah makan, jamah skit2 je makanan kat situ dan dlm kul 1 kami teruskan perjalanan terus ke sinuwa upper.

masa ni ina dan zuri kat depan. since trek tu bertangga menurun. diorag berlari2 turun. kakyang dah cuak. takut diorang sakit lutut disebabkan hentakan tu. terus tegur dan ina. careful ya. jaga lutut. 

masa ni hari mula gelap. ina dan zuri nak cepat. diorang dah mula ke hadapan. kakyang pula x boleh nak speeding sangat. sbb tapak kaki dah blister teruk. ada masa2 tengah jalan, blister tu pecah. boleh dengar mcm bunyi pop gitu. bila dah pecah, lg sakitlah nak menapak.

then dlm masa yg sama kakyang dok folo pace kiera kat depan. kakyang tanak potong dia sbb takut dia stress.

sampai satu masa, ina dan zuri dah jauh kehadapan dlm gelap tu. kakyang suarakan kerisauan pd abg sherry. abg sherry utk terus folo diorang. takut diorang termiss junction or etc. deepak dan DM ada masa tu utk teman kakyang. 

tak lama lepas tu nampak ina mcm slow down. rupanya dia dah mabuk coke. kiera dah ke depan jln dgn zuri.akhirnya lebih kurang kul 7mlm kami sampai ke sinuwa upper. kami berhenti bermalam kat situ.

Sampai je teahouse, terus letak barang dan masuk ke dining. semua dah ada kat situ dan tunggu dinner masing2. disebabkan terlalu penat, apetite dah hilang. apa abg sherry mkn, kakyang mkn. dia buatkan mushroom soup. disorongnya sup tu suruh minum. dihulurnya kopi dia, pastu rasa x boleh habiskan ramen. suruh abg sherry makan sikit. sekali tengok dia abiskan semua. diam je lah. bila kiera pula ckp x lalu ramen, dia ambil nak abiskan. kakyang ckp. "abg. tinggal skit utk nath."
abg sherry balas. "eh td ko punya pun x boleh abis"
"i suh abg ambil separuh je. tengok abg dah abiskan semua, diam je lah"
hahaha

pastu abg sherry paksa kakyang mandi. sejuk gedi kot nak mandi. dia paksa mandi juga. nak tanak kakyang terpaksa abiskan 200 rupee utk air panas.  mahal oh..

sekali pergi bilik mandi, tengok2 dah ada org masuk. si roy rupanya. dia potong q. dia pulak kata org potong q dia. bila dapat turn mandi, mak ko... air panas gile doh. mcm nak terbakar kulit mulus kakyang ni. mulus kerrrr😒 

kakyang sebilik dgn zuri kat sini. dpt bilik belakang sekali. terpisah dari yg lain. barang2 pun dah tak larat nak kemas. bila nak tido, kena clearkan katil. main campak2 je ke bawah. janji dpt baring. zuri dah nak tido. dia dah mula berdengkur. kakyang mula susah nak lelap mata sbb kepenatan. di selang pula dgn dengkur zuri. baru terlelap sekejap, dah terjaga. adoiiii mata tak mau lelap balik. pusing sana pusing sini, kakyang decide bangun dan  keluar ambil angin luar.

ingatkan kat luar tu adalah lampu or ada tempat yg boleh lepak2. rupanya totally gelap gulita. berjalan2 dpn dorm yg lain. dah tak tahu nak buat apa. tiba2 hujan pula. terpaksalah kakyang masuk balik bilik dan cuba tidur semula. nasib baik boleh lelap balik sbb kena dodoi dengan bunyi hujan. alhamdulillah.

esoknya kakyang masih jd org terawal bangun. gosok gigi etc, siap2 barang dan ready utk sambung perjalanan keluar ke siwai.

trekking hari ni mencabar juga, haritu masa naik, trek ini menurun, kali ni hadaplah menaik pula. nak2 part tangga cantik tu. aiyoooooo nauzubillah rasanya. dgn kaki blister lagi, rasa mcm perit sangat.

then kali ni kami lalu jln lain sikit. jalan naik haritu sebenarnya jalan 2nd option sbb jalan ini ada runtuhan batu. balik dah boleh lalu sbb diorang dah clearkan jln tu. 

sambil2 jalan tu dok perembang conversation abg sherry dgn deepak lagi. nak tau apa progress kak ct dan abg man. rupanya diorang dah selamat sampai ke kathmandu dgn heli. terus admited di private hospital dan dengar  kata diorang nak discaj juga ptg nanti utk balik sama. masa ni baru dpt tau rupanya abg man ada masalah kesihatan sikit. risau jugalah jdnya takut dia tak boleh balik. 

dah abis harungi segala cabaran trekking hari tu. lastnya sampai ke siwai around 4pm. dari td dok menahan nak terkucil. sekali sampai, tak sempat nak duduk. terlepas daaa.. jenuh otak meracau nak balik mcm mana ni? lastnya minta bantuan zuri. nasib baik lah dia pakai seluar 2 lapis. nak tanak. pinjam la seluar dia satu. hahahhahaa loqlaq hang kakyang oiii..

masa dok tukaq sluar tu, bas dah dok hon2 dah. apa la 2 org pompuan ni dok buat dlm bilik air lama sangat. semua org dah terjenguk2 dah. sampai je kat sana, terus semua tanya kenapa nath kenapa?

biarlah rahsia. muahahahaha

for next 4 hours we travel back to pokhara..  misi ABC terlaksana sudah!