Thursday, December 16, 2021

Langkawi 2.0

Hangpa nak tau dak?
semalam KY buat hal berani mati. berani mati p blind date wey! gara2 org tu pm mesej dia hebat sangat kan. KY ni pantang dgn org yg nak tunjuk2 hebat ni. apa lagi.. KY pun terus setuju utk dtg blind date pd tarikh yg dia tetapkan.

Nak la juga tengok mcm mana org yg hebat sangat tu kan...dia ingat kakyang takut nak terima cabaran dia? huh

Hebat apa dik non.. sampai abis cerita Langkawi 2.0  KY karang kat kedai kopi tu, dia tak muncul-muncul pun. hahahhaa LEMAH. pstu KY bgtau whereabout KY kat dia. terus dia block KY. muahahahaha takut la tu. 

dont play play ok!

kikiki

ok meh kakyang sambung dgn cerita trip hiking lagi bagus daa...

KY nak cerita pasal trip Langkawi 2.0, tp gambar2 banyak dlm hp pula. cable hp mcm ada problem je utk sync dgn pc. jdnya gambar x boleh nak export.

bila menulis,  bestnya menulis dari pc. gambar dlm hp. mcm mana nak tempek gambar ke sini?

ni KY jumpa sikit gambar yg dari tele web. dptlah dload sikit2. nanti kalau jumpa lg yg menarik dari hp, KY tambah2 kat sini yer..

trip Langkawi 2.0 terjadi sbb Che Fauzan, Joi dan Pyan berkenan nak hike Macincang Trek Lagenda dari mula2 trip 1.0 lagi.

masa mula2 dengar agenda tu, KY mcm tak berapa nak ikut sbb bila dengar ngerinya trek lagenda tu. kena panjat tebing batu bagai, kena betul2 fit sbb panas, kena itu kena ini

by the time trip nak direalisasikan dan hebahan penyertaan dibuat, KY tetap angkat tangan. hahahahah

sebenarnya bukan x takut, tp the memories travel bersama team tu yg lagi berharga. bila sesekali tercicir dari trip diorang, pastu dengar2 cerita trip lepas tu pula, dlm hati tu eh.. menyesalnya aku tak ikut!


haaaa itulah perasaan sebenarnya.

jom focus pasal trip 2.0 ni.

kali ni travel ke langkawi melalui AA dari 3 hingga 7 Nov haritu. kebetulan pula airport langkawi dah di buka sebagai gelembung ekonomi, terus je pyan buat booking tarikh yg sesuai.

so, as usual kami ber5, ditambah dengan kehadiran husna dan suaminya faizal, uya, abg sazly dan yg paling last kakyang dpt info, si becok lea pun ada juga.

makanya.. kakyang dpt membayangkan trip 2.0 ni mmg akan betul2 meriah.

sesampainya di langkawi, kami tunggu van sewa dan terus gerak ke homestay yg terletak di pantai chenang. otw ke sana, kami singgah makan jap di gerai laksa sekor yg dikatakan femes di tepi pantai bersebelahan airport langkawi.

sebenarnya, makanan viral ni tak lah sesedap mana pun. kalau korang tanya KY, jawapan kakyang akan tetap mcm biasa...KY masak lg sedap. muahahahhaaha perasan gila.

kami stay di homestay Rahsia. mana boleh bgtau korang lokasi dia. Rahsia kot. homstay yg agak selesa dan baru. luas pula tu. utk 2 org dlm satu bilik, mmg lapang sangat lah. KY sebilik dgn Uya.

mlmnya kami kemas2 utk get ready pendakian esoknya.

cerita pendakian bermula dgn Bukit Kilim 1,2 3. spt biasa, guide kami masih lg si Heiri. dan kali ni ada amyonez sekali.

dlm bertanya2 nak mula dari mana tu, diorang terus cadangkan mulakan dari yg paling susah dulu supaya kemudian2 akan terasa lebih senang. makanya.. pendakian di hari pertama tu kami mulakan dgn mendaki bukit kilim 3 dahulu, kemudian 2, pastu 1. tp  yg jadinya.. hanya kilim 3 dan 1 memandangkan kami perlu cptkan plan bg memberi laluan urusan heiri dan amy.


Bukit Kilim 1 dan 3 ni, pacak. batuannya mcm mokcun atau gunung keriang, agaknya mmg begitu sifat gunung2 di belah utara. texture batuannya yg tajam. tp alhamdulillah nasib baik tidak terlalu rapuh. jdnya ketakukan memanjat  tebing gunung tu tak lah ditambah lg dgn kekuatiran yg batu2 tu akan pecah dan jatuh.

meh layan view di kilim 3 dan kilim 1





View di kilim 1 & 3 mmg sangat osem. Tp Hati2 lah. Bantuan ya mmg sangat tajam. Mmg disarankan utk korang pakai glove bagi mengelak luka. 

Penyudah di kilim 1 dah tengah hari. Turun di situ, kami singgah mkn ais malaysia yg dijual oleh salah satu rumah penduduk di bawah tu. Masyaallah.. Nik at ya dpt ais selepas berpanas di atas puncak tadi. 

Kami lunch di.. (lupa daa). lpas lunch kami naik ke Gunung Raya posing2 jap 





Di hari ke 2, tiba lah giliran gunung yg paling ditakuti. Gunung Machinchang via trek lagenda. 
 Trek lagenda ini masih bermula dari air terjun telaga tujuh. Kalau trek ke peak 701 menyusur ke kanan selepas melintas air terjun trek lagenda perlu menyusur ke kiri sedikit. 

Selepas bacaan doa selamat ringkas, kami mulakan perjalanan dgn tawakalallah. Masa ni KY diam shj. Gementar, takut sama naik. Ghisauuu tau bila membayangkan tebing yg bakal dihadap depan sana. 

Trek lagenda agak memacak dari starting. Melalui hutan yg agak terang. Selepas beberapa kali take 5 sbb tercungap melayan pacak ya sekitar 45-55°, kami berhenti rehat sekejap di atas bantuan. Sambil menikmati angin laut dari tebing tersebut. 

Di sini lah berbulanya area yg permu memanjat tebing berbatu. 

Baru nak angkat kaki utk sambung perjalanan, tiba2 terdengar bunyi dah an patah dan benda jatuh. Serentak dgn jerit an ketakutan KY. Yg KY nampak abg sazly dah terlentang ke belakang di atas batu hadapan KY. Nasib baik dia tidak terus ke tebing sbb tersendal dgn pokok2 yg ada di tepi tebing tersebut. 

Utk seketika kak yang menggigil. Sangat risau jika terjadinya sebarang kecelakaan pd aras ketinggian sekarang. Ya Allah.. Minta dijauhkanlah dari sebarang kecelakaan. Detik hati kak yang sepanjang perjalanan. 

Trek mula membatu tegak dan besar2 tergantung di tebing machincang. Makin kecut hati kakyang. Ada masa kaki terpaksa mengangkang betul2 bg mencari tapak untuk menuas badan ke atas. Ada masa tangan betul perlu berpaut kuat bagi menarik diri ke atas. Sesekali  take 5 di atas tebing tersebut. GAYATTTT.. tp pemandangan sangat osem! 

Disebabkan kak yang terlalu terkial2 dan menyiput memanjat, KY tertinggal di belakang spt biasa. Yg lain dah jauh ke atas dipandu arah oleh Amy. 
Kak yang di sweep oleh heiri dan wan berselang seli. Ada masa wan di hadap an, ada masa heiri di hadap an. 

Belum sempat nak menyebai penat dan takut memanjat, tiba2 heiri bersuara dab bgtau.. Kak. Dah sampai peak. 

Eh... Hahahahah idakler jauh sangat tebing ya tu. Idak lah terlalu susah bebenor memanjat batu ya tu seperti di bayangkan. 
Ya Allah.. Statement bongkak gila siut! 

Taklah.. Taklah.. Maksud KY,.. Manageable lah tebing2nya tu. Maybe sbb pengalaman kak yang yg lalu lg extreme, pd kak yang, yg ini tidak lah terlalu sukar seperti di bayangkan masa mula2 riki cerita kekejaman treknya. 

Selepas puas bergambar dan lunch break di puncak, kami mulakan perjalanan menuji ke platform cable car utk turun. 

Kali ni kami sepakat mengambil keputusan utk turun dgn cable car bg save energy utk agenda hike next day. 

Trek ke platform tak lg melalui tebing berbatu. Ianya melalui htan sebelah dlm. Yg kemudianya tembus ke belakang rumah kongsi pekerja yg sedang menyiapkan platform sambungan. Selepas me lintas platform under construction tersebut, terus bersambung dgn platform lama. 

Kami turun dgn cable car. Ini pertama kali KY naik cable car. Gayat. Bila bayangkan kita terapung aping jauh lebih atas dari pucuk pokok hutan... Nauzubillah. 

Tpvianya satu pengalaman yg  sangat menarik.

Turun dari cable car, kami berjalan kaki Sejauh beberapa km ke tempat parking di kaki telaga 7 semula.. 

Memandangkan masih awal masa tu 530, kami ambil keputusan utk singgah mandi air terjun....... Lupa plak nama air terjun tu. 

Masyaallah cantiknya air terjun tu. Tinggi sangat. Dari Google, katanya ia setinggi 30m.

Layan gambar2 sekitar xtvt day 2 L2.0.


Day 3, kami ke kuang, ulang & ulang lg sekali waterfall









ala-ala baywatch dak? muahahahahaha

budak becok tu malu nak muncul diri. dia tayang kaki dia yg lawa je. huh! jeles

Day 4 ready utk balik. Shopping time!

KY drafkan dulu utk trip ni. nanti bila ada masa KY akan cuba perincikan lagi cerita ya.. (kalau rajinlah. hahhahahaa)

No comments: