Friday, March 27, 2026

Bukit Raya: Perjalanan Darat

Seminggu sebelum flight seperti yang dijadualkan utk trip bukit raya, KY dpt maklumat flight MAS dibatalkan dan tiada flight replacement. Yg ini agak kecoh sikit sebab masa tu ada isu staf mas mogok dan banyak flight mas pada tarikh tersebut dibatalkan. kalau tak silap, ada yg dpt tiket replacement dan ada yg dah berjam2 tunggu di kaunter mas pun tak dpt tiket juga.

KY malas nak bersesak dan buang masa di kaunter. once confirmed berita ada banyak masalah utk dptkan tiket replacement, KY terus batalkan tiket tersebut dan beli tiket pergi naik AA. kos tiket baru sehala shj mcm cost tiket haritu yg returned. aduhaiiii.. hadap je lah tambahan kos tersebut mentelah trip semua telah di bayar.

Sampai di kuching, kami bermalam dulu di hotel yang berdekatan dengan bus stand Kuching kerana kami akan menaiki bas untuk masuk ke kalimantan melalui jalan darat. Bas yang dinaiki adalah bas ke Pontianak, Kalimantan jam 9am. dari hotel ke bus sentral hanya beberapa minit perjalanan kaki. Sham yang uruskan semua pembelian tiket. kat sini kena tunjukkan passport sekali. 

dari Kuching akan melalui bandar Serian. bas berhenti di sini dlm 1 jm rasanya untuk semua penumpang refreshkan diri, toilet atau alas perut sebelum sambung lg perjalanan untuk masuk ke border, Tebedu. 

eh jap.. sebelum tu. meh kita cerita mabuk dlm bas. hahahhaha yg ini best juga ceritanya.

kami beli tiket bas dan mengambil seat di hadapan kebanyakkannya. ada yg single seat, ada yg sharing. pilih seat depan kerana nak elak mabuk dgn goyangan bas dlm perjalanan yg panjang.

alkisahnya.. masa dok tunggu semua penumpang bording tu, naiklah seorang pakcik ni. biasalah kan. bas kami bercampur dgn warga setempat dan seberang yang masing2 dng urusan tersendiri.   Masa pakcik tu lalu tepi KY, kakyang dah tercium bau sesuatu. positif lagi. 

bila bas mula berjalan, pintu dah ditutup, aircond dah mula berfungsi, maka bermulahlah episod yang tidak menyenangkan. bau sesuatua yg KY terhidu dari awal tadi mula semerbak memenuhi ruang beraicond bas. Korang bayangkan, bau yg tidak enak dlm bilik berekon, mcm mana rasanya? sesak nafas juga kan?

KY ingatkan KY je yg terhidu begitu, manalah tau hidung KY ni over sensitif lebih. rupanya semua kawan2 pun bau yg sama. dari KY je yg mula tersapu2 minyak angin kat hidung, dah semua minta minyak angin kakyang sbb tak tahan dgn bau tersebut. kami mula berckp2 sesama kami. bau apa ni? bau apa ni. ada yg kata bau tuak, ada yg kata bau pekasam, ada yg kata bau ikan kering. ada yg kata bau badan kot? yg pasti baunya mcm busuk sangat. mcm benda yg diperam.

menahan-nahanlah nak termuntah semua org dlm bas tu. bila bas berhenti berehat di serian jer, terus semua org turun dan menarik nafas lega. tp jap lagi nak kena hadap balik utk sambung perjalanan ke border. mcm tu lah sampailah kami turun di sosok, kalimantan. fuh lega rasanya.

total perjalanan dengan bas dari kuching ke Sosok, kalimantan ni lebih kurang 4 jam juga. Kami tunggu Ancha di Sosok kerana ancha telah berada di Pontianak untuk pick up Farid yang turun dari Singapura. 

Sementara menunggu mereka sampai, kami sempatlah alas perut makan tengah nasi padang di kedai sekitar simpang tersebut. Bila kami mendapat perkhabaran dari Ancha bahawa flight  Farid delay, kami terus mencari masjid untuk tunpag berehat. Masjid tersebut terletak beberapa km dari simpang Sosok.  Kami ke sana dgn bantuan keluarga pemilik kedai nasi padang tersebut dgn menaiki motor. hahahhahaha ada org usha2 anak dara pemilik nasi padang tersebut. tersipu-sipu malu orgnya  bila kena usik. dan nasib baik lah org tu masa tu belum kawin lagi. kalau dah kawin tu... siap kau aku report kat bini kau nanti! hahha

dari jangkaan bertolak ke Nanga Pinoh siang, telah berubah menjadi malam bila ancha akhirnya tiba di masjid yang menjadi tempat kami berehat tu sekitar jam 9 malam. perjalanan ke Nanga Pinoh mengambil masa 5 jam selanjutnya. 

Sesampai je di nanga pinoh, kami terus mencari hotel bajet murah sementra menanti pagi untuk meneruskan perjalanan selanjutnya melalu jalan sungai. dan urusan pendaftaran untuk masuk ke taman negara bukit raya semuanya di lakukan di sini.

jom layan gambar.













ready utk travel sungai pula




No comments: