kali ni collaboration dengan duo team. tak kenal. julie yg kenal dari group ledang.
pd hari kejadian, kami semua tumpang julie, gerak dari ofis. janji jumpa kat lrt Gombak tu dlm kul 8mlm, end up kul 12t/m baru dapat gerak dari situ. edarkan ratio, edarkan baju. then mula gerak ke merapoh. KL-merapoh dlm 4 jam jugak singgah makan jap kat bentong. baru la dpt suai kenal skit2 dgn adik2 situ. semua malu2 lagi. pastu baru sambung semula ke merapoh.
masa dlm perjalanan ni, kami hampir xcdent masa nak ambik satu selekoh tu. masa tu kakyang tengah tunduk nak ambik barang, angkat2 je kepala, dengar julie jerit, serentak dengan nampak cahaya terang depan mata kakyang. julie terus pusing stereng ke kiri. mengelak kereta dari depan yg nak memotong lori di selekoh. allah hurobbi.. mana letaknya otak driver tu pun entah. nasib baik x jd apa2 pd kami.
sampai merapoh dlm jam 4 lebih rasanya. singgah tido jap dlam surau. sementara tunggu pagi utk sarapan. rupanya takde sarapan apa2 pun kat situ. dlm dok tunggu semua berkumpul semula. diorang dok tunggu lg ada yg takde kakyang bilang semua dah ada tp masih kata ada yg takde. rupanya diorang tengah tunggu atiq yg dok lena nyenyak dlm kereta julie. diorang ingatkan dia kat dlm tandas. doh!
then gerak ke kg merapoh. di situ singgah sarapan dan bungkus makanan utk mkn t/hari dlm perjalanan hiking nanti. sambil2 tu sembang2 dengan wakil guide kat situ. rupanya bukan abg tu yg akan bawa kami nanti. ada guide lain. selesai urusan tapau etc di sini, terus shoot ke pejabat ranjer gunung tahan.
pastu baru lah perjalanan landai menyeberang 4x sungai besar. bermalam di kem kor 1 mlm. mlm tu duo yg jd tukang masak. kami ni bagaikan puteri. dok terperap dlam khemah je. sedar2 ada sorang adik tu dtg bgtau makanan dah masak. bak pinggan dan cwn akak. dia nak tolong ambikkan.
deng! mana bawa cwn dan pinggan. tak pesan pun!. hahahahaha tu la bahananya biasa melenggang naik turun gunung besar2 yg ada porter. semua porter sediakan. sekali camping dlm hutan sendiri baru tau cerita.. hahahaha malu siot.
lastnya kami mkn tumpang pinggan adik2 lain tu. sedap juga duo masak. masak dlm mestin je pun. mcm2 menu. yg plg dia suka buat, nasi goreng lah.
mlm tu hujan pula.. dah la bawa khemah bodo je. ingatkan kalis air, rupanya air bolos melalui lubang2 jahitan khemah tu. mlm tu tidur la kami dlm kesejukan.. berlantaikan kanvas yg berbenjol2. sakit badan ooo.
esoknya seawal jam 9pg sambung semula perjalanan ke kem botak dgn melepasi kem2 lainnya. time ni jalan mula mendaki dgn tebing2 yg mula berselirat dgn akar. panjat akar2 tu utk naik ke tebing sebelah atas. masa dlm perjalan ke kem kubang, kak ct dah mengadu lapar. dan ckp nak matan. tp guide advise makan kat kem kubang sebab kat situ lebih selesa untuk letak barang. akibatnya kak ct dilanda gastrik dan angin mula menyerang. kak ct mula down lepas tu. stamina dia mula drop sbb sakit kepala.
kami melalui kem bonzai. nak melepasi ke kem botak tu punya la kesian. sampai satu tahap kak siti dah tanya. boleh tido kat sini je tak? boleh tido kat sini je tak? pdhal kem botak masa tu dah dekat sangat. dekat x dekat la. 3 bukit juga nak kena panjat. sampai kem botak. terus landing dlm khemah. julie tolong urutkan kak ct. kakyang ambik kesempatan kluar dan minggle dengan adik2 lain.
sementara tunggu adik2 tu makan kakyang layan lepak bawah fly guide sekejap. layan2 borak guide yg poyo sangat! then lepak pulak dgn adik2 lain sambil2 cerita dlm gelap dan sejuk giler tu sambil2 tengok bintang di langit yg subhanallah cantiknya. tp tak cukup terang sampai nampak milky. milky ye.. bukan malki. hehehehe (org tu kenal la malki tu..)
then esoknya, dlm kul 5pg, start gerak naik ke puncak. alah.. puncak dari kem botak tu dah tak jauh dah tak lah sejauh laban rata ke puncak kinabalu. tak sejauh plawangan ke puncak rinjani semua bongzai. sekejapan dah sampai puncak. tak de lah strugle sangat ke puncak tu. view cantik sangat.
turun dari kem botak tu kami mula2 kemas brg utk turun semula ke kem kor. rupanya perjalanan turun lebih mencabar dari naik sbb turun melalui akar lagi sukar dari naik dari akar.
tak lama lepas bergerak dari kem kubanglah yang kakyang tercuai sehingga jatuh terguling2. cerita jatuh ni boleh baca di post sini.
dari situ, kakyang dah mula jalan terhincut sbb terseliuh. nasib baik x patah. kalau patah, kakyang x boleh nak bayangkan nak melepasi lg berbelas km ke bawah tu mcm mana. end up kami ber3 sampai ke kem kor dlm kul 10mlm.
bila melintas je sungai akhir ke kem kor tu, guide melepaskan marah dia dgn baling mercun bola ke kawasan khemah. sebagai tanda protes dia bila takde sorang pun dari adik2 tu yg naik semula cari kami bila kami lewat keluar hutan.
masa ni lah kakyang tengok guide tu pasang fly dia sendiri tanpa bantuan sesiapa. fuh. mcm senang doh. tak sampai beberapa minit siap. hebat oh!
since dah lewat malam, semua terus tidur. guide ofer kakyang tidur kat fly dia je since khemah kami jauh ke belakang. dan sbb kaki kakyang terseliuh. kakyang reject offer dia sbb segan.
masa tidur dlm khemah julie di kanan kakyang, kakct di sebelah kiri. kakyang tidur tengah2. tiba2 kakyang terjaga dari tidur sbb terasa hujung jari kakyang mcm dijemput sesuatu. rasa tu mcm ada mulut/tangan yg menarik2 jari kakyang. 3x kakyang kena mcm tu.
kakyang bingkas bangun dan tarik kaki. kakyang duduk sambil peluk lutut. pandang ke arah kaki dan luar khemah. dlm samar2 cahaya bulan tu kakyang pandang sekeliling khemak. kalau2 terlihat kelibat binatang atau orang di luar khemah. lama juga kakyang duduk mcm tu.
tiba2 julie tersedar dan tegur.
nath! nath! kenapa ko ni nath?
takde apa2. tak boleh nak tido je.
kakyang bg alasan. tak kan nak cerita apa yg kakyang rasa. mau dia tak tidur pula. kakyang cuba berfikir cara sainstifik. agaknya kaki julie kot..
dah. dah.. tido balik. jgn main2!
kakyang baring semula. cuba tidur balik dan mmg terlelap pun.
tiba2 lagi sekali kakyang rasa kaki kena tarik. kali ni kakyang hanya angkat kepala dan pandang kaki. cari apa yg menarik kaki kakyang td? takde apa. yg nampak kaki julie saja hujung kaki kakyang tu. tp kaki julie jauh kehujung sana. tak mungkin jari kaki dia boleh cubit kaki kakyang pula.
kakyang mula seram sejuk dan tak sedap hati. kakyang berfikir2 sendiri. nak terus tidur situ, atau kluar dan p tidur kat khemah guide?
lama kakyang timbal balik nak buat keputusan. akhirnya kakyang ambik keputusan pergi tidur kat khemah guide.
kakyang buka khemah dan nekad keluar. apa ada kat luar khemah (kalau ada), hadap je lah.. kakyang jln cpt2 ke khemah guide.
sampai kat khemah guide, kakyang kejutkan dia.
awak. awak. saya nak tido sini.
terpisat2 guide tu terkejut tengok kakyang.
ha.. kan td dah suruh tidur sini je. sibuk sangat nak balik khemah sana.
nah. ambik sleeping beg ni dan tidur sebelah sana
dia tunjuk tempat kakyang. dah tahu dah tu tempat utk kakyang. dia dah prepare awal. dibuatnya benteng kat tengah2 khemah tu dgn beghiking dan barang2 hiking yg lain. jd dia hujung sana, kakyang hujung sini.
kakyang tak tunggu lama. buka je sleeping bag tu, terus masuk dan zip badan dlm tu. mengerekot terus dlm tu. sjuk dan takut sama naik. sedar2 dah tertido sampai siang.
esoknya kemas2 barang dan turun semula ke kuala juram. alhamdulillah wpun perjalan dlm terhencot2. kakyang manage keluar hutan tanpa perlu bantuan orang.
stop sini dulu. nak p joging jap. nanti sambung..
si jalak lenteng yg ada hati nak mengorat mak2 orang |
dengar taklimat dari renjer selepas kira barang |
kusyuk nor ye |
jalan nak ke kuala juram |
keratan rentas gunung tahan dan pit stopnya. |
No comments:
Post a Comment