Friday, March 13, 2020

Gunung Tambuyukon Checked!

Trip asalnya ke gunung lain. Tp disebabkan gunung tu ditutup, kami reroute ke sini. Gunung Tambuyukon.
Sebelum pergi, kakyang& team mates dah riki2 apa kisahnya trek di sini. Ramai menceritakan kisah pacat sampai ke puncak dan betapa susahnya rock garden. trekking yg panjang sampai ke tengah mlm. hiewwwww
Macik kecut perut.
Pacat?! Erkkkk.. Bukan takut, tp x suka sbb gigitannya susah nak baik. Gatalnya tu x menahan. Tp takpa.. Fyan dah belikan stoken pacat. Khemah bertutup rapat kali ni. X pakai open tent.
Rock garden? Batu longgar? Tebing? Terus rerama dlm perut. Tp relax.. joi the abam sado kan ada sekali.
Trek yg panjang naik turun? Insyaallah ok. kakyang dah training kat gunung/bukit yg berbelas km utk kali ni.
Wah... Yakinnya kamu!
Realitinya...???
Hancur. Barai. Jem. Segala bagai terjadi.

disclaimer:
kakyang tengah re-write semula cerita pendakian supaya lebih detail. buat  memori. buat sementara waktu karangan caca merba sikit ye. sbb nak mengarang ni perlukan masa yg sesuai.

Hari pertama trip bermula bila kami mula bertolak ke kinabalu park yg terletak di kundasang sabah. pejabat pendakian gunung tambuyukon terletak sama dengan pejabat untuk pendakian Gunung Kinabalu.  bila sampai ke Kinabalu Park, sedikit sebanyak memori mendaki Gunung Kinabalu terbayang di ingatan. sayangnya semasa sampai di sanan sekitar jam 10 pagi, gunung kinabalu telah dilitupi awan.  Setelah mengisi segala dokumentasi yg diperlukan dan mengambil tag pendakian, kami mula bergerak pula ke Monggis yang akan jd starting point pendakian Gunung Tambuyukon.

kami tiba di pondok monggis dah hampir lewat petang. rasanya sekitar 4.30-5pm begitu. kami dpt info,pendaki telah tidak dibenarkan utk menginap di pondok monggis (rumah kakitangan), jd kami buka khemah di padang lapang  berhadapan dgn rumah kakitangan.




mlmnya kami rehat2 sambil menyiapkan kelengkapan utk pendakian esok.

pg esoknya, selepas bersarapan dan kemaskan semua barang, sekitar jam 9.30pg kami mula dengar pesanan ringkas dari guide sebelum mulakan trekking 30 minit selepas itu.

trek bermula dari pintu masuk ke taman herba yg terletak di sebelah kanan pondok monggis. trek dari situ mula menaik sikit2 hinggalah ke pondok pertama. misi trekking hari ini adalah sehingga ke kem kepuakan.

Trek di tambuyukon tidak bermarking. dan tidak berapa jelas disebabkan jarang dimasuk pendaki

Nak sampai ke kem kepuakan je pun dah naik turun berbukit bukit. Naiknya betul2 naik. Turunnya betul2 turun sampai ke lembah.

Semasa dlm perjalanan, Joi nampak sedikit lelah dari biasa. mungkin sebab kecederaan di buku lalinya belum benar2 sembuh dan juga lebihan load yang di bawa. Kakyang jd serba salah. sbb salah satu pemberat pd begnya termasuklah beberapa brg peribadi kakyang sendiri.

"ko ok tak joi?" kakyang bertanya khabar
"ko tanak pindahkan sikit brg kepada porter?" kakyang memberikan sedikit solusi
"aku ok nath. alah sikit je ni. biasalah la tu.. pelan2 kayuh." joi membalas. abam sado ni mmg selalu mcm ni dlm mana2 trip. dia, dan fyan selalu jd thanker kitorang.

Kakyang hanya mampu memandang. berat mata yg memandang, berat lg bahu yg memikul. dlm injured dan lelahnya tu, dia tetap lebih laju jalan di hadapan kakyang. tertinggal juga kakyang di belakang. huhuhuhu


Setelah naik turun 3 'bukit', barulah menghampiri trek ke kem kepuakan. dari 'puncak' bukit ke3, kita akan menurun untuk ke kem kepuakan. semasa melalui tebing terakhir ini, kakyang ternampak beberapa ekor lebah berterbangan. kemudian nampak seperti cebisan sarang di tanah. di sebelahnya ada seperti lubang. nasib baik masa mengatur langkah, kakyang tak terpijakkan sarang tersebut. baru melangkah beberapa tapak ke hadapan, tiba2 guide di belakang kakyang menjerit

"kak! lari! ada tebuan!" terkejutkan jeritannya, kakyang terus berlari ke hadapan. bayangkanlah lari dgn load berat, badan pun berat, mana nak nak laju mana sangat. setelah beberapa meter di hadapan, kakyang menoleh ke belakang utk melihat adakah dikejar tebuan. alhamdulillah.. tiada. tak tahulah apa akan jd kalau betul2 dikejar tebuan. mana nak lari selamat kan diri? trek  bertebing pula tu. mau kecelakaan lain pula yg menunggu nanti. tak sangka pula guide yg di belakang tidak perasankan sarang tersebut.

"kamu tidak apa2 kah?" kakyang tanya khabar guide.
"ndak apa2 kak. dpt 2 gigitan shj." balasnya
"perlukan ubat?" kakyang ofer first aid
"ndak apa kak. sy ada minyak ini." sambil dia menunjukkan minyak cap kapak di  tangannya.
"bawa ini kak kalau masuk hutan. banyak gunanya minyak ini" sempat pula dia bg tips kecemasan.

perjalanan seterusnya di sambung sehinggalah kami tiba di kem kepuakan sekitar 4.30 petang. jika mengikut tentative pergerakan, masih di dalam anggaran masa normal pendakian.

tak heran lah kenapa dikatakan trek di sini banyak pacat. sbb treknya bukan sambil menaik makin tinggi, tp sebenarnya kita naik turun berbukit sampai ke lembahnya, kemudian naik lg bukit. turun lagi ke lembah.. mcm tu lah sampai lah ke kem kepuakan.

kem kepuakan sendiri berada di lembah sebelah dlm pergunungan tersebut. kem kepuakan berada betul2 di sebelah sungai. kem ni tak lah besar. semasa kakyang tiba di sini, dah ada 1 khemah kecil utk berdua. couple. di sebelah tepinya mmg ada khemah khas utk guide dan porter.

Joi dan fyan sudah mula memasang khemah. fieza dan che fauzan membantu apa yg patut.

sebaik sahaja sampai di tepi mereka, kakyang terus terduduk kepewaian. penat naik turun bukit. sambil2 melihat2 persekitaran kem.

bila mata memandang ke khemah kecil di sebelah kanan, kyang terpandang seseorang yg hampir2 dikenali secara maya.
"assalamualaikum, ini S kah? kakyang menyapa.
"ya sy. siapa ye?" S terkejut dgn sapaan kakyang.
"sy yg x jd pergi singsing dgn u haritu.." kakyang memperkenalkan diri. maka berbuallah kami seketika sebelum kakyang dikejutkan pula dgn kehadiran temannya yg baru naik dari sungai.
"Eh abg M pun ada?" 
abg M terkejut memandang kakyang.
"Eh awak? dgn group yg sama ke?" abg M merujuk kepada fyan dan joi yg tiba lebih awal dari kakyang.
"ya bang. dgn diorang lah. biasa lah sy. sentiasa jd org terakhir sampai di gunung mana2 pun. mcm lah abg tak tahu." kakyang tergelak dgn keupayaan diri.

kakyang pernah segroup dgn Abg M dlm trip ke Gunung Trusmadi dulu.

selepas berbual sebentar bersama s dan abg M, kakyang terus membantu apa yg patut di khemah. ptg itu selepas dinner, kami mula rehatkan diri masing2 untuk summit attack di tengah malamnya.

sekitar kul 12tmlm kami mula mempersiapkan diri utk summit attack. setelah semuanya ready. perjalanan dimulakan dgn menyeberangi sungai kepuakan ke tebing sana. dari situ trek mula pacak menaik sekitar 50-60 darjah. semakin lama semakin menaik. perjalan dlm gelap hanya tersuluhkan cahaya dari head lamp masing2. perjalanan agak slow. masing2 masih mencari rentak langkah. fieza pula di serang cirit birit. fyan dan joi masih belum recover dari lelah dan injured siang tadi.

kami meneruskan langkah demi langkah mengikut pace masing2. spt biasa macik tetap terkebelakang. di depan sekali fieza dan che fauzan.

akhirnya kami tiba ke kem musang menjelang subuh. kami berenti rehat di sini seketika bg memberi laluan untuk subuh dan rehat. di sini joi ambil keputusan utk tidak meneruskan pendakian. dia tidak yakin boleh meneruskan perjalanan seterusnya. kakinya semakin sakit.

keputusan joi agak menggugat semangat kakyang sebenarnya. sbb selalunya dia yang akan bertindak sebagai pemantau keselamatan ahli team bila dlm sesuatu expedisi. apatah lagi bila dlm xpdc kali ini. yg mana semua org dimomokkan dengan kekejaman trek di rock garden. kakyang sedikit menggigil dan gusar dgn ketiadaan joi. lgpun, belum pernah lg gambar di puncak tanpa dia. sedihnya kalau kali ni dia tiada. huhuhu

satu persatu kakyang pandang muka kawan2 lain. fyan, fieza, che fauzan.. kakyang sedut aura dan semangat mereka dalam-dalam. okeh! kakyang masih ada mereka. mari kita teruskan perjalanan! kuatkan semangat!

Trek dari kem musang ke kem jeneral semakin kejam. hari semakin cerah. trek semakin jelas. perjalan dari musang ke jeneral melalui trek mossy. tp trek mossynya tidaklah seindah mossy di trusmadi. mossynya kelihatian sedikit kering dan tidak bermaya. sambil berjalan, kakyang sambil menikmati keindahan  trek. mata meliar mencari kelibat periuk kera. dikhabarkan periuk kera di sini lagi menarik specisnya. namun kakyang sedikit hampa. masih belum kelihatan specis yg rare seperti diharapkan.

Trek semakin menaik semakin kejam tegaknya. Fyan pula makin tidak sihat. dia dah sedikit tertinggal di belakang kakyang. jauh ke hadapan che fauzan dan fieza.

akhirnya kami tiba di kem jeneral sekitar jam 10pg. kami buka dapur haram sekejap untuk mengalas perus dan recharge energi. fyan pula tarik diri. itupun dia gagahkan diri utk daki sehingga kem jeneral samata pikirkan nak bawa ration utk kami. 

lagi sekali semangat kami tergugat. che fauzan, fieza dan kakyang diam tak tanpa kata. tak boleh di paksa. kerana puncak juga masih lagi jauh. kami redha dgn keputusan fyan. lg sekali kakyang terbayang gambar di puncak tanpa lg seorang teman.

Perlahan-lahan kami menarik nafas menyedut saki baki semangat yang ada. Mari kita teruskan!

Che Fauzan, fieza dan kakyang mula berdiri utk menyambung pendakian seterusnya. tongkat dan lebihan ration di tinggalkan di kem jeneral untuk meringankan lagi beban. halangan ke puncak adalah kemuncak perjalanan trip kali ini. kerana bermula dari kem jeneral ini adalah sebenar2 kemuncak kekejaman trek tambuyukon. 

selepas beberapa meter meninggalkan kem jeneral, trek memanjat akar bongsai bermula. kaki tangan semua diperlukan untuk menggapai dahan2 pokok. merangkak-rangkak memanjat akar dan dahan. umpama croaching tiger hidden dragon geraknya. dari dahan ke satu dahan sambil sesekali memanjat akar, menyusuri akar. kemudian trek mula bersambung dengan bongkahan-bongkahan batu-batu gunung berwarna merah. makin lama makin besar bongkahnya. . Bersambung pula dgn batu batan besar tergantung di tebing2. Nak2 pula masa memanjat tebing tu lah boleh pula terfikir.. Kalaulah tetiba terjadi lg gegaran masa tengah merangkak memanjat batu ni.. Agak2 selamatkah aku??!

kakyang terkial2 memanjat batu2 dlm gayat dan fobia. memori jatuh tebing dan tergelincir bermain di fikiran. fobia menyebabkan pergerakan kakyang semakin berhati2 dan semakin lambat jadinya. ada ketikanya perlu memanjat bangkah batu besar dan berdiri di atasnya. bayangkan bila berdiri atas batu tersebut, anda dpt melihat hutan dan gunung di bawak tapak kaki anda!

Fieza dan che fauzan sudah jauh ke hadapan. sungguh tangkas pergerakan mereka. kakyang kagum.
nasib baiklah kakyang di temani porter. kalau tidak, mau menangis sorang2 di celah2 batu! Ketika ini diri berperang dgn fizikal, mental menguatkan semangat. Terus mara! Teruskan! Jangan sia2kan pengorbanan sahabatmu!

Setelah puas memanjat batu meragaih akar, akhirnya Kem rajah muncul menguntumkan sedikit senyuman. Yes!! Selepas ini adalah puncak! Rupanya hazabedah tidak habis di situ. Masih perlu lagi meragas merabat batu akar sana sini. Dan yang lagi sadisnya.. Jalan masih x sampai2. Mulut mula bertanya sweeper.
"berapa jauh lg ni dik? “
" Sudah dekat ini kak. Itu sudah nampak puncaknya sana tu. Lepas 1 bukit lg sampailah kita."
Satu bukit lagi?!!! Aduhhh... Beranak pula puncak ni...
Teruskan kakyang!
Patah sayap bertongkatkan paruh.. Akhirnya tambuyukon yg kejam itu dpt kakyang jinakkan jua! kakyang tiba di  puncak pd jam 1.30 thari. maksudnya 11 jam perjalanan hanya untuk menggapai puncak!. fuh mencabar sungguh.

selepas puas berehat, lunch dan bergambar, kami mulakan perjalanan turun. turun akan jd satu lagi masalah pd kakyang sbb kondisi lutut yg tidak baik menyukarkan kakyang untuk terus turun langkah. kakyang perlu turun perlahan2. trek yg berbatu besar dan berakar lg mudah utk dinaiki berbanding untuk turun. ada mostly kakyang perlu duduk terlebih dahulu sebelum menghulur kaki ke bawah. bayangkan berapa lambatnya pergerakan kakyang semasa menurun.

untuk sampai ke kem jeneral sahaja pun ambil masa 4jam. dari jeneral ke musang, kakyang sampai sebaik sahaja masuk waktu maghrib. punya lah lama. sambil turun tu kakyang dok mencongak masa naik td mcm cpt jer, kenapa turun mcm lambat sangat.

beberapa kali kakyang dok tanya sweeper/porter yg assist kakyang.
"betul ke trek kita ni dik?"
"betul kak"
"kamu yakin?"
"yakin kak." sambil dia meninjau-ninjau trek takut tersasar. udahnya mana kakyang x risau. nak-nak pula masa naik td, masih gelap. tak nampak suasana mcm mana, mmg kurang confidentlah jdnya. zikir, bacaan ayat quran mana yg kakyang tahu mmg dah sentiasa bermain di mulut. bimbang2 benda ghaib mula main peranan. nak2 pula dah rembang ni. lg lah suasana hutan makin menyeramkan.

bila akhirnya sampai ke kem musang, kakyang mmg tarik nafas sangat. sbb perjalan dah separuh balik ke kem kepuakan dan jalan pun akan semakin mudah. semasa di kem musang, hanya kakyang berdua dgn sweeper. che fauzan dan fieza dah jauh ke hadapan dgn guide lg seorang. mmg dah tertinggal jauh.

selepas berehat seketika, kakyang mulakan perjalanan semula. masih lagi terkedek2 wpun trek sudah tidak terlalu berakar kerana lutut dan kaki sudah semakin lemah. tekanan di lutut makin terasa. trek yg agak berpasir dan dilitupi daun kering menyebabkan kakyang lebih berhati2. bimbang tergelincir kerana kaki sudah semakin lemah. tenaga pun dah tinggal sisa2 sahaja.

bila tiba di tebing2 yang lebih menegak, kakyang terpaksa minta bantuan sweeper untuk pegang tangan sebelum turun. bimbang kaki slip ke bawah.

dari kem musang ke kepuakan sebenarnya ada 1 simpang trek menuju exit lain. sekali lagi kakyang bertanya kepada sweeper utk kepastian. takut tersalah simpang. alhamdulillah bila dia kata kami telah lama melepasi simpang tersebut. perasaan sedikit lega.

trek tambuyukan tidak jelas. marking pun tiada. jika keseoragan tanpa guide, mmg kita akan hilang arah kerana trek sini jarang di masuki oleh pendaki. risiko untuk tersasar amat tinggi.tambahan pula kakyang dpt info ini adalah kali ke 2 sweeper ini masuk trek tambuyukon, kakyang lg sedikit gusar. bimbang dia tidak betul2 familiar. tp sesekali kakyang melihat dia merefer kepada gps handphonenya. keyakinan tidak tersasar itu kembali reda,

sedang leka berjalan dlm gelap, sayup2 kakyang nampak suluhan cahaya di hadapan? waktu itu sekitar 8 mlm. kakyang cuak kembali. cahaya apa? diorang naik cari kamikah?

makin lama makin mendekat. tp kemudiannya cahaya tersebut berhenti sekitar sepelaung di hadapan. tidak bergerak. kegusaran kakyang semakin bertambah. bimbang2 itu cahaya yg bukan2.

belum sempat kakyang bersuara, sweeper dah melaung menyapa di hadapan. rupanya itu guide. dia naik cari kami untuk beri kopi dan bekalan makanan. katanya kem hanya lg 30 minit perjalanan di hadapan. alhamdulillah.. lega kakyang dengar penjelasannya. kakyang teguk kopi sepuasnya. fuh.. nikmat. penat2 begitu dihulur kopi panas. kakyang menolak makanan yg dibawa. kerana ianya kek pisang. nak pula dah total drain mcm ni, mmg kakyang akan putus selera. dihulur makanan yg kering, mmg tak boleh nak masuk mulut. kakyang masih boleh bertahan tanpa makanan,. tp tidak air.

selepas berehat sebentar dan chit chat dgn guide, kami mulakan perjalanan semula. 30 minit terakhir yg lagi merisaukan kakyang sbb kakyang tahu tebing tegak yg dinaiki tengah mlm tadi menanti di hadapan. dengan kondisi kaki yg dah semakin lemah ini, risiko tergelincir mmg besar kemungkinan terjadi.

setelah susah payah menurun tebing tersebut, akhirnya tibalah di tebing sungai. bila mula melihat cahaya2 lampu dari khemah dan kawan2 yang menanti di kem. masyaallah sebaknya rasa. nak2 pula bila masing2 bangun dan menyambut kakyang di tebing. Allahuakbar.. menangis juga hati bila dah selamat sampai ke kem semula sekitar 9 mlm

Terima kasih Allah dgn izinMu aku di sini.
Terima kasih sahabat.. Dgn pengorbanan, sokongan dan semangat kamurang, kakyang berjaya sampai ke sini.
Terima kasih anak2 kerana memahami minat ibumu ini!
  





















the team

the team dgn porter n guide


rock garden. tempat plg hazab

akhirnya..