Tuesday, July 16, 2019

Masa yg tidak dpt diulang semula

sehari 2 ni bila browsing fb, asiklah timbul kisah anak/isteri/keluarga menceritakan pengalaman saat kematian keluarga.

ada yg kakyang baca sampai habis. menjejeh2 air mata menyelami kisah mereka. ada yg kakyang baca sebaris sahaja. bukan sbb kisahnya x best, tp tak mau turut menangis lg

setiap kali kakyang baca cerita2 begini, hati bagai diruntun runtun. andai masa boleh diulang semula, kakyang ingin lg sekali berada di sebelah abg di saat dia akan pergi. ingin ulang semula apa yg sepatutnya kakyang lakukan di saat itu. ingin berikan yang lebih baik.

benarlah kata org, bila dah tiada baru hendak ditangisi.

sebenarnya sehingga sekarang, kakyang masih boleh belum boleh nak tulis saat2 itu. nak simpan dlm hati sahaja, risau lupa. nak tulis, tiada kata yg boleh gambarkan yg sebenarnya. air mata lglah. bagai empangan pecah tiap kali saat pemergiaan abg diingat semula.

hampir 2 tahun pemergian abg, kakyang masih lagi rasa spt dia ada. masih lagi tidak boleh bahasakan dia sebagai arwah. mulut masih berat menyebut, hati masih tidak boleh terima perkataan tersebut.

cukuplah dulu coretan pendek ini. mata dah merah basah lg

Alfatihah

Friday, July 5, 2019

Tafsir mimpi

pg td termimpikan mak.
mak marah kakyang sbb apa entah. dah lupa. otw balik dari jumpa mak tu, kakyang melalui sungai. bestnya nampak sungai mengalir tenang. tiba2 aliran sungai jd songsang. laju mcm kepala air. air deras dari sebelah kanan keruh gelap bercampur lumpur merah. air deras dari sebelah kiri jernih kehijauan bertembung dgn air berlumpur dari kanan membuak makin meninggi.

tiba2 kakyang nampak deru air jernih dtg dari sebelah atas jalan. allahuakbar! tingginya deru air. kakyang terkaku. menanti air dtg menenggelamkan kakyang.

sekelip mata kakyang tenggelam dlm lautan air yg datang entah dari mana. tsunamikah ini? dlm tengah strugle mencari cara utk bernafas dlm air,kakyang terjaga dari tidur.

allahuakbar. mimpi apakah td?  gerunnya bila fikirkan diri tenggelam dlm lautan air mcm tu. nauzubillah!

apakah tanda mimpi ini?