utk cari fitness, kakyang mampu panjat building 4 tingkat je. dan jalan keliling bukit2 ofis ni 3x seminggu. tu pun tak berapa mencabar. peluh2. nak joging x mampu. buat sekali, rasa nak pitam beb. tp bab kaki tak mencabar sangat. nak p test test panjat bukit lain x de peluang. nak perambat abg utk hantar kakyang kesana kesini tu bukan senang.
Minggu terakhir kakyang terpaksa ambik cuti hafday untuk test tracking kat bukit gasing. dlm banyak2 info yg kakyang cari, ada yg rekemen bukit gasing sebagai test track. Main gamble je. test track naik ke kuil. baru a few minutes, kakyang dah nak pitam!. lgpun x sempat sarapan pun pg tu. turun dari laluan tu, kakyang try track ke menara tinjau pula. yg sini x curam sangat mcm yg ke kuil td. turun dari situ jalan landai je. tu je lah yg sempat kakyang try sebelum bertolak ke KK.
Utk barang hiking..ini je barang2 yg kakyang dah beli
-beg hiking masa p vietnam haritu. 1 beg besar utk isi semua sepanjang trip, lg satu beg kecil. yg ini nanti guna untuk bawa bekal dan air
- bekas air. beli yg ada tiup panjang boleh galas.
ehsan google. :P |
-pole kakyang beli kat kedai outdoor di Shah Alam Mall. kakyang ambik yg berkualiti skit sbb kononnya kalau berjaya Gunung Kinabalu ni, nak p gunung lain pula.
-Sarung tangan/ baju sejuk/ guna yg masa p korea dulu
-kasut hiking- ingat haritu nak guna kasut sukan yg
kyang dah beli utk joging tu, sekali tu masa test turun cerun bukit bertar kat bukit belakang ofis, kakyang mengelongsor jatuh terduduk sbb kasut tu tak mengcengkam. ish, tak boleh jadi. terus kakyang cari kasut hiking. kebetulan sepupu abg tengah kerja kat kedai bata, dia kata brand power ada kasut hiking, rembat je lah satu. murah2 je janji ada grip kuat.
utk turun gunung kakyang beli sandal.
ekceli, kasut outdoor bata ni tak sedap sangat. dan dia tak support ankle. tp ok la utk low budget kan. nanti kalau nak p gunung lain, kakyang nak usha yg better skit.
Pakaian:
Sebelum pergi tu member kakyang yg dok ulang alik sana bgtau, KK tengah kemarau sekarang. so kemungkinan besar tak terlalu seju. so kakyang tak prepare baju lebih2 sangat.
-baju tebal: kakyang just guna winter coat yang dah ada masa ke korea dulu.
utk hari naik, kakyang just pakai baju T biasa lengan panjang, seluar track, kasut outdoor, stoken sukan biasa.
utk bermalam di Laban Rata, kakyang terus pakai baju yang akan digunakan untuk naik ke summit. Wintercoat, inner biasa, T lengan panjang, seluar track, stoken bola yg panjang sampai lutut, stoken sukan biasa. glove winter yg tebal tu.
-masa naik ke summit tu kakyang just pakai tudung biasa sahaja. takde pakai mafla apa pun. just cover kepala dgn topi wintercoat saja.
Hari turun dari gunung, pakaian yg sama naik summit. jimat kan :P
Ubat-ubatan:
kakyang bawa panadol actifast sepapan, ubat sakit perut, ubat pening, ubat garam dan glucos. yoko2, ubat spray cramp. insect repellent tak perlu pun.. x nyamuk pun kat sana :D
Utk energy
kakyang bawa snack bar, cloud9 ngan choki-choki. tp sebenarnya benda ni tak membantu pun. luckly sebelum pergi tu kakyang minta kawan belikan energy bar. yg ini lah yg plg membantu kakyang sepanjang perjalanan tu. pisang also good utk stamina.
apa lg eh? kalau ada tambahan nanti kita update semula ye..
No comments:
Post a Comment