Friday, December 10, 2021

#ceritatentangkenangan

semalam abg dtg jemput KY dgn merz putih tak berbumbung. KY pelik. bila masa pula abg pakai kereta tu? Abg bgtau tu kereta ofis bg dia pakai.
abg dtg dgn berkemeja putih dan berseluar cream. abg chubby mcm masa muda2 dulu. tersenyum2 manis dgn muka putih merah.
Abg kata dia dtg nak bawa kakyang. nak kenal tempat kerja dia dan bos baru dia. Datin katanya.
Sampai kat ofis, dgn agak tergesa abg naik dulu sambil pesan kalau nak cari dia, naik cari kat tingkat 3. lepas keluar dari kereta, KY naik ke ofis abg.
ofis abg berkonsepkan terbuka. di tingkat bawah ada lobby dan beberapa ruang lain. sebelah kanan ada tangga naik ke tingkat atas. dan tangga tersebut menyambung juga ke sungai di luar. ada meja kerusi di pangkin luar tu kalau nak menikmati angin luar. KY turun ke luar sekejap utk menikmati pemandangan di pangkin tersebut.
seketika, KY decide masuk semula ke dlm bangunan utk mencari abg. dlm perjalanan KYbertembung dgn bos abg.
Inilah datin tu agaknya. omel kakyang dlm hati.
Datin menyapa KY. dia perkenalkan KY kepada beberapa staf di situ dan bgtau kat dpn ni tempat lepak2 staf wanita. kalau nak cari husband u, dia kat atas. kat atas ada tempat2 lepak lelaki juga.
KY naik ke tingkat atas yg dimaksudkan. tujuannya nak ke tengok tempat kerja abg.
bila naik ke atas, KY nampak tempat lepak2 staf lelaki sahaja. sambil intai2 ke belakang. tak nampak pula tempat atau meja yang boleh dikatakan tempat kerja, kat mana pula meja abg ni? tak nampak pun abg di mana-mana.
dlm dok terintai-intai cari kelibat abg, KY terjaga. Oh.. mimpi rupanya...
terus mata kakyang terasa panas dan hati terasa sebak. tp dlm sebak-sebak tu terfikir pula.. abg dtg jemput?
abg dtg 'jemput' ke sana kah? dah la esok nak masuk hutan yg uncertain cerita hutannya mcm mana. petandakah itu? hmmm seram la pulak.
jgn pk bukan2 lah.. doakan segalanya baik-baik shj utk perjalanan esok.
Alfatihah.. semoga abg tenang di sana.

#ceritatentangkenangan



by the way..  

hari ni besday anak bujang kakyang yg ke 21. 
Dah dewasa anak kakyang. semogo diberi kesihatan yg baik, diberkati umur, jd anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat. aaminnn


No comments: