Friday, July 14, 2017

Nepal: 23 March - 1 April 2017

Trip ni sebenarnya trip hiking. tp disebabkan tiket mahal kalau beli execly date trip hiking,  kami semua decide untuk beli date awal sikit dan buat tour kathmandu dulu sebelum gather dgn others ABC's line up.

Utk post ni, kakyang akan focus cerita pasal Trip ke Chitwan dan review kakyang mengenai Nepal.

Ju dah uruskan part trip ke Chitwan since part hiking diuruskan oleh ina. atau lebih tepat lagi oleh NEX. cost utk tour Chitwan dlm 1k juga. dan cost untuk hiking Annapurna Base Camp (ABC) dlm 1900. both ground cost shj. tak termasuk cost shopping2, makan2, dan keperluan yg lainnya. utk side cost ni, kakyang rasa kakyang berhabis dlm 5k juga. dari A-Z. tp yg kakyang gunakan utk totally duit poket (mkn+ shopping) masa trip dlm 2k shj. Kakyang spare 3k actually. tp bila teringat yg dah berbelanja lebih sangat pada persediaan sebelum trip tu, so kakyang decide kena hadkan perbelanjaan masa dlm trip.
kat KLIA. menunggu flight pergi

Kecut perut bila tengok duit cair mcm paip pecah. huhuhu

OK. meh back to the story..

flight kami ke KTM pd 21 March 2017 jam 6.10pm delay sejam. dan sampai kat sana dlm kul 12t/mlm (lebih kurang kul 10pm KTM). Waktu di sana 2 jam lewat.
Dill the tour guide. comel



sampai je kat airport, Dill, guide untuk tour KTM dan Chitwan dah siap tunggu. KTM sejuk u.. siap je kat airport. ada upacara kalung2 bunga lg. then kami di bawa utk check in di Himalaya Hotel.  Dari situ kami pergi dinner. rupanya restoren yg dia nak bawa tu dah tutup, jd reroute ke restoren lain yg ada disco. apa2 je lah. kami pun dah kepenatan dan mengantuk. janji dpt alas perut sikit sebelum tidor pun jdlah.

Selesai di situ, balik semula ke bilik. dan esoknya (22 March) get ready untuk ke Chitwan seawal jam 6 pg. perjalanan ke chitwan dgn bas mengambil masa 6-7jam. jalannya nauzubillah. mcm jalan kampung zaman dolu2. sepanjang perjalanan, dihidangkan dgn view yg osem giler. naik turun gunung. selekoh2 tajam di lereng gunung. sampai ada masa tu kitorang menjerit sbb bas ambil coner baring betul2 tepi jurang. phiewww kluar peluh jantan you.

waiting for late dinner upon arriving. mata masing2 x larat angkat dah
dlm jeep nak ke safari park

Sampai chitwan dlm kul 2ptg. check in dan terus proceed ke safari park. ronda safari dgn menaiki gajah. makan masa sejam juga. sampai sempat boring la.

satu gajah 4 org. kakyang naik dgn ju, kak sabariah dan abg man.  Ina, zuri, anoy, dan kak ct naik lg 1 gajah.

kena duduk kat penjuru baik2. bila salah duduk, seat jg x balance. gajah pun akan jalan senget. bila jd mcm ni, pengembala gajah yg dok depan sekali akan suruh kita adjust balik cara kita duduk tu.


gajah ni ada peel pelik. dia pembersih sebenarnya. bila jalan2 tu. dia tanak pijak najis dia, dia tanak pijak lecak atau tempat berlumpur. kita boleh tengok gajah tu akan try cari jalan yg bersih kat tepi2 denai. bila dia try buat mcm  ni, gembala gajah akan pukul kepala dia dgn besi bercangkuk tajam. kesian oh. mcm kejam jer tindakan tu.

sepanjang 1 jam perjalanan ronda safari tu, sempat la jumpa rhino, buaya, rusa, merak, ayam, monyet. hutan safari dia tak tebal mcm hutan kita. pokoknya tumbuh jarang2 je. tp cantik sangat. layan gambar kat bawah
makcik2 ni bab posing no 1. huh!

sattle kat situ, balik semula ke hotel. kami sempat singgah ke sungai belakang hotel untuk tengok sunset. sepanjang jalan ke sungai tu jumpa pokok2 renek berdaun mcm pokok ubi kayu. rupanya tu pokok ganja. kakyang try makan pucuk ganja tu. nak tau rasa mcm mana. tak lama lepas tu kakyang rasa mabuk u. huhuhu


mlmnya pula nak ke culture village. tengok tarian kaum tharu. tarian dia tak menarik. mcm carian cerita tamil yg banyak guna kayu/rotan time diorang gaduh. beberapa tarian dipersembahkan. tp rentak lagu dan tarian sama je. ketukan gendang pun sama je temponya. huhuhu bosan giler. sampai tertido2 lah.
dgn the tharu dancer yg plg chomel. hehe



yg menarik hanyalah tarian merak. itupun sebab merak tu terangguk2 bila menari. hahahah kelakar.
daun ganja. bersepah tepi jalan ja kat sana
the next day 23 March. we check out dan come back to KTM dan check in semula di hotel himalaya. then petangnya keluar semua utk melawat stupa budha (kuil). takde apa yg menarik pun sbb stupa dia simple sangat. then cost nak masuk mahal. end up kami pergi yg 1st je, yg selepas tu semua sampai dpn pintu. tengok price enterance berapa. mahal! jom balik.

Bangunan kat nepal ni nampak serabut. dan kedai2 dia kecik kecik sangat. berhabuk sbb udara depa mmg berdebu. tp bila tengok org nepal, takde pulak banyak jerawat ka apa. pelik kan.

korang layan lah gambar tu. gambar bisa cerita 1001 satu cerita. kakyang frust sebenarnya. banyak gambar kakyang hilang. tak tahu kat mana silapnya. maybe masa transfer gambar ke tumbdrive tu tersalah buat. huhuhu sedih


The next day 24 & 25 kami habiskan dgn ronda2 jln thamel sendiri. sambil2 menunggu ketibaan line up yg lainnya. banyak juga kakyang berhabis duit kat sini. black diamond, rain coat, glove, sweater, seluar, cap, etc huhuhu


utk cerita babak2 menarik sepanjang trip-trip hiking, boleh baca di sini..

ABC Trip: Bukan lg mimpi
ABC Trip: The XPDC
ABC Trip: The Insident

ABC Trip: The Victory
dah bosan la tu..

cantik kan view safari ni.

posing di tengah jln perkampungan tharu. baru abis tengok persembahan yg boring.
bergambar dgn gajah yg balik depoh. depoh eh? watevar :P




bersembang tepi jalan.




buat apa tu.....

antara kemajuan dan kehidupan

menu bf  tiap2 hari. huhuhu

tt session cara depa. heheh

pengukir hensem 




paparazi 

friendly meeting

the art

si penarik becha

sungai di sana


welcome flower kat dpn semua kedai

No comments: