haritu bila kawan2 rintis kyang dpt tau yg kami tak dpt cari puncak sebenar bukit lagong, terus jimmy riki bukit apakah yg sebenarnya kyang dan kwn2 jumpa.
pastu dia update kakyang bahawa bukit yg kami jumpa adalah bukit nolang. sepatutnya ada sign board. tp sign board tu ada di sebelah lereng lain. tak betul2 berada di titik tengah peak.
alkisahnya lepas tu diorang terus set trip menjejak puncak sebenar bukit lagong. sbb puncak sebenarnya ada beirut dan sign board
kakyang tak lepaskan peluang ikut. x puas hati punya pasal.
lagi sekali kami parking di hutan rimba bukit lagong, pastu dari situ jalan kami masuk ke dalam lagi sampai ke perkampungan OA. entrance sebenar adalah jalan tar sebelah kanan selepas padang paintball.
dari situ kami menyusur naik ke jalan powil sampailah ke simpang pintu rimba. kami mengambil jalan ke kiri untuk mencari puncak bukit nolang. selepas beberapa kali naik turun bukit, dan berperang dgn pacat yg banyak disebabkan musim hujan, akhirnya kami sampai ke peak bukit nolang yg berssignboard kertas berlaminate shj.
kami rehat kat sini agak lama. siap makan meatball goreng lah, anggur lah tea bunga tak terkecuali.
kemudian selepas bergambar, kali turun semula ke simpang y di bawah dan ambil simpang ke kanan menuju ke trek bukit lagong.
trek bertanda tp most tanda dah lusuh/usang. kena perhati betul2. sampailah kami sampai ke satu rumpun bertam yang dah menyembah bumi. penanda di sini ada di atas rumpun bertam. kalau tak perasan, mmg ingat takder marking kat situ. kena latam rumpun bertam tu baru nampak penandanya. selepas rumpun bertam tu, penanda2 lain kembali jelas masih terikat di batang2 pokok pada aras mata. kena cekap memerhati je.
disebabkan trek lama tidak dimasukki, trek agak tertutup. pacat pun banyak. dan yg paling kakyang takut bila trek lama tak dimasuk ni, binatang2 menjalar mula kembali bersarang di tepi2 trek.
tp alhamdulillah.. sepanjang jalan tiada perkara yang tidak diingini hinggalah kami ketemu peak sebenar bukit lagong yang tertiarap dikelilingi resam yang tinggi.
moh la layan gambar..
durian hutan katanya. buah tumbuh di batang bawah |
birut peak bukit lagong |
singgah solat jap kat sungai kecil sebelum ke puncak lagong |
spiderweb besar giler.. x pernah jumpa |
peak bukit nolang |
rehat2 di peak bukit nolang sebelum sambung ke peak lagong |
rumah singgah OA. |
starting point sebelah kanan paintball |
No comments:
Post a Comment