semalam 19 Dec, lembah klang darurat sekejap bila banjir sana sini selepas hujan tak berhenti dari hari jumaat.
malam sabtu tu kakyang sempat lari ke slim river sekejap. dlm hujan2 tu gigih betul ke sana. mlm tu lah khabarnya ada xcdent yg melibatkan kematian 8sekeluarga dan 2 org lain yg menolong. Takziah pada keluarga mangsa yang terlibat.
pg esoknya, lepas sarapan, kakyang balik semula ke PA sbb anak kecik kakyang balik dari asrama. dia kalut nak tukar juga hp dia.utk si bujang yg xmau ikut |
menciwi dgn hp baru |
kul 10pg sampai PA. jalan di hadapan proton center dah melimpah tenggelam air, nasib baik tayar kereta kakyang agak besar, confident sikit nak lalu.
alhamdulillah selamat sampai ke rumah. rehat2 sekejap, pastu keluar semula dgn anak kecil menuju ke setia alam mall ikut jalan belakang.
masa kami ke sana, semua jalan masih ok. cuma di simpang ke meru je yg dah naik air sedikit.
masa balik lepas thari tu, semua jalan dah tenggelam air terutama di jalan dragonback. siapa sangka kawasan berbukit dragon back tu boleh banjir? abis tenggelam rumah penduduk di tepi2 tu.
itulah hasilnya dari kesan diorang terangkan bukit cherakah tu. mmg kat situ tengah giat buat pembangunan. semua hutan dah dah diterangkan.
kesian dgn musibah yg menimpa. tp kesan dari kerakusan tangan2 sendiri juga. so, alam dah bg amaran awal la kan??
apa pun, kakyang agak bersyukur juga sbb tak terperangkap atau terlibat dlm banjir2 tersebut.
semoga Allah beri ganti yang lebih baik pada mangsa-mangsa yang terlibat.
besar betul dugaan mereka.
No comments:
Post a Comment