watak mama bosan ni asalnya dari filem melayu kan? cerita apa? kakyang bab-bab cerita melayu ni tak de idea sikit. bukan cerita melayu jer, pukul rata bab2 movie/drama mmg kurang sbb tak berapa nak layan tv/wayang. nak2 sekarang ni dah langsung tak buka tv sejak abg sakit dulu sampailah sekarang. dah takde feel nak tengok tv. pastu drama2 korea online pun dah tak berapa tengok juga. kalau tengok tu maknanya drama tu betul2 menarik lah tu.
eh.
balik kepada cerita mama bosan. post yg lalu kakyang ada cerita kan yg kakyang x tahu siapa mama bosan tu?
sekarang kakyang dah tahu dah siapa. mmg sesuai ler bg gelaran tu dgn dia. sbb perangainya mmg suka jer kepohkan hal org. sibuk jer nak campur tangan hal org.
kakyang mmg tak berapa ngam dgn dia. sbb dia mcm ada benda tak puas hati dgn kakyang. dah banyak kali juga dia cari pasal dgn kakyang. bab2 kerja jer. so far dia tak pernah lah cross border sampai hal peribadi. kalau dia crossed, mmg cari pasal lah.
disebabkan hal ofis shj, kakyang masih bersabar. kdg2 tu angin juga. tp masih boleh bersabar dan kawal diri lah. plg2 nak marah pun, kakyang ketap gigi atau p mengadu kat staf lain. dah luahkan rasa, redalah angin tu.
alkisahnya, semalam dia kacau kerja kakyang lagi. mula2 tu dia dah call kakyang. kepohkan hal kerja staf yg nak pencen. dia sibuk tanya siapa yg akan ambik alih, kenapa xde staf ganti, itu ini.
soalan2 dia tu ckup lah buat kakyang mula nak berangin. tak lama lepas letak phone, tiba2 bos besar kakyang menjerit dari dlm bilik dia.
"nath!!! X (Mama bosan) ckp org bsm tak tahu pasal staf yg nak pencen tu. ko dah semak dgn bsm tak siapa ganti staf pencen tu? kenapa bsm kata mereka tak tahu apa2?!" bergegar satu floor dgn laungan soalan dia.
"ehhhhh???? tak mungkin kak. surat2 pencen semua kan dari bsm tak mungkin bsm tak tahu?" kakyang bg fakta.
makanya.. terus kakyang call org sumber verify maklumat dan tanya sekali prosedur yang kakyang agak was2. ternyata mmg apa yg diberitahu mama bosan kepada bos adalah tidak benar sama sekali. info yg kakyang dok feed boss selama ni mmg betul.
Nampak tak????
apa masalah dia ??
kenapa sibuk nak masuk campur urusan department lain?
kalau staf tu pencen pun, bukan effected pd unit dia. staf tu staf kakyang. tahu lah kakyang apa yg perlu kakyang buat.
kerja2 yg dia tinggalkan pun bukan nak kena delegate ke unit dia. yg kena tanggung kerja2 tu staf kakyang sendiri atau sesilap, kakyang sendiri yg kena cover kerja2 tu.
jd.. apa masalah dia sampai nak p mengacum dgn bos?
kalau dpt info bsm tak tahu, salurlah info tu jepada kakyang dulu. kakyang ketua kepada staf nak pencen tu. kalau betul info tu, nasihat kakyang semula apa patut buat. bukannya dgn buta tuli terus jump ke boss besar.
tindakan mcm tu nampak mcm dia sengaja cari pasal dgn kakyang. mcm niat sengaja nak boss marahkan kakyang.
betul tak?
pufffffff
No comments:
Post a Comment