Tuesday, April 25, 2017

Say something. I giving up on you

I waving to say good bye
then u give me a reply
giving me another hope to bide
to stay hang on by your side

when everything seems so quiet
i feels so tired
i need just an assurance
give my heart some insurance

i'll give u another allowance
i'll also keep silence
see how far we can go
until my heart say let u go

Friday, April 21, 2017

M2m- Why



Keep wondering why

Why when you see me
You pretend I'm not there
But when I see your eyes
Somehow you seem to care

Unbelievable, inconceivable
Need to know if we're going anywhere

Move on please


cerita kelakar

kakyang bg cenderahati kat seseorang
seseorang yg dah pinjamkan sesuatu pd kakyang
bila pulangkan semula barang dia tu
kakyang selit sekali dgn barang2 lain

sekali org tu pm kakyang semula
ucap terima kasih sbb bg brg tu
tetiba dia tanya kenapa x pakai dulu
kakyang pun sibuk lah explain bgtau kakyang pakai saiz yg sama
tu confident dia pun muat

dia kata dia nak kakyang pakai dulu
baru bg kat dia
biar ada bau kakyang
baru boleh peluk tido

muahahahahahaaha
tergelak besar kita jdnya
adeh..


ABC Trip: The Victory

Kakyang ni mmg pelik sikit. Org lain cerita dari awal. While kakyang mula dari ending.

Ala.. anggap je korang baca novel dan skip part2 dpn. Selalunya kalau kita nak beli novel pun, kita mesti curi baca ending kan? Pas tu baru decide nak beli novel tu ke tidak. Haaaa.. Ini lebih kurang mcm tu lah. Haha

Cerita shack diserang AMS korang dah baca kan.. boleh baca sini. so ini sambungan dari cerita tu..

Bila shack dah dibawa turun ke MBC, kakyang dan shakeey mula berjalan semula. Baru beberapa meter berjalan. Tiba2 kakyang nampak sonal jauh dihadapan.

No one accompanying her!

Berjalan sorang diri . kakyang nampak gaya langkah dia dah terhoyong hayang.
Terus kakyang ckp dgn salah sorang porter yg jalan sama utk pergi teman sonal.

“Someone! Pls be with sonal. She looks not too good.”

Sujan & Deepak terus lari ke hadapan. 

Sesampainya kakyang dan shakeey kat ABC & selepas mententeramkan shakeey etc, kakyang naik ke teahouse dan masuk ke dining hall.

Perkara pertama yang kakyang cari adalah wajah2 kesayangan hamba.

Mana twin? Mana ju? Mana kak ct? mana abg man? Anoy ? zuri?

Habis satu dining kakyang scan. Wajah-wajah keletihan melewati mata kakyang.

Mata kakyang terpaku ke bahagian dapur. Ada kekalutan di situ. Seseorang sedang dipanaskan di tepi dapur. Ada yg menggosok tangan, ada yg gosok kaki. Terus terpandang twin tengah peluk erat seseorang.

Siapa?

Ada yg collapse juga ke?

Kakyang mula tak sedap hati. Kaki melangkah mendekati dapur.

“Kak Ct? Apa dah jadi kak?! Twin! Kenapa dgn kak ct?” Kakyang peluk kak ct sambil menangis. kak ct lembik habis. Dlm sedar tak sedar apa yg berlaku pd dia.

“Kak ct hampir collapse juga. Kami tengah bantu dia.”
Kakyang terkedu.

“Kak ct! Kuatkan semangat kak. Kita dah sampai abc. Ingat sofea kak. dia tengah tunggu maktok dia balik. ” Kakyang bg kata2 semangat utk kak ct. peluk kak ct erat2. Cium pipi. Cium dahi. Peluk lagi, cium lagi.

“kak, nath syg akak..” kakyang bisik pada kak ct.

tanak mengganggu urusan bantuan kepada kak ct, Kakyang berundur. Bagi laluan pd doc afiq, dan yang lain untuk uruskan kak ct.

Kakyang pandang ina.

“Twin!”
Terus kami berpelukan. erat. Diam tanpa sebarang kata. Hanya tangis dan air mata yang berbicara. Tak tahu nak gembira atau berduka. semuanya campur baur.

Kakyang lepaskan twin utk dia terus tengokkan kak ct.

Kakyang pandang lg sekeliling. Nampak ju di tepi sonal. Ju tengah bantu sonal masa tu. Sonal juga nampak keletihan melampau. Kakyang bersyukur bila teringat kakyang suruh porter pergi temankan dia. Kalaulah dia jalan sorang2 masa tu, kakyang tak tahu apakah akan ada episod ke 3?

“Ju.. u ok?” kakyang menyapa Ju. Ju nampak kepenatan dan sugul.

“I’m ok.” Ju angguk senyum lemah. Kakyang tau ju tak se ok spt yg dikata. Tp kakyang tau dia kuat semangat dan masih boleh bertahan.  Rupanya ju dah meraung dlm perjalanan td  bila dia ingatkan yg collapsed di tengah jalan adalah Anoy. Bila syafiq maklumkan yang tu adalah shack, barulah ju reda sedikit.

Kakyang pandang lagi sekeliling. Ada wajah lain yang kakyang cari tak kelihatan.

“abg man mana? Abg man mana?!” kakyang tanya rambang.

Ada suara membalas “abg man kat bilik tengah berehat. Dia pun teruk td”.

lagi sekali kakyang terkejut. Abg man pun?

“can someone see him kat bilik? Jgn tinggalkan dia sorang2. Jgn bagi dia tidur. Pls make sure he awake.”
Kakyang bimbang sesuatu yang lagi serius terjadi kalau takde sesiapa yg tengokkan dia. Membayangi yg bukan2.

“no worry kak nath. Ada org dgn dia” ckp seseorang pd kakyang.
jawapan itu melegakan kakyang wpun tak sepenuhnya.

Kakyang pusing lagi nak tengok yg lain. Tiba-tiba zuri meluru memeluk erat dan menangis.

"Nath!"

Dalam esak, zury bersuara.

“Terima kasih ajak aku ke sini nath. Kalau ko tak ajak, aku tak tahu yg aku boleh sampai sini.”

“Sekarang ko dah tahu kemampuan ko kan? ko dah sampai kan? kalau tak cuba, kita tak tahu kan? Pasni ko boleh cuba kinabalu pula ok?” kakyang cuba usik zury.

kakyang tak tahu nak balas apa. Hanya itu yg terkeluar dari mulut. kakyang kuatkan pelukan. Terharu bila ada sahabat ucap terima kasih dan menghargai semangat yg diberi. semangat depa semangat kakyang juga.

Usai selesai peluk dan menangis dengan zury, kakyang pandang anoy. Hanya isyarat mata dan tanda bagus yang dpt kakyang tanyakan pada anoy. Dah tak daya sebenarnya nak melawan emosi.

"Nath! Abg kat sini nath.." terdengar suara lemah dari depan pintu dining.

Abg Man! Dia melangkah masuk. Nampak slow je pergerakan dia. Abg man duduk bersandar ke dinding tepi anoy. Kakyang hadiahkan senyum pd abg man. Puas hati dpt tengok keadaan abg man sendiri. Masih boleh berdiri. masih boleh senyum. cukuplah.

"Abg ok? Kakyang tetap tanyakan soalan ini utk puaskan hati.
“Abg ok. Ko jangan risau” abg man cuba tenangkan kerisauan hati kakyang.

Selesai kakyang pastikan semua wajah2 kesayangan ok, kakyang terus meluru ke luar teahouse.

Bwueeekkk!

kakyang termuntah di tepi corridor. masih ada rasa loya. cuba muntahkan lg. tp xde apa yang keluar.

kakyang terduduk mencangkung di tebing corridor menahan loya sambil menangis sendiri.

Sebuah kejayaan yg penuh dengan emosi. Hanya semangat dan keyakinan boleh mengatasi. terus teringat kata-kata papa Lin..

"Tidak manis sebuah kejayaan jika tiada sebarang kepayahan"

Bwueeekkk!
Kakyang muntah buat sekian kali...


Menanti sunrise di ABC


Thursday, April 20, 2017

ABC Trip: The Incident

bumbung biru tu MBC

Me-shakee-shack
yg nampak bangunan belakang tu adalah ABC. papan tanda ABC just right belakang member ni

kakyang nak mulakan cerita trip ABC  ni dgn cerita ni.

Sebelum tu.
ABC tu apa? ABC tu Annapurna Base Camp, kat Nepal. camp teratas sekali di area pergunungan annapurna. puncak annapurna tu ada 3. tp rarely org panjat sampai puncak sbb puncak dia very steep dan bersalji. kalau nak juga, kena pastikan ada teknical skill mcm nak panjat everest. kalau sekadar hiking melancong mcm kakyang ni, cukuplah sampai ke base camp tu. tu pun dah mencabar stamina.

ok. lets bercerita bab the main insiden yg berlaku dpn mata kakyang.

masa tu kitorang dah bergerak dari MBC ke ABC. rasanya dlm 1 hour perjalanan kot. distance tu dlm 1/3 perjalanan. 

depan kakyang is shakee, depan shakee is shack. belakang kakyang is abg sherry, then lok dan deepak.
lok is porter. abg sherry dan deepak is guide aka sweeper. as usual, kakyang is the last person in the line up before sweeper n porter.

kakyang perhatikan shakee n shack dah mcm tak larat sangat. jalan perlahan betul. me too.  mental kakyang masih kuat wpun letih.

kakyang dok tanya both of them

u ok dik (shakee)?
shakee reply. ok kak

then kakyang tanya pula shack
u ok shack?
nampak shack angguk2 je sambil berjalan longlai. tak sure dia bersuara ke tidak sbb jarak shack dgn kakyang dlm 2 meter. 

selang beberapa minit, kakyang akan bertanya lagi. sampai lah saat kejadian

"r u ok dik?"
shakee reply. "ok kak"

then kakyang tanya pula shack
"r u ok shack?"
nampak shack angguk2 je sambil dia sedut air dari hose water bladder. 

tiba2 
sekelip mata shack hilang dari pandangan kyang
eh! 
kakyang ubah pandangan mata ke bawah. rupanya shack dah terjelepok jatuh ke kanan lereng. atas salji. diam x bergerak. utk sedetik masa seperti terkaku.

sedar je dgn apa yg terjadi, kakyang terus menjerit panggil abg sherry

"abg! shack collaps!. cpt tengok shack!" kakyang terus lari ke arah shack sambil campak pole.

kakyang bgtau pd abg sherry yang  berada di belakang. dia mungkin x perasan keadaan shack masa tu.   kyang tarik stripe sarung tangan. campak tepi dan terus capai shack.

abg sherry sampai tepi shack.  tampar2 pipi shack. kiri kanan kiri kanan. Abg sherry  buka mata shack. Ya Allah! nampak mata putih je.

abg sherry tampar2 muka shack lg. kami cuak.

"shack! bangun shack!"
"dik! bangun dik!" 

selang seli panggilan abg sherry dan kakyang. panic!

abg sherry tampar2 lagi pipi shack. tamparan makin kuat. selang seli dgn memanggil nama shack.

masa ni kakyang dah rasa sebak. nak nangis pun ye. tp perasaan takut lg kuat. takut terjadi perkara tak diingini. dlm hati berdoa.Ya Allah, ko selamatkanlah adik ni. sambil2 tu dok gosok2 tangan dia bg panas. kakyang ambil hotpad yg ada dlm baju dan letak di tangan shack

abg sherry terus tampar2 pipi shack. bila dah nampak ada respon, abg sherry dgn bantuan porter ubah shack ke kedudukan yg lg selesa.

dlm pada tu, shack nak pass out semula.

Abg sherry terus tampar lg pipi shack.
"Shack! stay dgn abg shack!"

shack kembali sedar x sedar semula.  

"shack. bangun shack. shack stay dgn abg."
abg sherry keep on panggil nama shack utk pastikan dia terus sedar.

"shack ingat allah dik. ingat allah."
mcm2 ayat keluar utk pastikan shack stay awake

"ko panaskan dia.  abg x boleh buat."

oh! kakyang pun hampir terlupa bab ni
terus kakyang singkap baju dryfit shack. terkedu jap bila tengok lapisan dalam tu hanyalah baju inner nipis. macam bukan thermal jer..

Ya allah dik.. patutlah ko jd mcm ni. ni mesti tak cukup panas.
kakyang selak inner shack. peluk shack rapat dan erat. tangan kakyang gosok2 belakang badan shack kuat2. laju2

"dik bangun dik. jgn tido dik. stay dgn akak ye". 
kakyang ulang2 ckp harap shack keep awake.

kakyang kuatkan lg pelukan dan gosok belakang shack

abg sherry peluk balas kitorang  utk tambah haba dan pastikan shack panas dan terus sedar.

sesekali kitorang  pandang shack. sampai nampak dia agak dah sedar lg sedikit baru abg sherry bg arahan utk salah sorang porter bawa shack ke MBC semula. Shack kena bawa turun ke aras yang lebih rendah utk melegakan serangan AMS

Asyok ambik tanggungjawab utk bawa shack turun. ramai2 tolong bangunkan shack dan letak belakang asyok.

ikat shack ke badan asyok. alamak! shack tinggi. kaki dan tangan dia tak terampu dengan badan asyok. 

asyok terus usaha balancekan shack atas badan dia. once dah stabil, asyok pusing belakang dan cepat2 berlari anak utk bawa shack turun ke MBC.

"Abg kena ikut diorang turun. ko jaga shakee. Deepak, Lok, follow them closely. Ram, u with me."

abg sherry bg arahan. bila diorang dah gerak, kakyang terus line up semula dgn shakee utk teruskan perjalanan ke ABC.

kakyang nampak shakee sedikit effected dgn kejadian td. kakyang kena keep eyes closely dgn shakee. tanak jd mcm td. sekadar angguk2 je. kena respond. baru boleh tau betul2 ok ke tidak.

sepanjang perjalanan kakyang pastikan shakee bercakap. takde topic nak cerita. kakyang ajak shakee baca abc. shakee mcm malas nak layan. kakyang paksa dia.

dik. sambung abc knath
"abc.."
"defg.." sambung shakee
"hijk"
"lmnfop.."

good. shakee masih waras sbb susunan abc dia betul.

abis abc, kakyang ajak 123 pula. abis 123, kakyang ajak yi er san si. 
mcm tu lah selanjutnya sampai menghampiri papan tanda ABC.

sampai kat situ, lain pula ceritanya. 
"Kak! aku tak sangka sampai sini kak!"
termuntah habis segala esak menangis x percaya shakee atas kejayaan dia.

kakyang yang tak emosi pun jd emosi tengok dia. tambah2 dengan kejadian yg menimpa shack td. 

selepas bergambar sikit sebanyak kat papan tanda tu. kami sambung perjalanan ke teahouse ABC.

baru je nak melangkah, shakee mula mengaruk lg.

"kak! mesti diorang yg dah sampai kat sana tu dok mengata aku kan? aku tau aku ni siput kak."
macam2 lagi repekan keluar dari mulut shakee . 

nak tak nak kakyang terpaksa pujuk dia.

"Dik, jgn difikir apa kata org dik. biar diorang nak kata apa. yg pasti kita dah buktikan pada semua. seslow kita, sesiput kita, selambat manapun kita. kita berjaya sampai ke sini. apa lagi yg nak dipedulikan dgn kata org?

kita patut bangga. sekurang2 degan fizikal dan stamina kita ni,  kita berjaya sampai ke sini. 
kejayaan kita kejayaan berganda dik.  bukan sekadar kejayaan sampai saja, kita berjaya juga mengatasi mental kita. ingat tu dik. Pedulikan kata mereka."

Shakee diam semula. ada cubaan2 dia nak mengaruk lagi. kakyang pujuk skit2 dia ok kembali.

kaki terus melangkah. jarak yg lebih kurang 100m ke teahouse ABC terasa begitu jauh.

langkah demi langkah kaki mengayun sambil kakyang terus pastikan shakee ok.

akhirnya sampai ke kaki tangga teahouse. shakee terus terduduk di tangga sambil meraung.

"Kak! aku tak sangka sampai sini kak!
aku kesian dgn shack kak. aku kesian dgn dia"

Kakyang peluk shakee.
Sama-sama menangis. takde apa lg dah yg mampu terkeluar dari mulut kakyang.

Hanya syukur dan terima kasih Allah dgn nikmat ni.

Cepat2 kakyang lepaskan shakee dan buat sujud syukur depan2 tangga tu juga.

Terima kasih Allah! Kakyang sampai ABC jua!

















Wednesday, April 12, 2017

saja suka-suka

lately kakyang cari benda utk ubah mood yg moody
buat sesuatu yg org lain senyum

so last week masa kakyang nak ambil bas ke ofis
kakyang nampak muka driver
driver ni mmg muka manis je
kalau naik dia rajin greet penumpang

so kakyang terfikir utk buat sesuatu pd dia
masa kakyang pergi beli breakfast tu
kakyang belikan bf juga utk dia

masa naik bas, hulur sebungkus utk dia
dia terkejut. tp terima je pemberian kakyang tu
kakyang kata rezeki dia

hari ni. kakyang nak buat mcm tu lg
nampak driver bas lain
tak kesah, asal beri dgn ikhlas
so masa bungkus bf tu, kakyang buskus extra

kembali ke bas, rupanya driver tu tak perasan kakyang nak naik
dia terus berlalu
nak taknak kakyang tunggu bas seterusnya

bila sampai next bas
tengok2 the same driver yg kakyang bg bf last week
rezeki dia rupanya
tak sempat kakyang hulur bf
dia dah hulur tiket free utk kakyang

kakyang blur x faham kenapa free
rupanya dia nak balas bf last week tu

kakyang kata takpa takpa
hari ni rezeki awak juga rupanya
sbb kakyang terlepas bas sebelumnya
jd nak tak nak dia terima bf ke2
hehehehe

Janji dicapati

mungkinkah janji dicapati?
mesej semalam pun masih tak dibaca
pm pun tidak
adakah janji akan tinggal janji?
adakah janji dilupai?
malas nak tanya2
kang kata memaksa
kita tunggu dan lihat sahaja
jika sampai masa masih tiada
sila lupakanlah ia


Friday, April 7, 2017

i just wanna disappear for a while

rasa nak tinggalkan dunia ni seketika. lupakan semua masalah. sengsara jiwa dan raga rasanya

ABC: Bukan lg mimpi

Alhamdulillah... tanggal 29 March 2017, kakyang berjaya jejakkan kaki ke Annapurna Base Camp! ABC bukan lg mimpi, tp realiti!

From Malaya to Himalaya. Banyak yg kakyang nak cerita. Tp x terluah dgn kata2. Maybe sbb kakyang baru turun gunung gamaknya. 

2 minggu di negara org dgn trip compressed yg dah tahu dari awal. Tp saja juga nak cari pasal.X boleh tido dari awal trip. Maybe sbb perbezaan masa. Atau sejuk yg tak terhingga. Menyebabkan kakyang hilang akal. Tak tau nak buat apa,  p berkawad dpn teahouse tengah2 mlm dalam kedinginan pergunungan himalaya. Selera pun hilang sbb terlalu penat. 

 Semua tu tak sia2 bila dihidang dgn view yg sangat superb. Usung ja camera. Tp tak tersnap pun gambar yg bergaya. Well... Mmg kakyang x reti pun bergambar ni. Buruk bebenor rupa bila on trek ni.

yang pasti, hati kakyang tertinggal di sana. sampai hari ni masih belum boleh move on.. huhuhu





missing someone yg xde dlm ni