minggu lepas kakyang cerita pasal p GM kan? nak p sana tu kakyang google dulu. kat mana lokasi gm tu, apa pilihan transportation utk ke sana...etc lah
so dlm dok goolge2 tu kakyang jumpa lah mcm2 review tourist pasal tempat2 kita. review pasal brickfield yg dipanggil little india, review pasal chowkit. semua review tu dari org luar. ada terselit satu dua jer dari rakyat tempatan..tetiba kakyang terasa..hhhmmm
kenapa kita sebuk review, posting pengalaman kita jalan2, melancong kat tempat org, tp tidak kita posting tempat kita sendiri eh..?
tempat sendiri yg kakyang ckp ni tempat kita bermastautin lah. bukan tempat perlancongan tempatan yg kita pergi. rasanya yg ketegori gitu kita suka posting. tp kita sebagai penduduk yg lebih arif jalan2 sekitar tempat kita bermastautin mesti lg banyak nak diceritakan ye dak? sekurangnya apa tips yg kita bagi tu boleh jd sebagai panduan utk pelancong lain.
oklah..kalau mcm tu kakyang berazam..azam yg dtg bukan pd awal tahun jer yer...azam kakyang, tiapkali kakyang pergi kemana2 sekitar kl/pj/s.alam/selangor ni, kakyang akan tulis kat sini sebagai panduan semua. manatau ada tips2 yg boleh membantu melancarkan perjalanan korang nanti..
oppsss...banyak tempat yg kakyang pergi baru2 ni semasa cuti sekolah. hmmm ada masa jap jap lg kakyang sambung tulis kat posting lain yer...
jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment