sehari 2 ni bila browsing fb, asiklah timbul kisah anak/isteri/keluarga menceritakan pengalaman saat kematian keluarga.
ada yg kakyang baca sampai habis. menjejeh2 air mata menyelami kisah mereka. ada yg kakyang baca sebaris sahaja. bukan sbb kisahnya x best, tp tak mau turut menangis lg
setiap kali kakyang baca cerita2 begini, hati bagai diruntun runtun. andai masa boleh diulang semula, kakyang ingin lg sekali berada di sebelah abg di saat dia akan pergi. ingin ulang semula apa yg sepatutnya kakyang lakukan di saat itu. ingin berikan yang lebih baik.
benarlah kata org, bila dah tiada baru hendak ditangisi.
sebenarnya sehingga sekarang, kakyang masih boleh belum boleh nak tulis saat2 itu. nak simpan dlm hati sahaja, risau lupa. nak tulis, tiada kata yg boleh gambarkan yg sebenarnya. air mata lglah. bagai empangan pecah tiap kali saat pemergiaan abg diingat semula.
hampir 2 tahun pemergian abg, kakyang masih lagi rasa spt dia ada. masih lagi tidak boleh bahasakan dia sebagai arwah. mulut masih berat menyebut, hati masih tidak boleh terima perkataan tersebut.
cukuplah dulu coretan pendek ini. mata dah merah basah lg
Alfatihah
No comments:
Post a Comment