Wednesday, December 8, 2021

Happy belated birthday to me!

 belated dah nak oyy.. kakyang malas nak berblog lately. hari ni up sampai 4 post sekali. hehehee

pengaruh kopi americano zuss siang tadi agaknya. badan tak rasa letih sangat dan mood pun tengah ok wpun td balik lambat. kakyang sampai kat rumah pun dah nak masuk isyak.

nasib baiklah tengah ABc. takde lah kalut sangat nak terkejar2 masa dengan solat etc.


dlm dok tulis post hiking, tiba2 teringat tak coretkan pun sedikit kenangan pasal besday tahun ni.


tahun ni ada org wish nak celebrate besday kakyang. kita grant kan aje his wish. dia excited agaknya. takpe. kita bg peluang. seawal 4hb dia mula wish pre birthday katanya. kakyang layankan ajer..

on the birthday itself, tepat 12.01 am, masuk text happy birthday pula.. bagus. sabar menunggu detik 12mlm rupanya.. kakyang baca dan tidur balik. hahaha

layankan je lah.. dah ada org nak wish kan. selalu tahun2 sebelum tu selepas abg takde, sibuk ngomel takde siapa nak wish kan...kiki

paginya, kakyang menghilangkan diri dgn naik angsi via ringgers hill. dari sebelum subuh sampai ke maghrib uncontacted sbb kakyang off data utk save battery.

then hari isnin sibuk la pula nak belanja makan.. oklah... besday kakyang, tp yg pilih tempat makan org lain. takpe... biar je lah. kiter ok je mkn apa2 je.

pastu ditanya pula nak hadiah apa? dlm congak2 nak minta apa, dia jwb sendiri pula. i belikan perfume nak? bagi wangi sikit. 

eh eh eh.. x cukup wangikah?

kakyang decline perfume, sbb dah banyak sangat kat rumah. x terpakai. tak kan lah nak tambah stok perfume lagi? membazir tu amalan syaitooonnn

memandangkan lama kakyang tak tukar jam tangan, kakyang counter offer bgtau nak jam boleh?. after congak2 pilih2. tak sampai hati pula nak ambik kesempatan lebih2 sbb dah dpt mcm2. lastnya kakyang pilih yg ini je.. cukuplah tu.. yg lg penting keikhlasan dan ingatan.


Terima kasih semua yg wish dan meraikan besday kakyang tahun ni.. alhamdulillah diberi peluang 1 tahun lagi utk menjadi hambaNya. semoga dpt muhasabah diri dan memperbaiki diri menjadi hambaNya yg lebih cemerlang. diberkati umurnya, kuatkan lagi amal ibadat dan dimurahkan rezeki dan sentiasa diberi taufik dan hidayah ke jalannya yang benar.


aammeeennn



No comments: