mula2 kakyang ingat apalah jasper ni.. rupanya nama ringkasan bg 3 gunung di Cameron Highland.
JASar, PErdah, Ruil = jasper
gunung ni terletak bersebelahan je. menyambung antara satu sama lain. sebenarnya utk buat jasper ni tak perlu turun ke kaki gunung dan naik semula pun. tp disebabkan organizer nak milage tu lebih panjang, makanya treking utk trans jasper ni dibuat naik dan turun.
kami mula sampai ke CH pada hari khamis, camping di sg pauh camp site yang dah berwajah baru. next day hari jumaat barulah kami buat trans jasper dgn mula berjalan kaki dari camp site ke starting point gunung jasar yg terletak di jalan jasar kalau x silap kakyang. nantilah kakyang tengok semula strava. dah tak ingat. hahahaha
treking jasar tak lah susah sangat. tp mula dgn panjat tebing yg agak menegak/pacak di belakang perumahan. kemudian jalan selanjutnya mula melandai sikit2 dan melalui hutan yg agak berlumut. adalah 2,3 spot yg cantik lumutnya dan pokok2nya untuk buat port bergambar.
dari peak Jasar, boleh nampak banjaran gunung lain. view 360. alaaa. dah lupa pula gunung apa yg nampak dari situ. nantilah kakyang rujuk balik guide.
turun dari jasar, kami mula ambik trek di sebelah belakang batu tanda sempadan. menghala ke gunung perdah. makin jauh ke dalam, mossy sepanjang trek gunung perdah makin cantik. tp masih tak dpt lawan mossy di irau atau brinchang barat.
setelah meredah trek hampir 1jam lebih, kami tiba di puncak Perdah yg x bertanda. tp dari cerita guide, sebenarnya peak tu ada signboard. tp ada je tangan2 nakal yg merosakkan papan tanda yg diletakkan.
kakyang agak kecewa sbb peak perdah tiada sebarang batu tanda atau sign board. kalau x tengok peta topo/gps, boleh dipertikaikan betul ke tu peak perdah? hahahahha saja nak angin sikit sbb senang sangat nak ke perdah tu.
dari peak perdah, kami turun ke perkampungan OA. kononnya utk take 5 dan lunch sebelum sambung ke gunung ruil di masjid OA. tp kami lupa bahawa haritu adalah jumaat. so, masjid digunakan utk sembahyang jumaat, makanya.. kami terpaksalah mencari port lain utk rehat sebentar. dan jumpalah lot2 kedai yg dlm pembinaan. ok lah.. asalkan dpt berlindung sebentar dari panas tengah hari.
lepas lunch dan solat, dlm sekitar pukul 2, kami sambung perjalanan ke ruil dari jalan konkrit kampung oa. dah rehat panjang, lepas makan, thari panas berdenting, mula lah perjalanan menjadi lemau. masing2 dah terasa berat melangkah.
tp disebabkan sejuk CH, perjalanan masih lagi mula selesa. ditambah pula dgn beberapa port mossy cantik, jdnya semua kembali bersemangat.
trek ruil tak lah sesukar mana sangat. sekejapan juga dah sampai peak. lg tambah berbaloi sbb peak ada signboard. terubatlah sikit hati berbanding dgn 2 peak awal yg takde sign board tu kan?
jom layan gambar2 cantik sekitar trans jasper..
Peak JASAR |
cinonet je khemah kiter belah kanan tu. hehhe |
3 comments:
Laluan jasper boleh camp tak ?
tak bole rasanya
berapa jam perjalanan kak?
Post a Comment