Tuesday, December 24, 2013

Bandung: Trip family

kat Bandung xde jual mee bandung tau. sirap bandung pun tadak. abihtu mai mana nama tu?

hehehe

KakYang baru balik dari Bandung minggu lepas. bertolak ke sana pada 16 Dec petang. Balik sini 19 Dec t/hari. lewat petang baru sampai sbb beza waktu sini 1 jam. Bandung lewat sedikit dari kita. Atas tajaan kak ipar kakyang..

Ni geng2 makcik sepupu sepapat anak buah. pompuan semua. x de lelaki so percutian nya aman la skit kan. dah kekdahnya nak membeli belah. bawa lelaki buat menyemak dan pemusnah mood jer. kekeke

KakYang cerita dlm mood kronologi la ye.. malaih nak taip panjang2. lately mood nak mengarang tu makin tumpul.

16 Dec 2013
3.00pm flight AA ke bandung. delay 30 minit.
-sempat sambar minyak wangi feragamo ngan montblanc botol besar. kopak RM600 dah. gara2 salesgirl tu kata freeduty balik nanti tadak brand tu. huhuhu takpa janji apa yg dihajati tercapai.

5.00pm sampai bandung. kecik jer airportnya mcm 1 baris lot kedai je gitu. 
lepas dah ambik semua luggage, terus gerak p 1 factory outlet ni dulu. tak berkenan sbb semua jual baju kecik2 jer.
then p toko 3. shoping tshirt sakan dah kat sini. sebelah toko 3 ada kedai telekung n kain baru buka. survey je dulu
-makan nasi padang

17 Dec
- pergi pasar baru. dari kul 9 sampai kul 4 kat sini. dpt sambar 1 telekung, dan beberapa pasang kain jer, duit 3juta abis. kakyang dah terdiam la sbb pokai. huhuhu
- jangan tempah jeans kat kedai medwan di lantai 2. takde kualiti. janjinya 1 mlm siap. tp mlm terakhir tu baru dpt. alasannya, kami balik khamis. 3 org tempah, 3-3 tak puas hati. Kakyang punya cawat suka melorot ke bawah. dah tu dia buat mcm legging. melekat kat kaki. kak ipar punya x boleh zip. anak buah punya pinggang besar dan cawat pendek. boleh nampak pentiesnya. adeh... nyesal sapa la yg review kata situ bagus. auta sungguh
- kalau ada sales girl offer nak tunjukkan kedai mana2 yg dia kata murah. jgn ikut dan jgn percaya. sbb kalau diorang yg tunjukkan, harga yg kita nak beli automatik akan jd mahal. dan kalau ada yg ofer nak tolong bawakan brg2 tu. jgn terima. alasannya sama nanti harga brg jd mahal sbb peniaga tu kena bg tips kat diorang2 tu.
-bawa duit juta juta juta jutaan kat sini. mmg menyesal bawa skit jer. sampai hari ni menyesal lg...huhuhu

-makan nasi sunda mlm tu.

18 Dec
-pegi tangkuban perahu. subhanallah cantiknya pemandangan situ... mcm2 posing kami ambik gambar. selfie pun ada. perasan. hehehe
tak lama pastu hujan, terpaksa terus balik town.
-3.30 petang keluar balik ke toko 3 tukar baju tshirt yg kakyang beli koyak. terus shoping lagi kat kedai kain sebelah tu

19 dec
-8pg dah check out hotel. fligh ptt 11.30pg tunda ke 12.30t/hari.

tu je lah dulu. nanti ada mood kak yang oleh semula karangan ni yer.. hehe








No comments: