Monday, August 29, 2016

Nepalnise.. wait for me!

Hahahahhaa kakyang dah beli tiket ke nepal!
travel 2 minggu u... harap2 time ni abg sihat walafiat wal lepat liat.
 Abg2 nepal! tunggu aku datang!
siapa yg nak jd anak ikan ai kali ni, sila isi borang siap2 ye. jawatan tengah kosong tu. ai dah terminate yg lama.

hahahahha gila bueks!

Wednesday, August 17, 2016

Dugaan sebagai persediaan

Abg hospitalised dah seminggu lebih. akan stay kat hospital for next 5 weeks lagi. utk antibiotic treatment bg sakit dia tu.

so life kakyang lately mmg hettic skit lah. p kerja sendiri. ada hari kena jalan kaki lebih kurang 1km ke busstop. berfeluh2. ada hari kalau terlambat, ambik teksi. sekali bayar.. boleh dpt lunch sehari. duit pun mcm cair. travel by teksi 3,4x sehari. kira lah berapa nak kena bayar kalau sekali naik 7-8 ringgit.

kereta kat rumah terbiar je. boleh pandang tp tak boleh bawa. kakyang terpaksa travel sana sini dgn public cab. huh.

semalam, sbb tengok abg mcm tak stabil, kakyang balik dari hospital lambat skit. dekat kul 9pm baru kluar dari hospital. tunggu punya tunggu bas, kul 9.30 baru dpt bas. nasib baik jln dah lengang. sebelum kul 10pm dah sampai s/a. dari s/a nak ke rumah kakyang ambil another bas. naik dah 1 bas ni semalam. dah bayar tambang pun. nasib baik ler driver tu tanya nak p mana.rupanya dah tersalah bas. bas yg patut kakyang naik tu mesti ada T di depannya. no sama plak tu. huhuhu kalau driver tak tanya tu, mau dah terlepas ke destinasi lain. jenuh la pula nak cari bas patah balik. allahuakbar... turun semula bastu, tunggu bas yg betul. akhirnya sampai rumah dah dekat kul 11.

balik rumah, cari pula document dan barang2 yg abg nak. alhamdulillah.. dpt. abg pesan nak bawang goreng. tak larat dah nak buat. nak kopek, nak mayang pun makan masa. kul brapa nak tido pula nanti. tak jd buat pun. badan dah letih. terus takmau buat apa2 dah. masa tunggu bas nak balik s/a tu tiba2 air mata mengalir sendiri kenang keadaan sekarang. bila pk2 balik, redho je lah. agaknya allah nak duga. agaknya allah tengah prepakan diri kakyang. manatau tetiba benar2 ditinggalkan sendiri, agak2 kakyang boleh tak berdikari. bila pk mcm tu. hati jd tenang dan redho.

ya Allah telah bg training kat aku ni. kalau terjadi apa2, plg tidak kesusahan yg dirasai nanti taklah terasa sangat.

Ya allah.. semoga ada hikmah di sebalik semua dugaanMu ini..

Monday, August 15, 2016

Gunung Tahan: The Journey & Mistic

Siapa yg asal usulkan gunung tahan ye? rasanya julie. then, yg dpt ikut cuma kyang, kakct dan julie sendiri. abg man ada hal. ina sbb anak nak exam so takmau pi
kali ni collaboration dengan duo team. tak kenal. julie yg kenal dari group ledang.

pd hari kejadian, kami semua tumpang julie, gerak dari ofis. janji jumpa kat lrt Gombak tu dlm kul 8mlm, end up kul 12t/m baru dapat gerak dari situ. edarkan ratio, edarkan baju. then mula gerak ke merapoh. KL-merapoh dlm 4 jam jugak singgah makan jap kat bentong. baru la dpt suai kenal skit2 dgn adik2 situ. semua malu2 lagi. pastu baru sambung semula ke merapoh.



masa dlm perjalanan ni, kami hampir xcdent masa nak ambik satu selekoh tu. masa tu kakyang tengah tunduk nak ambik barang, angkat2 je kepala, dengar julie jerit, serentak dengan nampak cahaya terang depan mata kakyang.  julie terus pusing stereng ke kiri. mengelak kereta dari depan yg nak memotong lori di selekoh. allah hurobbi.. mana letaknya otak driver tu pun entah. nasib baik x jd apa2 pd kami.





sampai merapoh dlm jam 4 lebih rasanya. singgah tido jap dlam surau. sementara tunggu pagi utk sarapan. rupanya takde sarapan apa2 pun kat situ. dlm dok tunggu semua berkumpul semula. diorang dok tunggu lg ada yg takde kakyang bilang semua dah ada tp masih kata ada yg takde. rupanya diorang tengah tunggu atiq yg dok lena nyenyak dlm kereta julie. diorang ingatkan dia kat dlm tandas. doh!

then gerak ke kg merapoh. di situ singgah sarapan dan bungkus makanan utk mkn t/hari dlm perjalanan hiking nanti. sambil2 tu sembang2 dengan wakil guide kat situ. rupanya bukan abg tu yg akan bawa kami nanti. ada guide lain. selesai urusan tapau etc di sini, terus shoot ke pejabat ranjer gunung tahan.

kat situ kita diminta tebar semua barang2 akan dibawa. dan semuanya kena declare dgn renjer. apa yg bawa naik, itu yang bawa turun. selesai tu baru lah naik4x4 ke kem dlm tu.. alamak lupa plak apa nama kem tu. di situ baru lah jumpa dgn guide yg akan bawa masuk hiking. dengar sedikit sebanyak taklimat do n dont semasa trip nanti. banyak lebah dan rama-rama. ada sungai ikan kelah. tp x sempat pergi. dikenalkan dgn pokok yg ada getah gatal. then trip bermula. naik titi gantung seberang sungai.

pastu baru lah perjalanan landai menyeberang 4x sungai besar. bermalam di kem kor 1 mlm. mlm tu duo yg jd tukang masak. kami ni bagaikan puteri. dok terperap dlam khemah je. sedar2 ada sorang adik tu dtg bgtau makanan dah masak. bak pinggan dan cwn akak. dia nak tolong ambikkan.

deng! mana bawa cwn dan pinggan. tak pesan pun!. hahahahaha tu la bahananya biasa melenggang naik turun gunung besar2 yg ada porter. semua porter sediakan. sekali camping dlm hutan sendiri baru tau cerita.. hahahaha malu siot.

lastnya kami mkn tumpang pinggan adik2 lain tu. sedap juga duo masak. masak dlm mestin je pun. mcm2 menu. yg plg dia suka buat, nasi goreng lah.

mlm tu hujan pula.. dah la bawa khemah bodo je. ingatkan kalis air, rupanya air bolos melalui lubang2 jahitan khemah tu. mlm tu tidur la kami dlm kesejukan.. berlantaikan kanvas yg berbenjol2. sakit badan ooo.

esoknya seawal jam 9pg sambung semula perjalanan ke kem botak dgn melepasi kem2 lainnya. time ni jalan mula mendaki dgn tebing2 yg mula berselirat dgn akar. panjat akar2 tu utk naik ke tebing sebelah atas. masa dlm perjalan ke kem kubang, kak ct dah mengadu lapar. dan ckp nak matan. tp guide advise makan kat kem kubang sebab kat situ lebih selesa untuk letak barang.  akibatnya kak ct dilanda gastrik dan angin mula menyerang. kak ct mula down lepas tu. stamina dia mula drop sbb sakit kepala.

kami melalui kem bonzai. nak melepasi ke kem botak tu punya la kesian. sampai satu tahap kak siti dah tanya. boleh tido kat sini je tak? boleh tido kat sini je tak? pdhal kem botak masa tu dah dekat sangat. dekat x dekat la. 3 bukit juga nak kena panjat. sampai kem botak. terus landing dlm khemah. julie tolong urutkan kak ct. kakyang ambik kesempatan kluar dan minggle dengan adik2 lain.

sementara tunggu adik2 tu makan kakyang layan lepak bawah fly guide sekejap. layan2 borak guide yg poyo sangat! then lepak pulak dgn adik2 lain sambil2 cerita dlm gelap dan sejuk giler tu sambil2 tengok bintang di langit yg subhanallah cantiknya. tp tak cukup terang sampai nampak milky. milky ye.. bukan malki. hehehehe (org tu kenal la malki tu..)

then esoknya, dlm kul 5pg, start gerak naik ke puncak. alah.. puncak dari kem botak tu dah tak jauh dah tak lah sejauh laban rata ke puncak kinabalu. tak sejauh plawangan ke puncak rinjani semua bongzai. sekejapan dah sampai puncak. tak de lah strugle sangat ke puncak tu. view cantik sangat.

turun dari kem botak tu kami mula2 kemas brg utk turun semula ke kem kor. rupanya perjalanan turun lebih mencabar dari naik sbb turun melalui akar lagi sukar dari naik dari akar.

tak lama lepas bergerak dari kem kubanglah yang kakyang tercuai sehingga jatuh terguling2. cerita jatuh ni boleh baca di post sini.

dari situ, kakyang dah mula jalan terhincut sbb terseliuh. nasib baik x patah. kalau patah, kakyang x boleh nak bayangkan nak melepasi lg berbelas km ke bawah tu mcm mana. end up kami ber3 sampai ke kem kor dlm kul 10mlm.

bila melintas je sungai akhir ke kem kor tu, guide melepaskan marah dia dgn baling mercun bola ke kawasan khemah. sebagai tanda protes dia bila takde sorang pun dari adik2 tu yg naik semula cari kami bila kami lewat keluar hutan.

masa ni lah kakyang tengok guide tu pasang fly dia sendiri tanpa bantuan sesiapa. fuh. mcm senang doh. tak sampai beberapa minit siap. hebat oh!

since dah lewat malam, semua terus tidur.  guide ofer kakyang tidur kat fly dia je since khemah kami jauh ke belakang. dan sbb kaki kakyang terseliuh. kakyang reject offer dia sbb segan.

masa tidur dlm khemah julie di kanan kakyang, kakct di sebelah kiri. kakyang tidur tengah2. tiba2 kakyang terjaga dari tidur sbb terasa hujung jari kakyang mcm dijemput sesuatu. rasa tu mcm ada mulut/tangan yg menarik2 jari kakyang. 3x kakyang kena mcm tu.

kakyang bingkas bangun dan tarik kaki. kakyang duduk sambil peluk lutut. pandang ke arah kaki dan luar khemah. dlm samar2 cahaya bulan tu kakyang pandang sekeliling khemak. kalau2 terlihat kelibat binatang atau orang di luar khemah. lama juga kakyang duduk mcm tu.

tiba2 julie tersedar dan  tegur.

nath! nath! kenapa ko ni nath? 
takde apa2. tak boleh nak tido je. 

kakyang bg alasan. tak kan nak cerita apa yg kakyang rasa. mau dia tak tidur pula. kakyang cuba berfikir cara sainstifik. agaknya kaki julie kot..

dah. dah.. tido balik. jgn main2!

kakyang baring semula. cuba tidur balik dan mmg terlelap pun.
tiba2 lagi sekali kakyang rasa kaki kena tarik. kali ni kakyang hanya angkat kepala dan pandang kaki. cari apa yg menarik kaki kakyang td? takde apa. yg nampak kaki julie saja hujung kaki kakyang tu. tp kaki julie jauh kehujung sana. tak mungkin jari kaki dia boleh cubit kaki kakyang pula.

kakyang mula seram sejuk dan tak sedap hati. kakyang berfikir2 sendiri. nak terus tidur situ, atau kluar dan p tidur kat khemah guide?

lama kakyang timbal balik nak buat keputusan. akhirnya kakyang ambik keputusan pergi tidur kat khemah guide.

kakyang buka khemah dan nekad keluar. apa ada kat luar khemah (kalau ada), hadap je lah.. kakyang jln cpt2 ke khemah guide.

sampai kat khemah guide, kakyang kejutkan dia.

awak. awak. saya nak tido sini.

terpisat2 guide tu terkejut tengok kakyang.

ha.. kan td dah suruh tidur sini je. sibuk sangat nak balik khemah sana.
nah. ambik sleeping beg ni dan tidur sebelah sana

dia tunjuk tempat kakyang. dah tahu dah tu tempat utk kakyang. dia dah prepare awal. dibuatnya benteng kat tengah2 khemah tu dgn beghiking dan barang2 hiking yg lain. jd dia hujung sana, kakyang hujung sini.

kakyang tak tunggu lama. buka je sleeping bag tu, terus masuk dan zip badan dlm tu. mengerekot terus dlm tu. sjuk dan takut sama naik. sedar2 dah tertido sampai siang.

esoknya kemas2 barang dan turun semula ke kuala juram. alhamdulillah wpun perjalan dlm terhencot2. kakyang manage keluar hutan tanpa perlu bantuan orang.

stop sini dulu. nak p joging jap. nanti sambung..



si jalak lenteng yg ada hati nak mengorat mak2 orang

dengar taklimat dari renjer selepas kira barang
kusyuk nor ye


jalan nak ke kuala juram
































keratan rentas gunung tahan dan pit stopnya.

Thursday, August 4, 2016

Tuesday, August 2, 2016

Challenge The Challenger

ada org buat 60km trail dan kita nampak mcm cun jer berminat lah nak try next event tu genap2 next year ada brani ka?

Ada apa dengan Cinta

OMG.. saya rindu! rindu naik gunung rindu camping rindu bunyi sungai rindu bunyi unggas hutan rindu gelak ber5 sintom org grounded bergunung mcm tu la. hahahaha