Alkisahnya.. hari jumaat haritu lepak dgn member rintis sambil cerita perihal trip ke srawak. dlm dok gebang gegar2 tu, diorang boleh pula ajak p cari dinasor hari sabtu ni.
apa lagi.. mmg KY interested sangatlah. tp masalahnya puasa dan anak kecik kakyang pun ada di rumah. tak sampai hati tak tengok dia balik ke asrama haritu.
pastu balik rumah pula si bujang bgtau dia ada ride bersahur dgn kawan ahad tu. sabtu adiknya nak berbuka kat luar dgn kawan2 sebelum balik. dah tinggal ibunya terkontang kanting kat rumah sorang-sorang.
bulan mengambang. jalan terang |
pukul 1mlm baru kami mula treking dari tanah perkuburan terus menyusur naik ikut trek kebun. kami pilih trek yg melaui Air Terjun 7 Puteri sekitar 1 jam kemudian. geram pula tengok air terjun sejuk2 tu kan..lepas bergambar sikit2 kat situ, kami memanjat tebing sebelah kiri air terjun untuk naik ke trek kebun di atas dan teruskan trekking ke pondok kebun.
abaikan keseksian terlampau tu |
trek menaik sikit demi sikit. dan agak mencabar lah bila buat bulan puasa ni kan. lama tak bergasak, tiba2 hiking.. mengah juga nak memanjat kebun tu.
nampak tak ada org masih berbungkus lg |
masa dah dekat nak menghampiri pondok kebun, tuan tanah dah melaung dari atas tertanya2 siapa yg dtg tengah2 malam gitu. agaknya dia nampak lampu headlamp kami dari bawah kot.
lepas perkenalkan diri sekejap dan beramah ala kadar, kami minta izin untuk menumpang bermalam di pondok kebun nya yg terletak sepelaung di hadapan. perjalanan dari kubur ke pondok kebun lebih kurang 5km.
kami sampai di pondok sekitar jam 330am. terus kemas2 sikit dan bentang lapik dan cuba tido sekejap sebelum bangun sahur jam 5am.
view bulan mengambang dari pondok |
terkial2 org tua ni nak turun dari pondok |
KY bawa bekal nasi putih dan sambal bilis kering. makan agak berselera agaknya sbb banyak guna tenaga memanjat kebun tadi.
pastu terus bersiap utk subuh dan mula bergerak sekitar 630am utk sambung jalan ke gombak backyard yg anggaran jauhnya 4km.
view Bukit Madei |
aliran anak2 sungai |
Jimmy dan nazir cuba untuk jejak water slide yg pernah wujud dlm teampark. kami cuba menuju arah yg dijangka pernah jd lokasi tempat slide tersebut. tapi hasil dari intai2 dan terjah2 2,3 tempat, yg dicari tak ditemui.
mula2 kami temui banyak tinggalan gazebo usang. kami tebak mungkin ni tempat istirehat yg disediakan di sekitar kawasan jungle treking.
dari situ kami meredah semak lagi dan menjumpaai tinggalan tempat camping. kemudian kami ambil risiko turun tebing tegak ke sebelah dalam hutan yang berkemungkinan besar mungkin jd tempat waterpark. dari intaian, tak dpt dikesan juga slidingnya. kemudia kami melencong terus ke arah tempat yg ada tinggalan kenderaan lama mimaland. tempat ni adalah sekitar kawasan hotel/chalet dulu.
1 comment:
Teringin sgt nak pergi ke Jurassic Park Malaysia ni...
Post a Comment