since kakyang x pernah sampai ke situ, kakyang aggreed lah utk ikut dia. lgpun, selalu dia teman kakyang ke mana2 gunung dulu. bila dia ajak, kena la temankan pula ye dak? org berbudi kita berbahasa kekdahnya.
so, jumaat mlm lepas kerja kami bertolak ke sana. naik melalui tapah since yg drive tu dah biasa naik kat situ. tp seriously, tak boleh nak tido pun kat belakang kereta tu. selekoh berbelok2.
kami sampai kat tanah rata around 2pg. brenti tido jap dpn petronas situ sementara menanti meetup kat ipd brinchang pd pukul 7am.
pgnya lepas jumpa di ipd tu, terus gerak ke Kg Melayu Brincang yg akan jd meetpoint utk naik ke brincang barat. itu 1st time kakyang tengok kg yg rumahnya aman damai sikit. x terlalu bersesak tak teratur.
lepas buat regangan sikit, kami mulakan pendakian lebih kurang jam 8.30pm. trek mula2 sedikit melandai dlm 40-45 decree shj. tp biasalah. kaki belum warm up lg. mmg selow jugalah kakyang ni.
hutan mula mensajikan mossy wpun tak banyak. cantik la juga.
selepas 30m berjalan akan jumpa dgn cp pak mat. pastu 1jam kemudian cp malta. dari cp malta ke cp utem agak melandai naik turun. dari cp utem ke cp uitm mula mencanak naik turun berselut sikit sehinggalah ke cp uitm. lepas tu agak melandai dah sampailah ke cp brinchang barat (peak brinchang barat). kami tiba di situ sekitar 11.30 pg. lebih kurang 2.30jam perjalanan naik
rancangan awalnya kami turun ikut mossy forest. tp memandangkan ada lawatan diraja dari tengku mahkota pahang di hari kejadian, kami kena turun ikut jln naik tadi semula.
masa turun hujan mula renyai. bertembung dgn group lain yg reroute ke situ juga. separuh perjalanan di cp malta, hujan turun selebatnya hingga ke penamat. abis basah lencun dan berselut.
selesai pendakian, kami berkampung di tanah rata guest house utk bermalam di situ. mlmnya ada acara bbq etc. rumahnya besar, tp mungkin disebabkan lama tinggal semasa pkp, rumah sedikit kepam dan tidak terlalu bersih.
overall trip memuaskan. line up pun gila2 semua. mkn pun sedap.
No comments:
Post a Comment