Friday, April 21, 2017

ABC Trip: The Victory

Kakyang ni mmg pelik sikit. Org lain cerita dari awal. While kakyang mula dari ending.

Ala.. anggap je korang baca novel dan skip part2 dpn. Selalunya kalau kita nak beli novel pun, kita mesti curi baca ending kan? Pas tu baru decide nak beli novel tu ke tidak. Haaaa.. Ini lebih kurang mcm tu lah. Haha

Cerita shack diserang AMS korang dah baca kan.. boleh baca sini. so ini sambungan dari cerita tu..

Bila shack dah dibawa turun ke MBC, kakyang dan shakeey mula berjalan semula. Baru beberapa meter berjalan. Tiba2 kakyang nampak sonal jauh dihadapan.

No one accompanying her!

Berjalan sorang diri . kakyang nampak gaya langkah dia dah terhoyong hayang.
Terus kakyang ckp dgn salah sorang porter yg jalan sama utk pergi teman sonal.

“Someone! Pls be with sonal. She looks not too good.”

Sujan & Deepak terus lari ke hadapan. 

Sesampainya kakyang dan shakeey kat ABC & selepas mententeramkan shakeey etc, kakyang naik ke teahouse dan masuk ke dining hall.

Perkara pertama yang kakyang cari adalah wajah2 kesayangan hamba.

Mana twin? Mana ju? Mana kak ct? mana abg man? Anoy ? zuri?

Habis satu dining kakyang scan. Wajah-wajah keletihan melewati mata kakyang.

Mata kakyang terpaku ke bahagian dapur. Ada kekalutan di situ. Seseorang sedang dipanaskan di tepi dapur. Ada yg menggosok tangan, ada yg gosok kaki. Terus terpandang twin tengah peluk erat seseorang.

Siapa?

Ada yg collapse juga ke?

Kakyang mula tak sedap hati. Kaki melangkah mendekati dapur.

“Kak Ct? Apa dah jadi kak?! Twin! Kenapa dgn kak ct?” Kakyang peluk kak ct sambil menangis. kak ct lembik habis. Dlm sedar tak sedar apa yg berlaku pd dia.

“Kak ct hampir collapse juga. Kami tengah bantu dia.”
Kakyang terkedu.

“Kak ct! Kuatkan semangat kak. Kita dah sampai abc. Ingat sofea kak. dia tengah tunggu maktok dia balik. ” Kakyang bg kata2 semangat utk kak ct. peluk kak ct erat2. Cium pipi. Cium dahi. Peluk lagi, cium lagi.

“kak, nath syg akak..” kakyang bisik pada kak ct.

tanak mengganggu urusan bantuan kepada kak ct, Kakyang berundur. Bagi laluan pd doc afiq, dan yang lain untuk uruskan kak ct.

Kakyang pandang ina.

“Twin!”
Terus kami berpelukan. erat. Diam tanpa sebarang kata. Hanya tangis dan air mata yang berbicara. Tak tahu nak gembira atau berduka. semuanya campur baur.

Kakyang lepaskan twin utk dia terus tengokkan kak ct.

Kakyang pandang lg sekeliling. Nampak ju di tepi sonal. Ju tengah bantu sonal masa tu. Sonal juga nampak keletihan melampau. Kakyang bersyukur bila teringat kakyang suruh porter pergi temankan dia. Kalaulah dia jalan sorang2 masa tu, kakyang tak tahu apakah akan ada episod ke 3?

“Ju.. u ok?” kakyang menyapa Ju. Ju nampak kepenatan dan sugul.

“I’m ok.” Ju angguk senyum lemah. Kakyang tau ju tak se ok spt yg dikata. Tp kakyang tau dia kuat semangat dan masih boleh bertahan.  Rupanya ju dah meraung dlm perjalanan td  bila dia ingatkan yg collapsed di tengah jalan adalah Anoy. Bila syafiq maklumkan yang tu adalah shack, barulah ju reda sedikit.

Kakyang pandang lagi sekeliling. Ada wajah lain yang kakyang cari tak kelihatan.

“abg man mana? Abg man mana?!” kakyang tanya rambang.

Ada suara membalas “abg man kat bilik tengah berehat. Dia pun teruk td”.

lagi sekali kakyang terkejut. Abg man pun?

“can someone see him kat bilik? Jgn tinggalkan dia sorang2. Jgn bagi dia tidur. Pls make sure he awake.”
Kakyang bimbang sesuatu yang lagi serius terjadi kalau takde sesiapa yg tengokkan dia. Membayangi yg bukan2.

“no worry kak nath. Ada org dgn dia” ckp seseorang pd kakyang.
jawapan itu melegakan kakyang wpun tak sepenuhnya.

Kakyang pusing lagi nak tengok yg lain. Tiba-tiba zuri meluru memeluk erat dan menangis.

"Nath!"

Dalam esak, zury bersuara.

“Terima kasih ajak aku ke sini nath. Kalau ko tak ajak, aku tak tahu yg aku boleh sampai sini.”

“Sekarang ko dah tahu kemampuan ko kan? ko dah sampai kan? kalau tak cuba, kita tak tahu kan? Pasni ko boleh cuba kinabalu pula ok?” kakyang cuba usik zury.

kakyang tak tahu nak balas apa. Hanya itu yg terkeluar dari mulut. kakyang kuatkan pelukan. Terharu bila ada sahabat ucap terima kasih dan menghargai semangat yg diberi. semangat depa semangat kakyang juga.

Usai selesai peluk dan menangis dengan zury, kakyang pandang anoy. Hanya isyarat mata dan tanda bagus yang dpt kakyang tanyakan pada anoy. Dah tak daya sebenarnya nak melawan emosi.

"Nath! Abg kat sini nath.." terdengar suara lemah dari depan pintu dining.

Abg Man! Dia melangkah masuk. Nampak slow je pergerakan dia. Abg man duduk bersandar ke dinding tepi anoy. Kakyang hadiahkan senyum pd abg man. Puas hati dpt tengok keadaan abg man sendiri. Masih boleh berdiri. masih boleh senyum. cukuplah.

"Abg ok? Kakyang tetap tanyakan soalan ini utk puaskan hati.
“Abg ok. Ko jangan risau” abg man cuba tenangkan kerisauan hati kakyang.

Selesai kakyang pastikan semua wajah2 kesayangan ok, kakyang terus meluru ke luar teahouse.

Bwueeekkk!

kakyang termuntah di tepi corridor. masih ada rasa loya. cuba muntahkan lg. tp xde apa yang keluar.

kakyang terduduk mencangkung di tebing corridor menahan loya sambil menangis sendiri.

Sebuah kejayaan yg penuh dengan emosi. Hanya semangat dan keyakinan boleh mengatasi. terus teringat kata-kata papa Lin..

"Tidak manis sebuah kejayaan jika tiada sebarang kepayahan"

Bwueeekkk!
Kakyang muntah buat sekian kali...


Menanti sunrise di ABC


No comments: