Monday, July 13, 2020

Bukit Larut /Maxwell

hari sabtu semalam kakyang join trip hiking Bukit Maxwell dan Gunung Hijau.

sepatutnya ber3 dari KL. tp endup ber2 je dgn jimmy. Nazir terpaksa tarik diri disebabkan emergancy keluarga.

pastu singgah ipoh kejap untuk ambik wife jimmy. dari situ kami terus ke rumah adik ipar jimmy di taiping. singgah utk lelap mata dan rehat sekejap sebelum mulakan pendakian. dari rumah dia dah nampak bukit maxwell tu.

pgnya kami ke sana. hanya ambil masa 15 minit. lepas berkumpul dan sedikit briefing, kami mulakan pendakian.

entrance trek hutan berada di luar pagar sebelah kiri. akan melalui kuil sebelum betul2 masuk ke pintu rimba yg hanya terletak beberapa meter di kanan jalan selepas kuil tersebut.

permulaan trek dah mula mencanak naik dlm elevation sekitar 50-60 darjah. takde diskaun. kalau ada pun setakat 2,3 tapak je tu xyah kira diskaun lah. serupa takde.

disebabkan terlalu semput dan pewai, kakyang dah mula givap dan bertanya2 pasal kalau tak mampu nak teruskan mcm mana?

dari sembang2 dgn adik sweeper, kalau x mampu buat, hanya ada 2 exit.
- exit waterfall
- exit kayangan

exit waterfall tu letaknya hanya 1 jam perjalanan dari pintu rimba. bila mula menghampiri exit ni, mental kakyang makin goyang. nak teurskan, nak exit? nak teruskan nak exit? end up kakyang decided utk exit di waterfall bersama lg 2 org hiker.

sebaik saja duduk di batu waterfall, kakyang mula mesej kwn bgtau kakyang pewai dan givap. stop kat waterfall jer.

bertalu2 kwn kakyang bg kata2 semangat. niat givap kakyang mula berbolak balik. tp nak teruskan mcm mana? sweeper pun dah pecut naik atas mengejar line up lain dah.

dlm dok berbalas mesej tu, tiba2 sweeper muncul semula bersama sorang lg hiker yg givap. alamak..

"dik. akak nak naik semula. cuba sampai kayangan. awak sabar tak nak layan pewai akak ni?
kakyang tanya utk kepastian. tanak dia rasa tertekan terpaksa ikut pace kakyang yang mmg teruk giler haritu.

"boleh kak. sy nak kejar yg lain pun jauh juga dah ni. meh la sy teman akak. rugi akak dtg dari jauh kalau tak teruskan sekurangnya sampai ke kayangan."

terus kakyang bingkas bangun dan orak langkah. terus tinggal megi yg baru nak masak. terus tinggal kopi yang baru nak di menggelegak.

kakyang teruskan melayan pacak trek yang mementalkan. dlm hati menyumpah2. depa kata senang. rupanya sebaliknya. huhuhuh

dlm perjalanan trek, elevation ada mencanak sehingga 70 darjah. allahuakbar... betul2 menguji mental

pelan2 kakyang melangkah. sikit2 sampai ke waterfall ke2, pastu sikit2 lagi sampai ke tempat banyak pacat, trek menurun sikit sebelum mula mencanak semula. ada part bertali. pastu sikit2 sampai ke tempat banyak balak tumbang. dlm mengatur langkah pewai tu, tiba2 sweeper dpt call maklumkan ada peserta pengsan kat cp8. masa tu macik baru di cp6.

allahuakbar. nak tak nak kakyang terpaksa push diri utk cepatkan langkah. risau keselamatan yg pengsan. sbb tak tahu conditionnya mcm mana.

dari cp6 trek mula naik turun naik turunnnnnnn sebelum betul2 naik menegak ke cp8. setelah beberapa meter naik ke cp8 barulah terjumpa dgn line up yg pengsan. dia dah sedar, tp tak boleh nak gerak sendiri. rupanya dia alah dgn gigitan pacat. jd semput.

hujan lebat turun dgn tiba-tiba menyukarkan lg usaha menyelamat. member yg lain dah siapkan pengusung dari pokok2 hutan dan tali yg dijadikan tempat utk memanjat tebing situ. dlm susah payah basah lencun hujan tu, mereka berjaya naikkan line up ke atas pengusung dan mula bergerak.

perjalanan jd lebih sukar kerana kami berada di trek yg mencanak naik. elevation di sini pd ketika tu sekitar 60-70darjah dan berbatu sempit. trek lebih kurang spt trek nuang via pangsun.

baru beberapa meter mengusung, petir tiba2 berdentum dan menyambar mereka yg sedang mengusung. masing2 terlepas pegangan pengusung. mangsa jatuh.

sudahnya, mereka minta mangsa utk cuba berdiri dan berpaut di bahu line up lelaki yg lain.  setapak demi setapak mereka menarik mangsa. silih berganti.

setelah segala perit getir usaha membawa mangsa ke luar dari kawasan hutan, akhirnya mereka berjaya jua.

masa ni kakyang dah keluar terlebih dahulu beberapa minit sebelumnya. sempatlah kakyang bergambar sekejap di rumah rehat kayangan dan kawasan sekitarnya.

dari kayangan, perlu turun semula ke cafe yg terletak beberapa ratus meter ke bawah untuk ke simpang puncak yg ada pencawang elektrik. dari situ ada entrance ke gunung hijau yg katanya hanya terletak 1km away dari puncak maxwell.

tp disebabkan ada insident mcm ni dan memandangkan sudah lewat petang dan cuaca tak mengizinkan, mereka decide utk call off trip dan mula beredar turun melalui jalan tar.

12km (10 miles) dari cafe. bukan satu perjalanan yg mudah juga utk menghabiskan. jln mcm takde penghujung. dah gelong2 jalannya pun. layan je lah.

akhirnya kakyang tiba di gate bawah sekitar 9mlm

begitulah akhirnya trip ke bukit maxwell. satu keputusan naik semula yg tidak salah.
entrance bukit maxwell

0km pertama

briefing sebelum mulakan hike

kawasan logi air

jambatan lama

entrance hutan di sebelah kanan yg ada tiang letrik tu


awal2 lg dia dah pangok

kata2 semangat sebaik sj kakyang sambung perjalanan dari called off 

di salah satu check point yg berbendera. ada 2 tempat yg sebegini

balak tumbang lama yg dijadikan trek 


2nd waterfall. air dia sejuk nikmat. refill air


trek ke atas mula berbatu besar

di cp8. line up pengsan sbb alah dgn gigitan pacat


bergambar dgn The Box, rumah istirehat istana hinggap lama yg dah usang

kawasan lapang di luar rumah

ada counter bar dlm rumah tu

masih ada perabot




ada buaian di luar rumah. wpun berkarat, tp masih utuh

sign board

ada balak tumbang merintang jalan tar bebearapa meter ke bawah dari the box

dah sampai cafe


dlm perjalanan turun

ada jambatan gantung


pandangan jambatan gantung dari jln bawah


10 miles. jln sampai gelap

ada sinar di sana

akhirnya smapai juga ke penamat

dpt sign board ni pun jdlah



2 comments:

Opera Hidup said...

Assalamualaikum kak yang. Padu lh akk. Sy 1st bc td yg kak yang naik g. Tahan. Tak sangka kak yang aktif hingga pos terakhir smlm. Idola le akk ni. Ade fb x 😁

KakYang said...

fb dah jd sejarah dik. menulis di sini saja. terima kasih kerana sudi baca. :D