Wednesday, February 24, 2021

Hutang

Ingat tak beberapa bulan yg lepas kakyang ada cerita pasal dikejar collector hutang2 lapuk cr card?  Meh kakyang nak ceritakan mcm mana kakyang dpt selesaikan masalah ni.

Semua dept tu timbul semula lepas abg takde. masa abg ada, dia yg uruskan semua. dia pesan dgn kakyang, kalau ada nombor yang takde nama called, abaikan je. sesekali mmg ada dan di abaikan. lama juga la kakyang tak terganggu dgn calls dari nombor-nombor yang tidak dikenali.

ingatkan masalah tu dah selesai. rupanya tidak!

Lepas abg meninggal, semua benda tu timbul balik. dan yg lebih shockingnya, kakyang tak tahu pun banyaknya hutang cr card atas nama kakyang! huhuhu

kakyang ingatkan ada 1 je, rupanya 3!. ok fine.. pastu kakyang remember dulu ada buat refinance cr card tu dgn ansuran bulanan selama 3 tahun. dah abis bayar pun. tp kakyang lupa dengan bank apa.

bila creditor-creditor tu dok tepon-tepon suh bayar tunggakan, kakyang jd semak perut. mana mai pula hutang2 atas nama kakyang ni? nak tanya lebih2 pun orgnya dah takde, nak taknak, accept je lah hutang yg ada tu.

makanya.. berkejaran lah creditor dgn kakyang. sampai jd takut bila hp berbunyi. timbul je nama yg takde nama, mula debar hati. sbb creditor ni bukan reti minta hutang baik2, semua nak marah2 dgn maki hamun bagai.

ada collector utk 1 bank ni, sampai kena tukar pegawai baru la dpt selesaikan dgn baik. sbb pegawai yg mula2 call kakyang tu, kerjanya nak membentak ngan mengugut jer.

lepas dah puas lari, lastnya kakyang pk, bayar je lah. nak hidup pun tak aman bila dah kena kejar collector ni. so mulalah kakyang jawab bila diorang call. mulahlah sesi dealing dgn diorang utk bayar paling minima. 

dlm masa yg sama, kakyang tanya advise kawan2 banker. ini advise diorang:

1. pergi deal dengan bank direct. selalunya bank akan bagi potongan yg lg better dari collector.


so, bila dealing dgn collector tu, kakyang bgtau nak gi direct ke bank. dlm dok nak pergi bank, nak pergi bank tu, PKP covid menjelma pula. so bertangguh lagi.. lama-lama, kakyang try dengan call bank dulu tanya nak deal dgn branch mana utk selesaikan masalah ni.

1 bank dia minta kakyang call PIC yg handle acc kakyang. call berkali-kali juga utk tembus ke direct PIC tu mmg susah. end up dpt berckp dgn PIC dan terus dia sebut satu nilai yg sangat reasonable pd kakyang. jauh rendah dari minimum amount yg kakyang jangkakan. 

Terus kakyang minta dia minitkan dlm email as black n white, once dpt email tu, terus kakyang buat payment tanpa bertangguh. terus email semula bukti payment dan minta diorang keluarkan release letter.

2,3 minggu lepas tu collector call kakyang lagi! adoiii apa lg yg tak selesai ni? payment yg kakyang buat tu kena scam ke? rupanya tidak.. collector tu cuma nak confirmkan penutupan acc je. dan diorang terkejut sangat macam mana kakyang boleh dpt amount yang paling rendah. dah umpama bayar apa yg guna jer. Alhamdulillah.. rezeki.

Selesai yg itu, kakyang deal pula untuk hutang cr card yg ke2. yg ini yg pegawainya collectornya dah tukar. dulu wanita india. kasar, suka ngugut. yg ini lelaki india. ckp pun baik-baik dan lembut jer. barulah kita nak berkira berbincang molek-molek sikit.

2nd hutang ni pun kakyang ckp dgn collector bg masa. kakyang nak direct dgn bank. dia setuju. lepas certain date, dia call semula tanya feedback. kakyang minta tempoh lagi sbb PKP kakyang tak boleh nak travel jauh. Dlm masa yg sama kak yang call bank dan minta nak ckp dgn PIC. dah tinggalkan pesanan dan buat report pun sampai ke sudah tak dpt apa2 feedback dari bank.

dlm dok bersoksek sana sini tu, tiba-tiba kakyang dpt mesej dari nombor yg tak dikenali bg ofer 90% diskaun dari nilai tunggakan. kakyang baca dan tak ambik peduli sbb tak berani nak percaya mesej2 mcm tu takut scammer. kakyang abaikan mesej tu. dan tunggu pihak bank call lagi.

dlm dok tunggu2 tu, collector call. dan tanya lagi sekali. dan dia confirmkan pasal offer 90% diskaun tu. terus kakyang kata betul ke? sbb mmg jauh lebih rendah dari nilai asal yg diorang minta kakyang selesaikan.

Collector tu kata betul. dan dia sebutkan nilai yg tinggal. Dari nilai tu kakyang nego minta genapkan je amountnya. dia tak setuju sbb terlalu banyak yg kakyang minta genapkan. so dia bg  1/3 dari apa yg kakyang minta. terus kakyang Deal!

mcm bank pertama td, kakyang minta pengesahan bertulis. once dpt, terus kakyang bank in dan email semula bukti pembayaran dan diorang bg released letter..

Alhamdulilah.. sujud syukur!. lega gila bila dpt selesaikan hutang. Harap-harap jgn la ada yg tetiba dtg tuntut hutang lagi. huhuhu

Alhamdulillah juga dpt bayar seminima mungkin. total yg kakyang bayar hanya 50% dari nilai minima yg diorang mula2 offer.

so, lebihan yg kakyang peruntukkan tu dpt lah digunakan utk preparation pindah rumah nanti..harap2 cukuplah.

So uols..

kalau ada collector dok kejar2 korang tu, jgn gelabah, jgn stress, tenang2 sahaja.. jgn tenang dan lena. tp kena  buat sesuatu lah. sila ambil tindakan-tindakan yg kakyang cadangkan ini.

1- solat dan doa bersungguh2 dgn Allah minta dibantu dan dipermudahkan urusan selesaikan hutang. ini kena minta dgn Dia hari-hari. Yakin dgn pertolongannya. Insyaallah tak hampa.

2.ckp baik2 dgn collector. minta tangguh. bg lah segala mcm maknenek alasan yg korang ada.

3. bgtau kat collector, korang nak deal direct dengan bank.

4. call bank atau pergi bank, dan deal dgn PIC yg incharge acc korang. deal apa offer yg terbaik. dan compare semula offer dari bank dan collector. pilih yg terbaik.

5. Ada kes bank dah jual acc korang kepada collector mcm kes ke2 cr card kakyang, bank sebolehnya tak akan masuk campur kerja collector. yg mcm ni korang kena pujuk dan nego dgn collector. sambil-sambil tu try juga la berurusan dgn bank. kalau bank tak layan, tulis surat rayuan ke bank. cc je segala mak nenek CEO/president diorang. insyaallah akan dpt jawapan dari bank nanti. (ini dari pengalaman abg.)

6. last resort, kalau bank serah juga pd collector, korang kena deal dgn collector juga lah. dan.. bayaran tak semestinya lump sum. korang boleh juga deal satu nilai ansuran bulanan untuk selama beberapa tahun. yg penting kena komit la dgn apa yg korang dah bersetuju. 


Alhamdulillah.. mcm tulah ceritanya mcm mana kakyang dpt selesaikan hutang-hutang cr card atas nama kakyang. next kita selesaikan yg abang punya pula yer.. semoga Allah permudahkan semua urusan.



No comments: