Friday, March 27, 2026

Gunung Bukit Raya : Cerita sungai

cerita sungai. seperti sedia maklum dlm intro awal trip Bukit Raya ni melalui beberapa fasa perjalanan.

Perjalanan sungai bermula setibanya kami di Nanga Pinoh sebagai pengkalan pertama sebelum menyelusuri Sungai Serawai menuju ke Rantau Malam di mana terletaknya basecamp ke Bukit Raya. Pd org sana, Serawai tu mcm Sarawak. mungkin masa dulu sebelum pecah dan tadbir, mereka adalah satu kawasan yg sama dgn Sarawak kita (kalau tengok dlm peta, Serawai ni mmg bersempadan dgn Sarawak kita pun). Kalau tengok dari budaya, bahasa, cara kehidupan, hiasan2 corak senibina diorang pun, mmg sebijik mcm kita nampak di Sarawak.

Ok. back to cerita sungai tadi. masa kami sampai ke Nanga Pinoh dah lewat t/malam. sekitar jam 2 pagi kalau tak silap. kami terlewat dari jadual disebabkan terkandas di simpang Sosok menunggu farid yg turun kat Pontianak dari singapore. bila sampai situ dah lewat. makanya kami menginap di hotel dlm pekan Nanga Pinoh dahulu.

next morning. awal pg kami dah chx out dan angkut barang ke sungai untuk naik speed boat. 1 boat boleh muat dlm 4@5 org shj termasuk luggage dan pemandu. luggage akan diletakkan kat depan boat, dan penumpang di belakang. berat luggage juga diambil kira dlm perkara ini. jika luggage terlebih, boat akan kurang power dan akan consume minyak yg lebih. kira milage akan berkurang lah dgn kapasiti tank. takut nanti tak sempat sampai ke stesyen minyak terapung.

ceritanya.. tak pasti apa yg tak kena dgn boat kitorang, asyiklah minyak habis. suspected over weight. tak tahu lah luggage yg terlebih berat, atau org-org yang di dalamnya yg terlebih berat (read: KY lah tu. usik mereka. sbb KY yang paling gemuk) kekeke. dlm perjalanan tu dok nampaklah driver bot tu asyiklah dok betul2kan beg kat dpn. tak kan lah nak betulkan penumpang pulak. ahaks

bayangkan, tengah speeding di tengah sungai yg besar tu, tetiba bot ko mati engin. hah sudah!. hanyut lah semula kami berkilometer ke belakang sementara menanti bantuan minyak sampai. tp pelik tak, mcm mana bantuan minyak tu boleh sampai pada kami? driver bot tu bukan ada buat call ke sesiapa pun. bila tahu takde masalah bab supply minyak, legalah sikit.

lepas dah topup minyak dan adjust lg apa yg patut, bot luncur semula. tak lama lepas tu, masalah abis minyak jadi lg. kalau tak silap KY, 4x bot kami habis minyak. yg last tu sebelum minyak habis, driver suruh kami turun dulu kat satu pelantar dan dia betulkan semula kedudukan luggage2 etc. disebabkan isu kehabisan minyak ini, kami dah terlewat sampai ke Serawai dah lewat petang. 

rupanya sepanjang sungai serawai tu, banyak je pelantar2/stesyen minyak terapung. tepi2 sungai ni ada perkampungan. dan sungai adalah antara medium perhubungan utama diorang. sepanjang mudik ke hulu tu kita akan sentiasa berselisih dgn speed bot penduduk, boleh nampak kampung2, boleh nampak jentera-jentera korek emas, ada stesyen minyak, ada kedai runcit terapung, ada RnR terapung. tandas2 berderet di tepian sungai. dannnn..kadang2 dpt bonus juga. boleh nampak perempuan mandi berkemban @ half naked tengah mandi di tepi sungai. hahahhahaah 

kalau ternampak mcm ni, KY dan kak lina akan cepat2 bagi warning kat member lelaki utk tutup mata. tp biasalah... nakal juga mata masing2 tu. :P

Di Serawai pula, kami perlu tukar bot ke sampan panjang untuk mula masuk ke sungai menghala ke Rantau Malam.  Disebabkan kelewatan kami sampai di Serawai atas masalah kehabisan minyak berkali-kali, kami terpaksa bermalam pula di Serawai kerana sampan panjang tidak berjalan kalau dah lewat petang kerana perjalanan dari situ ke rantau malam pun akan mengambil masa yang berjam-jam. tambahan pula, air sungai yang cetek dan sungai yang berbatu akan merisikokan sampan. 

Awal pagi esoknya kami teruskan perjalanan masuk ke Rantau Malam. Sungai ke sana agak cetek disebabkan musim kemarau. Airnya sangat jernih hinggakan kami boleh nampak batu-batu di dasar sungai. Ada ketika kami terpaksa turun dari sampan kerana sangkut dan sampan perlu di tolak hingga ke kawasan yang sedikit dalam. 

Perjalanan masuk ke Rantau malam mengambil masa 4 jam. kami tiba di tebing sungai sekitar t/hari.

Jom layan gambar2 menarik sekitar perjalanan dgn sungai dlm trip ini.
























sempat ootd di pokok mati ketika bot berhenti singgah rehatkan engin sekejap

 
ootd sekejap di sungai susur masuk ke Rantau Malam.

No comments: